The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ulasan buku Nurul Adilah Binti Abdillah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by (PNS) Perpustakaan Cawangan Kinabatangan, 2022-09-11 22:40:46

Permainan Tradisional Di Malaysia

Ulasan buku Nurul Adilah Binti Abdillah

ULASAN BUKU
Di ulas oleh : Nurul Adilah Binti Abdillah

22 OGOS 2022

Permainan Tradisional di Malaysia. Shafiee Ahmad dan Sulaiman Zakaria. Kuala Lumpur :
Buku Must SDN BHD . 2008. 42 muka surat.

Setiap masyarakat mempunyai cara yang tersendiri untuk mengisi masa lapang. Masa lapang
masyarakat Melayu tradisional diisikan dengan berbagai bentuk permainan rakyat atau tradisional
seperti wau, gasing, congkak, lempar selipar, bola beracun dan sebagainya. Pada masa dahulu
sebahagian permainan-permainan itu mempunyai unsur-unsur pemujaan seperti permainan wau.
Permainan-permainan lain sebagai mengisi kelapangan sahaja. Ada juga permainan yang bercorak
pertandingan seperti permainan gasing. Permainan-permainan in dalam beberapa keadaan bukan
sahaja mempunyai unsur hiburan malah menjadi saluran masyarakat Melayu untuk berhubung
dengan alam dan antara anggota masyarakat itu sendiri. Permainan-permainan ini mempunyai
unsur-unsur kesenian yang sukar ditandingi.Di dalam masyarakat Melayu permainan-permainan ini
tidak sahaja dimainkan kanak-kanak tetapi orang dewasa juga. Permainan-permainan ini
memerlukan kemahiran dan pengalaman yang banyak dari sudut penyediaan alat-alat permainan
apalagi tentang cara-cara permainan itu dijalankan.

Didalam buku ini menceritakan tentang pelbagai jenis permainan tradisional di Malaysia.
Permainan gasing permainan masa lapang yang diminati di negeri-negeri Pantai Timur
Semenanjung Malaysia.Permainan ini dimainkan oleh orang dewasa selepas musim menuai padi.

Gasing diperbuat daripada kayu keras yang terdapat di negara ini. Kayu Meranti paling disukai.
Bentukasas gasing itu dibuat menggunakan kapak. Bentuk asas in kemudian diletakkan pada mesin

pengukir untuk mendapatkan bentuk yang lebih menarik. . Ayam ialah sejenis haiwan peliharaan
yang serbaguna. Daging ayam boleh dimakan, telur ayam dimasak dengan pelbagai cara. Bulu ayam
pula digunakan untuk membuat pelbagai kraftangan dan keperluan pejabat. Di beberapa daerah
pedalaman di Kelantan Darul Naim pula ayam dijadikan permainan perlagaan yang sangat
digemari. Perlagaan ini juga dikenali sebagai menyabung ayam. Selain itu sepak raga juga antara
permainan yang agak popular pada masa dahulu. Ketangkasan pemain-pemain menimbang bola
menggunakan kaki menjadi keistimewaan permainan ini. Permainan ini ialah salah satu permainan
mengisi masa lapang yang amat digemari pada masa ini. Sepak raga a tidak sahaja dimainkan orang
Melayu tetapi juga orang bukan melayu.Inilah satu-satunya permainan tradisional yang mencapai
taraf antarabangsa

Malaysia didiami berbagai-bagai kaum dan mempunyai berbagai-bagai permainan
tradisional atau permainan rakyat. Permainan ini selain member hiburan,dapat menjalin
perhubungan antara kaum. Kebanyakan permainan ini terutamanya permainan kanak-kanak seperti
teng-teng, kedu, guli, konda-kondi telah pupus. Begitu juga dengan berbagai-bagai permainan
kanak-kanak di kalangan masyarakat Cina dan India. Permainan tradisi masyarakat Orang Asli
seperti Agam dan permainan rakyat di kalangan masyarakat Sarawak turut pupus juga ditelan
zaman. Berbagai-bagai usaha telah dilakukan untuk memperkenal kembali permainan ini tetapi
hanya beberapa permainan yang boleh diterima masyarakat hari ini. Hanya permainan sepak takraw
yang telah berjaya diperkenal sehingga menjadi permainan peringkat antarabangsa. Sebahagian
besar permainan-permainan tersebut akan hanya kekal di dalam lipatan sejarah budaya bangsa
Malaysia.

Dapatkan buku di Perpustakaan Cawangan Kinabatangan.

Tajuk: Permainan Tradisional di Malaysia
Penulis : Shafiee Ahmad dan Sulaiman Zakaria.
Koleksi DDC : MJN 394.309 MSHA


Click to View FlipBook Version