The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ulasan buku Siti Nurhazirah Binti Omar Ali

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by (PNS) Perpustakaan Cawangan Kinabatangan, 2022-06-28 00:54:23

Arkitek Pelukis Jalanan

ulasan buku Siti Nurhazirah Binti Omar Ali

ULASAN BUKU
Diulas oleh : Siti Nurhazirah Binti Omar Ali

25 Mei 2022

Arkitek Pelukis Jalanan. Teme Abdullah. Terbitan Iman Publication Sdn Bhd. 352
Muka Surat.

Penulis yang lebih dikenali dengan nama pena Teme Abdullah, merupakan anak
jati Selangor, telah mula menghasilkan karya penulisan dengan berpandukan daripada
pengalaman sendiri, pada tahun 2016. Ilham beliau untuk menghasilkan karya penulisan
telah tercetus setelah lama bergiat aktif dalam menghasilkan lukisan-lukisan bangunan
di kota tempat pengajiannya iaitu Kota London.

Buku Arkitek jalanan merupakan kesinambungan daripada buku pelukis jalanan.
Buku ini banyak memberikan pengajaran kepada semua golongan masyarakat
khususnya kepada golongan remaja. Hal ini kerana, hampir keseluruhan daripada jalan
cerita yang dikarang oleh penulis sangat berkait rapat dengan realiti kehidupan pada
zama kini.

Karya ini mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki yang bernama Ahmad,
dimana cita-citanya menjadi seorang Arkitek telah tertunai disebabkan oleh dorongan
orang sekeliling, terutama ahli keluarga dan rakan-rakannya yang telah memberi
dorongan kepadanya untuk menamatkan proses pengajiannya dalam bidang arkitek.

Sepanjang proses pengajiannya, Ahmad banyak menghadapi pelbagai rintangan
serta dugaan, dan hampir sahaja berniat ingin berhenti untuk meneruskan pengajian
disebabkan tidak tahan dengan tekanan yang datang daripada pelbagai sudut. Namun,
dengan berkat dorongan dan bantuan daripada orang sekeliling Ahmad telah berjaya
menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Bina di United Kingdom dan bekerja
di sebuah firma seni bina di Kota London.

Buku ini sangat menarik perhatian saya sebagai pembaca kerana, buku ini
mengandungi banyak tarikan dari segi cara penulisan, penulis menulis buku ini, design
dan lukisan di setiap muka surat yang berbeza-beza juga dapat menarik pembaca untuk
membaca buku ini. Bahkan dari segi elemen bahasa yang digunakan oleh penulis juga
sangat mudah untuk difahami.

Hasil dari penulisan, Teme Abdullah banyak memberikan motivasi dan pemikiran
yang positif kepada para pembaca, kerana hampir kesemua kandungan yang tertulis di
dalam buku ini merupakan pengalaman peribadi beliau sendiri.

Dapatkan Buku di Perpustakaan Cawangan Kinabatangan

Tajuk : Arkitek Pelukis Jalanan

Penulis : Teme Abdullah

Koleksi DDC : MAF TEM


Click to View FlipBook Version