The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by (PNS) Perpustakaan Cawangan Kinabatangan, 2022-06-27 03:40:52

Puaka Basikal

Ulasan buku Levviyana

ULASAN BUKU
Diulas oleh : Levviyana Binti Jaual

20 June 2022

Puaka Basikal. Balqis Jaz, Ruby Annas & Aizin Zamila. Selangor : Penerbit X.
2018. 121 Muka Surat.

Dalam senaskah buku yang bertajuk Puaka Basikal ini, ianya menampilkan
gabungan tiga siri cerpen dari tiga orang penulis yang berlainan.

Penulis bernama Ruby Annas merupakan anak jati kelahiran Terengganu dan
mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Cukai. Beliau seorang
yang suka membaca apa jua bentuk bahan bacaan dan minat dalam bidang penulisan
ini adalah sejak beliau menuntut di universiti. Hasil cerpen beliau dalam naskah
bertajuk Lumba Lajak Berdarah yang mengisahkan tentang sebuah basikal yang
dipercayai mempunyai puaka, banyak kejadian yang misteri berlaku di sekeliling
Afiq dan menghantui hidup Afiq. Hal ini berlaku apabila Afiq mencuri dan
menggunakan basikal tersebut untuk tujuan memenangi pertandingan perlumbaan
haram basikal lajak dan ingin merampas kejuaraan perlumbaan tersebut. Perkara yang
aneh dan misteri sering kali berlaku berkaitan basikal curi tersebut, sehinggalah Afiq
dan rakan-rakan juga turut merasakan hal-hal yang aneh dan misteri itu. Mereka
mengalami kemalangan dalam perlumbaan haram basikal lajak tersebut dan hampir
meragut nyawa Afiq dan rakan-rakanya. Hal tersebut, menyebabkan mereka insaf dan
tidak mahu terlibat dalam apa jua perlumbaan basikal lajak apatah lagi perlumbaan
haram basikal lajak tersebut.

Cerpen kedua yang dimuatkan dalam naskah ini iaitu Fixie Syaitan yang ditulis
oleh Aizin Zamila. Cerpen ini merupakan hasil karya yang pertama bagi Aizin Zamila
, beliau meminati bidang penulisan ini ketika beliau masih dibangku sekolah lagi.
Cerpen ini juga mengisahkan sebuah basikal yang telah lama disimpan dan dipercayai
juga mempunyai puaka yang digunakan oleh tuan punya badan untuk membalas
dendam terhadap pelaku yang telah melanggar teruk anak kepada tuan punya basikal
tersebut. Kemalangan tersebut disembunyikan bertahun-tahun. Namun, tuan kepada
basikal itu mengetahui hal yang sebenar dan menggunakan basikal tersebut untuk

membalas dendam kerana kemalangan ngeri yang berlaku terhadap anaknya dan
ingin menuntut keadilan terhadap pelaku kerana sikap yang mementingkan diri
sendiri.

Seterusnya, kisah cerpen yang turut dimuatkan dalam naskah ini ialah Tangkal
Tih Senah yang ditulis oleh Balqis Jaz. Beliau dilahirkan di Felda Bukit Damar
Lanchang, Pahang. Cerpen ini merupakan cerpen yang kelima berjaya dibukukan.
Kisah ini turut menceritakan tentang sebuah basikal yang dipercayai dimiliki oleh
seorang wanita yang bernama Tih Senah yang mengamalkan tangkal taring ular. Hal
ini menyebabkan penduduk kampung yang menyentuh dan memindahkan basikal itu
di hutan akan menjadi mangsa ular tersebut dan tidak dapat keluar dari tahanan ular
tersebut sehingga bertahun-tahun. Sehinggalah seorang pemuda terjumpa satu azimat
yang mampu menghapuskan tangkal tersebut yang disembunyi lama bertahun-tahun.

Buku ini sangat menarik perhatian saya sebagai pembaca sekali gus
menimbulkan minat terhadap karya-karya fiksyen yang bertemakan kisah mistik dan
seram. Buku ini juga mempunyai penceritaan yang mudah difahami dan sesuai untuk
para peminat karya fiksyen yang mengisahkan kisah mistik dan seram.

Dapatkan buku di Perpustakaan Cawangan Kinabatangan.
Tajuk : Puaka Basikal
Penulis : Balqis Jaz, Ruby Annas & Aizin Zamila
Koleksi DDC : MTF BAL


Click to View FlipBook Version