The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ulasan buku Nurul Adilah Binti Abdillah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by (PNS) Perpustakaan Cawangan Kinabatangan, 2022-10-03 22:11:49

Adat Perkahwinan Melayu

Ulasan buku Nurul Adilah Binti Abdillah

ULASAN BUKU
Di ulas oleh : Nurul Adilah Binti Abdillah

13 SEPTEMBER 2022

Adat Perkahwinan Melayu. Sabariah Abdullah. Selangor : Pustaka Cahaya Intelek. 2005.
48 Muka Surat.

Bangsa Melayu merupakan bangsa yang amat unik berbanding bangsa lain.Peradaban
bangsa Melayu wujud kesan daripada pertembungan beberapa bangsa dikepulauan Melayu ini
sehingga terbentuk satu identiti yang mantap. Bangsa Melayu terdiri daripada suku bangsa yang
menjadi penutur bahasa. Melayu dan kelompok bangsa Melayu yang dipanggil Polinesia.
Penempatan bangsa Melayu tersebar luas dan membentuk suku kaum yang beraneka bahasa,dialek,
adat, dan kepercayaan kesan daripada faktor geografì dan evolusi sejarah. Kini, bangsa Melayu
merupakan sebahagian daripada jumlah penduduk di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, dan
Selatan Filipina.Sebagaimana yang kita sedia maklum, masyarakat Melayu memang kaya dan
kukuh dengan kepercayaan, adat resam, permainan dan sebagainya. Sejarah telah membuktikan
bahawa adat resam Melayu ini dibawa dari India dan telah dipengaruhi oleh Islam setelah
kedatangan Islam ke rantau ini. Walau bagaimanapun, kesan daripada peredaran masa dan
pengaruh sains dan teknologi, kepercayaan dan adat resam ini semakin terhakis. Dengan adanya
buku ini dapat menceritakan secara keseluruhannya berkisar tentang kebudayaan masyarakat
Melayu dahulu kala dan sesetengah daripada kebudayaan tersebut masih diamalkan sehingga kini
dan ada sesetengahnya pula ditinggalkan.

Perkahwinan merupakan kehidupan yang penting bagi masyarakat di seluruh dunia. Bagi
orang Melayu, perkahwinan ialah pelengkap kehidupan seseorang. Ini disebabkan melalui
perkahwinan, pasangan lelaki dan wanita dapat memenuhi naluri jantina mereka dengan jalan yang
sah sekali gus meneruskan zuriat dan keturunan. Melalui perkahwinan juga, setiap pasangan
mencapai status bar iaitu sebagai suami isteri yang mempunyai tanggungjawab yang lebih besar.
Sesuatu perkahwinan bukan sahaja dapat menjalinkan hubungan antara dua individu yang berlainan
jantina tetapi juga dapat menjalinkan atau mengeratkan lagi hubungan antara keluarga kedua-dua
belah pihak. Oleh sebab sesuatu perkahwinan amat besar ertinya bagi masyarakat Melayu, setiap
upacara perkahwinan biasanya dibuat secara besar-besaran dan penuh dengan adat istiadat yang
tertentu. Justeru, tidak hairanlah majlis perkahwinan memakan masa yang agak panjang. Bahkan
selepas majlis itu pun, mash terdapat beberapa upacara sampingan yang perlu dijalani.

Penyerapan unsur-unsur tamadun Hindu ke atas penduduk di Tanah Melayu berlaku dalam
tempoh yang begitu lama. Unsur-unsur budaya ini juga meresap ke dalam adat perkahwinan orang

Melayu sekarang. Setelah kedatangan Islam, unsur- unsur ini diadunkan pula ke dalam kebudayaan
tempatan dan Hindu yang telah lama bertapak. Oleh itu kita dapati, walaupun orang-orang Melayu
menganut agama Islam tetapi dalam perkahwinan, unsur-unsur Hindu masih lagi dipakai hingga ke
hari ini. Adat merisik merupakan tahap awal menjodohkan teruna dan dara, yang melibatkan
pertemuan antara wakil kedua pihak. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa
gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam
seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk
menyelidik latar belakang si gadis. Proses merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk
menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak. Beberapa kriteria yang selalu menjadi
perhatian dalam proses risikan seperti paras rupa, sopan santun, tahap pendidikan dan sebagainya.

Bersanding bermaksud duduk bersebelahan di satu tempat yang istimewa. Amalan ini
dianggap kemuncak majlis perkahwinan dalam adat resam perkahwinan orang Melayu. Tujuan asal
majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada
orang ramai. Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-
lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan
menatap wajah pasangan raja sehari .

Secara umumnya, budaya perkahwinan dalam kalangan etnik Melayu merupakanbudaya
yang sangat unik dan ia dianggap amat penting bagi mereka. Hal inidemikian kerana adat
perkahwinan masyarakat Melayu melibatkan beberapa proses,iaitu adat merisik, adat meminang,
adat menghantar belanja dan akad dan adatberinai. Setiap adat tersebut adalah sangat penting
kerana adat ini diwarisi oleh nenekmoyang masyarakat melayu sejak dahulu lagi. Selain itu,
terdapat banyak pantang-larang yang perlu diberikan perhatian yang penuh apabila proses tertentu
dijalankan. Anda boleh dapatkan buku ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai adat
perkahwinan melayu.

Dapatkan buku di Perpustakaan Cawangan Kinabatangan.

Tajuk : Adat Perkahwinan Melayu
Penulis : Sabariah Abdullah
Koleksi DDC : MJN 392.5 SAB


Click to View FlipBook Version