PELAJARAN 5
MEMAHAMI SUNNATULLAH
BIDANG TILAWAH AL-QURAN / TINGKATAN 4
Kefahaman ayat
(Surah Ali-Imran, ayat 137-139)
Maksud ayat
Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-
peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian
perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul). (ayat 137)
(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran
bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. (ayat 138)
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam),
dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah
orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu
orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (ayat 139)
Maksud Sunnatullah
Sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh
Allah terhadap semua makhluk dan tiada siapa
yang boleh mengubahnya.
Sunnatullah meliputi perkara berikut :
❖Sunnatullah bersifat tetap dan kekal dengan
izin Allah.
❖Sunnatullah merangkumi semua makhluk
❖Sunnatullah berasaskan kepada konsep sebab,
musabbab dan akibat.
Kepentingan mengkaji dan meneliti sejarah
umat terdahulu :
1. Dapat mengenalpasti sebab kejayaan umat terdahulu.
Contoh Sebab kejayaan Akibat
Kaum Nabi Yusuf
Menyimpan bekalan semasa musim Selamat menghadapi kemarau
menuai atas nasihat Nabi Yusuf a.s. Panjang selama tujuh tahun
Talut dan tenteranya Mempunyai kelebihan ilmu pengetahuan Dapat menewaskan tentera
dan tubuh yang kuat Jalut yang ramai
…..Kepentingan mengkaji dan meneliti sejarah
umat terdahulu :
2. Dapat mengenalpasti sebab kemusnahan umat terdahulu.
Contoh Sebab kemusnahan Akibat
Kaum tsamud Bersifat angkuh dan menuduh Nabi Soleh Dibinasakan dengan petir dan
(kaum Nabi Soleh)
pendusta. gempa bumi yang dahsyat.
Kaum Luth Mengingkari perintah Allah dengan Dibinasakan dengan bumi
(kaum Nabi Luth) mengamalkan homoseks. diterbalikkan.
…..Kepentingan mengkaji dan meneliti sejarah
umat terdahulu :
3. Dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan dengan berpegang
teguh pada akidah yang benar dan berakhlak mulia.
Kesan memahami Sunnatullah
Meyakini setiap Merancang strategi Menerima segala Membentuk jati diri
yang berlaku dalam dengan teliti dalam ketetapan Allah dan dan semangat jihad
kehidupan adalah yang tinggi dalam
menikut ketetapan setiap Tindakan bersikap positif
untuk mencapai dalam setiap menghadapi
dan kehendak cabaran hidup.
Allah. kejayaan. keadaan.
Pengajaran Ayat
1 Kita hendaklah menjaga keimanan agar beroleh kedudukan yang tinggi
di sisi Allah.
2 Kita hendaklah mengkaji sejarah umat terdahulu agar menjadi
pedoman dalam kehidupan.
3 Kita hendaklah menjadi pengembara di muka bumi supaya dapat
mengetahui dan menyelidiki sunnatullah.