ULASAN BUKU
Diulas oleh : Siti Nurhazirah Binti Omar Ali
28 Jun 2022
TORA Datang Lagi (Kitab Pengetahuan Kanak-kanak 90an). Amirul Bozu.
Terbitan Dubook Press Sdn Bhd. 302 Muka Surat.
Penulis yang lebih dikenali dengan nama Bozu, lahir di Hospital Besar Pulau
Pinang, dan menetap di Kulim, Kedah. Pernah menulis di blogkechai.blogspot.com dan
blog paling kontroversi pada tahun 2010, iaitu blog ayamdanbabi.blogspot.com. telah
mula merilis buku pertama, Kechai dan turut menyumbang artikel di dalam buku Rage
Rage Rage.
Buku Tora Datang Lagi merupakan buku yang ditulis oleh penulis untuk kanak-
kanak yang hidup pada zaman 90an, bagi mengimbau memori serta menyusun semula
memori hidup mengikut timeline zaman kanak-kanak. Ketika membaca buku ini, kita
akan jumpa semula apa yang hilang, ingat apa yang sudah terlupa dan bina semula blok-
blok gambaran hidup zaman kanak-kanak dan segal keriangan yang pernah dilalui.
Buku ini sangat menarik perhatian saya sebagai pembaca yang lahir pada zaman
90an kerana ia mengimbau memori kita dengan jelas dan terperinci tentang semua
perkara yang ada pada zaman kanak-kanak dahulu.Bahkan, buku ini menarik perhatian
saya kerana ianya mengandungi banyak tarikan dari segi penulis menulis buku ini,
design dan lukisan yang terdapat di setiap muka surat buku yang berbeza-beza juga
dapat menarik pembaca untuk membaca buku ini. Bahkan dari segi elemen bahasa yang
digunakan oleh penulis juga sangat mudah untuk difahami.
Dapatkan Buku di Perpustakaan Cawangan Kinabatangan
Tajuk : TORA Datang Lagi
Penulis : Amirul Bozu
Koleksi DDC : MAN 959.5 AMI