The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ulasan Buku Nurul Adilah binti Abdillah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by (PNS) Perpustakaan Cawangan Kinabatangan, 2023-05-05 22:09:19

Hikmah Berpuasa di Bulan Ramadan

Ulasan Buku Nurul Adilah binti Abdillah

ULASAN BUKU Di ulas oleh : Nurul Adilah Binti Abdillah 02 April 2023 Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan . Al-Hidayah Publication. Kuala Lumpur. 2009 . 430 Muka surat. Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah SWT. Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan. Umat islam hanya perlu menahan diri daripada makan dan minum untuk tempoh 12 jam bermula terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Ibadah puasa bukan sahaja dilaksanakan oleh umat Nabi Muhammad SAW , malahan ia juga disyariatkan kepada umat-umat para nabi terdahulu. Begitu juga dengan penganut-penganut agama lain seperti hindu,kristian dan buddha juga menjalankan ibadah ini. Cuma cara pelaksanaannya sahaja yang berbeza dengan Islam yang unggul. Buku 'Hikmat Berpuasa di Bulan Ramadan' ini menarik minat saya kerana ia membicarakan dengan mendalam tentang ibadah puasa serta hikmah pelaksanaannya. Adalah penting untuk mengetahui perkara ini kerana kita hendaklah memastikan bahawa ibadah puasa yang kita jalani mempunyai hikmat, tujuan serta matlamat yang jelas. Yang paling sekali ialah pelaksanaan berbeza dengan penganut agama lain. Antara hikmah berpuasa ini ialah dapat mendisiplinkan masa dan mengimbangi kehidupan antara dunia dan akhirat. Selain itu juga ketibaan Ramadan, umat islam di seluruh pelusuk dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT. Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan dihapuskan dosa-dosa kecilnya. Kesimpulannnya puasa merupakan madrasah akhlak yang besar dalam melatih keperibadian mukmin, melawan hawa nafsu daripada tergoda dengan tipu daya syaitan. Puasa mengajar erti amanah dan muqarabah kepada Allah SWT yang sentiasa sama ada dalam keadaan sir atau terang-


terangan. Begitu juga menguatkan semangat dalam menambahkan lagi kesabaran. Walau bagaimanapun, tiada halangan bagi sesiapa yang berpuasa melihat apa-apa hikmah dan rahsia Ilahi yang tersembunyi di dalam ibadah yang lain. Adalah tidak diragui bahawa semua hukum Allah mempunyai hikmah, rahsia dan faedah untuk hamba-hambanya, namun mereka tidak disyaratkan mengetahui kesemuanya itu. Dapatkan buku di Perpustakaan Cawangan Kinabatangan. Tajuk : Hikmah Berpuasa di Bulan Ramadan. Penulis : Dr Aid Abdullah Al- Qarni Koleksi DDC : MAN 297.362 QAR


Click to View FlipBook Version