ULASAN BUKU Diulas oleh : Levviyana Binti Jaual 06 December 2023 Kesedaran Memahami Hak Asasi Manusia: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd. 2013. 44 Muka Surat. Hak asasi manusia bersifat sejagat tidak boleh dibahagikan dan saling bergantungan. Hak asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia. Dalam negara Malaysia satu institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional telah ditubuhkan iaitu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di bawah akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597). Terdapat beberapa fungsi SUHAKAM, antaranya memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia, menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia dan sebagainya. Hak asasi manusia sebenarnya menggambarkan toleransi dalam agama yang menjadi asas keamanan dan kemajuan. Agama secara amnya membincangkan persoalan mengenai kewajipan, hak dan tanggungjawab setiap manusia. Dalam hal agama, ianya mengajar untuk setiap individu menyayangi dan menghormati sesama sendiri dan mempertahankan kehormatan bagi individu lain yang merupakan asas hak asasi manusia. Buku ini sangat menarik perhatian saya, kerana melalui buku ini kita dapat memahami dan mengetahui bahawasanya hak asasi manusia adalah asas utama dalam moral semula jadi hidup bermasyarakat. Hak-hak sebagai masyarakat sangat penting agar hak yang kita miliki dapat digunakan dengan sebaiknya dalam mencapai hidup bermasyarakat yang harmoni khususnya di negara kita. Dapatkan buku di Perpustakaan Cawangan Kinabatangan. Tajuk : Kesedaran Memahami Hak Asasi Manusia Penulis : Fatin Fatiha Hasan Koleksi DDC : MJN 959.5 KES