ULASAN BUKU Di ulas oleh : Nurul Adilah Binti Abdillah 29 JULAI 2023 Mudahnya Menjemput Jodoh. Casamas Resourses Sdn. Bhd. Negeri Sembilan. 238 Muka Surat Dalam kehidupan bermasyarakat, perkahwinan atau pernikahan sangatlah diperlukan, ianya juga merupakan fitrah semulajadi setiap manusia untuk hidup berpasang-pasangan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di muka bumi ini. Perkahwinan juga merupakan asas bagi melanjutkan sebuah bahtera kehidupan setiap manusia. Perkahwinan dipandang atas dasar terbentuknya sebuah keluarga dan daripadanya pula nanti akan terbentuk satu masyakarat, maka pemilihan calon untuk dijadikan pasangan hidup merupakan perkara yang sangat penting untuk diperhatikan. Ianya bertujuan supaya sebuah perkahwinan menjadi abadi dalam pengertian duniawi dan tercapainya keluarga yang bahagia dan harmoni. Buku ini menarik minat saya kerana ia memberi panduan dan tips untuk bertemu jodoh dengan mudah. Generasi muda masa kini masih ramai lagi lelaki mahupun wanita yang masih risau tentang jodohnya. Dalam pemilihan jodoh (calon suami atau isteri), ianya seharusnya dilakukan dengan cermat, ini adalah kerana, ianya akan menentukan kebahagiaan seseorang dalam hubungan rumah tangga kelak. Pada zaman ini, kita sering didengari dengan berita-berita perceraian disebabkan oleh rumah tangga yang kacau-bilau. Setelah diperhatikan, sebahagian daripada sebabnya adalah kerana kesilapan atau kesalahan dalam memilih pasangan hidup. Kenapa banyak yang gelisah ketika berbicara jodoh ? Kerana kebanyakan diantara kita memaksakan definisi dan persepsi peribadi kita tentang jodoh, mengikuti 'ego' bahkan sudah bercampur dengan nafsu syahwat dalam menentukan jodoh kita. Jodoh memang misteri, tidak ada yang tahu tentang siapa jodoh kita.Namun khabar baiknya Allah SWT sudah memberi sedikit kebocoran tentang jodoh kita. Kita hanya perlu banyakkan berusaha lebih untuk mendapatkan jodoh yang baik seperti dalam surah An-nur Ayat 26 “ Wanita-wanita yang tidak baik adalah untuk laki-laki yang tidak baik , dan laki-laki yang tidak baik adalah buat wanita-wanita yang tidak baik (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanitawanita yang baik (pula) ”. Dalam ayat tersebut Allah jelaskan bahawa jodoh kita itu adalah cerminan dari diri kita. Banyak tips dan panduan yang diberikan didalam buku ini untuk mendapatkan jodoh yang sebaik-baiknya yang boleh membawa hubungan sehingga ke pelaminan dan ke jannah firduasi. Kesimpulannya , setelah kita amati surah An-Nur Ayat 26 , tentu kita dapat memahami, meyakini dan tentu juga mengamalkannya serta sentiasa fokus dalam menambah ilmu agama. Diharapkan juga setelah mengetahui hal ini, dapat mengubah persepsi kita dalam memahami jodoh kita, yang pada mulanya mungkin fokus pada siapa jodohnya menjadi fokus bagaimana peribadi kita agar mendapatkan jodoh sesuai impian dan harapan kita. Dapatkan buku di Perpustakaan Cawangan Kinabatangan. Tajuk : Mudahnya Menjemput Jodoh. Penulis : Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin Koleksi DDC : MAN 297.577 MUH