The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by (PNS) Perpustakaan Cawangan Kinabatangan, 2022-02-23 00:20:09

ALAT-ALAT MUZIK TRADISIONAL SABAH

ulasan buku whalevver

ULASAN BUKU
Diulas oleh: Whalevver Jay Walter

9 November 2021

Alat-alat Muzik Tradisional Sabah, Warisan Budaya Kita Bersama, Pius J. Kating @
Oliver. KDI Publication Sdn. Bhd., 1996 98 Muka Surat.

Penulis mendapat pendidikan awal di St. John Toboh Tambunan dan . Penulis
dilahirkan di sebuah perkampungan petani Tombotuon Tambunan pada 20 hb Ogos 1951.
Sembilan tahun kemudian, berpindah ke daerah keningau mengikuti ibubapanya kerana
mencari tanah baru untuk pertanian. Beliau menyambung persekolahannya di Sk. Binaong
pada tahun 1960 dan akhirnya di st. Francis Xavier's keningau pada tahun 1963 hingga 1971.
beliau memilih profesyennya sebagai seorang guru dan merupaka guru yang terlatih dari
Maktab Kent, Tuaran. Penulis meminati bidang penulisan , Tarian, seni mempertahankan diri ,
seni lukis, nyanyian koir dan muzik. Semasa di sekolah, penulis aktif dalam persatuan
beruniform tetapi memilih muzik sebagai bidang utama. Penulis telah mengumpul, mengadun
dan mengubahsuai alat muzik tradisional untuk dirperkenalkan kepada generasi akan datang.

Menurut Penulis, walaupun bersemadinya jasad ayah pada tahun (1987) tetapi tidak
bererti lenyapnya suatu warisan. Penulislah yang mewarisinya hingga kini dan menjadi
harapan baru untuk mewariskan pengetahuan tentang alat-alat muzik tradisional sabah
kepada generasi sekarang dan generasi akan datang.

Terdapat 21 jenis alat muzik tradisional yang dinyatakan oleh penulis dalam buku ini.
Antaranya, Tongkubung , Pumpuak, Taburi, Gandang, Turali Toniba, Turali Tanaru,
Singkokolu, Togunggu (Jenis Magasab), Notasi Cangkul pengiring Togunggu Magasab,
Notasi Gendang pengiring Togunggu Magasab, Notasi Gong pengiring Togunggu Magasab ,
Togunggu (jenis Magagung), Babadon. Kurunggu, Sungkad, Kokolid, Tungkawir, Tongkungon,
Sompoton, Sigi, Sigisompoton, Sundtang.

Gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni bergabung menjadi suatu melodi yang
istimewa. Muzik tradisional sabah mempunyai latar belakang yang menarik, peralatan muzik
yang berlainan dan dimainkan sesuai dengan panorama tertentu.
Muzik tradisional Sabah tidak akan lapuk dek zaman kerana masih lagi ada penggemar-
penggemar muzik tradisional yang memperjuangkan irama ini.

Realitinya, alat muzik tradisional Sabah memainkan peranan penting sebagai lambang
keagungan bangsa dan negara tercinta ini. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama,
permainan alat muzik tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan
kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan alat
muzik tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara
kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa
kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan alat muzik
tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini
sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin
meningkat.

Bagi saya, Buku ini amatlah menarik kerana iya membicarakan tentang kepentingan
alat muzik tradisional yang ada di Tanah Air kita kepada negara mahupun dari segi sektor
ekonomi negara. Buku ini juga WAJIB dimiliki Oleh Generasi Muda zaman ini supaya dapat
menambah pengetahuan lebih dalam lagi tentang alat-alat muzik tradisional Sabah agar
Warisan nenek Moyang kita tidak hilang ditelan Zaman yang menuju ke arah Modenisasi ini.

Dapatkan Buku di Perpustakaan Cawangan Sandakan

Tajuk : Alat-alat Muzik Tradisional Sabah
Penulis : Pius J. Kating @ Oliver
Koleksi/DDC : MAN 781.62009H KAT


Click to View FlipBook Version