PENGENALAN
Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah
yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita.
Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta
pedagogi dalm pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokan
Disokong kepimpinan yang berkualiti/ berwawasan
Guru yang kompeten dan berinspirasi tinggi
Komitmen komuniti yang padu
OBJEKTIF PROGRAM TS25
Mengaplikasi konsep dan amalan PdPC terbaik
Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan
berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan
Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan
kemenjadian murid
MATLAMAT PROGRAM TS25
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah
menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia
pada tahun 2025, iaitu;
Memantapkan kepimpinan sekolah
Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi
kejayaan murid.
PENGENALAN
SMK Tobiar dibuka pada tahun 2000, dan telah menerima murid dari sekolah SK Penghulu
Jusuh, SK Paya Rawa, SK Guar Kepayang, SK Titi Haji Idris, SK Kuala Lanjut, SK Tualang,
dan SK Chorok Kudung. SMK Tobiar merupakan sebuah sekolah yang terletak di KM 26,
Jalan Kubor Panjang, Mukim Tobiar. Sekolah ini mempunyai murid seramai 442 orang
murid, guru seramai 38 orang, staf seramai 9 orang. Semua murid adalah berbangsa Melayu.
Sosio ekonomi penduduk 90% terlibat dengan aktiviti pertanian getah dan padi dan
selebihnya bekerja di sektor awam dan swasta. Sosio budaya masih kuat memegang adat dan
budaya hormat menghormati dan hubungan silatulrahim yang baik. SMK Tobiar merupakan
salah sebuah sekolah Transformasi Sekolah (TS25) sejak 2015. Transformasi Sekolah
(TS25) telah dilancarkan pada 8 Ogos 2015 dan dirasmikan pada 29 September 2015 oleh
Encik Nazri bin Mohd Muksin, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
MATLAMAT STRATEGIK 2018
1. Pencapaian prestasi akademik yang tinggi oleh semua murid.
2. Pencapaian sahsiah terpuji oleh semua murid.
3. Pencapaian prestasi sukan dan Kokurikulum yang tinggi oleh semua murid.
4. Pencapaian prestasi pengurusan dan kepimpinan yang berprestasi tinggi
FOKUS UTAMA TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25)
Kemenjadian Guru
Learning Walk
Coaching Skill
Pembelajaran Koperatif
PLC
Digital Classroom
ERPH
Kemenjadian Murid
Kefahaman melalui Reka Bentuk (KMR)
Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad-21 (PdPc PAK 21)
Kemenjadian pelajar
Kelas Abad-21
Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK)
Projek Kefahaman melalui Reka Bentuk (KmR) mengemukakan pendekatan atau
model PdPc yang diharapkan dapat membantu guru membudayakan PBS dan mengaplikasi
pedagogi melalui teknik pembelajaran abad ke-21 terutamanya menjana kemahiran berfikir
aras tinggi dalam kalangan murid semasa aktiviti pembelajaran.
Projek ini telah dilaksanakan di SMK Tobiar bagi tahun pertama. Pada tahun 2017,
KmR telah dilaksanakan kali pertama selama 2 minggu bermula dari 10/09/2017 hingga
14/09/2017 dan 17/09/2018 hingga 21/09/2017 iaitu produk dihasilkan. Seramai 4 orang
guru mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang
terlibat. Pelajar Tingkatan 1Agama sekolah ini dikenalpasti untuk menjalankan program ini.
Guru-guru telah terlibat sepenuhnya dalam merancang reka bentuk PdPc secara terbaik untuk
melaksana pengajaran menggunakan pendekatan pembelajaran secara projek. ‘Show casing’
telah dilaksanakan setelah selesai 2 minggu projek dilaksanakan semasa PdPc bersepadu.
“Big Idea” yang telah dipersetujui adalah “ Kesejahteraan Hidup sebagai landasan bagi
memandu arah projek ini,.
Projek KmR kali ke-2 telah dilaksanakan di sekolah ini pada tahun 2018. Sepertimana
tahun yang lalu, program ini berjalan selama 2 minggu.Penambahan penglibatan pelajar telah
dipersetujui dengan melibatkan 2 kelas iaitu kelas 2A2 dan 1AG. Matapelajaran yang terlibat
juga ditambah menjadi lebih dari 4 sahaja sebagaimana tahun lepas. Antara matapelajaran
baru yang terlibat adalah Bahasa Arab, Kemahiran Hidup, Sejarah dan Geografi. Landasan
bagi memandu projek ini adalah berpandukan “Big Idea” yang dipersetujui iaitu “ Tenaga
Dan Kelestarian Hidup. “Showcasing” untuk projek ini telah dilaksanakan pada 11 Julai
2018 di Dewan An Najjah, SMK Tobiar.
PENGENALAN
Projek dihasilkan ini ialah CCTV MIRROR PLANE. Projek ini dicipta adalah kerana pada
masa sekarang telah banyak kejadian kecurian, rompakkan dan perkara yang buruk berlaku
di mana-mana tempat. CCTV MIRROR PLANE ini telah penambahbaikkan daripada idea
asal iaitu cctv. MIRROR PLANE adalah bermaksud cermin satah kerana model ini perlukan
banyak cermin satah sebagai objek utama pada model ini. Projek ini menggunakan cermin
satah untuk menggantikan CCTV. Sinar tuju adalah berasaskan daripada cahaya dan sinar
pantulan daripada imej yang tebentuk di permukaan cermin satah. Cermin ini berfungsi untuk
memaparkan imej. Konsep yang kami ingin tekankan melalui projek ini adalah pantulan
cahaya. Diharapkan agar projek yang dihasilkan ini boleh digunakan pada masa hadapan dan
menjadi rujukan kepada semua masyarakat. Projek yang kami hasilkan ini adalah untuk
membantu orang kurang upaya seperti orang bisu dan pekak berkomunikasi melalui cermin
dengan cepat dan mudah.
OBJEKTIF PROJEK CCTV MIRROR PLANE
Dapat mengurangkan kes yang tidak diingini
Membantu golongan OKU seperti pekak dan bisu berkomunikasi
Dapat membantu masyarakat mengurangkan kes kecurian
KELEBIHAN PROJEK CCTV MIRROR PLANE
Faktor pencegahan kecurian
Alat pemantauan pergerakan penjenayah
Bahan penyelidikan
Bahan atau barang bukti untuk pihak berkuasa
Alat pengawasan harta benda
PANDANGAN DALAM
PANDANGAN HADAPAN
BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN PROSES MENGUKUR
PROSES MEMOTONG PROSES MENYUSUN CERMIN
PENGENALAN
Projek ini adalah penghasilan kertas daripada batang pisang untuk menghasilkan penanda
buku dan ‘traffic light’ untuk disumbangkan kepada sekolah iaitu SMK Tobiar bagi kegunaan
pelajar dalam pembelajaran abad ke-21. Penanda buku yang dihasilkan daripada produk
kertas akan disumbangkan kepada Pusat Sumber Sekolah. Manakala ‘traffic light’ ini
disumbangkan kepada Kelas Digital SMK Tobiar. Kertas yang dihasilkan ini sesuai
digunakan sebagai penanda buku dan ‘traffic light’ kerana ciri-cirinya yang kuat, kukuh,
menarik, mesra alam dan menjimatkan kos. ‘Traffic light’ yang dicipta ini, menarik, bersaiz
kecil dan mudah disimpan di dalam kotak pensel dan tahan koyak. Manakala penanda buku
yang dicipta untuk disumbangkan kepada pusat sumber sekolah mempunyai kualiti yang
menarik, dan dapat menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar SMK Tobiar.
Pelbagai bahan yang digunakan antaranya adalah batang pisang , sekoji, bingkai kain,pewarna
makanan, talam dan lain-lain.
RASIONAL PROJEK KERTAS BATANG PISANG
Menggunakan bahan sisa (batang pisang) untuk dijadikan bahan baru agar
pencemaran alam dapat dikurangkan.
Kos yang tinggi diperlukan oleh guru untuk menyediakan traffic light di kelas.
Menggalakkan budaya membaca di kalangan pelajar SMK Tobiar.
KELEBIHAN KERTAS YANG DIHASILKAN:
Mesra Alam
Kukuh
Boleh dibuat di rumah.
Mudah dibentuk, digunting & dipotong.
Murah.
Bebas bahan kimia.
Mudah dilupuskan.
Boleh dilapisi dengan bahan lilin atau polimer.
BAHAN YANG DIGUNAKAN
PROSES MENGHASILKAN KERTAS
BATANG PISANG DIPOTONG BATANG PISANG DIKISAR
DAN DIREBUS
SERAT DITAPIS SERAT PISANG DIRATAKAN
KERTAS DIWARNAKAN DAN MENGHASILKAN ‘TRAFFIC
DIJEMUR LIGHT’
PENGENALAN
Berpaksikan kepada Pembangunan dan Sahsiah Diri Murid maka Program Remaja
Berwawasan dicetuskan dan dilaksanakan untuk membina karektor murid-murid di SMK
Tobiar. Program ini menggarapkan latihan bercorak aktiviti luar yang mencabar mental dan
fizikal seperti merentas halangan, jugle tracking, jalan lasak, treasure hunt dan menyelitkan
aktiviti pengukuhan kerohanian serta sahsiah dan jati diri murid seperti Ring kaunseling,
ceramah motivasi, tazkirah dan sebagainya oleh jurulatih daripada PDRM . Latihan
mingguan akan diadakan pada hari rabu dan dijalankan sebanyak dua kali dalam sebulan.
Pelaksanaan latihan tersebut akan diadakan selepas waktu persekolahan iaitu dalam kegiatan
kokurikulum dan Pasukan Badan Beruniform yang telah sedia wujud di sekolah. Dalam
program ini juga, murid berpeluang untuk menjadi lebih berani, berkeyakinan serta meraih
markah kokurikulum yang lebih tinggi atas penyertaan mereka.
OBJEKTIF PROGRAM
Melalui program Remaja Berwawasan yang telah dilaksanakan, murid ini akan:
Dapat menyatakan perubahan tingkah laku secara berdisiplin dan
bertanggungjawab;
mempersembahkan potensi diri yang positif serta mengetahui kekurangan dan
kekuatan yang ada dalam diri;
Menyedari kemampuan dan keupayaan diri sebagai murid yang masih berguna
kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara;
Membina keyakinan diri dan menggilap potensi diri;
Mengetahui tahap daya ketahanan diri dalam aspek mental, fizikal, emosi dan
sosial;
Mengenalpasti dan mempraktikkan aktiviti-aktiviti yang boleh membantu
pembangunan sahsiah diri.
IMPAK (PENCAPAIAN AKADEMIK / KOKURIKULUM)
Anugerah Pencapaian Hal Ehwal Murid Sempena Majlis Anugerah Cemerlang
SMKTb.
Mewakili Sekolah ke Sukan Daerah Dalam Acara Bola Sepak dan Acara Padang.