The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noorsyamil99, 2021-05-04 17:06:31

cara servis laptop

KELAB KOMPUTER...

CARA SERVIS LAPTOP

KELAB KOMPUTER

PENSYARAH : PN SITI NOORHANI BINTI MOHD KARDI

DISEDIAKAN OLEH :
MOHAMED SHAHRUL BIN SHAHREL (15DEP19F1045)
MUHAMMAD NOOR SYAMIL BIN KAMARUZAMANI (15DKA19F1111)

KEBAIKAN SERVIS
LAPTOP

◦ Habuk yang berkumpul di dalam laptop akan bersih sepenuhnya.
◦ Kipas laptop menjadi ringan dan dalam keadaan baik untuk

digunakan.
◦ Dapat elakkan masalah kipas laptop tidak berfungsi.
◦ Untuk menggelakkan laptop overheat.
◦ Dapat memanjangkan jangka hayat sesebuah laptop itu.
◦ Untuk mengelakkan laptop autoshutdown

PERKAKASAN ASAS UNTUK SERVIS
LAPTOP

1. Set pemutar skru

2. Alat mencongkel

3. Berus antistatik

4. Penyepit (Tweezer)

5. Artic Silver 5 atau Noctua NT-H1 (Thermal paste/compound)

6. Thermal pad

7. Isopropyl Alcohol (IPA) 99.7% atau ArctiClean

8. Tali pergelangan tangan antistatik dan conductive mat (untuk mencegah pelepasan
elektrostatik

LANGKAH-LANGKAH SERVIS LAPTOP

LANGKAH 1

Menanggalkan AC adapter
• Letakkan laptop anda di tempat yang bersih dan rata seperti di atas meja.
• Pastikan laptop telah ditutup (shutdown) dan pengecas (charger/AC adapter)

telah dicabut daripada soket dinding dan laptop anda.

LANGKAH 2

Mengeluarkan pek bateri
• Terbalikkan laptop anda terlebih dahulu. Luncurkan selak bateri ke

kedudukan buka kunci (unlock).
• Kemudian, keluarkan bateri tersebut dari laptop anda.

LANGKAH 3

Membuka penutup bawah (lower cover)
• Keluarkan empat skru dan longgarkan lima skru pada

penutup yang lebih rendah.
• Kumpulkan skru-skru tersebut mengikut saiz.
• Gunakan bekas yang sesuai untuk menyimpan skru supaya

tidak bercampur dengan skru yang lain
• Gunakan pemutar skru mata rata dari jenis plastik atau prying

tools untuk mencungkil penutup bawah laptop anda.
• Angkat penutup bawah daripada badan laptop anda.

LANGKAH 4

Mengeluarkan DIMM (dual in-line memory module)
• Tolak keluar selak pada kedua-dua belah soket DIMM untuk melepaskan

DIMM tersebut.
• Pegang hujung DIMM tersebut kemudian tarik ia keluar.

LANGKAH 5

Mengeluarkan WLAN board modules
• Cabut sambungan kabel antena dari papan WLAN dengan

menggunakan penyepit (tweezer).
• Alihkan antena jauh dari papan WLAN dan keluarkan dua skru

di atas papan WLAN.
• Tanggalkan papan WLAN dari soket WLAN tersebut.

LANGKAH 6

Mengeluarkan pemacu cakera keras (hard disk drive)
• Buka satu skru seperti gambar yang ditunjukkan.
• Tarik dan angkat pemacu cakera keras untuk mengeluarkannya.
• Untuk mengelakkan kerosakan pada pemacu cakera keras, elakkan

menekan atau meletakkan benda-benda berat di atasnya.

LANGKAH 7

Mengeluarkan pemacu optik (optical drive)
• Dengan berhati-hati gunakan pemutar skru mata rata jenis

plastik atau prying tools untuk mengeluarkan dulang pemacu
optik.
• Tarik modul pemacu optik keluar dari unit utama.

LANGKAH 8

Mengeluarkan modul heatsink CPU dan VGA
• Tanggalkan penyambung kipas heatsink dari papan utama (motherboard)

dengan menggunakan penyepit (tweezer).
• Buka lima skru seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah.
• Pastikan anda membuka skru mengikut urutan nombor yang betul.
• Anda perlu berhati-hati kerana thermal paste/compound yang telah kering

biasanya melekat agak kuat dengan modul heatsink CPU dan VGA.
• Tarik keluar dan angkat perlahan-lahan modul heatsink CPU dan VGA

tersebut.
• Anda dapat melihat thermal paste/compound yang telah kering dan keras.

LANGKAH 9

Bersihkan heat sink laptop anda
• Gunakan Isopropyl Alcohol (IPA) 99.7% atau

ArtiClean untuk melembutkan sisa-sisa thermal
paste, thermal pad dan juga pada permukaan
pemproses (processor).
• Anda juga boleh menggunakan putik kapas (cotton
buds) atau tisu basah bayi untuk membersihkan
saki-baki thermal paste dan thermal pad tersebut.

LANGKAH 10

Servis kipas laptop anda
• Jangan lupa untuk membersihkan bilah-bilah kipas

laptop anda.
• Gunakan berus yang bersih untuk membuang debu-debu

tersebut.
• Ketika membersihkan heat sink fan, periksa juga papan

induk sekiranya ada tanda-tanda kehadiran semut.
• Biasanya semut akan memasuki laptop sekiranya anda

selalu makan dan minum di hadapan laptop anda.
• Jika ada bersihkan sarang semut tersebut.

LANGKAH 11

Pasang thermal pad dan thermal paste/compound yang baru
• Setelah benar-benar bersih, letakkan thermal pad baharu dan

thermal paste/compound (Artic Silver 5 atau Noctua NT-H1)
seperti gambar yang ditunjukkan di bawah.
• Pastikan tiada sebarang benda asing seperti klip, skru atau
benda logam terjatuh atau tertinggal di atas papan induk laptop
anda.

LANGKAH 12

Pasang semula komponen-komponen laptop anda
• Pasang semula semua komponen mengikut urutan

terbalik seperti mana anda membongkarnya sebelum ini.
• Tugas anda belum selesai di sini.
• Anda perlu memantau suhu ketika ia “idle” dan semasa

penggunaan “extreme”.
• Perkara ini sangat penting, jadi sila ambil perhatian.

LANGKAH 13

Periksa suhu laptop anda dengan menggunakan perisian percuma
seperti HWMonitor
• HWMonitor adalah program pemantauan perkakasan yang

membaca pengesan (sensor) utama sistem PC seperti voltan, suhu
dan kelajuan kipas.
• Program ini mengendalikan cip pengesan yang paling biasa, seperti
siri ITE® IT87, kebanyakan Winbond® IC, dan lain-lain.
• Di samping itu, ia boleh membaca pengesan haba teras pada CPU
moden dan memantau suhu pemacu keras (hard disk) melalui
S.M.A.R.T serta suhu kad video GPU.
• Pastikan suhu laptop anda berada sekitar 35°C – 55°C ketika “idle”.
• Maksudnya ketika anda tidak melakukan apa-apa kerja di laptop
anda.
• Suhu ini boleh melonjak sekitar 70°C – 85°C ketika penggunaan
“extreme” seperti bermain games.

TERIMA KASIH,
SEMOGA
BERMANFAAT.


Click to View FlipBook Version