ULASAN BUKU
Diulas oleh : Siti Nurhazirah Binti Omar Ali
28 Ogos 2022
Bangkitlah Jiwa. Thebingkisanhati, Azura Zamri. Terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.
Petaling Jawa, Selangor. 126 Muka Surat.
“Sebuah catatan hati bagi rasa yang terpatri. Hanya yang bersabar akan bertahan”
ayat ini yang telah diberi penekanan oleh penulis buku Bangkitlah Jiwa. Nukilan
istimewa ini telah dipersembahkan oleh penulis kepada semual lapisan masyarakat
pembaca yang sentiasa dahagakan kasih sayang pencipta-Nya. Himpunan kata-kata yang
terkandung dalam buku ini mempunyai banyak titipan pesan dan ayat-ayat yang tersusun
membawa rentak yang tak lari daripada kehidupan manusia sejagat.
Bagi jiwa yang sedang diselubungi kesedihan, buku ini sedikit sebanyak dapat
membantu dalam meningkatkan semula jiwa-jiwa yang telah layu kembali mekar.
Semua kata-kata yang terkandung dalam buku ini dapat memberikan sedikit motivasi
dan semangat untuk meneruskan kehidupan. Bahkan, buku ini juga memberi peringatan
kepada jiwa yang kosong bahawasanya segala yang berlaku pasti ada hikmahnya, segala
kesedihan yang dialami tidak akan berkekalan, segala kesulitan yang dialami tidak akan
berpanjangan hingga ke akhirnya.
Oleh itu, sebagai pembaca, buku ini sangat memberi sentuhan yang sangat
mendalam serta dapat memberikan aura positif kepada semua pembaca. Disamping itu,
buku ini juga sentiasa mengingatkan kepada pembaca bahawasanya kehidupan ini tidak
perlu diisi dengan kesedihan yang mendalam, kerana akan adanya pelangi selepas hujan.
Dapatkan Buku di Perpustakaan Cawangan Kinabatangan
Tajuk : Bangkitlah Jiwa
Penulis : Thebingkisanhati. Azura Zamri
Koleksi DDC : MAN 808.882 THE