ULASAN BUKU Diulas oleh : Siti Nurhazirah Binti Omar Ali 30 Jun 2023 Kemusnahan Alam Sekitar. Selangor. Razak Ibrahim dan Wan Noralin Yusuf Cemerlang Publications Sdn Bhd. 2005. 44 Muka Surat. Saban tahun isu berkaitan alam sekitar semakin meningkat.Bahkan hampir setiap hari akan berlakunya isu alam sekitar di seluruh dunia. Misalnya, isu pemanasan global yang bukan sahaja dihadapi oleh kebanyakan negara, malah turut dirasakan kesan akibat hingga ke kasawan kutub. Sehubungan dengan itu, buku ini telah memberi sedikit gambaran mengenai kemusnahan alam sekitar yang berlaku. Seperti yang kita sedia maklum, alam sekitar terdiri daripada udara, air dan daratan yang perlu dilindungi dan dipulihara untuk kesejahteraan hidup di muka bumi ini. Manusi harus menjadikan alam ini bebas daripada sebarang bentuk pencemaran dan pencerobohan. Kemusnahan alam sekitar membawa maksud wujudnya pelbagai bentuk gangguan terhadap sifat alam semula jadi yang sedikit sebanyak telah merosakkan keasliannya. Kualiti air dan udara misalhnya tidak mencapai tahap yang baik sepertimana kualiti air dan udara sebelum berlakunya pencemaran yang ketara. Tahap pencemaran yang berlaku secara berterusan akan membawa pelbagai implikasi buruk pada masa akan datang. Peningkatan suhu global, hujan asid dan kekurangan air bersih merupakan salah satu implikasi buruk yang berpunca daripada kegagalan manusia dalam menjaga alam sekitar. Oleh yang demikian, kemusnahan terhadap alam sekitar bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi mengekang kemusnahan yang sedang berlaku. Justeru itu, buku ini sangat memberikan sedikit input serta kesedaran kepada masyarakat berkenaan alam sekitar. Penulis buku ini juga telah menekankan serta memberikan penjelasan berkenaan bagaimana cara yang perlu dilakukan oleh masyarakat bagi mengekang kemusnahan alam.
Dapatkan buku di Perpustakaan Cawangan Kinabatangan. Tajuk :Kemusnahan Alam Sekitar. Penulis : Razak Ibrahim dan Wan Noralin Yusuf Koleksi DDC : MAN 363.73 KEM