BUKU PANDUAN PELAJAR
PROGRAM PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2
LOT 82 KAMPUNG SUNGAI TUKANG,
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
TEL. : +604-4429034
FAKS : +604-4427681
EMAIL : [email protected]
[email protected]
SEJARAH KVSP2
Sejarah SMTSP2 bermula apabila pembinaannya di atas tapak ladang getah seluas 40 ekar pada tahun
1989 yang menelan belanja RM19 juta mula dilaksanakan. Kehadiran enam orang guru sebagai perintis,
yang diketuai oleh En. Azmi b. Bakar selaku Pengetua yang pertama pada 1 Ogos 1992 menyaksikan
sekolah yang diberi nama SM VOKASIONAL Sungai Petani 2 ini mula mengorak langkah mencipta nama
sebagai salah sebuah sekolah yang disegani hinggalah ke hari ini. Bermula dengan bilangan pelajar
seramai 338 orang pada tahun 1992, ini pihak sekolah telah menerima pelajar yang mencecah angka
seribu orang. Pada peringkat awal penubuhannya, tujuh kursus ERT, iaitu Kursus Katering, Bakeri,
Rekaan Fesyen, Asuhan Kanak-Kanak dan Seni Kecantikan; Kursus Perdagangan iaitu Pengurusan
Kewangan dan Pengurusan Pejabat serta Kursus Kemahiran iaitu Pramusaji, Pembuat Pakaian Wanita,
Jurusolek dan Gaya Rambut telah ditawarkan. Semasa di bawah kelolaan Pn Hajah Hamidah bt Yahaya
selaku pengetua yang kedua bermua dari tahun 1995 hingga 2005, sekolah telah dinaik taraf kepada
SMT pada tahun 2002. Kursus-kursus teknikal seperti Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Awam,
Perdagangan, Penyediaan Makanan dan Pembuat Pakaian telah ditawarkan. Cabaran sekolah semakin
bertambah dengan bilangan guru dan pelajar yang semakin meningkat
Setelah hampir 16 tahun ditubuhkan, tahap pencapaian akademik meningkat dari semasa ke semasa.
Bermula dengan pencapaian 82.9% pada tahun 1993, kini pihak sekolah boleh berbangga dengan
mengekalkan pencapaian 100% bermula dari tahun 2002. Dalam tempoh itu juga sekolah telah berjaya
meraih Anugerah Pencapaian Terbaik SPM peringkat Daerah KMY, Anugerah Sekolah 5 Bintang,
Anugerah Sekolah Harapan Negara dan mendapat saguhati Pertandingan 3K peringkat Kebangsaan.
Pada tahun 2005 sekolah telah berjaya mendapat Naib Johan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran
Kategori Sekolah Menengah Teknik. Penglibatan dalam bidang kokurikulum menjadi kebanggaan
kepada sekolah dengan kejayaan Maarof, pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik yang telah berjaya
mewakili Malaysia dalam Kejohanan Kriket Remaja Peringkat Antarabangsa.
Di bawah naungan Tn. Haji Ahmad b. Hassan selaku pengetua yang ketiga bermula dari 2006 hingga
2013, SMTSP2 terus mengorak langkah. Persatuan Usahawan Muda telah berjaya memenangi
anugerah tempat kedua persembahan terbaik, anugerah produk kreatif peringkat negeri dan penyertaan
di peringkat kebangsaan sehinggalah tertubuhnya Syarikat Metamoss SP2 yang menjadi kebanggaan
sekolah. Selain itu, ahli Pasukan Kadet Bomba juga telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan
yang dianjurkan di peringkat negeri dan kebangsaan. Pada tahun tersebut juga sekolah telah dicalonkan
untuk mendapat Anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan. Mempunyai prasarana yang
lengkap dan imej yang baik, SMTSP2 seringkali terpilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran majlis dan
pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Contohnya Kejohanan Antara Teknik
Peringkat Kebangsaan, Pertandingan Ragbi Peringkat Sekolah-Sekolah Teknik , tuan rumah untuk
Karnival Seni Jauhi Dadah peringkat negeri dan juga kebangsaan. Seterusnya sekolah turut dicalon
untuk Anugerah Sekolah Cemerlang.
Atas kepentingan dan hasrat untuk meningkatkan imej dan mengenang jasa pihak sekolah, beberapa
orang bekas pelajar telah berusaha untuk menubuhkan Majlis Alumni bermula Disember 2004 dan
dipengerusikan oleh En. Mohd Zaki b. Mokhtar seterusnya diambil alih oleh En Mahyudi bin Mohd Yusuf.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicicah. Kata-kata inilah yang menjadi dorongan kepada seluruh warga SMTSP2 yang kini dikenali
sebagai Kolej Vokasional Sungai Petani 2 , dari dulu hingga sekarang, sehingga menjadikan kolej ini
salah sebuah pusat ilmu yang gemilang di negeri Kedah Khususnya.
PELAN KOLEJ
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan bangsa
malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
Negara.
VISI KVSP2
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
MISI KVSP2
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI
NEGARA
MOTO KVSP2
BERILMU BERIMAN BERAMAL BERAKHLAK
BUDAYA KVSP2
BERSAMA MEREALISASIKAN TVET MALAYSIA
BRAND BUSINESS
PENCAPAIAN ANDA KEUTAMAAN KAMI
YOUR ACHIEVEMENT IS OUR PRIORITY
BRAND VISION
KAMI MENGOPTIMUNKAN KEMAHIRAN UNTUK PENCAPAIAN
CEMERLANG
WE OPTIMIZE SKILLS FOR EXCELLENT PERFORMANCE
BRAND VALUES
KOMITED,KEPATUHAN,KOMPETEN
COMMITED,COMPLIANT,COMPETENT
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN
CARTA ORGANISASI PROGRAM
TAKWIM PENGAJIAN AKADEMIK
STRUKTUR PROGRAM KURSUS
TERAS VOKASIONAL
SEMESTER 1
KOD NAMA KURSUS JUMLAH KREDIT
MPU 2312 PENGAJIAN ISLAM 2
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME 2
UMH 1112 MATEMATIK 2
USC 1112 KIMIA TAK ORGANIK 2
DSA 1113 SEJARAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 3
DSA 1123 PENGENALAN KEPADA PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 3
DSA 1134 KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 4
DSA 1144 KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PEMAKANAN KANAK-KANAK 4
JUMLAH 22
KOD SEMESTER 2 JUMLAH KREDIT
NAMA KURSUS
MPU 2172
MPU 2222 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN 2
MPU 2412
DSA 2113 BAHASA INGGERIS UNTUK KOMUNIKASI 2
DSA 2024
DSA 2134 KHIDMAT KOMUNITI 2
DSA 2144 PEMBELAJARAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK- 3
UMP 2112 KANAK 4
BERMAIN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
BAHASA DAN LITERASI AWAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 4
PERKEMBANGAN ESTETIKA DAN DAYA KREATIF KANAK-KANAK 4
ASAS PENGURUSAN 2
JUMLAH 23
KOD SEMESTER 3 JUMLAH KREDIT
NAMA KURSUS
DSA 3113
DSA 3124 PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 3
DSA 3133 AWAL SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK- 4
DSA 3143 KANAK 3
UEB 3012 AWAL MATEMATIK DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
ELA 3312
ELM 3312 PENGURUSAN DI PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 3
ENGLISH FOR BUSINESS 2
ARABIC I 2
MANDARIN I
JUMLAH 17
KOD SEMESTER 4 JUMLAH KREDIT
NAMA KURSUS
DSA 4112
DSA 4123 PENGENALAN KEPADA KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS 2
DSA 4133
DSA 4143 PENGURUSAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK 3
DSA 4153
ESB 4012 KEROHANIAN DAN MORAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 3
ELA 3312 PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN AWAL 3
ELM 3312 KANAK-KANAK 3
PEMERHATIAN DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
COMMUNICATION SKILLS 2
ARABIC I 2
MANDARIN I
JUMLAH 18
KOD SEMESTER 4 JUMLAH KREDIT
NAMA KURSUS
PRT 5014
PRT 5014 PRAKTIKUM 5
PRAKTIKUM
5
JUMLAH 10
SINOPSIS PROGRAM
Course Credit SEMESTER 1 Course Learning Outcome
Course Description
DSA1113 Kursus ini meliputi pengenalan kepada sejarah dan Menerangkan jenis-jenis perniagaan, organisasi,
falsafah, akta dan dasar dalam Pendidikan Awal Menjelaskan kefahaman mengenai falsafah,
SEJARAH DAN dasar dan akta dalam Pendidikan Awal Kanak-
FALSAFAH PENDIDIKAN Kanak-Kanak. Pelajar juga didedahkan kepada isu-isu Kanak [PLO1]
AWAL KANAK-KANAK 3 yang berkaitan dengan bidang ini. Kursus ini juga
membolehkan pelajar untuk mengetahui tentang Melaksanakan kajian lapangan mengenai
pendekatan model yang diguna pakai di beberapa pendekatan model yang digunakan oleh TASKA
TASKA dan TADIKA. dan TADIKA luar [PLO3]
Membincangkan isu dan cabaran berkaitan
Pendidikan Awal Kanak-Kanak [PLO3]
Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran
DSA1123 berkaitan konsep pertumbuhan dan perkembangan Menjelaskan konsep perkembangan dan
bayi dan kanak-kanak mengikut domain pertumbuhan kanak-kanak (PLO1)
PENGENALAN KEPADA 3 perkembangan kanak-kanak. Pelajar juga akan Melaksanakan aktiviti kanak-kanak TASKA dan
PERTUMBUHAN DAN didedahkan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi TADIKA (PLO2)
PERKEMBANGAN KANAK- perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Menyediakan laporan mengenai perkembangan
KANAK Kursus ini juga akan membincangkan teori yang dan pertumbuhan kanak-kanak mengikut domain
berkaitan dan peranan ibu bapa dan guru dalam (PLO3)
perkembangan kanak-kanak.
Kursus ini memberi pengetahuan dan kefahaman
DSA1134 tentang kandungan kurikulum dan bidang Menghuraikan konsep dan pendekatan dalam
pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak di kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak [PLO1]
Malaysia. Pelajar juga akan didedahkan kepada
Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Kandungan Melaksanakan aktiviti berdasarkan perancangan
KURIKULUM DALAM 4 Kurikulum, Pendekatan Yang Digunakan Untuk berpandukan kurikulum PERMATA dan KSPK
PENDIDIKAN AWAL KANAK- Merancang Dan Melaksanakan Kurikulum, [PLO2]
KANAK Pelaksanaan aktiviti berpandukan kurikulum dan Menyediakan laporan keberkesanan
Keberkesanan pelaksanaan aktiviti berpandukan pelaksanaan aktiviti yang dilaksanakan di TASKA
kurikulum. Di dalam kursus ini pelajar alkan dinilai dan TADIKA [PLO3]
melaui ujian dan tugasan- tugasan berkaitan dan
peperiksaan akhir.
Menghuraikan konsep keselamatan, kesihatan
DSA1144 Kursus ini memberikan pengetahuan dan kemahiran dan pemakanan dalam pendidikan awal kanak-
tentang aspek keselamatan, kesihatan dan kanak. ( PLO1)
KESELAMATAN,
KESIHATAN DAN pemakanan mengikut peringkat umur kanak-kanak. Merancang aktiviti keselamatan, penjagaan
PEMAKANAN KANAK- kesihatan yang baik dalam pendidikan awal
KANAK 4 Pelajar akan didedahkan berkaitan arahan dan
prosedur keselamatan, penjagaan kesihatan dan kanak-kanak. [PLO2]
pemakanan kanak-kanak bertepatan dengan Melaksanakan pemantauan terhadap aspek
keperluan industri negara. keselamatan, kesihatan dan pemakanan di
TASKA dan TADIKA. [PLO5]
Course Credit SEMESTER 2 Course Outcome
DSA2113 3 Course Description
PEMBELAJARAN
DAN PERSEKITARAN 4 Kursus ini merupakan pengenalan kepada pembelajaran Mengaplikasi konsep, prinsip dan teori
PEMBELAJARAN dan persekitaran pembelajaran dalam Pendidikan Awal pembelajaran dan persekitaran pembelajaran
AWAL KANAK-KANAK Kanak-Kanak. Pelajar akan mendapat pengetahuan dan kanak-kanak (PLO3)
kemahiran tentang konsep, prinsip, teori dan
DSA2024 pendekatan yang digunakan dalam Pendidikan Awal Melaksanakan aktiviti pembelajaran berpandukan
BERMAIN DALAM Kanak-Kanak. Selain daripada itu, pelajar juga pedagogi yang bersesuaian di TASKA dan TADIKA
PENDIDIKAN AWAL didedahkan dengan aspek persekitaran pembelajaran di (PLO 2)
KANAK-KANAK TASKA dan TADIKA
Menyediakan pelan susun atur dalaman dan luaran
yang kondusif di TASKA dan TADIKA
(PLO 11)
Kursus ini memberi pengetahuan tentang konsep dan Menentukan jenis-jenis bermain dalam Pendidikan
jenis bermain dalam pendidikan awal kanak-kanak. Awal Kanak-kanak (PLO3)
Selain itu pelajar diberi kemahiran untuk memilih,
mengaplikasi dan mengendalikan aktiviti melalui Melaksanakan aktiviti bermain untuk kanak-kanak
bermain untuk kanak-kanak termasuk permainan dalam (PLO2)
talian. Sikap positif semasa bermain juga ditekankan
dalam pelajaran seperti pertimbangan terhadap Memilih pendekatan bermain atas talian dalam
keperluan, keselamatan, tahap perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak. (PLO10)
kebolehan kanak-kanak. Pengetahuan dan kemahiran
pelajar ditaksir melalui penulisan dan pelaksanaan amali
untuk kanak-kanak.
DSA2134 Kursus ini memberi pengetahuan kepada pelajar untuk Menghubungkaitkan konsep, teori dan tahap
menentukan tahap perkembangan bahasa kanak-kanak perkembangan bahasa dan literasi awal kanak-
di samping memberi kemahiran berbahasa dan memilih kanak. (PLO3)
BAHASA DAN bahan bacaan yang sesuai untuk Pendidikan Awal
LITERASI AWAL 4 Kanak-Kanak. Pelajar akan didedahkan dengan Melaksanakan aktiviti literasi awal untuk kanak-
DALAM pelbagai teknik yang menarik dalam merancang kanak TASKA dan TADIKA. (PLO4)
PENDIDIKAN AWAL program dan aktiviti literasi dalam kalangan kanak- Mengendalikan program literasi awal kanak-kanak
KANAK-KANAK kanak. (PLO5)
Kursus ini akan memberikan pengetahuan dan
DSA2144 kemahiran kepada pelajar tentang perkembangan Mengaplikasi konsep, teori, model dan.
kreativiti dan estetika kanak-kanak. Selain itu ia juga perkembangan estetika dan daya kreatif kanak-
PERKEMBANGAN memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bentuk kanak (PLO3)
ESTETIKA DAN
DAYA KREATIF 4 seni kreatif iaitu seni dan kraf, muzik, pergerakan kreatif Melaksanakan aktiviti perkembangan estetika dan
KANAK-KANAK dan drama. Pelajar akan berpeluang untuk daya kreatif untuk kanak-kanak TASKA dan
menggunakan pelbagai medium dan teknik untuk TADIKA (PLO2)
melaksanakan aktiviti seni kreatif. Pengetahuan,
Menyediakan portfolio perkembangan estetika dan
kemahiran daan nilai murni pelajar akan dinilai melalui daya kreatif untuk kanak-kanak (PLO5)
penulisan, pelaksanaan aktivit dan tugaan secara
berkumpluan.
SEMESTER 3
Course Credit Course Description Course Outcome
DSA3113 Kursus ini akan memberikan pengetahuan dan kemahiran Mengenal pasti bidang pengajian sosial dalam
PENGAJIAN SOSIAL kepada pelajar tentang perkembangan sosial kanak-kanak pendidikan awal kanak-kanak. [PLO1]
DALAM PENDIDIKAN dalam pendidikan awal kanak-kanak. Selain itu ia juga
AWAL KANAK-KANAK memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aspek- Melaksanakan aktiviti pengajian sosial dalam
aspek perkembangan sosial kanak-kanak. Pelajar akan pembentukan perkembangan kanak-kanak
DSA3124 berpeluang untuk mempelajari pendekatan dan kaedah [PLO4]
AWAL SAINS DAN pelbagai yang sesuai dalam membentuk perkembangan
TEKNOLOGI DALAM sosial kanak –kanak. Merancang perlaksanaan aktiviti integrasi antara
PENDIDIKAN AWAL pengajian sosial dengan tema NCSS dalam
KANAK-KANAK PAKK [PLO6]
Kursus ini merupakan pengenalan kepada pembelajaran Menjelaskan pembelajaran sains dan teknologi
dan persekitaran pembelajaran dalam Awal Sains Dan serta kemahiran asas proses sains dalam
Teknologi dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Pelajar pendidikan awal kanak-kanak. (PLO1)
akan mendapat pengetahuan dan kemahiran tentang
konsep, kemahiran, pendekatan dan strategi yang Menjalankan aktiviti konsep sains mengikut
digunakan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Selain tahap perkembangan kanak-kanak TASKA dan
daripada itu, pelajar juga didedahkan dengan panduan TADIKA. (PLO3)
merancang dan mengendalikan aktiviti awal sains dan
teknologi bersama kanak-kanak di TASKA dan TADIKA. Melaksanakan projek awal sains dan teknologi
secara berkumpulan. (PLO5)
DSA3133 Kursus ini merupakan pengenalan kepada pembelajaran Menjelaskan konsep dan kepentingan matematik
AWAL MATEMATIK dan persekitaran pembelajaran dalam Pendidikan Awal dalam kehidupan seharian kanak-kanak (PLO1)
DALAM PENDIDIKAN Matematik Kanak-Kanak. Pelajar akan mendapat
AWAL KANAK-KANAK pengetahuan dan kemahiran tentang konsep, pendekatan Menjalankan aktiviti awal matematik mengikut
dan strategi yang digunakan dalam Pendidikan Awal tahap perkembangan kanak-kanak di TASKA
DSA3143 Matematik Kanak-Kanak. Selain daripada itu, pelajar juga dan TADIKA. (PLO6
PENGURUSAN DI PUSAT didedahkan dengan panduan merancang dan
PENDIDIKAN AWAL mengendalikan aktivti awal matematik bersama kanak- Melaksanakan satu projek berdasarkan konsep
KANAK-KANAK kanak di TASKA dan TADIKA. awal matematik (PLO7)
Kursus ini akan memberikan pengetahuan mengenai Menerangkan proses penubuhan TASKA dan
proses penubuhan, pentadbiran dan pengurusan di TADIKA (PLO 1)
sesebuah TASKA dan TADIKA. Selain daripada itu,
pelajar juga didedahkan dengan asas kepimpinan dan Melaksanakan simulasi operasi TASKA dan
keusahawanan di dalam melaksanakan operasi TASKA TADIKA (PLO 9)
dan TADIKA.
Menghasilkan rancangan perniagaan untuk
menubuhkan TASKA atau TADIKA (PLO 8)
Course Credit SEMESTER 4 Course Outcome
DSA 4112 2 Course Description Menerangkan definisi pendidikan khas dan kepentingan
PENGENALAN KEPADA pengesanan awal bagi kanak-kanak berkeperluan khas
KANAK-KANAK Kursus ini merangkumi pengetahuan dan [PLO1]
BERKEPERLUAN KHAS kefahaman tentang pendidikan khas dan kategori Menghasilkan laporan pemerhatian terhadap kanak-
kanak-kanak berkeperluan khas. Pelajar juga kanak berkeperluan khas [PLO6]
didedahkan dengan aspek pengesanan awal dan Menyediakan RPI selaras dengan keperluan khas
intervensi awal, serta menghasilkan Rancangan kanak-kanak. [PLO3]
Pendidikan Individu (RPI) bagi menyesuaikan
pendekatan yang tepat untuk menyokong kanak-
kanak berkeperluan khas ini.
DSA 4123 Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran Menjelaskan perkara-perkara berkaitan pembentukan
kepada pelajar mengenai pengurusan tingkah laku tingkah laku kanak-kanak. ( PLO1)
PENGURUSAN kanak-kanak dalam Pendidikan Awal Kanak-
TINGKAHLAKU Melaksanakan aktiviti merangsang tingkah laku positif
KANAK-KANAK 3 Kanak. Ia dapat membantu pelajar membentuk kanak-kanak TASKA dan TADIKA. (PLO4)
tingkah laku yang positif dan mengamalkan
sahsiah yang baik dalam kalangan kanak-kanak. Membimbing kanak-kanak mempraktikkan tingkah laku
Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran positif dalam kehidupan harian mereka. (PLO6)
menguruskan pelbagai tingkah laku kanak-kanak.
Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran
DSA 4133 kepada pelajar mengenai konsep kerohanian dan Menjelaskan konsep, peranan budaya dan persekitaran
KEROHANIAN DAN moral dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Ia dalam perniagaan antarabangsa (C3, PLO1)
MORAL DALAM dapat membantu pelajar membentuk
PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK 3 perkembangan kerohanian, moral dan nilai dalam Membincangkan tentang pasaran gobal dan
kalangan kanak-kanak. Selain itu pelajar akan persekitarannya dalam kumpulan (A3,PLO5)
DSA 4143 didedahkan dengan pelbagai teknik dan kaedah
PENGLIBATAN IBU yang menarik dalam merancang dan
BAPA DAN KOMUNITI Mencadangkan penyelesaian dalam isu pengurusan
DALAM PENDIDIKAN melaksanakan aktiviti kerohanian dan moral serta dalam perniagaan antarabangsa (A4,PLO6)
AWAL KANAK-KANAK melaporkan perkembangan kerohanian dan moral
kanak-kanak TASKA dan TADIKA.
DSA 4153
PEMERHATIAN DAN Mengenal pasti kepentingan hubungan antara pendidik
PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN AWAL Kursus ini secara umumnya memberi pengetahuan dengan ibu bapa dan komuniti (PLO1)
KANAK-KANAK
3 dan kemahiran kepada pelajar tentang pendidikan Merancang dan melaksanakan program yang
PRT 5015 keibubapaan, kolaborasi bersama komuniti dan melibatkan pendidik, ibu bapa dan komuniti. (PLO5)
PRAKTIKUM DI TASKA peranan institusi dalam pendidikan awal kanak-
PRT 5025 Merancang dan melaksanakan program yang
PRAKTIKUM DI TASKA kanak.
melibatkan pendidik dan agensi. (PLO9)
Kursus ini memberi pendedahan tentang
pentaksiran perkembangan kanak-kanak Menerangkan konsep penilaian dan pentaksiran, aspek
merangkumi tujuan, konsep, ciri-ciri dan proses
pentaksiran. Pelajar akan mendapat pengetahuan dan etika penilaian (PLO1)
3 dan kemahiran dalam penyediaan rekod-rekod Mengendalikan pemerhatian terhadap perkembangan
pemerhatian, melaksanakan pemerhatian, kanak-kanak melalui proses pentaksiran (PLO3)
menganalisis data menulis laporan dan mengambil
tin susulan. Pelajar juga dilatih untuk menyampai Menghasilkan laporan pentaksiran (PLO6)
hasil penilaian kepada ibu bapa secara lisan dan
bertulis.
Praktikum yang dilaksanakan di TASKA /TADIKA Melaksanakan aktiviti bimbingan dan pendidikan kanak-
memberi pendedahan kepada pelajar mengenai
proses mengasuh dan mendidik kanak-kanak yang kanak di TADIKA (PLO3)
sesuai dipraktikkan di TASKA/TADIKA. Pelajar
Menyediakan log harian aktiviti bimbingan dan
10 juga dapat mempraktikkan cara membuat pendidikan di TADIKA dengan berkesan (PLO7)
perancangan dan pengurusan bagi operasi di Mengendalikan program / projek di TADIKA (PLO 5)
TASKA/TADIKA. Selain daripada itu pelajar Mengamalkan nilai etika dan profesionalisme dalam
berpeluang mengamalkan nilai etika dan
profesionalisme dalam bidang asuhan dan bidang bimbingan dan pendidikan kanak-kanak di
pendidikan kanak-kanak di TASKA/TADIKA. TADIKA (PLO6)
PERATURAN AKADEMIK KOLEJ VOKASIONAL
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Dokumen ini dinamakan Peraturan Akademik Kolej Vokasional, digubal untuk
menyelaras pentadbiran semua hal akademik dan perkara-perkara yang berkaitan
dengannya.
1.2 Peraturan Akademik Kolej Vokasional ini terpakai kepada pengajian sepenuh masa
di Kolej Vokasional yang membawa kepada penganugerahan:
1.2.1 Pensijilan Kemahiran Malaysia
1.2.2 Diploma
2.0 TAKRIFAN
“KPM” Kementerian Pendidikan Malaysia
“BPTV”
“KV” Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
“Senat”
Kolej Vokasional
“Pemberi Pendidikan
Tinggi Senat Kolej Vokasional KPM yang ditubuhkan di bawah Akta
(KOLEJ VOKASIONAL)” Pendidikan 1996 , Peraturan-Peraturan Pendidikan (Senat Kolej
Vokasional) 2016
“JPK”
Satu pertubuhan perbadanan, organisasi atau kumpulan orang
“Pusat Bertauliah Induk” lain yang mengendalikan program pendidikan tinggi atau latihan
termasuk program latihan kemahiran yang membawa kepada
penganugerahan kelayakan pendidikan tinggi atau yang
menganugerahkan kelayakan pendidikan tinggi dan termasuklah
Pemberi Pendidikan Tinggi Awam atau Swasta, badan
peperiksaan atau pensijilan atau wakil cawangannya
Jabatan Pembangunan Kemahiran
BPTV adalah Penyedia latihan kemahiran yang telah diberi kuasa
oleh Ketua Pengarah JPK untuk menjalankan suatu program
bertauliah sehingga kepada penganugerahan suatu sijil
“Pusat Bertauliah Kolej Vokasional adalah Penyedia latihan kemahiran yang telah
Cawangan ” diberi kuasa oleh Ketua Pengarah JPK untuk menjalankan suatu
“ILKA” program bertauliah sehingga kepada penganugerahan suatu sijil
“ILKS”
Institut Latihan Kemahiran Awam
”Core Ability”
Institut Latihan Kemahiran Swasta
Kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dikuasai dalam diri setiap
pelajar bagi melahirkan pekerja yang berkemahiran iaitu
kemahiran komunikasi, kemahiran, menggunakan teknologi,
kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam
kumpulan dan kemahiran mengurus
“SPP” Struktur Program Pengajian mengandungi dua komponen iaitu
Kursus Kursus Pendidikan Umum (Akademik) dan Kursus Teras
“Pengajian” Displin (Vokasional) yang wajib diikuti.
“Program”
“Jawatankuasa Tempoh pelajar belajar selama dua tahun enam (6) bulan
Akademik” terdiri daripada Lima (5) semester panjang dan satu (1)
semester pendek
Bidang pengajian yang ditawarkan di Kolej Vokasional
Jawatankuasa yang bertanggungjawab di peringkat Kolej
Vokasional dalam menentusahkan pentaksiran dan penilaian serta
membuat keputusan dalam kes-kes khas pengajian
“Jawatankuasa Jawatankuasa yang dilantik untuk bertanggungjawab dalam hal
Pengurusan Akademik” ehwal perancangan dan pelaksanaan akademik dan vokasional
“Jabatan Pentaksiran dan Jabatan yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan
Penilaian (JPP)” pentaksiran dan penilaian serta pensijilan di Kolej Vokasional
“Ketua Jabatan” Individu yang dilantik oleh Kolej Vokasional sebagai ketua yang
bertanggungjawab untuk mengurus sesuatu jabatan pengajian
“Ketua Program” Individu yang dilantik oleh Kolej Vokasional sebagai ketua yang
bertanggungjawab untuk mengurus sesuatu program pengajian
“Pensyarah Kursus”
Staf akademik / tenaga pengajar bagi kursus dalam sesuatu
“Pelajar” program pengajian
“Semester” Seseorang pelajar yang berdaftar untuk mengikuti program
latihan di Kolej Vokasional atau Kolej Vokasional yang
“Semester Pendek” melaksanakan program Kolej Vokasional.
“Student Learning Time Tempoh Empat belas (14) minggu pembelajaran dan pengajaran
(SLT)” dan Tiga (3) minggu Penilaian Akhir
“Kursus Pendidikan
Umum” Semester yang dilaksanakan selama Lapan (8) minggu
“Kursus Teras Displin” pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dan satu (1) minggu
Penilaian Akhir.
Jumlah jam pembelajaran yang melibatkan pembelajaran
bersemuka, pembelajaran tidak bersemuka dan penilaian formal
yang ditetapkan bagi setiap kursus
Komponen kursus wajib umum, kursus wajib teras dan kursus
wajib elektif yang ditetapkan di peringkat diploma.
Komponen vokasional yang ditetapkan dan wajib diikuti oleh
semua pelajar di peringkat diploma.
“Kurikulum Standard Kurikulum pendidikan dan latihan teknik dan vokasional termasuk
Kolej Vokasional” kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai
“Silibus” kebolehkerjaan, kebolehpasaran dan kemahiran keusahawanan
merujuk kepada keperluan industri terkini dan panel pakar
”Course Outline” akademik terditi daripada UA, IPTA dan IPTS
“Kursus” Hasil pembelajaran khusus ditulis berteraskan hasil pembelajaran
“Lulus” program dan kemahiran insianiah mengikut aras taksonomi
“Kompeten” pembelajaran dan pemudahcaraan PdPc dan kaedah penilaian.
“Kes Khas”
Perancangan kuliah yang berteraskan hasil pembelajaran program
“Pemberhentian dan kemahiran insianiah mengikut aras taksonomi pembelajaran
Pengajian” dan pemudahcaraan PdPc dan kaedah penilaian.
“Penangguhan Mata pelajaran bagi sesuatu program pengajian
Pengajian”
Pencapaian tahap minima gred C dengan purata nilai gred 2.00
“ Penggantungan bagi semua Kursus Pendidikan Umum
Pengajian”
Pencapaian tahap minima gred B- dengan nilai mata gred 2.67
“Penilaian Akhir (PA)” bagi semua Kursus Teras Disiplin
“Pentaksiran Kes luar jangka (Rujuk Panduan Pengurusan Pentaksiran dan
Berterusan (PB)” Penilaian Lembaga Peperiksaan)
“Arahan Penilaian Akhir
(APA)” Pelajar tidak dibenarkan meneruskan pengajian disebabkan salah
laku disiplin atau gagal memenuhi syarat pengajian
“Projek Tahun Akhir
(PTA)” Penangguhan ialah tempoh pengajian yang diberi kepada pelajar
berdasarkan keputusan Jawatankuasa Akademik KV dengan
kelulusan dibawah Senat Kolej Vokasional KPM
Hukuman oleh Lembaga Disiplin Kolej Vokasional yang
mengakibatkan pelajar tidak dibenarkan meneruskan pengajian
dalam tempoh tertentu.
Penilaian bertulis dan amali yang diadakan di akhir sesuatu
semester. Penilaian dilaksanakan di Kolej Vokasional
berpandukan instrumen, garis panduan dan panduan penskoran /
peraturan pemarkahan yang ditetapkan.
Penilaian bertulis dan amali yang diadakan sepanjang semester
dan dikendalikan oleh Kolej Vokasional
Panduan penyediaan bahan dan peralatan ujian amali Penilaian
Akhir pada setiap semester
Kursus wajib dalam program Diploma yang memerlukan pelajar
menghasilkan satu penulisan ilmiah dan membangunkan produk,
perisian atau perkhidmatan berdasarkan program pengajian
mengikut kaedah-kaedah yang sesuai.
Latihan dalam suasana pekerjaan sebenar
“On-the-Job Training di agensi kerajaan atau swasta yang wajib diikuti oleh setiap
(OJT)”
pelajar selama tempoh yang ditetapkan mengikut keperluan
“Purata Nilai Gred
(PNG)” program pengajian
“Purata Nilai Gred Nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah nilai mata
Akademik (PNGA)” gred yang diperoleh dengan jumlah jam kredit yang diambil dalam
satu semester.
“Purata Nilai Gred
Kumulatif Akademik Nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah nilai mata
(PNGKA)” gred yang diperoleh bagi Kursus Pendidikan Umum dengan jumlah
jam kredit yang diambil dalam satu semester
“Purata Nilai Gred
Vokasional (PNGV)” Nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah nilai mata
gred yang diperoleh bagi Kursus Pendidikan Umum dengan jumlah
“Purata Nilai Gred
Kumulatif Vokasional jam kredit yang diambil dalam semua semester
(PNGKV)”
Nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah nilai mata
“Purata Nilai Gred gred yang diperoleh bagi Kursus Teras Displin (Vokasional) dengan
Kumulatif (PNGK)”
jumlah jam kredit yang diambil dalam satu semester
“Nilai Mata Gred
(NMG)” Nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah nilai mata
gred yang diperoleh bagi Kursus Teras Displin (Vokasional) dengan
“Purata Nilai Gred jumlah jam kredit yang diambil dalam semua semester
Kumulatif Keseluruhan
(PNGKK)” Nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah nilai mata
gred yang diperoleh Kursus Pendidikan Umum (Akademik) dan
“Slip Keputusan” Kursus Teras Displin (Vokasional) dengan jumlah jam kredit yang
mulai semester pertama sehingga semester terkini
“Slip Kemasukan
Penilaian Akhir” Nilai yang diambil kira dalam pengiraan Purata Nilai Gred (PNG)
dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)
“Transkrip”
Nilai yang ditentukan dengan membahagikan jumlah gred yang
diperolehi bagi Kursus Pendidikan Umum (Akademik) dan Kursus
Teras Displin (Vokasional) dengan jumlah jam kredit yang telah
diambil dalam semua semester
Dokumen rasmi yang mengandungi keputusan terperinci setiap
semester
Dokumen rasmi yang dikeluarkan kepada pelajar oleh Kolej
Vokasional sebagai kebenaran menduduki PA
Dokumen rasmi yang mengandungi keputusan terperinci
sepanjang tempoh pengajian
3.0 SISTEM PENGAJIAN
3.1 Tempoh Pengajian
3.1.1 Tempoh pengajian di Kolej Vokasional yang menawarkan program
3.1.2
diploma adalah minimum selama 2 tahun 6 bulan.
Tempoh maksimum pengajian adalah 4 tahun bagi kes-kes khas
dengan kelulusan Senat Kolej Vokasional.
PROGRAM TAHUN SEMESTER
DIPLOMA TAHUN 1 SEMESTER 1
TAHUN 2 SEMESTER 2
(2 TAHUN 6 SEMESTER PENDEK
BULAN) SEMESTER 3
SEMESTER 4
PRAKTIKUM SEMESTER 5
Jadual 1 : Sistem Pengajian Diploma
3.2 Bahasa Pengantar
3.2.1 Bahasa Pengantar adalah Bahasa Melayu.
3.2.2 Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar adalah
dibenarkan mengikut kesesuaian bagi mencapai maksud kurikulum.
3.3 Stuktur Program Pengajian
3.3.1 Pelaksanaan Struktur Program Pengajian (SPP) meliputi
pembelajaran secara teori dan amali berdasarkan jumlah jam
pertemuan dan jam kredit bagi setiap kursus. SPP mengandungi
komponen Kursus Pendidikan Umum dan Kursus Teras Displin.
3.4 Komponen Pengajian
3.4.1 Kursus Pendidikan Umum adalah tidak melebihi 30% manakala
Komponen Kursus Teras Displin tidak melebihi 70%.
3.4.2 Komponen Kursus Pendidikan Umum adalah terdiri daripada Kursus
Wajib Umum, Kursus Wajib Teras dan Kursus Wajib Elektif.
3.4.3 Projek Tahun Akhir (PTA)
Kursus wajib dalam program Diploma yang memerlukan pelajar
menghasilkan satu penulisan ilmiah dan membangunkan produk,
perisian atau perkhidmatan berdasarkan program pengajian mengikut
kaedah-kaedah yang sesuai. (Rujuk Garis Panduan Pelaksanaan PTA).
3.4.4 On-The-Job Training (OJT)
OJT wajib diikuti oleh setiap pelajar selama tempoh Lima (5) bulan
dalam tempoh pengajian seperti terkandung dalam SPP. Pelaksanaan
OJT dilaporkan sebagai LULUS atau GAGAL (Rujuk Garis Panduan
Pelaksanaan OJT KV)
3.4.5 Takwim pengajian
Takwim pengajian merujuk Takwim Semasa yang dikeluarkan oleh
BPTV KPM setiap tahun. Tempoh pengajian bagi satu semester
ialah 14 minggu kuliah dan 3 minggu penilaian akhir (PA) manakala
semester pendek adalah 8 minggu kuliah dan 1 minggu penilaian
akhir (PA).
4.0 SYARAT KELAYAKAN MASUK
4.1 Pelajar yang layak masuk ke program diploma hendaklah memiliki Sijil
Vokasional Malaysia dengan pencapaian seperti berikut:
i. Kepujian Bahasa Melayu 1104
ii. PNGK Akademik ≥ 2.00
iii. PNGK Vokasional ≥ 2.67
4.2 Pelajar yang gagal menepati syarat di atas, akan meneruskan pengajian
ke aliran kemahiran.
4.3 Calon sihat tubuh badan setelah menjalani pemeriksaan kesihatan.
4.4 Calon mesti tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah
penyakit atau penyakit-penyakit yang menghadkan, membataskan dan
menyukarkan pelaksanaan kerja amali.
4.5 Calon mestilah TIDAK BUTA WARNA mengikut keperluan program.
4.6 Calon bebas daripada masalah mental.
5.0 PENDAFTARAN PENGAJIAN
5.1 Kolej Vokasional hendaklah mengeluarkan surat tawaran bersyarat
kepada pelajar yang layak berdasarkan keputusan Jawatankuasa
Akademik Kolej.
5.2 Semua pelajar mesti membuat pendaftaran kursus sebelum pengajian
baharu bermula bagi setiap semester.
5.3 Pelajar wajib hadir semua kursus dalam program yang didaftarkan.
5.4 Sekiranya pelajar tidak mendaftar pada tarikh ditetapkan tanpa sebab
maka dengan sendirinya pelajar tidak boleh meneruskan pengajian
pada semester tersebut.
6.0 RAYUAN KEMASUKAN
6.1 Pelajar yang gagal ditawarkan ke program diploma boleh membuat
rayuan bertulis kepada Jawatankuasa Akademik kolej.
6.2 Rayuan hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari
dari tarikh pendaftaran.
7.0 STATUS PENGAJIAN
7.1 KEHADIRAN
7.1.1 Pelajar wajib hadir di setiap pertemuan pembelajaran
danpemudahcaraan (PdPc) yang telah ditetapkan bagi
sesuatu kursus.
7.1.2 Pensyarah kursus bertanggungjawab merekod kehadiran
setiap pelajar bagi setiap pertemuan pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) yang dijalankan.
7.1.3 Kehadiran kurang daripada 80% (tanpa sebab yang sah) dari
jumlah jam pertemuan bagi sesuatu kursus boleh
menyebabkan pelajar berkenaan tidak dibenarkan
menduduki Penilaian Akhir.
7.1.4 Peratus Kehadiran = Jumlah Kehadiran Sebenar x 100
Jumlah Kehadiran Sepatutnya
Ketua Jabatan perlu memohon secara rasmi kepada
Jawatankuasa Akademik kolej bagi menghalang pelajar yang
mempunyai kehadiran kurang dari 80% (tanpa sebab yang sah)
daripada menduduki Penilaian Akhir.
7.1.5 Pelajar boleh membuat rayuan secara bertulis kepada
Jawatankuasa Akademik dalam tempoh satu (1) minggu
selepas menerima keputusan tidak layak menduduki
Penilaian Akhir (PA)
7.1.6 Jawatankuasa Akademik kolej akan memutuskan status
pelajar yang dibenarkan menduduki Penilaian Akhir.
7.2 PENANGGUHAN PENGAJIAN
7.2.1 Pelajar boleh diberi status penangguhan pengajian dengan
7.2.2 kelulusan Jawatankuasa Akademik kolej dan disahkan oleh
7.2.3 Jawatankuasa Akademik Pusat KPM.
7.2.4 Kelulusan penangguhan pengajian adalah tertakluk di bawah
kuasa Senat Kolej Vokasional KPM
Pelajar yang boleh dipertimbangkan rayuan adalah seperti
berikut:
i. Pelajar yang disahkan sakit / kemalangan oleh pegawai
perubatan hospital kerajaan.
ii. Kes-kes khas memerlukan kelulusan daripada Senat
Kolej Vokasional KPM.
Tempoh maksimum penangguhan adalah tertakluk kepada
keputusan Senat Kolej Vokasional KPM.
7.3 PENGGANTUNGAN PENGAJIAN
7.3.1 Pelajar boleh digantung dari pengajian setelah didapati
7.3.2 bersalah oleh Lembaga Disiplin kolej dan disahkan oleh
7.3.3 Jawatankuasa Akademik kolej.
Tempoh penggantungan adalah tertakluk kepada keputusan
Lembaga Disiplin di kolej mengikut garis panduan displin
pelajar yang sedang berkuatkuasa.
Sepanjang tempoh penggantungan pelajar tidak boleh
meneruskan pengajian dan tidak boleh berada di kolej.
7.4 MENGULANG SEMESTER
7.4.1 Pelajar yang gagal mencapai tahap kelulusan minima bagi
semua kursus Pendidikan Umum dan tidak kompeten semua
Kursus Teras Displin hendaklah mengulang semester.
7.4.2 Pelajar boleh memohon rayuan untuk mengulang semester
pengajian melalui Jawatankuasa Akademik kolej.
7.4.3 Keputusan mengulang semester adalah tertakluk kepada
keputusan Jawatankuasa Akademik kolej.
7.5 MENGULANG PENILAIAN AKHIR
7.5.1 Pelajar yang gagal mana-mana Kursus Pendidikan Umum atau
Kursus Teras Dispilin bagi Penilaian Akhir dibenarkan mengulang
sebanyak Satu (1) kali sahaja.
7.5.2 Ulangan hendaklah dibuat dalam semester semasa.
7.5.3 Kelulusan untuk mengulang Penilaian Akhir adalah dibawah kuasa
Jawatankuasa Akademik kolej.
7.6 MENGULANG KURSUS
7.6.1 Pelajar yang gagal mana-mana Kursus Pendidikan Umum atau Kursus
Teras Displin bagi Penilaian Berterusan dan Penilaian Akhir
dibenarkan mengulang.
7.6.2 Kelulusan untuk mengulang kursus adalah dibawah kuasa
Jawatankuasa Akademik kolej.
8.0 PEMBERHENTIAN PENGAJIAN
8.1 Pelajar boleh diberhentikan daripada pengajian setelah didapati
bersalah oleh Lembaga Disiplin kolej atau gagal memenuhi
syarat pengajian oleh Jawatankuasa Akademik di kolej.
8.2 Pelajar yang gagal dalam semua kursus teras disiplin pada setiap
semester boleh ditamatkan pengajian dari kolej selepas disahkan
oleh Jawatankuasa Akademik kolej.
8.3 Pelajar yang telah diberhentikan berhak membuat rayuan kepada
Jawatankuasa Akademik di kolej.
8.4 Pelajar yang diberhentikan daripada pengajian akan diberi Surat
Akuan Pengajian daripada kolej.
9.0 PERTUKARAN TEMPAT PENGAJIAN
9.1 Pelajar boleh memohon rayuan untuk pertukaran tempat pengajian
semsasa tempoh pengajian melalui Jawatankuasa Akademik kolej
berdasarkan kes-kes khas.
9.2 Kelulusan pertukaran tempat pengajian adalah dibawah persetujuan
BPTV, KPM.
9.3 Semua dokumen berkaitan pentaksiran dan penilaian bagi pelajar
yang bertukar tempat pengajian adalah menjadi tanggungjawab
kolej asal untuk menyerahkan kepada kolej yang baru.
9.4 Pelajar yang bertukar tempat pengajian WAJIB menyelesaikan PB
bagi tempoh pengajian di kolej asal terlebih dahulu.
9.5 Pelajar tidak dibenarkan bertukar selepas minggu kelapan (8)
pengajian kecuali kes-kes tertentu yang mendapat kebenaran khas
dari BPTV, KPM.
10.0 PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN
10.1 Pelajar layak memohon pertukaran Program Pengajian disebabkan
oleh kes-kes khas dengan kelulusan Jawatankuasa Akademik
kolej.
10.2 Pertukaran program pengajian di antara kolej yang berbeza
hendaklah mendapatkan kelulusan BPTV, KPM.
11.0 PEMINDAHAN KREDIT
11.1 Pelajar yang bertukar program boleh diberi pemindahan kredit
bagi kursus yang sama.
11.2 Pelajar hendaklah memohon pengesahan kredit bagi kursus-kursus
yang telah diambil melalui Ketua Jabatan Penilaian & Pentaksiran
kolej.
11.3 Pelaksanaan pemindahan kredit hendaklah diluluskan oleh
Jawatankuasa Akademik kolej.
11.4 Keputusan kursus yang berkenaan diguna pakai dalam pengiraan
PNGK dan PNGKK.
11.5 Nilai kredit bagi kursus yang diberi pemindahan kredit diambil
kira bagi memenuhi keperluan jumlah kredit bergraduat.
12.0 PERATURAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
Pentaksiran Program Diploma adalah tertakluk kepada Garis Panduan
Pengurusan Pentaksiran dan Penilaian Diploma yang dikeluarkan oleh
BPTV.
12.1 PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
12.1.1 PB dilaksanakan sepenuhnya oleh kolej berdasarkan
kepada Perancangan Kuliah (Course Outline) yang telah
ditetapkan.
12.1.2 PB dirancang, ditadbir, dinilai dan dilaporkan secara
terancang mengikut Garis Panduan Pengurusan
Pentaksiran & Penilaian Diploma.
12.1.3 Pentaksiran PB dilaksanakan oleh pensyarah yang terlibat
secara berterusan dalam proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc).
12.1.4 PB Program Diploma dilengkapkan dalam aplikasi yang
disediakan oleh BPTV pada minggu ke-14 mengikut
takwim pengajian kolej pada setiap semester setelah
disahkan oleh Jawatankuasa Akademik kolej.
12.1.5 Pentaksiran Berterusan (PB) adalah berdasarkan
Assessment Specification Table (AST) di dalam
Perancangan Kuliah (Course Outline)
12.0 PERATURAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
Pentaksiran Program Diploma adalah tertakluk kepada Garis Panduan
Pengurusan Pentaksiran dan Penilaian Diploma yang dikeluarkan oleh
BPTV.
12.1 PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
12.1.6 Pembinaan Jadual Spesfikasi Pentaksiran Berterusan
(JSPB) adalah berdasarkan Assessment Specification Table
(AST) dalam Perancangan Kuliah (Course Outline).
12.1.7 Pembinaan instrumen PB adalah merujuk kepada Jadual
Spesfikasi Pentaksiran Berterusan (JSPB).
12.1.8 Pelaksanaan vetting, verifikasi, moderasi pemarkahan dan
analisis Course Learning Outcome Review Report (CLORR)
dan Proggrame Learning Outcome Review Report (PLORR)
hendaklah dilaksanakan mengikut prosedur yang
ditetapkan Garis Panduan Pentaksiran dan Penilaian
Diploma.
12.2 PENILAIAN AKHIR (PA)
12.2.1 Pengurusan dan pengendalian PA dilaksanakan di Kolej
Vokasional berdasarkan arahan pentadbiran dan jadual
waktu mengikut SOP Pengurusan Pentaksiran dan
Penilaian.
12.2.2 Penandaan skrip jawapan dan penyelarasan markah
dilaksanakan oleh pemeriksa yang dilantik oleh Kolej.
12.2.3 Pelajar wajib menduduki peperiksaan PA bagi kursus-
kursus yang ditetapkan. Pelajar yang tidak menduduki PA
akan gagal kursus tersebut secara automatik.
12.2.4 Pelajar yang tidak menduduki PA di atas sebab-sebab khas
boleh menduduki dengan kebenaran Jawatankuasa
Akademik Kolej.
12.2.5 Pentadbiran PA adalah seperti berikut:
i. PA dijalankan pada minggu ke-15 hingga minggu ke-17
mengikut takwim pengajian.
ii. Arahan Pentadbiran, Jadual Waktu dan Jadual Muat
Turun soalan PA disediakan oleh BPTV serta
dimaklumkan melalui e-mail Kolej.
iii. Arahan Penilaian Akhir (APA) Amali akan dimuat naik
oleh BPTV selewat-lewatnya SATU (1) bulan sebelum
tarikh PA.
iv. Kertas soalan PA (Bertulis/Teori dan Amali) dimuat
turun oleh Kolej sekurang-kurangnya TIGA (3) hari
bekerja sebelum tarikh PA.
v. Peraturan Pemarkahan (PP) bagi PA hanya boleh dimuat
turun setelah Penilaian Akhir kursus yang berkenaan
dijalankan.
vi. Markah PA dilengkapkan dalam aplikasi yang disediakan
oleh BPTV pada minggu ke-22 mengikut takwim
pengajian bagi setiap semester setelah disahkan
oleh Jawatankuasa Akademik Kolej.
12.3 EVIDEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
12.3.1 Fail Eviden pelajar mengandungi pembuktian hasil pentaksiran dan
12.3.2 penilaian PB dan PA pelajar yang disediakan mengikut Garis
12.3.3 Panduan Pengurusan Pentaksiran dan Penilaian Diploma.
Semua eviden PB hendaklah disimpan dalam fail Eviden Pelajar.
Fail eviden ini disimpan oleh program masing-masing dan akan
diserahkan kepada pelajar 6 bulan selepas tamat pengajian dan
telah diverifikasi oleh JPK dan MQA.
Rekod Penilaian Kompetensi (RPK) hendaklah disahkan oleh
pentaksir yang mempunyai kelayakan sebagai Pegawai Penilai
kolej.
12.4 KELAYAKAN MENDUDUKI PENILAIAN AKHIR
12.4.1 Pelajar hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut sebelum layak
menduduki Penilaian Akhir:
i. Telah mendaftar kursus yang berkenaan.
ii. Telah menghadiri 80% atau lebih kuliah / tutorial / amali bagi
jangka masa yang ditetapkan.
12.4.2 Pelajar yang mengalami masalah kesihatan dan tidak memenuhi
syarat pada perkara 12.4.1 (ii) hendaklah mengemukakan surat
akuan doktor. Surat akuan doktor swasta adalah terhad kepada DUA
(2) hari berturut-turut dan tidak melebihi LAPAN (8) hari dalam satu
semester. Jika melebihi dari tempoh tersebut perlu mendapatkan
pengesahan daripada pegawai perubatan kerajaan.
12.4.3 Jika seseorang pelajar itu tidak memenuhi syarat untuk menduduki
Penilaian Akhir tanpa alasan yang munasabah, tindakan berikut
boleh diambil:
i. Pelajar tidak layak menduduki Penilaian Akhir.
ii. Pelajar akan diberi Gred E dengan Nilai Mata Gred 0.00 bagi
kursus berkenaan; dan
iii. Pelajar dianggap telah mengambil dan gagal kursus berkenaan.
iv. Dalam keadaan tertentu Jawatankuasa Akademik kolej boleh
menggunakan budi bicaranya untuk membuat keputusan.
v. Pelajar yang terlibat di dalam aktiviti-aktiviti yang diluluskan
oleh Jawatankuasa Akademik kolej adalah terkecuali
daripada syarat di atas.
12.4.4 Kes Luar Jangka
Pelajar yang terhalang menduduki PA atas sebab luar jangka dan
munasabah boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Akademik kolej
untuk tindakan selanjutnya.
13.0 PTAKTIKUM
Pelajar WAJIB menjalani PRAKTIKUM untuk diperakukan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Diploma. (Sila rujuk buku Garis Panduan
PRAKTIKUM)
14.0 PENYELEWENGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
14.1 Pelajar yang melakukan penyelewengan pentaksiran dan penilaian
boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut peruntukan Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550). Pelajar tidak boleh melakukan mana -
mana penyelewengan akademik berikut:
14.1.1 Menciplak / plagiat.
14.1.2 Menipu atau cubaan menipu dalam kerja kursus, ujian
amali dan ujian bertulis.
14.1.3 Kes meniru adalah merujuk kepada perlakuan yang boleh
diklasifikasikan seperti di bawah bertulis.
14.1.4 Membawa masuk atau keluar apa-apa bahan bertulis,
bercetak, alat/alat komunikasi atau objek ke/dari bilik
Peperiksaan tanpa kebenaran Ketua Pengawas.
14.1.5 Memberi atau menerima apa-apa bahan bertulis, bercetak,
alat atau objek yang dilarang daripada mana-mana pihak
semasa peperiksaan dijalankan tanpa kebenaran Ketua
Pengawas.
14.1.6 Memberi atau menerima apa-apa bahan bertulis, bercetak,
alat atau objek yang dilarang daripada mana-mana pihak
semasa peperiksaan dijalankan tanpa kebenaran Ketua
Pengawas.
14.1.7 Melakukan perbuatan dengan apa cara sekali pun yang
disifatkan sebagai tindakan meniru semasa ujian atau
peperiksaan.
14.1.8 Seseorang pelajar yang didapati terbukti melanggar mana-
mana arahan Penilaian Akhir boleh dikenakan tindakan
berikut:
i. Amaran; atau
ii. Dimansuhkan markah penilaian bagi kursus berkenaan
dan diberikan Nilai Mata Gred 0.00
15.0 SISTEM GRED PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PROGRAM DIPLOMA
Jadual 2 : Sistem Gred Pentaksiran dan Penilaian
16.0 STATUS GAGAL
16.1 Pelajar yang gagal dalam Kursus Pendidikan Umum dan Kursus
Teras Disiplin bagi program diploma dibenarkan mengulang
16.2 semula PA satu (1) kali sahaja bagi setiap kursus sepanjang
16.3 tempoh pengajian.
Tiada pentaksiran ulangan bagi Pentaksiran Berterusan (PB).
Pelajar yang mengulang PA hanya layak mendapat gred
tertinggi C bagi Kursus Pendidikan Umum dan gred tertinggi
B - bagi Kursus Teras Disiplin.
17.0 KEPUTUSAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
Kolej hendaklah mencetak Slip Keputusan Program Diploma bagi
setiap Semester.
18.0 TRANSKRIP DAN SKROL
18.1 Transkrip Diploma dikeluarkan oleh kolej kepada pelajar yang
18.2 berjaya menamatkan pengajian.
18.3
Transkrip Diploma hendaklah ditandatangani oleh Pengarah
kolej.
Diploma dianugerahkan oleh Senat Kolej Vokasional KPM
kepada pelajar yang berjaya memenuhi syarat-syarat
bergraduat.
19.0 RAYUAN SEMAKAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
19.1 Rayuan semakan keputusan pentaksiran dan penilaian boleh
19.2 dibuat oleh pelajar secara bertulis kepada Ketua Jabatan
Pentaksiran & Penilaian (KJPP) kolej untuk dibawa ke
mesyuarat Jawatankuasa Akademik dalam tempoh empat
belas (14) hari dari tarikh keputusan rasmi dikeluarkan.
Segala proses rayuan adalah tertakluk kepada tatacara yang
terkandung di dalam Panduan Pengurusan Pentaksiran dan
Penilaian Diploma.
20.0 KEDUDUKAN AKADEMIK
20.1 Kedudukan akademik pelajar berdasarkan PNG dan PNGK.
Jadual 3 : Kedudukan Akademik Pelajar
20.2 Status Kedudukan Akademik
20.2.1 Pelajar yang mendapat Keputusan Baik (KB), layak
20.2.2 untuk meneruskan pengajian ke semester berikutnya.
20.2.3 Pelajar yang mendapat Keputusan Bersyarat (KS) tetapi
gagal mana-mana Kursus Pendidikan Umum perlu
20.2.4 mengulangi penilaian kursus berkenaan. Pelajar hanya
boleh mengulangi Penilaian Akhir kursus berkenaan
sekali sahaja.
Pelajar yang masih gagal mana-mana Kursus Pendidikan
Umum setelah menduduki penilaian ulangan adalah tidak
layak untuk dianugerahkan Diploma dan hanya
ditauliahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia
berdasarkan tahap kompetensi yang dicapai.
Pelajar yang gagal mana-mana Kursus Teras Displin boleh
mengulang satu (1) kali sahaja Penilaian Akhir.
21.0 PENETAPAN KEPUTUSAN UNTUK KENAIKAN SEMESTER
21.1 KRITERIA BAGI KEPUTUSAN SEMESTER 1
21.2 KRITERIA BAGI KEPUTUSAN SEMESTER 2
21.3 KRITERIA BAGI KEPUTUSAN SEMESTER 3
21.4 KRITERIA BAGI KEPUTUSAN SEMESTER 4
Jadual 4: Kriteria Penetapan Untuk Kenaikan Semester
NOTA:
Dalam kes mengulang PA, pihak kolej hendaklah memberi penekanan kepada pelajar
agar kompeten semua Kursus Teras Displin kerana sekiranya masih gagal pelajar boleh
diberhentikan dari pengajian. Oleh itu, bimbingan sewajarnya perlu diberikan kepada
pelajar sebelum dan semasa ulangan PA berlangsung khususnya bagi Kursus Teras
Displin untuk menentukan pelajar sekurang-kurangnya boleh ditawarkan ke program
kemahiran sekiranya tidak dapat memenuhi sepenuhnya
22.0 PENETAPAN KEPUTUSAN UNTUK KENAIKAN SEMESTER
22.1 KEDUDUKAN BERGRADUAT
Jadual 5: Status Bergraduat
22.2 ON-THE-JOB TRAINING (OJT)
Jadual 6: Kriteria On-The Job Training (OJT)
23.0 SYARAT-SYARAT PENSIJILAN
23.1 Diploma akan dianugerahkan kepada pelajar yang berjaya
menamakan pengajian dengan memenuhi segala keperluan dan
syarat ditetapkan:
i. Kompeten semua Kursus Teras Displin dengan Purata Nilai Gred
Kumulatif (PNGKV) ≥ 2.67
ii. Lulus semua kursus di bawah Kursus Pendidikan Umum dengan
Purata Nilai Gred Kumulatif Akademik (PNGKA) ≥ 2.00
iii. Lulus OJT
iv. Diperakui oleh Jawatankuasa Senat Kolej Vokasional KPM
24.0 SALINAN SKROL / TRANSKRIP DIPLOMA
24.1 Permohonan salinan skrol Diploma boleh dibuat oleh pelajar
24.2 kepada BPTV.
Permohonan salinan transkrip dibuat oleh pelajar kepada kolej.
25.0 PERUNTUKAN AM
Garis Panduan Pengurusan Akademik ini tertakluk kepada Akta Pendidikan
Kebangsaan 1996 (Akta 550) dan juga pindaan dari semasa ke semasa.
26.0 RUJUKAN YANG PERLU ADA
26.1 Struktur Pogram Pengajian (SPP)
26.2 Garis Panduan Kurikulum Diploma
26.3 Panduan Pengurusan Pentaksiran & Penilaian Diploma
26.4 Panduan Pentaksiran Berterusan
26.5 Garis Panduan On-The-Job Training (OJT)
26.6 Panduan Peraturan Pelajar
26.7 Panduan Pengurusan Pelajar
26.8 Panduan Pengurusan Kolej
26.9 Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550)
26.10 KPM berhak untuk memida sebarang peraturan dari semasa ke
semasa.
Peraturan Akademik Kolej Vokasional ini telah dibentangkan dan diluluskan oleh :
Mesyuarat Senat Kementerian Pendidikan Malaysia
Kali Kedua Bil.1/2017
Pada 03 Mac 2017
PEMBERATAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
70 % 30 %
KRITERIA GRED
Pelajar layak untuk tujuan Penganugerahan Diploma setelah :
* Kompeten semua kursus Vokasional dengan PNGV minima 2.67 (B-)
* Lulus semua Kursus Pendidikan Umum
* Menjalani dan lulus OJT
* Diperakui oleh Jawatankuasa Akademik Kolej
* Diperakui oleh Jawatankuasa Senat
OUTCOME BASED EDUCATION (OBE)