The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cempaka@biru, 2021-08-25 07:21:01

PERMAINAN CATUR

PERMAINAN CATUR

KELAB SUKAN & PERMAINAN

CATUR 2021

MUHAMMAD FARIS DANIEL BIN MOHD FAHMIE
4 BIJAK





Catur adalah permainan yang paling popular di dunia; ia
menggambarkan bukan sahaja satu permainan tetapi juga satu
seni dan satu sains. Kadangkala catur dilihat sebagai permainan
perang yang abstrak; kerana sebagai suatu "seni mempertahankan
diri" menggunakan minda dan mengajar catur dilihat sebagai cara
untuk meningkatkan keupayaan minda. Catur biasanya dimainkan
secara rekreasi dan kompetitif di kelab-kelab, pertandingan, dalam
talian, dan dengan surat-menyurat (catur berutusan surat). Banyak
variasi permainan catur dimainkan di dunia. Yang paling popular,
dalam turutan menurun oleh bilangan pemain, adalah xiangqi di
China, shogi di Jepun, janggi di Korea, dan makruk di Thailand.

Setiap pemain yang masih baharu dalam permainan catur ini
haruslah mengenali terlebih dahulu peraturan-peraturan
permainan, dan kemudian strategi-strategi permainan yang telah
dirangkakan oleh pencatur-pencatur profesional dan juara-juara
dunia yang terdahulu. Ini sangat membantu kebanyakan pemain
agar tidak sesat di pertengahan permainan dan sekali gus
memerangkap dirinya sendiri.



Permainan ini pada asalnya dikenali sebagai chaturanga, perkataan
Sanskrit yang bermaksud 'empat bahagian'. Apabila ia sampai ke
Empayar Sasan Parsi, ia memperoleh nama dan terminologi baharu yang
digunapakai sehingga hari ini - 'chess', yang berasal daripada perkataan
Parsi 'shah' bermaksud 'raja', dan 'checkmate' daripada perkataan 'shah
mat' yang bererti 'raja mati'. Dewa Hindu, Krishna dan Radha
digambarkan bermain chaturanga di atas papan ashtapada. Selepas
penaklukan Parsi oleh kerajaan Islam pada kurun ke-7, catur
diperkenalkan kepada dunia Arab. Beranjak dari peranannya sebagai
simulasi taktikal, ia menjadi sebuah perlambangan puitis. Diplomat dan
mahkamah menggunakan terma-terma catur untuk menggambarkan
kuasa politik, khalifah pemerintah menjadi seorang pemain catur yang
tegar, dan sejarawan Al-Mas'udi menganggap catur sebagai bukti
kebebasan manusia membuat pilihan dalam hidup berbanding sekadar
sebuah permainan nasib. Perdagangan Zaman Pertengahan sepanjang
Laluan Sutera membawa bersama catur ke Timur dan Asia Tenggara, di
mana terlahirnya varian tempatan permainan tersebut. Di China,
buahnya diletakkan pada titik pertemuan antara petak papan catur,
seperti permainan Go.

Pemerintahan Raja Mongol Tamerlane menyaksikan papan berbentuk
11x10 dengan satu petak selamat dipanggil 'citadel'. Dalam permainan
catur Jepun dipanggil 'shogi', buah yang sudah dimakan boleh digunakan
oleh pemain lawan. Tetapi Eropah tempatnya di mana catur mendapat
bentuk modennya. Menjelang tahun 1000 Masihi, permainan itu menjadi
sebahagian daripada pendidikan di istana. Catur digunakan sebagai
kiasan kepada perbezaan kelas sosial yang bertindak mengikut peranan
masing-masing, dan buah-buahnya diterjemah kepada konteks baharu.
Lukisan tahun 1283 menggambarkan Pahlawan Templar bermain catur.
(foto: Wikipedia) Pada masa yang sama, gereja memandang serong
terhadap permainan ini kerana terlalu banyak masa diluangkan bermain
catur, malah ada satu ketika catur diharamkan di Perancis. Begitupun
permainan ini terus berkembang luas, dan bermula kurun ke-15 ia
menjadi format yang dimainkan sehingga hari ini. Buah penasihat yang
lemah digantikan kepada permaisuri yang lebih berkuasa, dan ini telah
mengubah rentak permainan. Ketika peraturan lain dipopularkan, risalah
yang menganalisis gerakan pembuka (opening) dan penamat (endgame).
Terlahirlah teori-teori catur.

Ketika Zaman Pencerahan di Eropah, catur beralih dari istana diraja ke
kedai-kedai kopi. Catur kini dilihat sebagai luahan kreativiti,
menggalakkan gerakan berani dan pementasan-pementasan dramatik.
Stail 'Romantik' ini mencapai kemuncaknya dalam Permainan Abadi (The
Immortal Game) pada 1851 di mana Adolf Anderssen berjaya
'checkmate' selepas mengorbankan buah permaisuri dan kedua-dua
istananya. Namun kemunculan perlawanan kompetitif formal di lewat
kurun ke-19 bermakna perkiraan strategik dapat mengatasi gaya
permainan dramatik. Dengan kebangkitan pertandingan antarabangsa,
catur memainkan peranan baharu yang penting dalam geopolitik. Ketika
Perang Dingin, Kesatuan Soviet melaburkan banyak sumber untuk
melahirkan pemain-pemain catur hebat lalu mendominasi kejohanan-
kejohanan dunia sepanjang abad itu. Bagaimanapun pemain yang
meranapkan ego Rusia bukanlah dari negara lain, tetapi sebuah
komputer IBM bernama Deep Blue. Pemain catur yang dianggap antara
yang terbaik di dunia sepanjang zaman, Garry Kasparov (kiri) dan CPU
komputer super Deep Blue (kanan).

Komputer yang bermain catur telah dibangunkan sejak berdekad
lamanya, tetapi keunggulan Deep Blue mengatasi Gary Kasparov pada
1997 adalah kali pertama sebuah mesin mengalahkan manusia terhebat
dalam permainan itu.

Hari ini, perisian catur berupaya untuk mengalahkan pemain manusia
terbaik secara konsisten. Tetapi seperti juga permainan lain yang mereka
kuasai, mesin-mesin ini adalah produk daripada kepintaran manusia.

Harapnya, kepintaran yang sama dapat mengeluarkan kita daripada
'checkmate' dalam kehidupan di dunia ini.



SET CATUR

BUAH CATUR

BIDAK/PAWN PERMAISURI/ MENTERI/BISHOP
QUEEN

KUDA/KNIGHT RAJA/KING TEMBOK/ROOK

SUSUNAN BUAH CATUR



BIDAK / PAWN

• Ke hadapan satu
langkah.

• Tidak boleh bergerak
mengundur.

• Makan buah lawan
secara serong.

• Boleh ditukar buah
apabila sampai di baris
akhir buah lawan.

BIDAK / PAWN

• Ke hadapan satu
langkah.

• Tidak boleh bergerak
mengundur.

• Makan buah lawan
secara serong.

• Boleh ditukar buah
apabila sampai di baris
akhir buah lawan.

KUDA / KNIGHT

• Bergerak secara L (2 / 1)

• Boleh bergerak
mengundur.

• Boleh melangkah buah
lain.

• Makan buah lawan
secara L

TEMBOK / ROOK / CASTLE

• Boleh bergerak dalam
satu garis lurus.

MENTERI / BISHOP

• Boleh bergerak dalam
satu garis serong /
senget mengikut warna
petak sahaja.

PERMAISURI / QUEEN

• Boleh bergerak ke
mana sahaja.

RAJA / KING

• Boleh bergerak hanya
satu tapak sahaja.

• Jika ditawan
(checkmate) maka
berakhirlah permainan.

CASTLING

• Hanya pergerakkan
pertama buah Raja /
King dan tembok
sahaja.

• Raja / King tidak dan
belum ditawan / check.

• Sekali dalam
permainan.

CASTLING

• Pegang buah Raja /
King dahulu kemudian
buah Tembok / Rook.

• Buah Raja / King boleh
bergerak dua tapak ke
kiri dan buah Tembok
ke sebelah kanan Raja /
King.

CHECK

• Buah Raja / King cuba
ditawan.

• Raja / King yang
di’check’ tetapi masih
boleh bergerak atau
dilindungi.

CHECK MATE

• Buah Raja / King telah
ditawan.

• Raja / King yang
ditawan dalam semua
petak dan tiada buah
lain yang dapat
melindungi Raja / King.

CHECK MATE

• Buah Raja / King telah
ditawan.

• Raja / King yang
ditawan dalam semua
petak dan tiada buah
lain yang dapat
melindungi Raja / King.

STALE MATE

• Buah Raja / King TIDAK
ditawan / cuba ditawan
(check).

• Bila Buah Raja / King
bergerak pergerakkan
buah menjadi ‘check’.

• Permainan dikira seri
(draw).

STALE MATE

• Buah Raja / King TIDAK
ditawan / cuba ditawan
(check).

• Bila Buah Raja / King
bergerak pergerakkan
buah menjadi ‘check’.

• Permainan dikira seri
(draw).

STALE MATE

• Buah Raja / King TIDAK
ditawan / cuba ditawan
(check).

• Bila Buah Raja / King
bergerak pergerakkan
buah menjadi ‘check’.

• Permainan dikira seri
(draw).





Kesimpulannya, permainan catur ini mampu mewujudkan semangat
kekeluargaan. Hal ini kerana, permainan catur mempunyai banyak kesan
positif yang mampu mewujudkan semangat kekeluargaan seperti dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim, dapat melahirkan pemain yang
berhemah tinggi dan mampu melahirkan pemain yang saling
berkerjasama. Di samping itu, melalui permainan catur dapat
mengukuhkan lagi kemahiran pemain bermain catur dan dapat mengisi
masa lapang mereka dengan bermain catur. Oleh itu, masa mereka tidak
terbuang dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah semasa masa
lapang. Justeru, wajarlah permainan catur ini diperkenalkan dengan
lebih jauh agar dapat melahirkan generasi muda yang mampu bersaing
dalam permainan catur dan dapat menggilap bakat mereka agar menjadi
pemain catur yang mampu mewakili sekolah ke peringkat yang lebih
tinggi. Di samping itu, kesan daripada permainan catur akan dapat
mewujudkan semangat kekeluargaan dalam kalangan ahli keluarga secara
berterusan.



Wikipedia Bahasa Melayu, (2014). Definisi Permainan, artikel atas talian.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Permainan

Wikipedia Ensiklopedia Bebas, (2014). Definisi catur, artikel atas talian.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Catur

Tyra, (2011). Sejarah asal mula permainan catur. Artikel atas talian.
http://asalmula-permainancatur.blogspot.com/

Wikipedia Ensiklopedia Bebas, (2014). Kejuaraan catur dunia, artukel atas talian.
http://id.wikipedia.org/wiki/Kejuaraan_Catur_Dunia

Wikipedia Ensiklopedia Bebas, (2014). World Chess Federation (FIDE), artikel atas
talian.

http://en.wikipedia.org/wiki/FIDE
Kamaruddin, (2014). Malaysian Chess, artikel atas talian.

http://malaysianchess.blogspot.com/
kamino, (2014. “Sabah Chess Association”, artikel atas talian

http://sabahchess.com/
Izyan Liyana Mohd. Darif, (2014). Pemain cilik bertaraf dunia. Artikel atas talian.
http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Renca

na_Utama&pg=ru_01.htm
Rizki Kurnia, (2012). Cerdas Bermain Catur, artikel atas talian.
http://gamesisort.blogspot.com/2012/03/cerdas-dengan-bermain-catur.html


Click to View FlipBook Version