The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ulasan Buku Whalevver April 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by (PNS) Perpustakaan Cawangan Kinabatangan, 2024-05-07 21:57:48

Muzik Tradisi & Kontemporari

Ulasan Buku Whalevver April 2024

ULASAN BUKU Ditulis Oleh : Whalevver Jay Walter 06 Mei 2024 Muzik Tradisi dan Kontemporari, Amir Zakaria, Selangor : Content Plus SDN. BHD, 2022, 48 Muka Surat. . Muzik adalah satu elemen budaya dan warisan bagi mana-mana tamadun. Di Alam Melayu, muzik tradisional sarat dengan alunan melodi dan lirik yang mempunyai identiti tersendiri. Tetapi interaksi budaya antara kaum mengundang kepada saduran melodi dan lirik yang mempunyai identiti tersendiri. Tetapi interaksi budaya antara kaum mengundang kepada saluran melodi dan terjemahan lirik. Apabila masa berubah, alunan melodi berubah kepada pop dan tidak kurang juga diberi nafas baru kepada muzik tradisional dengan adanya alat muzik lebih canggih. Dalam dunia yang telah dikuasai penuh oleh teknologi digital, masih juga terdapat peluang untuk penggiat-penggiat seni menghasilkan daya kreativiti mereka demi manfaat kehidupan. Hal ini begitu kerana, secara tidak langsung bidang seni juga boleh membuka peluang pekerjaan sekaligus menambah pendapatan. Seni muzik adalah salah satu cabang seni yang digunakan oleh manusia untuk menyatakan fikiran kerana ini ialah seni , ia seharusnya indah dan keindahan bagi setiap bangsa itu bersifat relatif. Kerelatifan itu bergantung kepada sistem nilai yang di sokong oleh sesebuah bangsa. Buku ini membincangkan tentang perkembangan enam segmen seni yang berkait rapat dengan gaya hidup masyarakat iaitu seni tari, kulinari, fesyen, animasi, perfileman dan muzik. Buku ini juga mengupas sejarah awal setiap bidang, perkembangan, tokoh yang terlibat.


Dapatkan Buku Di Perpustakaan Cawangan Kinabatangan Tajuk : Muzik Tradisi & Kontemporari Penulis : Amir Zakaria Koleksi : MJN 780 AMI


Click to View FlipBook Version