The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roagsp3, 2023-03-16 00:13:47

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SMKSR 2023/2024

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SMKSR 2023

Keywords: buku pengurusan,SMKSR,2023

Bab 6 PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


PENGERUSI TN. HJ. YUSRI BIN MOHAMED YUNUS (PENGETUA) TIMBALAN PENGERUSI PN. RAHMAH BINTI OTHMAN (PK PENTADBIRAN) NAIB PENGERUSI 2 TN. HJ MOHD ZABRI BIN ZAINUDDIN (PK HEM) PENYELARAS PEND. KHAS EN. ZAMZURI BIN ZULHAIMI GURU PEND. KHAS PN. ASPAH ISNI BINTI ISHAK GURU PEND. KHAS EN. HASANUL ISYRAF BIN ABDUL WAHAB NAIB PENGERUSI 3 PN. DOAYAH BT MANAB (PK KOKURIKULUM) CARTA ORGANISASI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI PPM EN. MOHAMAD SHAHRUL AZMIL BIN ZAHRAN PPKI - 97


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhla mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. VISI PENDIDIKAN KHAS Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS PPKI - 98


Dasar Pendidikan Khas Di Malaysia 1. Akta Pendidikan 1996, Bab 8. 2. Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 3. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1987 4. Keputusan Jawatankuasa Dasar, Kementerian Pelajaran Malaysia [ Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP), Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) dan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Khas 1. Deklarasi Antarabangsa 1. Union Nation's World Programme Of Action Concerning Disabled Persons (1983). 2. The World's Declaration On Education for All (1990). 3. The United Nation's Standard Rules On the Equalisation of Opportunities for Person With Disabilities (1993). 4. The Framework For Action on Special Needs Eduvation (Salamanca Statement) 1984. 5. Biwako Millennium Framework For Action Towards an Inclusive -- Barrier - Free and Rights - Based Society for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific (2002). Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961. Dalam bahagian 1 (tafsiran), akta ini menyatakan bahawa sekolah Pendidikan Khas menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid yang kurang upaya. Pendidikan Khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an dalam kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Akta Pelajaran 1961 Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai ‘era baru’ dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun. (41.1). Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan: • Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas; DASAR PENDIDIKAN KHAS PPKI - 99


Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas; Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suai manfaat atau perlu bagi maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suai manfaat. Di Malaysia, pendidikan khas berkembang maju apabila Akta Pendidikan 1996 diwartakan. Berteraskan kepada PL 94-142, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas, peranan undang-undang dan polisi pemerintah berjaya menggerakkan program pendidikan khas di negara ini. Melalui pendidikan untuk semua, pendidikan percuma, kelas inklusif, khidmat sokongan daripada pelbagai pihak dan juga penyediaan Rancangan Pengajaran Individu telah memantapkan lagi amalan PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas di Malaysia. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169. Perakuan ini menyebut; Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu, penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat adalah: • Kementerian Pendidikan - bertanggungjawab memberikan pendidikan khas untuk kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik. • Kementerian Kesihatan - bertanggungjawab mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. • Jabatan Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) bertanggungjawab mewujudkan pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik. PPKI - 100


Akta Pendidikan 1981 Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam perlaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta kanak-kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukuhkan perlaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan. Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep ‘kolaboratif’ iaitu diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikut pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Satu perkara yang jelas, akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanakkanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama. Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan perkara yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain. Akta Pendidikan 1996 Mengikut Akta Pendidikan 1996, murid-murid berkeperluan khas di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan ditakrifkan sebagai murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah kognitif yang dianggap boleh diajar (educatable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal yang merangkumi: • Kanak-kanak Down Syndrom • Kanak-kanak Autistik Ringan • Kanak-kanak kurang keupayaan mental • Kanak-kanak bermasalah emosi • Kanak-kanak bermasalah kesihatan • Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) Akta OKU telah diluluskan di Parlimen ( Dewan Negara ) pada 24 Disember 2007 dan telah diwartakan pada 24 Januari 2008 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Akta OKU ini memberikan pengiktirafan hak OKU dan menukar konsep OKU daripada konsep kebajikan kepada konsep right-based. Akta ini juga membolehkan OKU mempunyai hak penyamaan peluang dan penyertaan penuh dalam masyarakat setara dengan ahli masyarakat yang lain. Akta ini juga memperuntukan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan OKU. PPKI - 101


MISI PENDIDIKAN KHAS Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara. VISI Kemantapan pendidikan berkemahiran ke arah kecemerlangan PPKI SEMESRA MISI Membangunkan modal insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan: 1. Perkembangan potensi diri ketahap optimum 2. Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran 3. Nilai-nilai murni sebagai warga bertanggungjawab 4. Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak SLOGAN “Telusuri Kemahiran Nadi Kemantapan Insan Istimewa” MISI, VISI DAN SLOGAN PPKI - 102


PIAGAM PELANGGAN Kami Warga Pendidik PPKI SMKSR berikrar dan berjanji untuk: - 1. Berkhidmat dan berbakti dengan penuh keikhlasan kepada sekolah, masyarakat dan negara. 2. Menunjukkan etika kerja yang berhemah, bermutu dan cemerlang. 3. Responsif dan peka terhadap keperluan dan perubahan dalam sistem pendidikan negara dan memberi maklumat terkini kepada ibu bapa mengenai perkara tersebut. 4. Beriltizam dan sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. 5. Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif, harmoni dan selamat serta peka kepada pemeliharaan alam sekitar. 6. Melahirkan masyarakat berketrampilan dan berakhlak mulia mengikut lunas-lunas agama selaras dengan nilainilai murni kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. PPKI - 103


SEJARAH SMK Sungai Ranggam telah ditubuhkan pada tahun 1993 di sebuah mukim Kota Setia daerah Perak Tengah negeri Perak. Daerah ini bersempadan dengan daerah Hilir Perak. Sekolah ini menerima muridmurid daripada sekolah kacapurinya yang terdiri daripada beberapa buah sekolah daerah Hilir Perak untuk meneruskan pembelajaran mereka diperingkat menengah.Di peringkat awal sekolah ini hanya menawarkan pengajaran dan pembelajaran di aliran perdana sahaja. Sehingga pada tahun 2011, Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah mencadangkan supaya kelas PPKI dibuka di sekolah ini untuk memenuhi beberapa permintaan ibubapa yang mempunyai anak yang berkeperluan khas untuk belajar disekolah ini. Sebelum ini ibubapa terpaksa menghantar anak mereka ke SMK Changkat Lada yang jarak jauhnya lebih kurang 12 kilometer sehala. Pada tahun 2012 permohonan kelas dalam anggaran belanja mengurus, Jabatan Pendidikan negeri Perak telah meluluskan pembukaan sebuah kelas dengan tujuh orang murid serta seorang guru Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran). Pada tahun 2012, peralatan dan perabot telah dibekalkan, di antaranya ialah 10 buah kerusi dan 10 buah meja murid. Tanggungjawab ini telah diberikan kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Rahmah binti Othman pada ketika itu untuk memastikan keadaan kelas selamat dan terjaga kerana pada tahun 2012 sekolah tidak menerima seorang murid pun daripada murid sekolah kacapuri samada daerah Perak Tengah ataupun daerah Hilir Perak. Walaubagaimanapun terdapat 2 orang murid cacat fizikal ketika itu menerima elaun murid khas yang belajar dialiran perdana iaitu Abdul Hakim bin Rosli dan Erna Elliyana binti Azman. Pada tahun 2013 sekolah telah menerima penempatan 2 orang orang murid iaitu Mohamad Syawal bin Kamaruddin pada 1 Mac 2013 dan Siti Nur Nabihah binti Shahedan daripada SMK Changkat Lada pada 1 Mac 2013. Pada 16 Januari 2013, seorang guru Pendidikan Khas iaitu Puan Aspah Isni binti Ishak dari SMK Changkat Lada juga telah ditempatkan di sekolah ini untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran. Kelas ini telah memulakan PDPC pada 4 Mac walaupun hanya dengan 2 orang murid. Beberapa bulan selepas penubuhannya. Pegawai Pendidikan Daerah telah mencadangkan kepada Pentadbir untuk membuat saringan kepada murid aliran perdana yang berada di tingkatan 1 yang buta 3M (membaca, menulis dan mengira) untuk membuat pemeriksaan perubatan berkaitan kemampuan mereka dalam pelajaran. Tanggungjawab ini diberikan kepada guru Bimbingan dan Kaunseling untuk mengenal pasti peringkat awal kelainan pelajar mereka, maka 2 orang pelajar aliran perdana telah bertukar ke Program Pendidikan Khas setelah membuat pemeriksaan perubatan dan mendapat kebenaran dari Sektor Pendidikan Khas Negeri Perak. Pada minggu akhir persekolahan bagi tahun 2013, PPKI telah mendapat pengesahan terdapat 2 orang lagi pertambahan pelajar. Bilangan murid untuk tahun 2014 dijangka akan terus bertambah selaras dengan pengetahuan berkaitan pendidikan khas yang semakin difahami oleh masyarakat setempat. Pada Januari 2014, Program Pendidikan Khas SMK Sungai Ranggam telah menerima seorang guru baru yang telah bertukar dari Johor iaitu Puan Nor Hapsah binti Mohamad. Kehadirannya seiring dengan pertambahan pelajar seramai tujuh orang keseluruhannya. Pertambahan pelajar ini bermakna PPKI memerlukan beberapa kelas dan ruang-ruang tambahan bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran serta piawai mata pelajaran. Pengubahsuaian seperti dua tandas, satu kelas biasa dan satu kelas yang kecil amat diperlukan agar hak samarata bagi memastikan target pendidikan untuk semua dapat dicapai dengan sempurna. Seiring dengan itu, pada November 2014, proses menaik taraf bangunan sedia ada telah dijalankan dengan peruntukan sebanyak RM 155,000.00 daripada Bahagian Pembangunan Jabatan Pelajaran Perak setelah beberapa permohonan dikemukakan. Proses menaiktaraf dan pembekalan peralatan telah diterima sepenuhnya pada penghujung tahun 2014. PPKI - 104


Pada awal persekolahan bagi sesi tahun 2015, segala kemudahan hampir lengkap sepenuhnya. Kelas di hadapan sekali telah dijadikan sebagai bilik guru, ruang mesyuarat dan ruang untuk menonton televisyen. Kelas kedua telah dijadikan dapur. Kelas ketiga dijadikan bilik kraftangan dan kelas keempat adalah kelas untuk PDPC dijalankan iaitu Kelas Itqan. Pada 17 Ogos 2015, Puan Hapsah binti Mohamad telah diarahkan berpindah ke SMK Seri Samudera atas keperluan perkhidmatan. Pada 18 Ogos 2015 Encik Zamzuri bin Zulhaimi telah melapor diri sebagai guru DG41 penempatan pertama setelah menamatkan pengajian di UPSI di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas. Kekurangan untuk menguruskan pelajar bagi penjawatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) telah diisi dengan perpindahan seorang PPM dari Sekolah Kebangsaan Dato Sagor iaitu Cik Nurshafa Azreen binti Saharudin pada 2 Disember 2015. Kehadirannya diharap dapat melancarkan segala persediaan untuk sesi persekolahan tahun 2016. Bilangan pelajar juga telah bertambah menjadi 9 orang, 5 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan. Pada bulan Januari, seorang murid PPKI Mohd Syawal bin Kamaruddin telah menamatkan persekolahan atas faktor umur yang sudah mencukupi iaitu 19 tahun. Selepas itu, PPKI SMK Sungai Ranggam menerima kemasukan 2 murid baru daripada SK Sungai Jejawi. Murid tersebut ialah Nurliyana binti Ismail dan Farhan Amri bin Abu Bakar yang menjadikan jumlah keseluruhan murid PPKI adalah 10 orang. Pada 15 Ogos 2016, Cik Sakirah binti Aziz telah melapor diri bagi penempatan pertama setelah menamatkan pengajian di UPSI di peringkat Sarjana Muda Pendidikan Khas. Berdasarkan bilangan guru dan pelajar yang mencukupi maka 2 buah kelas telah diwujudkan iaitu Mumtaz dan Mukhlis. Pada 3 Januari 2017, program Pendidikan Khas SMK Sungai Ranggam telah menerima pelajar baru dari SK Sungai Jejawi iaitu Nurul Haswaniza binti Hamid menjadikan jumlah keseluruhan pelajar setakat ini ialah seramai 11 orang. Pada tahun 2019, ppki telah menerima 6 orang murid iaitu 4 orang murid dari SK Sungai Jejawi, seorang murid dari SK Sungai Ranggam dan seorang lagi murid PPKI daripada sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Jumlah murid pada tahun ini adalah seramai 16 orang yang dibahagikan kepada 3 kelas. Pada tahun ini juga, seramai 6 orang murid akan menamatkan persekolahan kerana telah mencapai umur 19 tahun. PPKI SMK Sungai Ranggam juga telah menerima seorang guru baharu iaitu Pn Nor Hidayu Binti Mustakim, seorang guru DG 41 lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 18 Februari 2019 dan kemudiannya diikuti oleh Pn Nurul Shuhada Binti Che Soh pada 30 Disember 2019 yang bertukar dari SMK Yamtuan Radin, Negeri Sembilan. Pada tahun 2020, PPKI SMK Sungai Ranggam menerima 3 murid baharu dari SK Sungai Jejawi menjadikan keseluruhan murid adalah seramai 13 orang dengan 3 kelas. Pn Nurul Shuhada Binti Che Soh bertukar ke SMK Seri Londang pada tahun tersebut dan PPKI SMK Sungai Ranggam telah menerima seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang bertukar dari SMK Seri Londang iaitu En Mohamad Shahrul Azmil Bin Zahran. Secara keseluruhannya, PPKI SMK Sungai ranggam beroperasi dengan 4 orang guru dan seorang PPM. Untuk tahun 2020, seorang murid telah menamatkan persekolahan bagi tahun tersebut. Bagi sesi persekolahan 2021, kelas PPKI telah beroperasi dengan 2 buah kelas, 3 orang guru serta seorang Pembantu Pengurusan Murid mengikut peruntukan dan keperluan perjawatan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Negeri Perak. Pada September 2021, Pn. Nor Hidayu telah bertukar ke Rawang, Selangor dan kemudiannya diisi oleh seorang guru baharu iaitu En. Hasanul Isyraf Bin Abdul Wahab dari SMK Dato Sagor, Langkap yang telah melapor diri pada 15 September. Sesi persekolahan bagi tahun 2022-2023 berakhir dengan dua orang murid tamat persekolahan iaitu Mohamad Arman Zafri Bin Mohamad Razi dan Siti Suhaila Binti Saidin. PPKI - 105


PENTADBIRAN PENYELARAS PENTADBIRAN : EN ZAMZURI BIN ZULHAIMI 1. JAWATANKUASA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF 2. JAWATANKUASA KEWANGAN 3. JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET KERAJAAN 4. JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN 5. JAWATANKUASA i-FILE 6. JAWATANKUASA PELAN STRATEGIK 7. JAWATANKUASA KAJIAN TINDAKAN DAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU 8. JAWATANKUASA PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH ANGGOTA JAWATANKUASA PPKI SMKSR KURIKULUM PENYELARAS KURIKULUM : EN. HASANUL ISYRAF BIN ABDUL WAHAB 1. JAWATANKUASA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN 2. JAWATANKUASA JADUAL WAKTU DAN GURU GANTI 3. JAWATANKUASA SAHSIAH DAN DISIPLIN 4. JAWATANKUASA LAWATAN DAN AKTIVITI LUAR 5. JAWATANKUASA E-RPI DAN RPI 6. JAWATANKUASA CONTACT TIME 7. JAWATANKUASA PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH MENENGAH PPKI - 106


HAL EHWAL MURID PENYELARAS HAL EHWAL MURID : PN. ASPAH ISNI BINTI ISHAK 1. JAWATANKUASA DISIPLIN 2. JAWATANKUASA KEBAJIKAN DAN MENTOR MENTEE 3. JAWATANKUASA ELAUN MURID KHAS 4. JAWATANKUASA SISTEM DATA MAKLUMAT MURID 5. JAWATANKUASA KECERIAAN 6. JAWATANKUASA KEBAKARAN DAN BENCANA 7. JAWATANKUASA SEMAKAN JADUAL KEDATANGAN 8. JAWATANKUASA BADAN PERMUAFAKATAN KOKURIKULUM PENYELARAS : EN. ZAMZURI BIN ZULHAIMI 1. JAWATANKUASA UNIT PAKAIAN SERAGAM (PENGAKAP) PENYELARAS : EN. HASANUL ISYRAF BIN ABDUL WAHAB 1. JAWATANKUASA SUKAN DAN PERMAINAN (OLAHRAGA) 2. JAWATANKUASA 1 MURID 1 SUKAN (PETANQUE) PENYELARAS : PN. ASPAH ISNI BINTI ISHAK 1. JAWATANKUASA KELAB DAN PERSATUAN (KEMAHIRAN HIDUP) 2. JAWATANKUASA RUMAH SUKAN PPKI - 107


BI L NAMA GURU & KAKITANGAN JAWATAN PENDIDIKAN TELEFON 1. EN. ZAMZURI BIN ZULHAIMI GRED DG 41 PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (UPSI) PENGKHUSUSAN - PENDIDIKAN KHAS - SAINS SUKAN 019-4321097 2. PN. ASPAH ISNI BINTI ISHAK GRED DG 44 GURU PENDIDIKAN KHAS SARJANA PENDIDIKAN (UPSI) PENGKHUSUSAN - PENDIDIKAN KHAS - SEJARAH 013-5816715 3. EN. HASANUL ISYRAF BIN ABDUL WAHAB GRED DG 44 GURU PENDIDIKAN KHAS IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN PENGKHUSUSAN - PENDIDIKAN AWAL KANAKKANAK - PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH 019-5712558 4. EN. MOHAMAD SHAHRUL AZMIL BIN ZAHRAN GRED N19 PEMBANTU PENGURUSA N MURID (PPM) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 011-55012027 SENARAI PERJAWATAN GURU DAN KAKITANGAN PPKI - 108


TAKWIM TARIKH PENYEDIAAN DAN KEMASKINI RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR GURU REKOD PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) - MUAT NAIK SETIAP HARI MENGGUNAKAN SISTEM CIDS TARIKH PENYEDIAAN DAN KEMASKINI BUKU LOG PPM SETIAP HARI BERPANDUKAN JADUAL WAKTU YANG DIBEKALKAN (KECUALI JIKA ADA PERUBAHAN YANG DIBERITAHU OLEH PIHAK PENTADBIRAN) BUKU LOG - MINGGU PERTAMA DAN KETIGA HANTAR KEPADA PKPK/PENYELARAS - MINGGU KEDUA DAN KEEMPAT HANTAR KEPADA PENGETUA/PENOLONG KANAN SEKOLAH TARIKH PENYEDIAAN DAN KEMASKINI RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI) 20 MAC - 31 MEI 2023 1 JUN - 31 OGOS 2023 1 SEPTEMBER – 30 NOVEMBER 2023 1 DISEMBER – 28 FEBRUARI 2024 JADUAL PENCERAPAN / PEMANTAUAN JUN 2023 OKTOBER 2023 PERKIRAAN PERJAWATAN GURU PENDIDIKAN KHAS JUMLAH GURU PENDIDIKAN KHAS = 1.5 X BILANGAN KELAS WAKTU PERSEKOLAHAN PROGRAM PENDIDIKAN INTEGRASI SMK SUNGAI RANGGAM BIL HARI MASA 1 ISNIN 7.40 PAGI - 1.30 TENGAHARI 2 SELASA 7.40 PAGI - 1.30 TENGAHARI 3 RABU 7.40 PAGI - 1.30 TENGAHARI 4 KHAMIS 7.40 PAGI - 1.30 TENGAHARI 5 JUMAAT 7.40 PAGI - 12.00 TENGAHARI PPKI - 109


PELAKSANAAN KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM (PENGAKAP) EN. ZAMZURI BIN ZULHAIMI KELAB DAN PERSATUAN (KEMAHIRAN HIDUP) PN. ASPAH ISNI BINTI ISHAK SUKAN DAN PERMAINAN (OLAHRAGA) EN. HASANUL ISYRAF BIN ABDUL WAHAB 1 MURID 1 SUKAN (PETANQUE) EN. HASANUL ISYRAF BIN ABDUL WAHAB JADUAL AKTIVITI KOKURIKULUM BIL KOKURIKULUM HARI MASA 1 KELAB DAN PERSATUAN - KELAB KEMAHIRAN HIDUP RABU 7.40 PAGI – 9.40 PAGI 2 UNIT BERUNIFORM - PENGAKAP RABU 7.40 PAGI – 9.40 PAGI 3 SUKAN DAN PERMAINAN - OLAHRAGA RABU 7.40 PAGI – 9.40 PAGI 4. 1 MURID 1 SUKAN - PETANQUE RABU 7.40 PAGI – 9.40 PAGI * Kaedah Yang Dijalankan Adalah Menggunakan Sistem Giliran PPKI - 110


LAMPIRAN


1. Mohon berurusan dengan Pembantu Tadbir atau pun pihak Pentadbir terlebih dahulu untuk maklumat baki setiap PCG masing-masing 2. Mengisi NOTA MINTA dan mendapat kelulusan Pengetua terlebih dahulu 3. Setelah diluluskan membuat tempahan dengan pihak PEMBEKAL. (Pastikan pembekal senang dihubungi untuk sebarang urusan dan kerosakan) 4. Setelah barang sampai semak dan serah NOTA HANTARAN (D/O) kepada Pembantu Tadbir. 5. Setelah bayaran dibuat oleh Pembantu Tadbir sila kemaskini stok pada BORANG PESANAN SEKOLAH (L/O). 1. Wang Kokurikulum dan Korukulum Tambahan adalah diterima untuk sebarang Program yang menjurus kepada Kesatuan atau pun Program Koakademik yang melibatkan pelajar sahaja, termasuk pendaftaran, makan minum dan penginapan. 2. Peruntukan untuk Bantuan Kokurikulum adalah sebanyak RM10.00 perkepala dan bantuan Kokurikulum Tambahan sebanyak RM6.00 (Warganegara sahaja). 3. Permohonan kepada pihak sekolah memerlukan Surat Arahan PPD berserta 4. Borang Peruntukan Wang Saku Pelajar (LAMPIRAN KOKU) sekurang-kurangnya 3 hari sebelum peristiwa bagi menguruskan pengeluaran wang di bank. 5. Peruntukan Wang Saku Pelajar adalah mengikut kemampuan dan peruntukan yang ada (setakan ini pihak sekolah membenarkan RM10.00 perkepala) jika program sehingga petang jam 5.00/ program sehingga tengahari jam 1.00 RM 7.00 sahaja. 6. Pastikan bayaran PENDAFTARAN PROGRAM ADALAH MENGGUNAKAN CEK sahaja. Resit dari pihak penganjur adalah tanggungjawab Guru Penyelaras Program. 7. Kertas Kerja adalah mengikut pekeliling SPK1/2021 (LAMPIRAN KERTAS KERJA) 8. Kertas Kerja perlu kelulusan dan dirancang dengan teratur sebelum apa juga program dan mengikut bajet yang ada. 9. Peristiwa yang di buat berdasarkan kertas kerja. 10. Bilangan pelajar disertakan (senarai nama) 11. Semua bayaran hanya dibayar kepada pembekal sahaja (menggunakan INVOICE) TATACARA PEMBELIAN / PESANAN SEKOLAH TATACARA PERUNTUKAN WANG KOKURIKULUM DAN BANTUAN SUKAN


1. Pembelian Panjar adalah menggunakan wang tunai yang boleh direkup kepada pihak pentadbir (Pembantu Tadbir) / pendahuluan diri. 2. Sebarang pembelian menggunakan Panjar adalah HANYA YANG KECEMASAN atau SEGERA, contoh: Kepala paip yang rosak, tombol pintu, suis atau mentol. 3. Panjar juga digunakan untuk pembelian setem dan urusan pos. 4. Tidak boleh pembelian jika bil fotostat, kerana dianggap tiada perancangan kewangan. CONTOH KERTAS KERJA MENGIKUT SPK1/2021 ADALAH SEPERTI DIBAWAH: TATACARA PERUNTUKAN MENGGUNAKAN KERTAS KERJA TATACARA PERUNTUKAN PANJAR WANG RUNCIT


PENYATA KEW(PERMOHONAN PELAJAR) SMK SUNGAI RANGGAM Kota Setia, 36000 Teluk Intan, Perak. Kod Sek: AEA8007 _____________________________________________________________________________________ Tarikh : Tuan, KEBENARAN PERMOHONAN KEWANGAN AKTIVITI/ PROGRAM KOKURIKULUM/KO-AKADEMIK ANJURAN JPN/PPD DAN SEKOLAH PADA TAHUN 2022 Dengan ini permohonan adalah berdasarkan peruntukan untuk program/aktiviti seperti yang berikut:- Nama Program / : Karnival Sains Teknologi Kejuruteraan Dan Matematik (STEM) Peringkat aktiviti Daerah Perak Tengah Tahun 2022 Tarikh : 01 September, 2022 Masa : 8.00 pg – 5.00 petang Tempat : SMK Dato’ Seri Maharajalela, Kg Gajah Bil peserta : 11 pelajar Tuntutan adalah seperti berikut: Wang saku pelajar RM 10.00 x 11 pelajar x 1 hari = RM 110.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Sepuluh Sahaja. ) Sekian, Terima kasih. Disediakan oleh: Disemak dan di sokong oleh: Disahkan Oleh: ……………………………… …………………………………………….. …………………….......... IDIRIS BIN OSMAN Peyelaras Program


Lampiran 11-1 NOTA MINTA Rujukan : N/M …………………………/2023 ( ) Tarikh :………………….…………………………… Kepada : Pengetua SMK Sungai Ranggam, Kota Setia, 36000 Teluk Intan, Perak. Daripada: …………………………………………………………………………………………. Permohonan Mendapatkan Bekalan Peralatan Bagi Tahun 2023 Berhubung dengan perkara tersebut di atas, diharapkan dapat tuan meluluskan permohonan mendapatkan bekalan seperti berikut:- Bil Perihal Barang Kuantiti Harga/ Unit (RM) Anggaran Harga (RM) Tarikh Diperlukan Catatan Oleh Pengetua Peruntukan :…………………………………… SubsidairM/Pel: ……….…………………………… Peruntukan dikenakan : RM………………………… Baki Peruntukan Semasa RM ……………….………………… Sekian, terima kasih. Permohonan di atas Yang Benar. Diluluskan / Tidak Diluluskan ……………………………………………… …………………………………………….. ( ) ( ) Tarikh:…………………………………… Tarikh: …………………………………..


NOTA KEWANGAN: Mengikut SPK1 / 2021 (Surat Pekeliling Kewangan) adalah Pengurusan Kewangan Bantuan Umum Persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia yang diguna pakai mulai 01 Oktober 2021. Rujukan Surat: KPM.100-/1/4/2 Jilid. 2(37) bertarikh:15 Mac, 2021. Dengan demikian Pekeliling Bil 8 Tahun 2012 dan Pindaan keatas SPK 8 Tahun 2012 No Rujukan:KP (BKEW/BT) 1800G-03 JLD 2. ( s.k. 6) (15) bertarikh 17 Jun, 2013 adalah TERBATAL. Jenis, Maksud Belanja Dan Kadar BP Umum I. Bantuan Geran Per Kapita (PCG) Mata Pelajaran II. II. Bantuan Geran Per Kapita (PCG) Bukan Mata Pelajaran III. III. Bantuan Prasekolah IV. IV. Bantuan Sukan V. V. Bantuan Kokurikulum PERUNTUKAN BAGI TAHUN 2023 TELAH DILULUSKAN OLEH PIHAK KPM 42% SAHAJA BAGI PCG MATA PELAJARAN DAN BUKAN MATA PELAJARAN, BANTUAN SUKAN SERTA BANTUAN KOKURIKULUM TERAS TINGKATAN 1 – 5 BIL MATA PELAJARAN RM 1. SAINS 599.90 2. BAHASA INGGERIS 599.90 3. BAHASA MELAYU 599.90 4. PENDIDIKAN AGAMA ISLAM 599.90 5. SEJARAH 599.90 WAJIB TINGKATAN 1 – 5 BIL MATA PELAJARAN RM 1. PENDIDIKAN JASMANI 1507.00 2. PENDIDIKAN SENI VISUAL 1171.80 3. GEOGRAFI 1171.80 PCG MATA PELAJARAN


1. REKA BENTUK TEKNOLOGI 722.40 1. KEGIATAN PENDIDIKAN ISLAM 735.84 2. KERTAS UJIAN DALAMAN 1226.40 ELEKTIF 4 - 5 BIL MATA PELAJARAN RM 1. PENDIDIKAN SENI VISUAL 60.90 2. TASAWUR ISLAM 22.68 3. GEOGRAFI 20.16 4. SAINS SUKAN 201.60 5. MATEMATIK TAMBAHAN 50.40 6. MENSERVIS MOTOSIKAL 1940.40 7. FIZIK 546.00 8. BIOLOGI 546.00 9. KIMIA 546.00 10. SAINS RUMAH TANGGA 214.20 11. PERNIAGAAN 50.40 PCG MATA PELAJARAN PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BIL MATA PELAJARAN RM 1. TERAS 1 DAN 11 791.70 2. ELEKTIF 436.80 3. MEMBUAT PAKAIAN WANITA 4032.00 BIL PERIHAL RM 1. LPBT (LEBIHAN PERBELANJAAN BERULANG TAHUN) 5804.40 2. PUSAT SUMBER SEKOLAH 1688.40 3. BIMBINGAN KAUNSELING 667.80 4. YURAN KHAS SEKOLAH (PSS/PSV/SUKAN) 1058.40 PCG BUKAN MATA PELAJARAN


PCG BUKAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BIL PERIHAL RM 1. LPBT (LEBIHAN PERBELANJAAN BERULANG TAHUN) 1528.80 2. PUSAT SUMBER SEKOLAH 327.60 3. BIMBINGAN KAUNSELING 81.99 4. YURAN KHAS SEKOLAH (PSS/PSV/SUKAN) 49.14 BIL PERIHAL RM 1. BANTUAN SUKAN SEKOLAH 705.60 2. BANTUAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 735.84 3. BANTUAN SUKAN PPKI 32.76 BIL PERIHAL RM 1. BANTUAN KOKURIKULUM SEKOLAH 1176.00 2. BANTUAN KOKURIKULUM TAMBAHAN 735.84 3. BANTUAN KOKURIKULUM PPKI 54.60 BANTUAN SUKAN BANTUAN KOKURIKULUM


”PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK” Kepada Semua Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana SMK Sungai Ranggam Tuan, PELANTIKAN RASMI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA BAGI TAHUN 2023/2024 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Tuan/puan seperti nama yang disenaraikan dalam Buku Pengurusan Sekolah Tahun 2023/2024 adalah dilantik menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan mengikut bidang/bahagian tertentu bagi sesi persekolahan tahun 2023/2024. 3. Tuan/puan dikehendaki mengurus/ memantau/ menyelia/ menyelaras/ melaksanakan aktiviti -aktiviti dalam bidang tugas masing masing demi kepentingan organisasi dan perlu akur dengan dasar-dasar yang ditetapkan oleh Kementerian pelajaran Malaysia,Jabatan Pendidikan Negeri Perak,Pejabat Pendidikan Perak Tengah dan sekolah SMK Sungai Ranggam. 4. Saya amat yakin dan memberi kepercayaan yang jitu kepada tuan /puan agar dapat melaksanakan tugas dengan penuh kesungguhan demi kepentingan organisasi supaya keberhasilannya akan dapat melonjakkan kecemerlangan dalam semua aspek. 4. Atas kerjasama yang tuan/puan berikan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ( TN HJ YUSRI BIN MOHAMED YUNUS ) Pengetua “ SEJAHTERA RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN” “SEDERAP MELANGKAH MENERAJUI KECEMERLANGAN” (Sila catatkan rujukan pejabat ini apabila berhubung) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI RANGGAM KOTA SETIA, 36000 TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN. KOD. SEK : AEA8007 NO TEL / FAKS: 05-6224350 / 05-6225054 EMAIL : [email protected] Ruj. Kami : SMKSR 100-4/1/4 Tarikh : 16 Mac 2023 Tandatangan Pegawai __________________________ ( )


Scan QR Code untuk download softcopy


Click to View FlipBook Version