The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by (PNS) Perpustakaan Cawangan Kinabatangan, 2023-09-26 04:04:02

Citra wira Rakyat Dalam Legenda Mat Salleh

Ulasan buku Levviyana

ULASAN BUKU Diulas oleh : Levviyana Binti Jaual 21 September 2023 Citra Wira Rakyat Dalam Legenda Mat Salleh: Pusat Penataran Ilmu & Bahasa Universiti Malaysia Sabah. 2001. 177 Muka Surat. Negeri di bawah bayu mempunyai keindahan yang tidak terkata. Di sabah juga terdapat tokoh legenda keperwiraan yang dikenali sebagai Mat Salleh. Mat Salleh merupakan salah seorang pejuang tempatan yang menentang pentadbiran Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU). Mat Salleh telah mencipta banyak peristiwa bersejarah di Sabah kerana penentangan Mat Salleh terhadap KBBU berlaku selama enam tahun. Beliau membela nasib rakyat daripada terus ditindas oleh penjajah pada masa itu, hal ini menjadikan beliau sebagai seorang wira rakyat sabah yang tersohor bahkan perjuangannya turut meninggalkan pelbagai cerita asal usul yang masih tersebar dalam kalangan penduduk tempatan Sabah sehingga hari ini. Gambaran ketokohan Mat Salleh ialah beliau memiliki tubuh yang tinggi dan tampan. Selain itu, beliau juga merupakan seorang gagah berani dan mempunyai kekuatan tubuh badan dan tenaga luar biasa. Perwatakan beliau juga adalah tegas, sifat yang tidak mementingkan diri dan banyak bakti yang telah disumbangkannya kepada masyarakat sekeliling. Oleh itu beliau amat disayangi dan dihormati oleh penduduk tempatan di Sabah. Buku ini sangat menarik perhatian saya, kerana melalui buku ini kita dapat mengetahui dan mengenali dengan lebih dalam mengenai perjuangan-perjuangan tokoh tempatan di Sabah ini iaitu Mat Salleh yang mempunyai semangat cinta akan tanah air membela nasib rakyat tempatan daripada terus ditindas oleh penjajah. Dapatkan buku di Perpustakaan Cawangan Kinabatangan. Tajuk : Citra Wira Rakyat Dalam Legenda Mat Salleh Penulis : Low Kok On Koleksi DDC : MAN 959.521 Low


Click to View FlipBook Version