KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2
08000 SUNGAI PETANI
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
PROGRAM / DBF 2143 – UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
PROGRAM’S CODE &
NAME (BUSINESS LAW)
TAHAP / LEVEL SEMESTER 2 DIPLOMA
NO. DAN TAJUK UNIT 1. PENGENALAN KEPADA KONSEP PERUNDANGAN DI
KOMPETENSI / MALAYSIA
INTRODUCTION TO MALAYSIAN LEGAL CONCEPT
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NAMA
1.0 Pengenalan
- Undang-undang dalam politik dan perundangan, merupakan satu sistem peraturan
atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah
peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang
melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah.
- Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya
boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-
undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama.
- Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah dimana
hakim (kadangkala dengan bantuan juri atau lay magistrate) mendengar pertikaian
diantara pihak, dan mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu
keputusan yang adil.
- Cara dimana undang-undang ditadbir dipanggil sistem perundangan, yang
lazimnya berkembang mengikut adat-adat sendiri sesebuah negara.
- Kebanyakan negara mengharapkan polis untuk menguatkuasakan undang-
undang. Pegawai polis lazimnya harus terlatih dalam penguatkuasaan undang-
undang sebelum mereka dibenarkan melakukan sesuatu di bawah warna undang-
undang, untuk mengeluarkan amaran berbentuk undang-undang dan petikan,
untuk mengarahkan satu pencarian atau apa-apa lagi waran membuat
penangkapan.
- Pengamal undang-undang lazimnya mesti mendapat latihan secara professional
dalam undang-undang sebelum mereka dibenarkan mewakili satu pihak dalam satu
mahkamah undang-undang, merangka dokumen undang-undang, atau memberi
bantuan guaman.
1.1 Definasi undang-undang
- Terdapat berbagai definisi undang-undang yang telah diberikan oleh ahli-ahli falsafah
terkenal antaranya adalah seperti di bawah:
i. ‘Austin’
`Perintah yang dikeluarkan oleh satu badan yang berkuasa untuk orang-orang
biasa dan dikuatkuasakan melalui hukum`.
2
ii. ‘Salmond’
Satu badan yang mengandungi prinsip-prinsip yang diperakui dan digunakan
oleh sesebuah Negara dalam pentadbiran keadilannya. Atau dengan kata
yang lain undang-undang adalah peraturan yang diperakui dan
dikuatkuasakan oleh Mahkamah.
iii. ‘Hobbes’
`Undang-undang adalah yang kaedah perlakuan (rule of conduct) yang
obligatori (obligation) iaitu yang patut dipatuhi yang bersifat mendesak
atau memaksa.`
iv. Kamus Black:`
Undang-undang adalah yang diperturunkan, diperintah, dinyatakan. Satu
peraturan atau metode yang mana fenomena atau perbuatannya saling
berganding antara satu sama lain yang perlu dipatuhi atau diikuti oleh rakyat
tertakluk kepada hukuman atau kesan-kesannya.
- Undang-undang juga bermaksud apa-apa yang telah digubalkan atau ditentukan oleh
sesuatu pihak berkuasa dan apa-apa yang dihasilkan mempunyai kekesanan
undang-undang.
1.2 FUNGSI UNDANG-UNDANG
1.2.1 Undang-undang adalah satu cara mengawal masyarakat iaitu ia digunakan
untuk mengawal tindakan ahli-ahli masyarakat.
- Kawalan dilaksanakan dengan cara-cara yang jelas
- Undang-undang jenayah bertindak mengawal tindakan-tindakan anti-sosial di
mana jika berlaku sesuatu perkara yang melanggar undang-undang jenayah,
orang itu akan dihukum.
- Ada juga undang-undang yang lebih lembut di mana ia tidak menghukum
seperti undang-undang jenayah.
- Misalnya jika A secara cuai semasa menjalankan tugasnya terpotong jari
seorang kanak-kanak, undang-undang akan mempertanggungjawabkannya
untuk membayar pampasan kepada kanak-kanak yang dicederakan itu.
3
- Dengan undang-undang seperti ini individu akan lebih berhai-hati dalam
tindak-tanduknya dengan masyarakat supaya tidak mendatangkan
kemudaratan kepada orang lain.
1.2.2 Undang-undang juga menyediakan struktur peraturan yang membolehkan
orang menjalankan perniagaan.
- Contohnya, undang-undang syarikat memastikan orang yang hendak
berniaga, mengasingkan dirinya dari perniagaannya itu kerana jika
perniagaannya itu tidak menghasilkan keuntungan atau menjadi bankrap,
syarikat itu sahaja yang bertanggungjawab menjelaskan hutang dan bukan
individu-individu dalam syarikat tersebut.
1.2.3 Undang-undang sebagai alat mengawal atau pengatur masyarakat.
- Ini dapat dilihat dalam undang-undang perlembagaan yang mana ia mengatur
dan menentukan fungsi institusi-institusi atau organ-organ kerajaan dalam
sebuah negara.
- Ianya mempengaruhi perbuatan atau tindakan masyarakat dengan dengan
memperuntukan peraturan pembayaran cukai dan dengan cukai ini dapat pula
memperuntukan bantuan kepada masyarakat yang tidak berkemampuan
melalui undang-undang kebajikan sosial.
1.2.4 Undang-undang juga diwujudkan untuk menjaga hak-hak dan kewajipan.
- Contohnya seperti hak isteri menerima nafkah dari suaminya atau seorang
anak mendapat nafkah daripada ibubapanya.
- Sekiranya perkara ini gagal dilakukan, si suami atau bapa akan diperintahkan
oleh mahkamah untuk melaksanakan kewajipannya.
1.2.5 Undang-undang berfungsi mewujudkan satu sistem kehidupan dalam
sesuatu masyarakat.
- Contohnya di negara-negara Islam, undang-undang syariah digunakan di
mana adalah berbeza dari undang-undang sivil.
4
1.3 KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG
UNDANG-UNDANG
Sekular Syariah
Undang-undang Awam Undang-undang Antarabangsa Undang-undang Persendirian
Perlembagaan Industri Jenayah Pentadbiran
Antarabangsa Awam Antarabangsa Persendirian
Kontrak Tort Amanah
Rajah 1 : klasifikasi undang-undang
1.3.1 Undang-undang Syariah
- Undang-undang syariah adalah undang-undang yang diturunkan oleh Allah
SWT yang tidak berubah mengikut masa dan keadaan.
- Ia bersifat lengkap dan menjadi panduan kepada manusia.
1.3.2 Undang-undang Sekular
- Undang-undang sekular ialah undang-undang ciptaan manusia yang boleh
dibuat, diubah dan dibatalkan pada bila-bila masa mengikut keperluan
masyarakat.
- Di Malaysia undang-undang sekular biasa disebut sebagai undang-undang
sivil.
- Kebanyakan undang-undang yang berkuatkuasa di kebanyakan negara pada
hari ini adalah undang-undang sekular.
- Undang-undang sekular boleh diklasifikasikan sebagai :
1) Undang-undang Awam
2) Undang-undang Antarabangsa
3) Undang-undang Persendirian
5
1. Undang-undang Awam
- Undang-undang awam adalah undang-undang mengenai hubungan antara
negara dan individu.
- Ia boleh dibahagikan kepada empat iaitu :
i. Undang-undang jenayah,
ii. Perlembagaan,
iii. Industri
iv. Pentadbiran
Undang-undang Awam
i. Undang- - Merupakan undang-undang yang menjadikan sesuatu
undang kesalahan yang dilakukan terhadap negara.
Jenayah - Ia bertujuan menghukum pesalah dan mengurangkan
jenayah.
- Undang-undang jenayah dikenakan ke atas individu untuk
mengelakkan mereka daripada melakukan kesalahan
jenayah.
- Jika sesuatu perbuatan tidak dikategorikan sebagai satu
kesalahan jenayah, maka jika ia dilakukan ia tidak akan
menjadi suatu kesalahan.
- Contohnya Akta Dadah Merbahaya, Akta Keselamatan
Dalam Negari, Akta Senjata Api dan sebagainya
ii. Undang- - Undang-undang yang menggariskan hak individu di dalam
undang sesebuah negara.
Perlembagaan - Ia melihat kepada persoalan keagungan Parlimen dan hak
rakyatnya.
iii. Undang- - Pentadbiran dan pelaksanaan kuasa eksekutif dalam
undang mentadbir negara.
Pentadbiran
iv. Undang- - Hubungan antara majikan dan pekerja dan perkara-
undang perkara yang melibatkan industri.
Industri
6
2. Undang-undang Antarabangsa
- Undang-undang antarabangsa ditafsirkan sebagai satu badan undang-
undang yang mengandungi prinsip dan peraturan perlakuan yang
membuatkan negara-negara di dunia berasa terikat untuk mematuhinya,
dan biasa dipatuhi dalam hubungan antara mereka.
- Undang-undang jenis ini diwujudkan untuk kedamaian dalam negara seperti
undang-undang pentadbiran, tanah atau imigresen. Negara kita Malaysia
adalah anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mewujudkan satu
persefahaman di antara anggota-anggotanya melalui perjanjian-perjanjian.
- Antara undang-undang antarabangsa yang telah dipersetujui adalah
mengenai penggunaan laluan antarabangsa, penggunaan satelit di angkasa
lepas dan hak asasi manusia. Mahkamah keadilan antarabangsa
ditubuhkan di Eropah untuk mendengar kes-kes mengenai hak-hak asasi
manusia.
- Ia boleh dibahagi kepada dua iaitu :
i. Undang-undang antarabangsa persendirian (conflict of laws or
private international laws)
ii. Undang-undang antarabangsa awam (public international law)
3. Undang-undang Persendirian
- Undang-undang berkenaan hak dan tanggungjawab seseorang individu
dengan individu lain.
- Tujuan undang-undang ini ialah untuk memberikan ganti rugi kepada pihak-
pihak yang tercedera, membolehkan harta diambil alih semula dan
menguatkuasakan tanggungjawab kontrak dan amanah.
- Ia boleh dibahagi kepada tiga iaitu :
i. Kontrak
ii. Tort
iii. Amanah
7