The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ulasan Buku Nurul Adilah Binti Abdillah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by (PNS) Perpustakaan Cawangan Kinabatangan, 2022-06-27 03:17:49

Perancangan Kewangan Remaja

Ulasan Buku Nurul Adilah Binti Abdillah

ULASAN BUKU
Di ulas oleh : Nurul Adilah Binti Abdillah

25 MEI 2022

Perancangan Kewangan Remaja. Azlina Ahmad dan Ridzuan Amin.
Pustaka Dasar Jaya SDN. BHD. 68 Muka surat.

Golongan remaja kebanyakannya mungkin masih belajar dan belum berkerja
tetap ,maka secara umumnya masih belum terdedah kepada pelbagai bentuk skim
pinjaman atau pelaburan sedia ada. Namun begitu mereka perlu belajar dan
memanfaatkan ilmu pengurusan kewangan untuk kehidupan masa depan kelak
khasnya dari segi kelangsungan untuk proses pendidikan mereka. Dari semasa ke
semasa remaja akan memperolehi wang sama ada dari ibubapa , berkerja , duit raya
ataupun biasiswa , justeru itu wang yang mereka kumpul itu mereka boleh membuat
pilihan sama ada ingin menyimpan atau pun membelanjakannya.

Sebagai remaja sememangnya mereka cenderung untuk membelanjakan wang
yang dimiliki demi memenuhi keperluan dan kemahuan terutama sekali apabila
berlakunya lambakan barangan jualan sama ada di pusat beli belah atau atas talian.
Remaja yang bijak akan memikirkan masa depan pendidikan , kerana dengan
pendidikan yang baik mampu memberikan tahap kehidupan yang lebih baik. Maka
remaja yang bijak akan berusaha untuk menabung ataupun menyimpan wang
sebanyak yang boleh agar dapat menampung kos sara hidup dan kos pendidikan ke
peringkat yang lebih tinggi dan selesa pada masa hadapan.

Dengan adanya buku ini ia boleh memberikan ilmu yang lebih luas kepada
masyarakat terutama golongan remaja untuk lebih bijak mengurus wang untuk
digunakan di masa hadapan. Buku ini juga menerangkan cara-cara untuk
menguruskan wang secara bijak untuk kegunaan masa hadapan dan kesan-kesan
buruk sekiranya gagal menguruskan kewangan.

Menguruskan kewangan dengan teknik yang baik dan betul dapat mengatasi
masalah kewangan yang di hadapi oleh masyarakat. Pelbagai implikasi buruk yang
akan berlaku sekiranya mereka bersikap sambil lewa. Untuk itu kepada golongan
pelajar seharusnya mula merancang dan menguruskan wang secara bijak untul
digunakan di masa hadapan.

Dapatkan buku di Perpustakaan Cawangan Kinabatangan.

Tajuk: Perancangan Kewangan Remaja.

Penulis : Azlina Ahmad , Ridzuan Amin

Koleksi DDC : MTN 332.024 AZL


Click to View FlipBook Version