ULASAN BUKU Di ulas oleh : Nurul Adilah Binti Abdillah 29 JUNE 2023 Anak-Anak Abah. Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. 2016. Selangor. 287 Muka Surat. Anak-anak adalah anugerah dan ujian dalam masa yang sama. Setiap daripada kita pernah menjadi anak kepada ibu bapa yang melahir dan membesarkan. Apabila kitaran hidup melangkau usia maka kita kini berpeluang pula menjadi ibu bapa. Anak yang lahir menjadi pengikat kasih pasangan suami isteri dalam kehidupan berumahtangga. Tanyalah mana-mana ibubapa di dunia ini , mereka pasti mahukan anak-anak mereka menjadi terbaik apalagi menjadi anak yang soleh dan solehah yang taat kepada Allah SWT dan ibubapa. Sempena sambutan Hari Bapa yang disambut pada bulan June saya tertarik untuk mengulas buku ini kerana cara penceritaan buku yang secara informal membuatkan buku ini tidak bosan untuk dibaca. Buku ini adalah catatan memori seorang abah yang mahu merakam dan mengabdikan waktu bersama lima anak-anaknya yang berlainan personaliti dan peribadi. Ia sebagai naskah ini menjadi tatapan anak-anaknya apabila beliau sudah tidak ada lagi dunia ini. Sering kali kita tewas dan mengenepikan hak anak-anak tanpa kita sedari . Masa terus berlalu dan anak-anak makin membesar . Daripada bayi yang comel anak kita mula merangkak, bertatih, berjalan dan berlari seterusnya menjadi kanak-kanak, remaja dan pejam celik menjadi dewasa. Hari yang berlalu tidak akan kembali lagi dan alangkah beruntungnya ibubapa yang membuat pilihan untuk melihat setiap sejarah kecilyang dicipta anak-anak mereka. Kelak ia kan dikenang sebagai memori yang akan diimbau kembali. Banyak lagi kisah-kisah menarik yang dikongsi dalam buku ini. Moga kisah-kisah yang terdapat dalam buku ini yang hampir dengan jiwa dan ada inspirasi yang mampu kita ambil untuk dijadikan iktibar dalam menjadikan kita lebih baik daripada semalam.Tidak kiralah apa juga tanggungjawab yang kita laksanakan mahupun sebagai ayah, ibu, anak, kakak, adik dan abang haruslah kita melakukannya dengan ikhlas dan amanah. Dapatkan buku di Perpustakaan Cawangan Kinabatangan. Tajuk : Anak-Anak Abah Penulis : Nazali Noor Koleksi DDC : MAN 306.8742 NAZ