ULASAN BUKU Di ulas oleh : Nurul Adilah Binti Abdillah 30 Januari 2024 30 Kisah Ilmuwan Hebat Islam. Telaga Biru SDN. BHD. Selangor. 322 Muka Surat. Tanya kita sedari, dalam dunia serba canggih ini dengan kemajuan yang tidak terkejar ini sebenarnya umat Islam pada suatu ketika dahulu pernah menjadi peneraju dan pemacunya. Terdapat ramai tokoh Islam yang memberikan sumbangan yang besar kepada dunia meskipun dunia sudah pun moden dan berbeza dari era semasa mereka hidup. Malah terdapat juga tokoh Islam yang mendapat pengiktirafan oleh dunia barat dan ilmu mereka menjadi asas kepada amalan yang diamalkan pada hari ini. Semua itu berlaku pada suatu era yang disebut sebagai Zaman Pertengahan atau the Middle Ages. Dalam sejarah Islam, era ini juga disebut sebagai the Golden Ages. Pada ketika itu, peradaban Islam mencapai satu tahap yang sangat gemilang.Kejayaan ini berikutan umat Islam pada masa itu yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu pengetahuan sehingga berjaya meguasainya. Malah, sikap keterbukaan mereka untuk menerima ilmu daripada tamadun-tamadun asing seperti Yunani, China dan India telah mendorong gerakan, sekali gus merancakkan lagi dunia keilmuan pada masa itu. Apabila bercerita tentang tokoh, pasti sumber rujukan memainkan peranan yang sangat penting dan buku inilah adalah buku yang sangat sesuai untuk pembaca di luar sana yang ini mengetahui lebih lanjut mengenai tokoh-tokoh ilmuwan Islam sebagai rujukan. Banyak kisah yang boleh diambil untuk dijadikan sebagai inspirasi dimasa hadapan seperti contoh Era pemerintahan Abbasiyyah yang merupakan zaman kegemilangan sains tabii dalam tamadun Islam. Era ini menyaksikan perkembangannya yang dibantu oleh pelbagai faktor termasuk sikap positif pemerintah dan penubuhan institusi sains serta naungan yang diberikan kepada ilmuwan dan faktor bahasa arab itu sendiri. Apa yang dapat disimpulkan disini , memandangkan umat Islam hari ini terutamanya generasi muda memerlukan ikon untuk diikuti, maka dengan membaca kisah tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini setidaktidaknya memberikan secebis inspirasi untuk kita berjaya seperti mereka. Semoga pembaca di luar sana dapat mengambil ibrah ( pengajaran ) daripada kisah-kisah yang diceritakan di dalam buku ini.
Jom dapatkan buku di Perpustakaan Cawangan Kinabatangan. Tajuk : 30 Kisah Ilmuwan Hebat Islam Penulis : Alif Fitri Koleksi DDC : MTN 297.18 ALI