The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ulasan buku Siti Nurhazirah Binti Omar Ali

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by (PNS) Perpustakaan Cawangan Kinabatangan, 2022-02-23 00:30:07

siri dunia kraf seramik

ulasan buku Siti Nurhazirah Binti Omar Ali

ULASAN BUKU
Diulas oleh : Siti Nurhazirah Binti Omar Ali

19 November 2021

Seramik. Petaling Jaya: Penerbit Pinang. 1996. 36 Muka Surat.

Pada era globalisasi kini, warisan turun temurun semakin lapuk ditelan zaman,
khususnya seni kraf tempatan. Melalui buku ini, warisan sepanjang zaman khususnya seni
kraf, terutama seni perusahaan seramik lebih ditonjolkan. Disebabkan oleh, era globalisasi
yang semakin maju dan membangun, generasi muda masa kini tidak terdedah dan tidak
mengambil tahu akan warisan tinggalan zaman berzaman ini. Buku ini, sedikit sebanyak
mengutarakan tentang sejarah asal usul seramik, jenis-jenis seramik, cara pembuatan
seramik, corak-corak seramik dan industri seramik di Malaysia.

Zaman yang serba moden ini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa generasi masa kini
tidak terlalu mengenali warisan-warisan negara yang ada. Bahkan ada yang tidak mengetahui
sama sekali tentang warisan-warisan tersebut disebabkan oleh corak kehidupan yang terlalu
modern pada hari ini.

Seni perusahaan seramik telah lama bertapak di Malaysia dan telah menjadi salah
satu barangan tradisional negara yang masih bertahan hingga kini.Terdapat pelbagai fungsi
kegunaan seramik antaranya digunakan sebagai peralatan dapur, tempat penyimpanan
barang kemas dan perhiasan. Bagi cara pembuatan seramik pula, ianya diwarisi secara turun
temurun dari nenek moyang sehingga kini dan selalunya proses pembuatan seramik
dilakukan dirumah sahaja, manakala proses pembakaran dilakukan secara beramai-ramai di
satu kawasan yang telah dikhaskan. Terdapat pelbagai jenis seramik yang ada di Malaysia
antaranya, Seramik Celadon, Seramik Biru dan Putih, Seramik Nyonya Wares, Seramik
Melayu, Seramik Islam, Seramik Jepun dan Seramik Thai. Pengeluaran seramik di Malaysia
telah meningkat kerana penggunaan seramik pada masa kini banyak digunakan dalam kerja-
kerja pembinaan rumah.

Buku ini menarik minat saya kerana buku ini secara khususnya membincangkan
tentang sejarah asal usul seni perusahaan seramik khususnya di Malaysia, jenis-jenis
seramik yang ada di Malaysia, cara pembuatan seramik dan kekangan yang dihadapi dalam
proses pembuatan seramik. Buku ini juga merupakan salah satu sumber utama untuk para
pelajar, khususnya kepada pelajar yang mengambil bidang seni dan sastera.

Selain itu, buku ini juga sesuai untuk orang ramai dimana mereka akan dapat belajar
dan mengetahui lebih banyak tentang seramik, bermula daripada sejarah asal usul seramik,
jenis seramik, cara pembuatan seramik dan juga masalah dan kekangan yang dihadapi
dalam perusahaan seramik di Malaysia. Bahkan buku in juga dpat menarik minat generasi
muda masa kini untuk mengenali lebih lagi tentang warisan dan khazana negara kita.

Dapatkan Buku di Perpustakaan Cawangan Sandakan

Tajuk : Seramik

Penulis : Jasman Ahmad, Siti Razmah Hj. Idris

Koleksi DDC : MAC 738.12 JAS


Click to View FlipBook Version