ULUSAN BUKU
Di ulas oleh : Nurul Adilah Binti Abdillah
25 November 2021
Khasiat & manfaat bawang putih raja antibiotik semulajadi.Dr. Iyam Siti
Syamsiah,Apt Tajuddin, S.Si , Norsyam Badardin.Synergy Media Books. 64 Muka
Surat.
Bawang putih merupakan tumbuhan semulajadi yang tidak asing lagi di Malaysia.
Hampir semua masakan di Malaysia menggunakan bawang putih sebagai penambah dan
penyedap rasa makanan. Di dunia perubatan tradisional pula bawang putih ini tidak
asing lagi di kalangan masyarakat kerana ia banyak digunakan sebagai salah satu bahan
perubatan.
Masyarakat kebanyakannya mengetahui dan percaya akan besarnya khasiat
bawang putih namun hanya segelintir sahaja mengamaldan mempergunakan manfaat
bawang putih ini dalam kehidupan seharian. Mereka hanya mengenali asas bawang
putih seperti warna , bentuk dan baunya dan manfaatnya sebagai penyedap masakan
dalam kehidupan seharian.
Terciptanya Buku Khasiat Dan Manfaat Bawang Putih: Raja Antibiotik
Semulajadi ini untuk memberi lebih banyak lagi informasi tentang khasiat dan manfaat
bawang putih dan juga merungkai lebih lagi keistimewaan bawang putih ini dalam dunia
makanan dan perubatan. Di dalam buku ini juga disertakan pelbagai pengetahuan
mengenai ramuan-ramuan ubat dan aneka masakan yang menggunakan bawang putih.
Buku ini mendapat perhatian saya kerana ia mendedahkan saya tentang besarnya
khasiat bawang putih ini dalam dunia perubatan kerana beliau saya mempunyai penyakit
yang mana saya harus menjaga cara pemakanan mereka. Ia banyak mengajar saya
tentang memasak makanan berkhasiat untuk diberikan kepada beliau saya yang sakit
dan juga kepada warga emas yang menghidap penyakit kronik.
Dapat saya simpulkan di sini buku ini telah membuka mata saya mengenai
penggunaan bawang putih ini banyak membantu dari segi perubatan dengan khasiatnya
dan ia juga sangat mudah didapati di pasaran.
Dapatkan Buku di Perpustakaan Cawangan Sandakan
Tajuk: Khasiat & Manfaat Bawang Putih : Raja Antibiotik Semulajadi.
Penulis : Dr. Iyam Siti Syamsiah,Apt Tajudin, S.Si ,Norsyam Badardin
Koleksi DDC : MAN 615.32433 IYA