The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ulasan buku Siti Nurhazirah Binti Omar Ali

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by (PNS) Perpustakaan Cawangan Kinabatangan, 2022-10-07 02:22:32

Kenapa Aku Miskin?

ulasan buku Siti Nurhazirah Binti Omar Ali

ULASAN BUKU
Diulas oleh : Siti Nurhazirah Binti Omar Ali

07 Oktober 2022

Kenapa Aku Miskin? #30 Sebab: Rezeki Tak Salah Alamat. SisYoujae. Terbitan
Kadokawa Gempak Starz Sdn.Bhd. Kuala Lumpur. 237 Muka Surat.

Rezeki.... Orang kita bila sebut tentang rezeki secara langsung dalam kepala akan
membayangkan simbol wang ringgit. Namun, hakikatnya pengertian dan konsep rezeki
itu sangatlah luas. Rezeki itu bukannya hanya datang daripada wang ringgit, tetapi sihat
tubuh badan, orang sekeliling yang baik, keluarga yang bahagia juga merupakan salah
satu bentuk rezeki yang diberikan kepada kita.

Kadangkala kita merasa kurang dengan rezeki yang diberikan. Apa sebenarnya
yang kurang? Apa punca yang buat kita rasa sesak dan tersekat walaupun ada wang,
sihat tubuh badan, lengkap serba-serbi tapi, masih merasa tidak cukup? Kenapa kita rasa
sulit? Kenapa bila lagi dikejar, lagi jauh ia pergi? Hal ini kerana, terdapat beberapa
sebab yang membuatkan rezeki kita terhalang. Oleh hal yang demikian, naskah ini
menyentuh tentang halangan-halangan yang membuatkan rezeki sukar didekati.

Salah satu sebab yang paling utama membuatkan rezeki sukar untuk diperolehi
adalah kerana kita sering terlepas pandang dengan perkara-perkara remeh yang telah
membuatkan kita tidak sedar telah syirik kepada Allah. Selain itu, sikap yang tidak
bersyukur, lalai dalam melakukan ibadah, derhaka kepada ibu bapa, tidak menghormati
guru juga merupakan penyebab rezeki sukar untuk diperolehi.

Bahkan, kerja tapi culas juga menjadi penyebab kenapa rezeki sukar untuk datang
kepada kita. Berniaga tanpa etika, talam bermuka-muka, sombong, makan duit haram,
cakap kotor, bergurau, mengejek dan menghina juga merupakan sebab yang
menyukakan kita untuk memperoleh rezeki serta akan membuatkan kita merasa tidak
cukup denga rezeki yang ada.

Melalui naskah ini kita akan dapat membuat refleksi kepada diri kita tentang
perilaku yang kita lakukan dan membuatkan rezeki jauh dari kita. Hal ini kerana, tubuh

kita ibarat magnet, jika kita buat perkara baik dan positif, maka perkara baik dan positif
juga yang ditarik. Begitulah juga sebaliknya.

Dapatkan Buku di Perpustakaan Cawangan Kinabatangan

Tajuk : Kenapa Aku Miskin? #30 Sebab: Rezeki Tak Salah Alamat

Penulis : SisYoujae

Koleksi DDC : MAN 158.1 SIS


Click to View FlipBook Version