ULASAN BUKU Diulas oleh : Levviyana Binti Jaual 21 Februari 2024 Soal Jawab: Membaiki Kereta Automatik dan Manual: SAM Synergy Media Sdn. Bhd. 2017. 256 Muka Surat. Dewasa ini, kereta merupakan satu keperluan bagi setiap orang untuk ke satu-satu destinasi yang ingin ditujui. Pelbagai jenis dan model kereta menjadi pilihan mengikut minat dan cantiknya sesebuah pacuan empat roda itu kepada pembeli dan pengguna yang akan memilikinya. Memiliki kereta sebagai keperluan bukan sekadar menggunakannya. Namun cara penjagaannya juga perlu kita ketahui dan dititik berat tanpa mengira jenis kereta. Kurangnya pengetahuan tentang kereta merupakan antara punca-punca kegagalan menjaga kereta dengan baik. Hal ini juga menyebabkan pengguna mudah ditipu oleh mekanik yang suka mengambil kesempatan khususnya tentang kerosakan yang kecil pada kereta boleh mengakibatkan nilai ganti rugi yang tinggi dan terpaksa menanggung kos perbelanjaan yang mahal. Tidak semua pemilik kereta arif tentang penjagaan kereta terutamanya pada sistem dan bahagian dalaman kereta. Oleh itu, buku ini telah menarik perhatian saya sebagai salah seorang pemilik dan pengguna kereta bagi membantu dan menambah pengetahuan sebagai panduan menjaga kereta dengan mudah. Melalui buku ini banyak maklumat dan pengetahuan baru tentang kereta khususnya soal jawab yang seringkali menjadi persoalan ramai orang. Penjagaan dan panduan bagi setiap komponen dalam kereta yang mengalami masalah dan kerosakan dijelaskan dalam buku ini. Memiliki kereta dan menggunakannya di atas jalan raya hendaklah berhatihati dan berhemahlah dalam pemanduan kereta kerana ianya akan mengurangkan kerosakan pada kereta serta yang paling penting tidak akan mengorbankan nyawa seseorang individu. Dapatkan buku di Perpustakaan Cawangan Kinabatangan. Tajuk : Soal Jawab Membaiki Kereta Automatik dan Manual Penulis : Muhammad Fazlur Koleksi DDC : MAN 629.2872 MUH