The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mesyuarat Agung PIBG SK Kongsi Kali ke-4 sesi 2024_2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ismadziahisa, 2024-06-21 09:16:46

Mesyuarat Agung PIBG SK Kongsi Kali ke-4 sesi 2024_2025

Mesyuarat Agung PIBG SK Kongsi Kali ke-4 sesi 2024_2025

1


2 Isi kandungan BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Atur Cara Majlis 2 2 Ucapan Alu-Aluan Tuan Guru Besar 4 3 Ucapan Alu-Aluan YDP PIBG 5 4 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-41 Sesi 2024/2025 6 5 Senarai AJK PIBG Sesi 2024/2025 8 6 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-41 Sesi Sesi 2024/2025 9 7 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-40 Sesi Sesi 2023/2024 10-15 8 Laporan aktiviti tahunan Sesi 2022/2023 16 9 Penyata Kewangan PIBG 1 Januari 2020 Hingga 31 Disember 2023 17 10 Perbahasan Usul Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-41 Sesi 2024/2025 18-19 11 Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2024/2025 20 12 Sekalung Penghargaan 21


3 Atur Cara Majlis MASA PERKARA 08.15 PAGI Pendaftaran para Ibubapa dan guru 08.30 PAGI Ucapan aluan pengerusi majlis Lagu Negaraku Lagu Untuk Negeri Kita Bacaan doa. Persembahan Kalam Jamaie. 9.00 PAGI Ucapan guru besar Tayangan montaj aktiviti SKK. Ucapan YDP PIBG dan ucapan perasmian En Ahmad Zafran Bin Abd Aziz Persembahan Choral Speaking 9.45 pagi - selesai Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke 41. Ucapan penasihat. Ucapan pengerusi. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas. Membentangkan laporan aktiviti tahunan 2023/ 2024. Membincangkan usul yang diterima. Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/ 2024. Pelantikan AJK PIBG sesi 2024/ 2025. Pemilihan juruaudit dalaman. Ucapan penangguhan pengerusi. Hal-hal lain.


4 Sekapur Sireh Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan capan terima kash kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang. SK Kongsi sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan ini adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan keemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kash kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIG kali ke-40 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sekian, terima kasih. Guru Besar SK Kongsi En. Md Nazri Bin Othman


5 Seulas Pinang Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat illahi kerana dengan keizinan-Nya dapat saya menitipkan sepatah dua kata di ruangan ini sebagai perkongsian sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Kongsi kali ke-41 ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program sekolah. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu misi dan visi SK Kongsi. Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini merupakan pembentangan perancangan dan pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun 2023 dan di samping itu dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan para waris. Selain dapat merapatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa, perjumpaan ini juga membolehkan kedua-dua pihak boleh berbincang serta memberi pendangan masing-masing untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah mahupun dalam pembentukan sahsiah anak-anak serta pembangunan infrastruktur sekolah bagi mewujudkan zon selesa dalam kalangan anak-anak SK KONGSI. Adalah menjadi harapan saya selaku YDP PIBG sekolah ini, agar ibu bapa dapat memberi sepenuh jiwa dan raga bagi membantu meningkatkan kemajuan sekolah dari semasa ke semasa bagi membantu sekolah dapat menempa nama sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik di daerah ini khususnya. Pada kesempatan ini juga, saya ingin meminta kerjasama para waris agar sentiasa peka dengan maklumat serta informasi yang disampaikan oleh pihak sekolah. Mencapai kejayaan seperti yang kita impikan bukan sesuatu yang mudah, pastinya memerlukan pengorbanan dan komitmen kedua-kedua pihak. Ibu bapa dan pihak sekolah perlu sama-sama menyumbangkan tenaga, kewangan dan idea demi perkembangan dan kejayaan anak-anak kita. Kejayaan sekolah ini pasti dapat direalisasikan sekiranya kedua-dua pihak memainkan peranan masing-masing. Dengan harapan itu, dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim,saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Kongsi, Balik Pulau ke-41 sesi 2024/2025. Sekian, terima kasih YDP PIBG SK KONGSI En. Ahmad Zafran B. Abd Aziz


6 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 41 Sesi 2024/2025 AJK TUGAS PROTOKOL En Md Nazri Bin Othman En Ahmad Zafran Bin Abd Aziz En Afzal Nasir Bin Ibrahim En Hizam Bin Ismail En Muhammad Rizal Bin Ahmad En Abdul Rahim Bin Abdullah Mengalukan kehadiran tetamu kehormat dan ibu bapa/ penjaga. SETIAUSAHA En Khairul Adam Bin Abdul Rahman Menyediakan surat-surat berkaitan dengan majlis. Menguruskan laporan-laporan berkaitan mesyuarat lepas. BENDAHARI Pn Siti Norzaiedah Bt Muhammad Sunaji Menguruskan hal berkaitan dengan kewangan PIBG. Menyiapkan laporan kewangan PIBG. PENYELARAS Cik Azlina Binti Zainol Menyiapkan senarai AJK pelaksana MAT PIBG. Menyiapkan laporan MAT PIBG. PERSIAPAN DAN MENGEMAS DEWAN/ PENTAS En Muhammad Ikhwan Pn Noor Aida Affida Pn Norlida Bt Saad Pn Rodziah Binti Shariff Pn Tawa Mani A/P Nadarajan Cik Nur Azlin Bt Mohamad Noor Pekerja kebersihan Menyusun kerusi untuk kegunaan ahli mesyuarat. Menyediakan meja untuk kegunaan pengacara majlis dan AJK PIBG. Menyediakan meja untuk pendaftaran dan makanan. Menyusun atur pentas. PERSIAPAN MEJA Pn Suhailah Binti Hussin Pn Azna Edayu Binti Md Azizi Menyiapkan hiasan meja untuk kegunaan pengacara majlis & AJK PIBG. BUKU PROGRAM Pn Ismadziah binti Mohd Isa Cik Nur Izzati Binti Bahari Menyiapkan buku program untuk ibu bapa/ penjaga yang hadir. BACKDROP/ TEMPLATE En Mohd Nazri Bin Arshad En Mohammad Faried Ilyas Menyediakan backdrop untuk kegunaan pada hari MAT PIBG.


7 Menyediakan template makluman mengenai MAT PIBG sebelum tarikh mesyuarat. MONTAJ En Muhammad bin Zakaria En Assrudi Bin Musa Menyediakan montaj program sekolah yang melibatkan PIBG/ PIBKS sepanjang Jun 2023 -2024. SIARAYA En Narendran A/L Rajagopal Memastikan siaraya berfungsi dengan baik pada hari program berlangsung. PENDAFTARAN Pn Ahmathujan Menguruskan pendaftaran AJK PIBG dan ibu bapa. PENGACARA MAJLIS Pn Nur Aisyah Bt Adnan Menyiapkan teks pengacaraan Mengacarakan majlis. BACAAN DOA En Mohd Zaki Ikramullah Menyediakan teks doa. Membacakan doa untuk majlis. MAKANAN/ MINUMAN Pn Latifah binti Alias Pn Siti Aminah Binti Saad Pn Hamizah Binti Hassini Pn Sharifah Wahida Binti Syed Ali Berbincang dengan pembekal makanan untuk menyediakan makan seperti yang diperuntukan. Peruntukan RM 2.50 per pack untuk 150 orang. Menyerahkan makanan semasa pendaftaran. PERSEMBAHAN Pn Jurina Binti Idrus Pn Nur Adzelinda Binti Rosmi Pn Nor Azlina Binti Mohd Khalid Melatih murid untuk persembahan. Kalam Jamaie. Choral Speaking. PENCATAT MINIT Pn Nurul Syuhadak Binti Abdul Rahman Pn Norsyahidah binti Mohd Nor Membuat catatan ketika mesyuarat PIBG berlangsung. Menyiapkan draf awal minit mesyuarat untuk diserahkan kepada setiausaha PIBG. PENGIRA UNDI Pn Siti Sakharahani Pn Siti Salwa Binti Ahmad Tayib Membuat pengiraan untuk ketika pemilihan AJK PIBG. Membuat catatan ketika proses pemilihan berlangsung. CABUTAN BERTUAH En Boslim Bin Md Hassan En Mohd Zaki Ikramullah Pn Nurul Aqmar Binti Romli Pn Kalyani A/P RRV Suppiah Pn Norazian Binti Ab Razak Berbincang dengan GB mengenai sumbangan hadiah dari pembekal. Menyediakan hadiah dan nombor cabutan untuk diberikan kepada adli PIBG pada hari program. JURUFOTO En Muhammad Khadri Bin Saad Mengambil gambar pada hari majlis berlangsung.


8 Senarai AJK PIBG Sesi 2023/2024 Pengerusi (YDP PIBG) : Encik Ahmad Zafran Bin Abd Aziz Naib Pengerusi (NYDP PIBG) : Encik Afzal Nasir Bin Ibrahim Setiausaha PIBG Bendahari : Puan Siti Norzaiedah bt. Muhammad Sunaji Pengerusi (YDP PIBG) : Encik Ahmad Zafran Bin Abd Aziz Naib Pengerusi (NYDP PIBG) : Encik Afzal Nasir Bin Ibrahim Setiausaha PIBG Bendahari : Puan Siti Norzaiedah bt. Muhammad Sunaji AJK Ibubapa : Puan Salmiah Binti Shaidin : Encik Faizal Bin Husin : Puan Sri Ayu Sellywatty Binti Sulaiman : Puan Noriesha Binti Mohamed Noor : Puan Siti Norakma Binti Muhammad Ariffin AJK Guru : Puan Rodziah Binti Shariff : Puan Kalyani a/p RRV Suppiah : Puan Siti Salwa Binti Ahmad Tayib : Puan Naqib Hanis Binti Md Dali SU PIBKS : Cik Azlina Binti Zainol Juruaudit (ibu bapa) : Puan Siti Nor Hazwani binti Mohd Sezali Juruaudit (guru) : Encik Boslim Bin Md. Hassan Ex-Officio Juruaudit (ibu bapa) : Puan Siti Nor Hazwani binti Mohd Sezali Juruaudit (guru) : Encik Boslim Bin Md. Hassan


9 Agenda Mesyuarat 1. Ucapan penasihat 2. Ucapan aluan pengerusi. 3. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. 4. Membentangkan dan menerima laporan aktiviti 2022/2023. 5. Membentangkan dan mengesahkan penyata kewangan 2022/2023. 6. Membahaskan usul yang diterima. 7. Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023 8. Pemilihan AJK PIBG sesi 2023/2024 9. Hal-hal lain. 10. Penutup


10 Minit Mesyuarat MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK KONGSI KALI KE 40 Tarikh : 24 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.15 pagi Tempat : Dewan Aspirasi, SK Kongsi Kehadiran : AGENDA: 1. Ucapan penasihat 2. Ucapan aluan pengerusi. 3. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. 4. Membentangkan dan menerima laporan aktiviti 2022/2023. 5. Membentangkan dan mengesahkan penyata kewangan 2022/2023. 6. Membahaskan usul yang diterima. 7. Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023 8. Pemilihan AJK PIBG sesi 2023/2024 9. Hal-hal lain. 10. Penutup 1. Ucapan Penasihat (En Md Nazri Bin Othman) 1.1 Tuan Guru Besar SK Kongsi, En Md Nazri Bin Othman mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan guru-guru ke Mesyuarat PIBG SK Kongsi Kali ke-40. Beliau berharap semua ahli mesyuarat memberi kerjasama serta memberikan cadangan dan penambahbaikan. 1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG yang telah bekerjasama serta warga SK Kongsi yang telah menjayakan Majlis Mesyuarat Agung pada kali ini. Makluman 2. Kata – kata Aluan Pengerusi (En Ahmad Zafran bin Abd Aziz) 2.1 Yang Dipertua PIBG mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan guru-guru ke Mesyuarat PIBG SK Kongsi Kali ke-40. Beliau berharap semua ahli mesyuarat memberi kerjasama serta memberikan cadangan dan penambahbaikan.


11 2.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG yang telah bekerjasama serta warga SK Kongsi yang telah menjayakan Majlis Mesyuarat Agung pada kali ini. Makluman 2.3 Beliau menyeru agar ibu bapa memberi sokongan sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah agar hasrat sekolah untuk melakar kejayaan akan tercapai. Makluman 3 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. YDP PIBG En Ahmad Zafran bin Abd Aziz membentangkan minit mesyuarat kali ke-39 untuk disokong dan disahkan. Minit mesyuarat kali ke-39 telah disokong dan disahkan oleh: *Dicadang sahkan oleh : Puan Siti Norakma Binti Muhammad Ariffin * Disokongkan oleh : Pn. Siti Nor Hazwani binti Mohd Sezali 4 Membentangkan dan mengesahkan laporan aktiviti PIBG tahun 2022/2023. En Ahmad Zafran bin Abd Aziz membentangkan aktiviti tahunan PIBG tahun 2022/2023. 5 Membentangkan dan mengesahkan penyata kewangan Pn Naqib Hanis binti Md Dali membentangkan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 30 Disember 2022 dan memohon untuk disahkan.(rujuk lampiran penyata kewangan) Penyata kewangan 2022 telah disahkan oleh: • Dicadang sahkan oleh: Pn.Suhaini binti Hussin • Disokongkan oleh : Pn. Soria binti Ibrahim 6 Membahaskan Cadangan dan Usul 6.1 Sebanyak 10 cadangan telah diterima dan diluluskan untuk dilaksanakan secara berperingkat oleh jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 manakala 5 cadangan tidak dibincangkan kerana pencadang tidak dapat hadir mesyuarat Agung PIBG kali ke40. 6.1.1 Berkaitan kantin. (Menjaga tahap kepedasan makanan yang disediakan kepada anak-anak.) Makluman


12 - Pihak kantin telah dimaklumkan hal ini dan masalah telah selesai. 6.1.2 Meletakkan papan tanda waktu pulang di hadapan kawasan sekolah supaya semua orang sedia maklum, waktu murid pulang akan jadi jalan sehala di hadapan kawasan sekolah. Makluman - Guru Besar/ YDP akan berbincang secara lanjut dengan pengerusi qariah/ penghulu di Pejabat Daerah. Memerlukan dana sumbangan PIBG untuk membina papan tanda seterusnya menaikkan banner di simpang tiga Kg. Paya Kongsi untuk perhatian penduduk. 6.1.3 Pemantauan terhadap kes minta/ambil duit dari pelajar secara paksa. Makluman - Unit bimbingan dan kaunseling akan mengadakan program bersama PDRM. Diharap dapat menyuntik kesedaran kepada semua pelajar. 6.1.4 Diadakan spot check bacaan sifir terutama tahap dua di waktu perhimpunan. -Isu beg berat (Banyak buku perlu dibawa ke sekolah) Makluman - Pihak sekolah telah menjalankan spot check bacaan sifir mengikut keperluan dan kesesuaian waktu. - PIBG meluluskan wang untuk program rintis membina locker yang boleh berkunci di bawah meja. 6.1.5 - Sediakan takwim/ kalendar bulanan sekolah yang menyatakan aktiviti/ program/ tarikh peperiksaan/ hari sukan/ merentas desa supaya persediaan awal boleh dibuat. - Pemberitahuan perlaksanaan aktiviti/ program dan hebahan yang dibuat melalui saluran telegram/ whatsapp kelas. - Perkongsian kerja sekolah di dalam group whatsapp oleh guru subjek. Makluman - Guru Besar mencadangkan sekolah akan memberi takwim program sekolah sebulan lebih awal di dalam jaringan waris. - Takwim sekolah (program yang utama) akan dikongsi dalam ‘group’ dalam masa yang terdekat.


13 6.1.6 Yuran PIBG dibayar secara online. Makluman - Bayaran online perlu dikaji lebih lanjut 6.1.7 Ibu bapa tidak boleh menunggu lama untuk mengambil anak di hadapan sekolah. Makluman - Pihak sekolah akan meletakkan notis di pintu hadapan sekolah. 6.1.8 - Mohon kelas tambahan Matematik Makluman - Kelas tambahan akan dibuat mengikut keperluan murid. 6.1.9 - Meletakkan kon halangan di kiri dan kanan jalan menuju ke sekolah. Makluman - Kurang sesuai kerana jalan sempit di laluan menuju ke sekolah. 6.1.10 - Makanan disajikan perlu sihat dan harga tidak mahal. Makluman - Harga dan kualiti makanan selalu dipantau oleh Jawatankuasa kantin dan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya. 7.0 Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023 7.1 Encik Ahmad Zafran bin Abd Aziz selaku pengerusi mesyuarat dengan rasminya membubarkan jawatankuasa PIBG SK Kongsi sesi 2022/2023 bagi tujuan pemilihan jawatankuasa yang baru.


14 8.0 Memilih dan melantik jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara untuk melantik jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 seperti berikut: Pengerusi (YDP PIBG) : Encik Ahmad Zafran Bin Abd Aziz Naib Pengerusi (NYDP PIBG) : Encik Afzal Nasir Bin Ibrahim Setiausaha PIBG : Encik Khairul Adam bin Abdul Rahman Bendahari : Puan Siti Norzaiedah bt. Muhammad Sunaji AJK Ibubapa : Puan Salmiah Binti Shaidin : Encik Faizal Bin Husin : Puan Sri Ayu Sellywatty Binti Sulaiman : Puan Noriesha Binti Mohamed Noor : Puan Siti Norakma Binti Muhammad Ariffin AJK Guru : Puan Rodziah Binti Shariff : Puan Kalyani a/p RRV Suppiah : Puan Siti Salwa Binti Ahmad Tayib : Puan Naqib Hanis Binti Md Dali SU PIBKS : Cik Azlina Binti Zainol Juruaudit (ibu bapa) : Puan Siti Nor Hazwani binti Mohd Sezali Juruaudit (guru) : Encik Boslim Bin Md. Hassan Ex-Officio : Pn Ooi Phaik Kooi : Encik Rizal bin Ahmad : Encik Abdul Rahim bin Abdullah 9.0 Hal – hal lain 9.1 Puan Noriesha binti Mohamed Noor mencadangkan yuran PIBG dikekalkan sebanyak RM50. Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan ini. 9.2 En. Boslim bin Md. Hassan mencadangkan murid-murid perlu ada buku nota kecil supaya mereka dapat mencatat kerja rumah yang diberikan oleh guru matapelajaran.


15 9.3 Cikgu Boslim bin Md. Hassan juga menasihatkan masalah berkaitan murid/guru tidak perlu dimasukkan ke dalam media sosial. Ibu bapa boleh datang ke sekolah untuk berbincang dengan pentadbir atau guru bagi menyelesaikan masalah tersebut. 9.4 Cik Azlina binti Zainol selaku Setiausaha Jawatankuasa Lawatan Sekolah memaklumkan, pihak sekolah akan membuat kutipan wang untuk murid tahap 2 sekiranya mereka terlibat dengan lawatan sekolah. Begitu juga dengan Prasekolah, akan membuat kutipan untuk mengadakan lawatan. 10.0 Penutup 10.1 YDP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir bagi melancarkan mesyuarat PIBG yang dijalankan. 10.2 Beliau juga berterima kasih kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua PIBG bagi sesi baharu2023/2024. Beliau akan memberi komitmen yang terbaik demi kemajuan murid-murid SK Kongsi. 10.3 Mesyuarat AJK PIBG akan datang akan dilaksanakan secara google meet dan berharap semua AJK dapat memberi kerjasama. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.45 pagi. Disediakan oleh, Urusetia Mesyuarat, ……………………………………………….. (KHAIRUL ADAM BIN ABDUL RAHMAN) SETIAUSAHA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK KONGSI


16 Laporan Aktiviti Tahunan Sesi 2023/2024 BIL AKTIVITI TARIKH 1. PEMBUKAAN SEKOLAH SESI MAC 2023 20 MAC 2023 2. PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 23 MAC 2023 3. INFAQ QASEH RAMDHAN 6 APRIL 2023 4. PROGRAM KHATAM AL-QURAN 7 APRIL 2023 5. SAMBUTAN HARI RAYA 1444H 5 MEI 2023 6. SAMBUTAN HARI GURU 26 MEI 2023 7. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-40 24 JUN 2023 8. KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK KONGSI 14 OKTOBER 2024 9. HARI PELAPORAN PBD SK KONGSI 20 OKTOBER 2024 10. SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 24 NOVEMBER 2023 11. MAJLIS ANUGERAH KECEMERKANGAN MURID 1 FEBRUARI 2024 12. PEMBUKAAN SEKOLAH SESI MAC 2024 11 MAC 2024 13. PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 12 MAC 2024 14. PROGRAM PENANAMAN POKOK SEMPENA HARI BUMI 22 APRIL 2024 15. MAJLIS IFTAR RAMADHAN 29 APRIL 2024 16. SAMBUTAN HARI RAYA 1445H 26 APRIL 2024 17. MINI MENORA ARCHERY INVITATION 6 MEI 2024 18. PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT ZON (MSSPP) 9 MEI 2024 19. MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 10 MEI 2024 20. SAMBUTAN HARI GURU 2024 16 MEI 2024 21. MESYUARAT AJK PELAKSANA MAT PIBG KALI-41 19 JUN 2024


17 Laporan Kewangan


18 Pembentangan Usul/Cadangan MAKLUM BALAS CADANGAN DAN USUL UNTUK MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41. BIL NAMA CADANGAN / USUL 1. PN FARAH IDAYU BINTI ALIAS (hadir) 1. Sukan Tahunan Sekolah (takwim). 2. Program sekolah yang akan dianjurkan. MAKLUM BALAS 1. Segala maklumat tentang aktiviti dan perjalanan sekolah akan dimaklumkan dalam telegram jaringan waris dan “WhatsApp Group” kelas. 2. Takwim bulanan akan diberikan secara bulanan dan akan dimaklumkan pada hari pertama setiap bulan. 2. PN RUZANNA BINTI ZAINI (hadir) 1. Mempelbagaikan menu makanan di kantin supaya kanak-kanak lebih banyak pilihan. MAKLUM BALAS 1. Menu makanan di kantin telah memenuhi keperluan murid di sekolah dan telah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. 2. Kantin sekolah telah diiktiraf dengan gred A 3. Makanan di kantin sekolah mematuhi peraturan PKD dan memuji persediaan makan yang telah disediakan. 4. Minta cadangkan menu yang bersesuaian. 3. PN NOOR AIN BINTI IBRAHIM (tidak hadir) 1. Tayangan video tentang kepayahan ibu bapa bekerja keras tanpa mengenal penat lelah boleh memberikan kesedaran anak-anak untuk belajar dan membalas budi baik ibu bapa dan cikgu sebagai ibu bapa kedua di sekolah. 2. Sebelum bersurai panggil ibu bapa dan anak-anak duduk berhadapan sambil peluk penuh kasih sayang. Pasti setiap pelajar rasa apa yang diinginkan oleh setiap ibu bapa dan para pengajar. MAKLUM BALAS 1. Cadangan yang baik. Pihak sekolah mengambil maklum perkara ini. 2. Program keibubapaan sentiasa dilaksanakan di sekolah. 3. Cadangan program keibubapaan adalah “Parenting Perdana”.


19 4. EN MOHD NOR SAFARIN BIN AHMAD (tidak hadir) 1. Minta guru untuk teman murid yang baru untuk ke tandas. Ada murid yang masih tidak biasa di suasana sekolah dan lokasi tandas. Jadi ada murid yang sanggup tahan untuk membuang air kecil dan air besar. Ada murid yang terkencing di dalam seluar. MAKLUM BALAS 1. Bagi tiga bulan pertama bagi sesi persekolahan yang baru, murid Tahun 1 dan Tahun 2 memang dibenarkan ke tandas bersama rakan. 2. Guru-guru Tahun 1 dan Tahun 2 sentiasa peka apabila murid baru ke tandas sekolah. 3. Minggu Orientasi/ Transisi diadakan selama 4 minggu bagi sesi persekolahan yang baru. USUL BERMAKSUD – SESUATU PERKARA YANG PERLU DIBAHASKAN DALAM MESYUARAT UNTUK MENDAPATKAN PERSETUJUAN MAJORITY SAMA ADA MENERIMA ATAU MENOLAK PERKARA TERSEBUT. KEPUTUSAN USUL TIDAK BOLEH DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT AJK PIBG. CADANGAN BERMAKSUD – SESUATU PERKARA YANG BOLEH DISELESAIKAN SEMASA MESYUARAT AJK PIBG ATAU PIHAK PENTADBIRAN SAHAJA. CADANGAN TIDAK MEMERLUKAN PERSETUJUAN SEMUA AHLI UNTUK MEMUTUSKANNYA. CADANGAN SELALUNYA MELIBATKAN HAL-HAL YANG MEMERLUKAN TINDAKAN SEGERA DAN TIDAK MEMERLUKAN MESYUARAT AGUNG UNTUK MENYELESAIKANNYA.


20 Perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2024/2025 JAWATAN NAMA Penasihat : En Md Nazri Bin Othman (Guru Besar) Pengerusi (YDP PIBG) : (Ibu bapa) Naib Pengerusi (NYDP PIBG) : (Ibu bapa) Setiausaha PIBG : (Guru) Setiausaha PIBKS : Bendahari : (Guru) AJK Ibubapa : : : : : AJK Guru : : : : SU PIBKS : Juruaudit (ibu bapa) : Juruaudit (guru) : Ex-Officio : : :


21


Click to View FlipBook Version