The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ulasan buku Nurul Adilah Binti Abdillah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by (PNS) Perpustakaan Cawangan Kinabatangan, 2022-10-31 20:03:13

Hijrah Muslimah

Ulasan buku Nurul Adilah Binti Abdillah

ULASAN BUKU
Di ulas oleh : Nurul Adilah Binti Abdillah

29 OKTOBER 2022

Hijrah Muslimah Milenial. Selangor : Publishing House SDN BHD. 2021
280 Muka Surat.

Hijrah menjadi sebuah trend yang sering dipopularkan dalam kalangan public figure dan
ustaz-ustaz muda melalui media sosial mahupun melalui kajian yang dijalankan. Ramai dalam
kalangan generasi Z menyambut ikutan ini dengan baik, seperti mula berhijrah penampilan dan
ibadah. Namun, adakah hijrah semata-mata terhad penampilan dan ibadah sahaja? Sedangkan
hijrah pada makna sebenarnya cukup besar dalam mencipta perubahan kepada yang lebih baik.
Dalam buku Hijrah Muslimah Milenialini akan membahaskan tujuh perbahasan utama, iaitu
bermula dengan cara muslimah menjaga hubungan dengan Rabbnya, tip-tip menggapai prestasi,
cara menyantuni perasaan cinta, pengurusan dan aplikasi teknologi, menjaga pergaulan sesama
muslimah dan juga muslim, bersahabat dengan orang sekeliling, serta cara dan kaedah muslimah
untuk tetap produktif dan berdikari dalam pengurusan kewangan.

Zaman semakin maju dan arus bergerak lebih pada era milenial ini juga harus bergerak
seiring pergerakan waktu. Jangan berada di takuk lama dan hidup tiada perubahan. Apabila kita
sendiri sudah maju dan menjadi manusia moden, jangan pula tinggalkan kewajipan tetap kita.
Lebih-lebih lagi ibadah fardu. Ia adalah penghubung yang mampu menyelamatkan kita daripada
lalai dengan godaan syaitan serta jerat api neraka. Ibadah fardu yang dimaksudkan di sini adalah
kelima-lima rukun Islam. Kita mesti menunaikan kesemuanya tanpa prejudis. Kita mesti teguh
menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan menunaikan
haji sekiranya mampu.Untuk menjadi muslimah yang teguh melaksanakan kelima-lima rukun
Islam, kita perlu ada istiqamah dalam diri. Istiqamah adalah melakukan sesebuah ibadah secara
tetap dan berterusan. Istiqamah antara perkara yang susah untuk dilakukan. Namun, tidak mustahil
untuk kita menjaga istigamah agar tetap ada dalam diri. Kita mesti melakukan beberapa perkara

seperti berikut agar kita kekal istiqamah di jalan Allah s.w.t. Antaranya ialah membetulkan niat ,
banyak mengingati Allah dengan zikir dan doa , membaca Al Quran dan mengingati mati.

Melalui buku ini, kita akan memahami makna hijrah ini tidak semata-mata memperbaiki
penampilan dan hubungan dengan Allah s.wt. sahaja, tetapi juga berusaha menjadi peribadi yang
lebih baik untuk orang lain terutama di sekelilingnya. Tetap wujud, bergaul dan celik teknologi
kerana kita muslimah hidup pada zaman ini.Justeru, perubahan amat penting dilakukan bermula
dari sekarang dalam pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada dari segi pemikiran, pemahaman,
penghayatan dan pengamalan secara menyeluruh terhadap ajaran Islam selaras dengan firman Allah
SWT.

Dapatkan buku di Perpustakaan Cawangan Kinabatangan.

Tajuk : Hijrah Muslimah Milenial
Penulis : Ririn Rahayu & Nani Latifah
Koleksi DDC : MAN 297.57082


Click to View FlipBook Version