The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arbkvsp2, 2021-02-16 03:02:42

Minit Mesyuarat 3 JKKu

Minit Mesyuarat 3 JKKu

1

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM
KALI KETIGA TAHUN 2020

TARIKH : 11 Oktober 2020 (Ahad)
MASA : 9.00 Pagi
TEMPAT : Bilik Zamrud
KEHADIRAN : Rujuk Lampiran

1.0 Perutusan Pengerusi – Puan Pengarah Hajah Majmin binti Md Noor

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al Fatihah. Pengerusi
mengucapkan terima kasih kerana semua guru mematuhi norma
baharu dan mengamalkan 3W.

1.2 Mengingatkan semua Ketua Jabatan, Ketua Program dan Ketua Unit
agar sentiasa peka dengan perkara yang berlaku di dalam Unit
masing-masin dan sentiasa menjadi pemimpin yang baik dan menjadi
contoh kepada ahli-ahli unit.

1.3 Pengerusi meminta agar setiap aktiviti yang dilaksanakan di kolej,
mestilah dikongsi di dalam group yang ada waris sekali. Ia bertujuan
agar setiap waris mendapat info setiap aktiviti yang disetai oleh anak-
anak mereka.

2.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Bil 2/2020

2.1 Pn. Rohaida Bt. Osman mencadangkan agar minit mesyuarat Bil.
2/2020 disahkan dan disokong oleh Pn. Hani Juliana Bt. Haris

3.0 Perkara berbangkit

3.1 Perkara 4.4
Pengerusi meminta semua guru mesti melaksanakan follow up dan
follow through berkaitan tugasan atau folio PB yang dilaksanakan
oleh pelajar. Pastikan pelajar melakukan ulangan untuk tugasan dan
folio yang tidak menepati rubrik pemarkahan. Bimbing pelajar
sehingga mereka dapat menghasilkan folio yang baik. Setiap pelajar
seharusnya mendapat A untuk PB.

1

2

Perkara 4.5
Pn. Rahimi memaklumkan bahawa 17 orang pelajar yang gagal mata
pelajaran Sejarah, telah menghadiri peperiksaan ulangan. Keputusan
peperiksaan ulangan tersebut ialah, 3 orang telah lulus, 11 orang
gagal, dua orang berhenti dan seorang tidak hadir (Faris Ikhwan)

Perkara 5.1
Pn. Mazlifah memaklumkan bahawa Siti Zulaikha Binti Zulkifli
(Diploma Bakeri dan Pastri) akan menyambung semula pengajian.

4.0 Analisis Pentaksiran dan Pasca Nilai Semester 1 SVM 2020
4.1 Ketua Unit Bahasa Melayu melaporkan bahawa 8 orang pelajar 1
SVM gagal Bahasa Melayu. Pelajar mendapat D dan D+.
Pn. Amiza memaklumkan salah seorang pelajar yang gagal adalah
Pelajar 1 HSK, iaitu Muhammad Nukman Hakim. Beliau adalah pelajar
yang lemah tetapi mempunyai sahsiah yang baik.

Pn. Salmi memaklumkan bahawa pelajar 1 BAK iaitu Ashatul Affina
merupakan pelajar yang lemah dengan PNGK 1.54. TPSA
memaklumkan bahawa pelajar ini telah dinasihatkan untuk ke SMK.

Pelajar ini telah dikenal pasti dan Unit Bahasa Melayu akan
melaksanakan program Klinik Bahasa, seminar teknik menjawab
soalan dan menyalin karangan contoh, untuk membantu pelajar
meningkatkan pencapaian.

4.3 Ketua Unit Bahasa Inggeris memaklumkan 40 orang pelajar gagal.

Pn. Lisa memaklumkan bahawa Program eForce akan dilaksanakan
untuk membimbing pelajar gagal dan galus.

4.4 Ketua Unit Matematik memaklumkan bahawa 80 orang pelajar gagal
dalam subjek ini.

Masalah yang dikenal pasti ialah terdapat tajuk baru di dalam silibus
iaitu Aljebra yang sebelum ini di ajar di semester tiga telah di ajar pada
semester ini. Topik ini memerlukan pelajar memahami konsep dan
membuat banyak latihan. Walau bagaimanapun, guru sempat
mengajar satu topik sebelum negara dilanda pandemik Covid 19.

2

3

4.5 Ketua Unit Sains memaklumkan bahawa seorang pelajar gagal iaitu
Mohammad Shahmi Bin Sobri dari program BPP. Pelajar ini lemah
dalam kebanyakan mata pelajaran dan beliau menghadapi masalah
dalam memahami soalan.

4.6 Pn Azlina (Penyelaras SKM Sejarah) memaklumkan bahawa pelajar
SKM perlu menguasai KSSM yang baru sedangkan mereka tidak
pernah belajar KBSM sebelum ini. Mereka bukan dari arus perdana.

En. Nasir (wakil) memaklumkan bahawa pelajar 1 SMV perlu
menguasai KSKV Sejarah yang baru. KSKV ini adalah mengikut
KSSM yang baru di arus perdana dan kandungannya lebih banyak
berbanding sebelum ini. Pensyarah memerlukan lebih masa untuk
mengajar sedangkan masa untuk subjek sejarah adalah satu jam
seminggu.
.
4.7 Ketua unit Pendidikan Islam, memaklumkan bahawa pencapaian
pelajar adalah baik dan semua pelajar lulus dan tiada yang gagal.

4.7 Secara keseluruhannya semua pelajar lulus PB dengan baik bagi
subjek vokasional yang ditawarkan semester ini.

4.8 Puan Salmi memaklumkan bahawa terdapat seramai 16 orang pelajar
SVM gagal dalam sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran akademik.
Seramai 6 orang memperoleh PNG antara 2.0 hingga 2.54 dan
seramai 10 orang mendapat PNG antara 1.21 hingga 1.96 (Rujuk
lampiran).

Pengerusi mengingatkan Ketua Program dan Ketua Unit supaya
mengambil tindakan segera untuk membantu pelajar ini di peringkat
awal lagi, supaya 100% pelajar yang memasuki KVSP2 dapat
melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma.

3

4

5.0 Analisis Pentaksiran dan Pasca Nilai Semester 1 DVM 2020

5.1 Puan Salmi memaklumkan bahawa keputusan pelajar semester 1

DVM adalah layak ke semester 2. Walau bagaimana pun, terdapat

tiga orang pelajar tidak menduduki PB Khas untuk mata pelajaran

umum MPU 2312 Pengajian Islamyang ditawarkan kepada pelajar 1

Diploma sahaja. Mereka ialah : telah
1. Nurul Anis Binti Khairul Azhar (1 DBG) – telah bekerja
2. Nurul Farahwahida (1 DBG) – masalah keluarga
3. Nur Syafiqah Athirah Binti Abdullah (1 DHD) –

menghantar

surat untuk

berhenti

6.0 Analisis Pentaksiran dan Pasca Nilai SKM Tingkatan 4 2020

6.1 Pelajar ingkatan 4 SKM Penyediaan dan Pembuatan Makanan terdiri
dari 9 orang pelajar. Dari jumlah ini 3 orang pelajar lulus dan 6 orang
pelajar gagal.

6.2 Pelajar tingkatan 4 SKM Pembuat Pakaian Wanita terdiri dari 5 orang
pelajar. Dari jumlah ini 2 orang pelajar lulus dan 3 orang pelajar gagal.

7.0 Perancangan Peningkatan Akademik Pelajar Elit, Pertengahan dan
Galus
7.1 Ketua Unit Bahasa Melayu, memaklumkan bahawa guru-guru Bahasa
Melayu telah mengadakan beberapa program, antaranya ialah :
1. Kelas bimbingan secara individu oleh guru di dalam kelas.
2. Program Klinik Bahasa
3. Seminar teknik menjawab Bahasa Melayu
4. Menyalin karangan contoh.

7.2 Bagi pelajar elit, Unit Bahasa Melayu telah melaksanakan beberapa
aktiviti iaitu antaranya :
1. Bengkel penulisan karangan
2. Program mentor mentee
3. Seminar teknik menjawab Bahasa Melayu.

4

5

7.3 Ketua Unit Bahasa Inggeris memaklumkan, aktiviti yang dilaksanakan
oleh guru-guru Bahasa Inggeris bagi membantu pelajar yang lemah
ini ialah :
1. Membuat latih tubi berfokus secara online.
2. Pemantauan berfokus oleh guru-guru Bahasa Inggeris

Bagi pelajar elit, Unit Bahasa Inggeris telah melaksanakan beberapa
aktiviti seperti :

1. Program eForce

7.5 Ketua Unit Sains Untuk Pengajian Sosial memaklumkan aktiviti yang
dilaksanakan oleh guru-guru Sains bagi membantu pelajar yang
lemah ini
ialah :
1. Membuat ulang kaji sebelum dan secara atas talian semasa
PKP

7.6 Ketua Unit Sejarah memaklumkan bahawa aktiviti yang dilaksanakan
oleh guru-guru Sejarah bagi membantu pelajar yang lemah ini ialah :
1. Membuat persediaan awal untuk melengkapkan tugasan PB.
2. Membuat kelas tambahan lebih kerap bagi memenuhi
keperluan KSSM yang baru.

7.7 Ketua Program Vokasional, secara umumnya akan meneruskan
Program Pecutan akhir dan latihan berfokus sebagai ulang kaji
sebelum pelajar menduduki peperiksaan. Selain daripada itu, pelajar
juga akan dibimbing secara berterusan semasa PdPc dan semasa
sesi amali bersemuka dijalankan.

8.0 Perancangan Program Peningkatan Ko-akademik dan Kokurikulum Pelajar
Elit

8.1 Pengerusi mencadangkan agar pelajar digalakkan untuk menyertai
lebih banyak aktiviti secara atas talian. Ambil peluang untuk menyertai
pertandingan yang banyak ditawarkan. Ataupun menjadi penganjur
kepada sesuatu acara dan membuka penyertaan kepada KV lain
untuk sertai. Guru-guru yang berpengalaman boleh menjadi
penggerak kepada usaha ini.

5

6

8.2 Beliau juga menggalakkan pelajar menyertai lebih banyak
pertandingan inovasi yang di iklankan dan yang dikongsi di laman
sesawang.

8.3 KJ dan KP boleh merancang kerana dalam suasana pendemik
sekarang sebenarnya pelajar lebih berpeluang untuk menyertai lebih
banyak pertandingan dan acara di peringkat antarabangsa kerana
semuanya dilakukan secara atas talian.

9.0 Hal-hal lain
9.1 Cik Norhamian mencadangkan agar pihak kolej memasang youtube
How To Learn English kerana :
1. Pelajar boleh belajar Bahasa Inggeris yang asas dan lanjutan.
2. Dapat mengatasi masalah pelajar yang malu untuk bercakap
Bahasa Inggeris
3. Melalui youtube pelajar boleh berlatih untuk bercakap Bahasa
Inggeris.

9.2 Pengerusi mengingatkan guru agar lebih tegas dengan pelajar, jika
perlu paksa pelajar untuk melengkapkan tugasan PB pada masa
yang terluang memandangkan masa PdPc pelajar diploma adalah
sedikit.

9.3 Pn. Ruzaina memaklumkan bahawa akan ada program bagi pelajar
2 DVM antaranya ialah taklimat MUET, Ceramah Kerjaya dan
Kesedaran tentang Covid. Job Malaysia juga akan mengadakan
ceramah Pemadanan Kerja untuk pelajar 2 DVM sahaja. Beliau juga
meminta KP mengingatkan pelajar yang telah bergraduasi untuk
melayari Web Graduan.

9.4 Pn. Norizam memohon En Khairul Azmir untuk menjadi penyelaras
BM SKM dan Pn. Azlina sebagai Penyelaras Sejarah SKM.

9.5 Pn. Halifah memaklumkan bahawa 7 orang dari 10 orang pelajar
PPW yang akan mengambil SKM Tahap 3. Tiga orang tarik diri
kerana sakit, telah bekerja dan sangat perlahan semasa
melaksanakan tugasan. Keputusan ini telah dipersetujui oleh waris
setiap pelajar.

6

7

9.6 Pengerusi mengingatkan agar guru-guru yang telah menghadiri
kursus yang menelan belanja yang tinggi iaitu sekitar enam ke tujuh
ribu seorang agar melaksanakan kursus dalaman setelah tamat
kursus.

9.7 TPA mengingatkan agar guru harus sentiasa berfikiran positif dan
memastikan setiap urusan menerima pelajar secara bersemuka pada
18 November 2020 telah diambil tindakan.

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran dan
komitmen semua guru dan diharapkan semua guru dapat
menjalankan tugas dengan penuh amanah dan berdedikasi
.Mesyuarat ditangguh kan pada 12.15 tengah hari dan diakhiri
dengan bacaan Tasbih Kifarah dan surah Al Asr’.

Disediakan oleh

(SITI NAZLY BINTI ABDUL SHATTAR) (MAJMIN BINTI MD NOOR)
Setiausaha JK Kurikulum Pengarah
Kolej Vokasional Sungai Petani 2 Kolej Vokasional Sungai Petani 2

7


Click to View FlipBook Version