PERLEMBAGAAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9 Jun 2006, Berikut lalah Perlembagaan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
MUKADIMAH
Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu
Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Semenjak
tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada
kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta
ini telah disemak pada tahun 1991.
Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik atau
mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk
kanak-kanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai
rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis menerusi
kaedah-kaedah yang telah dilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang tertera di bawah.
PERKARA 1-NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI
Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri Ibu Pejabat Persatuan Pandu
Puten Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia
PERKARA 2- KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG
Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan yang berteraskan Persetiaan
dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh Pengasasnya, Robert Baden-Powell
Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendin, bebas daripada sebarang
pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik Persatuan Pandu Puteri
Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan.
Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri
Malaysia.Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut:
Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya menunaikan
kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan
mematuhi Undang-Undang Kepanduan.
Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut:
1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayal
2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia
3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain
4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain
5. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun
6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar
7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah
8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan
9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat
10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan
2.1 Kaedah
Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap
Puteri Sedunia, yang merangkumi:
i. Komitmen melalui Persetian dan Undang-Undang
ii. Perkembangan kendiri yang progresif
iii.Pembelajaran melalui perbuatan
iv.Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang
bertanggungjawab
v. Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa vi. Khidmat masyarakat
vii. Aktiviti luar
vi. Simbolisme
2.2 Keanggotaan
Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua
kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan
yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan.
Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut:
Ahli Aktif
Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup
kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk
setiap Ahli Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.
Ahli-ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi:
Bahagian Kepanduan 5-25 tahun
Pandu Puteri Pra-Tunas 6 tahun ke bawah
Pandu Puteri Tunas 6-12 tahun
Pandu Puteri Remaja 12-15 tahun
Pandu Puteri Renjer 15-18 tahun
Pandu Puteri Kadet +18 tahun
Pandu Puteri Siswi +18 tahun
Pandu Puteri Dewasa +18 tahun
Pemimpin Tidak Berwaran +18 tahun
Penolong Pemimpin +18 tahun
Pemimpin +21 tahun
Jurulatih +24 tahun
Pesuruhjaya +24 tahun
Guild Mantan Pesuruhjaya +30 tahun
Guild Pandu Puteri Raja +18 tahun
Guild Trefoil +24 tahun
Ahli Tidak Aktif
Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri
Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puten Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif
kepada Persatuan Pandu Puten dan Pengakap Puteri Sedunia.
Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang telah bersara
daripada keahilan yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18 tahun, yang telah mendaftar
sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan
dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri
menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat
dan pembangunan serta teknologi maklumat.
Ahli Kehormat
Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli
Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.
Ahli-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap- Pengakap Malaysia, kakitangan
Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orang orang awam yang terkenal dan
penting, serta individu- individu, termasuk Pesuruhjaya Pesuruhjaya dan Pemimpin-Pemimpin yang
tidak lagi memegang waran.
Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan
dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan
Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan.
Peletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan
Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila
masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang
pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran: mereka. Hak istimewa dan kelebihan
yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan
peletakan jawatan tersebut.
Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi
keperluan-keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Satu Court of Honour akan
diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang kurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk
mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan.
Keputusan daripada 'Court of Honour" adalah muktamad.
PERKARA 3 - TUJUAN DAN OBJEKTIF
Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap
Puteri Sedunia, Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang
dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu:
a) mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan
dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-prinsip Asas;
b) melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-kanak
perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak,
kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia,
c) menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam
Negara dan seluruh dunia,
d) untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun
dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
PERKARA 4 - LENCANA
USUL 8 : Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah
empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan “Persatuan Pandu Puteri Malaysia” di
dalam bulatan di sekelilingnya bawahnya Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana
(keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya
dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk
menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keah lian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana
Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran
kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan
melalui Ibu Pejabat Kebangsaan.
PERKARA 5 - PENAUNG
Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan
Pandu Puteri Malaysia lalah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tugas-tugas dan
tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut:
- mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
menandatangani dan menganugerahkan setiap S Pandu Puteri Raja
- menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
PERKARA 6 - LEMBAGA EKSEKUTIF
Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan
ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara
mesyuarat Majlis Kebangsaan.
Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis
Kebangsaan mempunyai kuasa muttak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika
perlu.
6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan
Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri danpada Pegawai-Pegawai yang benkut
Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua
Kotua Pesuruhjaya
Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat
6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan
1. Pesunhjaya Pandu Puted Tunas
2. Pesunuhjaya Pandu Puten Remaja
3. Pesuruhjaya Pandu Puten Renjer
4. Pesuruhjaya Panitu Puten Kadet
5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri
6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan
6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan
1. Pesuruhjaya Antarabangsa
2. Pesuruhjaya Program & Latihan
3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana)
4. Pesuruhjaya Keahlian
5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat
6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan
USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex officio yang dilantik dari
semasa ke semasa
6.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan
Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung
Tahunan Majlis Kebangsaan Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk jawatan yang
tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri
daripada Ahli-Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Yang Dipertua Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia
ialah isteri Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya
Timbalan Yang Dipertua Perdana Menteri Malaysia seorang wanita, maka
Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Pesuruhjaya ialah Perdana Menteri Malaysia.
USUL 2: Calon yang dipilih sebagai Timbalan Yang
Setiausaha Kehormat Dipertua akan memegang jawatan tersebut untuk
Bendahari Kehormat tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir,
6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan: calon boleh terus dipilih sebagai Timbalan Yang
1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Dipertua untuk tempoh tiga tahun selanjutnya.
2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Calon yang dipilih sebagai Ketua Pesuruhjaya akan
3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer memegang jawatan untuk tempoh lima tahun.
4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet Tempoh tersebut tidak boleh disambung selanjutnya.
5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri Calon-calon yang dipilih sebagai Setiausaha
6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan Kehormat,BendahariKehormat,Pesuruhjaya-Pesuruh
jaya Bahagian Kebangsaan dan Pesuruhjaya
Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan akan
memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun.
Calon-calon tersebut boleh terus dipilih untuk tempoh
tiga tahun selanjutnya, sehingga had tempoh
maksimum enam tahun keseluruhannya.
6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan:
1. Pesuruhjaya Antarabangsa
2. Pesuruhjaya Program & Latihan
3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan
Dana)
4. Pesuruhjaya Keahlian
5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan
Masyarakat
6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan
Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang
sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun. Lembaga Eksekutif
Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada
setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan.
Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi seorang timbalan pegawai perlu dilantik, yang akan
memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana
pemilihan yang baru akan diadakan Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi
tempoh tiga (3) tahun sepenuhnya.
6.3 Kekerapan Mesyuarat
Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan
dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai
pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak
hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan
mesyuarat tersebut.
6.4 Korum and Kuasa Pengundian
Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang-undang apabila
korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil,
sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tankh dua (2) minggu
daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu
semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah.
Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah
keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis
Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang Undang Kecil, dan pembubaran
Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. Satu Mesyuarat Agung Luar
Biasa boleh dipanggil oleh sekurang kurangnya satu pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif
Kebangsaan..
6.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan
Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah:
i. bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan:
ii. bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk
memastikan pencapaian yang baik
iii. menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan
perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti
iv. memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan
pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama, perancangan pewarisan, dan
program latihan terancang.
v. menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan
orang awam ;
vi. mengkaji kecukupan dan Integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem kawalan
dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan dan
pematuhan dengan undang-undang dan peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
vii. mencalonkan Ketua Pesuruhjaya
PERKARA 7-BADAN UNDANGAN
Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Badan undangan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam
membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara
mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
7.1. Keanggotaan Majlis Kebangsaan
Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis
Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18
tahun ke atas. USUL 3: Tiga Satu (31) daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara
18-35 30 tahun. Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri,
seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan
dibenarkan mengundi. Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi:
Pegawai-pegawai Lembaga Eksekutif Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Ketua
Kebagnsaan juga merupakan ahli Majlis Pesuruhjaya, Setiausaha Kehormat, Bendahari
Kebangsaan Kehormat, enam (6) Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan
dan enam (6) Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan
USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak tujuh
Pandu Puteri Malaysia dan semua ahli belas (17) undi.
ex officio yang dilantik dari semasa ke Tiada hak untuk mengundi.
semasa
Wakil Cawangan USUL 9: 13 wakil daripada setiap 16 15 Cawangan. 10
wakil dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak
satu ratus enam lima puluh (160 150) undi.
USUL 10: Majlis Kejurulatihan 10 wakil daripada Majlis Kejurulatihan.
Guild Pandu Puteri 1 wakil daripada setiap 14 cawangan dibenarkan
mengundi.Jumlah undian sebanyak emapat belas (14)
Guild Trefoil undi.
1 wakil daripada setiap 14 cawangan dibenarkan
Guild Mantan Pesuruhjaya mengundi.Jumlah undian sebanyak emapat belas (14)
undi.
Wakil Kelab Pandu Puteri Setiap ahli yang hadir dibenarkan mengundi.
Dibenarkan mengundi.
Ahli-Ahli Kehormat: Ketua Pesuruhjaya Tiada hak untuk mengundi/
Persekutuan Pengakap - Pengakap
Malaysia, Staf Persatuan Pandu Puteri
Malaysia,Kakitangan Kementerian
Pelajaran & Kementerian Belia & Sukan
7.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan
Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis
Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung.
Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun
berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya
dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan.
7.3 Kekerapan Mesyuarat
Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat
dari tarikh 30 Jun.
Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada
satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada
Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua akan dilantik
sebagai pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua Sekiranya Timbalan Yang Dipertua juga tidak
hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan
mesyuarat tersebut.
7.4 Korum and Kuasa Pengundian
Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli
yang mengundi
Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan
ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya
korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan
bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum,
iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah.
Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah
keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas
Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia
memerlukan dua pertiga undi majoriti.
USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Blasa Majlis
Kebangsaan akan ditank balik daripada mana-mana Cawangan Persatuan yang gagal membayar
yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun
tersebut melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga
Eksekutif Kebangsaan.
7.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan
Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut
I. Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
II. Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
III. Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu isu penting:
IV. Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu
Puten Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan,
V. Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan
VI. Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menank balik. waran-waran
Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya:
VII. Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini,
VIII. Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan susulan
IX. Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu di Majis Kebangsaan,
dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan.
PERKARA 8-KEWANGAN
Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada:
i. kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis
Kebangsaan.
ii. derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan
pendapatan daripada pelaburan.
Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta
dan sumber lalah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak
kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta
dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah
masing-masing.
Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh
jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan
harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan
menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan.
Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua
penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang danpada
penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat
Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh
14 Mei 30 Mac setiap tahun Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci
kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk
diluluskan Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada 1 Januari hingga ke 31
Disember.
PERKARA 9-CAWANGAN PERSATUAN
Cawangan Persatuan terdiri daripada:
I. Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau
Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor,Terengganu.
II. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya.
III. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara.
IV. Kampus/lbu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi.
Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan
isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil.
Setiap Cawangan Persatuan mempunyal Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan
Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan
Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan,
namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan
peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh
jawatan pegawai-pegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif
Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif
Kebangsaan untuk diluluskan.
Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh
yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai
Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
PERKARA 10 PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL
Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui
undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir.
USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga
Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis
Kebangsaan empat belas dua puluh satu (1421) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis
Kebangsaan.
PERKARA 11-PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat
Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini
ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran hanis disokong
oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahli ahli yang hadir.
Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset
selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana
yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, laitu pengundian untuk
pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus
mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.