The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ulasan Buku Nurul Adilah binti Abdillah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by (PNS) Perpustakaan Cawangan Kinabatangan, 2023-06-06 01:04:21

Jauhi Sifat Negatif Pada Guru

Ulasan Buku Nurul Adilah binti Abdillah

ULASAN BUKU Di ulas oleh : Nurul Adilah Binti Abdillah 29 MAY 2023 Jauhi sifat negatif pada guru. Karisma Publications Sdn. Bhd. Selangor. 2009. 111 Muka surat. Penekanan terhadap pembentukan modal insan membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Dalam memcapai hasrat ini pelajar-pelajar perlu dibentuk agar sentiasa menghormati tanggungjawab guru-guru. Sempena hari guru yang disambut pada 16 May setiap tahun saya ingin mengulas buku bertajuk Jauhi Sifat Negatif Pada Guru. Buku ini menarik perhatian saya kerana ia dapat membantu dan mengajar pelajar agar menjauhi sifat negatif terhadap guru-guru. Seperti yang kita lihat pelajar- pelajar terutama pada masa kini yang secara umumnya tidak menghormati guru-guru yang memberi ilmu kepada mereka dan sering menganggap guru sebagai penghalang kepada pergerakan mereka di sekolah. Setiap tindakan yang diambil oleh guruguru sering disalahertikan. Buku ini membahagikan sifat negatif terhadap guru kepada beberapa bahagian. Tujuannya adalah untuk mendekatkan diri pelajar tentang kesannya ke atas pembangunan sahsiah diri. Ia juga memberi ransangan dan dorongan agar setiap pelajar bergerak ke arah yang lebih baik sepanjang berada di sekolah. Sebagai pelajar mereka wajar menjauhinya serta merta dan menggantikan sifat negatif dengan ke arah lebih positif agar di masa hadapan ia memberikan kelebihan kepada pembentukan diri sendiri agar tidak mudah melenting apabila dimarah ataupun ditegur. Walhal ia akan memberikan keburukan kepada diri apabila pelajar sering melawan guru kerana ilmu yang diberikan oleh guru tidak berkat dan guru pun tidak akan mempeduli pelajar yang tidak hormat kepada mereka. Untuk berjaya setiap pelajar jangan terlalu memikirkan keseronokan dan kegembiraan. Banyak perkara yang berfaedah perlu diisi di dalam diri masing-masing kerana guru-guru dengan senang hati akan membantu pelajar-


pelajar yang hatinya terang untuk menerima ilmu tanpa ada sikap prejudis kepada guru sekiranya pelajar dibetulkan kesilapannya. Kesimpulannya, pelbagai cara yang boleh diamalkan oleh para pelajar dalam menghormati guru-guru di sekolah. Bersikap positif terhadap guru merupakan antara satu nilai asas kehidupan yang wajar diamalkan setiap individu. Pengorbanan dan jasa yang telah dilakukan oleh para guru wajar diberi penghargaan dan penghargaan kerana pendidikan adalah tunjang kepada kehidupan seseorang. Semoga kita menjadi tauladan kepada generasi hari ini dalam menunjukkan bahawa menghormati guru akan memberikan manfaat tanpa kita sedari. Dapatkan buku di Perpustakaan Cawangan Kinabatangan. Tajuk : Jauhi sifat negatif pada guru. Penulis :Ahmad Marzouki Ismail. Koleksi DDC : MTN 158.1 AHM.


Click to View FlipBook Version