MAJALAH TARI T A R I A N T R A D I S I O N A L EDISI 1, OKTOBER 2023 TARIAN ZAPIN GHALID | TARIAN SINGA |TARIAN BHARATANATYAM | TARIAN SUMAZAU | TARIAN MANORA
1 | P a g e PUAN AZIRAH BINTI SEMAN [ PENASIHAT ] AININ NADIAH BINTI A’LI [ KETUA KUMPULAN ] NUR IZZANI TASLIMA BINTI NAZLAN [ JURUPENGUMPUL DATA ] NAZYFA NATASYA BINTI MUHAMMAD HASRIL [ PENOLONG EDITOR ] NUR ADRIANA BINTI ZAMAHIZI [ KETUA GRAFIK & KETUA EDITOR ] AUFA BINTI MOHD SALLEH [ JURUARTIKEL ] SIDANG REDAKSI
Isi Kandungan Sidang Redaksi................................................................. Isi Kandungan................................................................... Penghargaan..................................................................... Pengenalan Tarian Tradisional................................ Tarian Singa....................................................................... Tarian Bharatanatyam................................................. Tarian Zapin Ghalit........................................................ Tarian Sumazau............................................................... Tarian Manora.................................................................. Penutup............................................................................... Galeri Album..................................................................... Rujukan............................................................................... 1 2 3 4 5-8 9-12 13-16 17-19 20-22 23 24 25 2
3 | P a g e PENGHARGAAN Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami menyiapkan kerja e-folio ini dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pengajian Tinggi Am iaitu Politerknik Tuanku Syed Sirajuddin kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan efolio ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Azirah Binti Seman yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu juga, kami mengucapkan terima kasih kepada puan kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya. Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan dalam menghasilkan kerja e-folio ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami menyiapkan kerja e-folio ini. Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi pelajar yang bertanggungjawab bagi menyelesaikan sesuatu tugasan dengan ketekunan dan menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan. Selain itu juga, harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi seseorang yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan Sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam masyarakat setempat.
PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat berbilang kaum ini, terutama dapat dilihat dari segi tarian. Tarian tradisional merupakan sejenis gerak tari yang mengandungi gerakan tubuh yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Tarian dapat dipersembahkan melalui gerakan tangan, kaki, mata, badan dan anggota badan yang lain. Menurut kepada seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi tari sebagai gerakan yang berirama. Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri. Sebagai contoh, tarian singa, bharatanatyam, zapin ghalib, sumazau dan manora. 4
TARIAN SINGA 5 | P a g e TARIAN SINGA 舞獅 (wǔ shī ) BY : AININ NADIAH BINTI A’LI MARI KENALI SEJARAH TARIAN SINGA : Kebudayaan adalah salah satu daripada refleksi komuniti dan bangsa. Tarian Singa merupakan sebahagian adat & warisan Masyuarakat Cina. Tarian Singa dipopularkan sejak masa Dinasti Han kira-kira 206BC – 220AD. Oleh itu, Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan cina. Tarian Singa menjadi adat dinegara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berlainan. Namun, tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina. TUJUAN TARIAN SINGA DIADAKAN : Tarian Singa memainkan peranan yang penting dari segi mitologi Cina begitu juga mewakili keriangan dan kegembiraan. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan sebagai upacara meminta tuah.
TARIAN SINGA 6 | P a g e ALAT MUZIK DIGUNAKAN : GONG GENDANG SIMBAL DENTUMAN MERCUN ( MEMBAWA TUAH ) PAKAIAN : Kostum singa tersebut menggunakan warna merah, jingga, (hijau dan kuning bagi kostum singa betina). BILANGAN AHLI : 2 orang penari. TATACARA SEMASA PERSEMBAHAN : seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan.
TARIAN SINGA 7 | P a g e DUA JENIS TARIAN SINGA YANG PALING POPULAR : ➢ Tarian Singa Utara Tarian singa Utara berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja.Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan akrobatik dan ini bertujuan sebagai hiburan.Tarian Singa Utara mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya. Mata singa itu pula berwarna hitam bersama-sama warna putih atau warna merah bersama-sama warna putih. ➢ Tarian Singa Selatan Tarian Singa Selatan menjadi lambang yang mempunyai ciri-ciri yang berkaitan dengan alam sekitar. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna. Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan sifat singa yang pemalu. LANGKAH UNTUK MENGEKALKAN BUDAYA TARIAN SINGA : • Seseorang individu dalam setiap kaum itu haruslah mempunyai keinginan yang tinggi untuk meneruskan budaya yang terdapat dalam bangsa mereka itu sendiri supaya kebudayaan itu dapat dapat dikekalkan, sebagai contohnya anak-anak muda dalam kaum Cina seharusnya membuka mata mereka untuk belajar tentang tarian Singa seperti Tarian Singa Utara & Tarian singa Selatan. • Pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting untuk meneruskan aktiviti kebudayaan dalam semua kaum di Malaysia. Sebagai contohnya pihak sekolah boleh mewujudkan persatuan atau kelab yang berkaitan dengan kebudayaan yang terdapat dalam sesuatu kaum. Sekolah memainkan peranan yang agak penting kerana menjadi rumah kedua kepada golongan kanakkanak dan remaja. Namun begitu, banyak masa yang akan dihabiskan oleh golongan ini di sekolah. • Pihak Kerajaan khususnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bertanggungjawab untuk mengadakan aktiviti kebudayaan rakyat Malaysia sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk mendedahkan kepada rakyat tentang keunikan budaya yang terdapat di Malaysia. Pesta Kebudayaan dan Kesenian boleh diadakan di peringkat negeri, negara mahupun anatarabangsa.
TARIAN SINGA 8 | P a g e KESIMPULAN Kesimpulannya, budaya yang masih diamalkan oleh semua kaum yang terdapat di Malaysia seperti tarian singa perlulah dihargai dan diwarisi kerana ia merupakan sebuah tradisi yang unik yang tidak ada dalam kaum-kaum yang lain. Kesemua budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia sama ada dari segi kesenian, muzik, adat resam, kepercayaan, bahasa dan sebagainya haruslah dikekalkan untuk generasi akan datang supaya generasi baru juga turut mengetahui budaya yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka.
Latar Belakang dan Sejarah Tarian Bharatanatyam Tarian ini telah wujud sejak abad ke-20 hingga saat ini namun telah terjadi perubahan, perkembangan, sesuai dengan kebutuhan dan perkembangan zaman. Tarian ini banyak bersandarkan unsur keagamaan Hindu dan cerita daripada tulisan purba Sanskrit Natyashastra. Bharata Natyam ialah “seni bercerita”, dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu. Tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita atau pria yang menggunakan gerakan-gerakan, ekspresi wajah, dan gerakan tangan untuk menyampaikan sebuah cerita kepada para penonton. Tarian Bharatanatyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Bharathanatyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi yang berasal daripada wilayah Tamil Nadu di bahagian selatan India. TARIAN BHARATANATYAM Menurut kepercayaan umat Hindu Tamil, tarian ini dulunya ditarikan oleh Dewa Shiva dan hingga sekarang ini menjadi popular dikalangan masyarakat Hindu Tamil di seluruh dunia. Tarian Bharanatyam mengandungi unsur cerita tentang pemujaan Dewa-dewa dan dikenali sebagai tarian keagamaan India yang dipanggil Chattir. NUR ADRIANA BINTI ZAMAHIZI 9 TARIAN BHARATANATYAM
Tujuan Tarian Tarian Bharatanatyam dipersembahkan adalah bertujuan untuk mengekspresikan cerita, emosi dan tradisi melalui gerakan dan ekspresi. Ini merupakan cara untuk melestarikan budaya india dan memupuk disiplin diri. Cara Bharatanatyam ditarikan Tarian ini dianggap sebagai tarian api, yang menunjukkan dengan jelas oleh metafizik batin dan unsur api dalam badan manusia. Biasanya tarian ini diiringi dengan muzik klasik Carnatic. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap dan penuh dengan kegemilangan. Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya. Seorang penari profesional tarian ini harus mempunyai beberapa sifat, antaranya kelihatan muda, langsing, bermata besar, berkeyakinan diri, berkeupayaan mengikut alunan muzik dan menyanyi. 10 TARIAN BHARATANATYAM
Kostum penari Bharatanatyam wanita Muzik dan Peralatan muzik yang digunakan menyerupai pakaian pengantin Hindu Tamil. Biasanya terdiri daripada sari dalam warna terang dengan sulaman zari emas atau perak di sempadan. Kostum itu dijahit daripada sari dengan potongan individu untuk bahagian bawah yang berbentuk salwar, sehelai belipat yang jatuh di hadapan dan terbuka seperti kipas tangan apabila penari melenturkan lutut serta bersarung sari biasa. Pakaian penari lelaki lazimnya sama ada sari atau kain kapas yang dilitkan pada kaki dan bahagian bawah badan seperti dhoti. Kedua-dua penari wanita dan lelaki memakai perhiasan di telinga, hidung, leher dan pergelangan tangan. Penari wanita memakai perhiasan tambahan di kepala dan barang kemas. Semua penari memakai gelang kaki kulit pada setiap kaki yang dipanggil salangai. Ia membantu menekankan irama muzik serta gerak kaki penari. Akhir sekali, semua penari menggariskan tangan dan kaki mereka dengan serbuk kumkum merah atau alta. Mrindangam Seruling Nagaswaram Biola Veena Muzik iringan untuk Bharatanatyam ialah muzik Carnatic gaya India Selatan. Biasanya kumpulan pemain muzik Carnatic menggunakan instrument iaitu : Pakaian dan Aksesori Tarian 11 TARIAN BHARATANATYAM
Cara Mengekalkan Budaya Kesimpulannya, setiap tarian tradisional di Malaysia mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Hal ini secara tak langsung, masyarakat dapat mengenali budaya setiap masyarakat yang ada di negara kita. Pada pandangan saya, tarian bharatanatyam ini tidak membataskan setiap kaum untuk melihat sesebuah tarian itu hanya perlu dipersembahkan oleh kaum india sahaja sebaliknya, keunikan hayunan langkah tarian adalah milik seluruh rakyat Malaysia. Oleh itu, mengamalkan warisan tradisi seperti seni tari ini juga mampu mempromosi budaya Malaysia di persada dunia. Pendidikan dan latihan Persembahan Promosi kebudayaan Program pendidikan sekolah Pihak berkuasa boleh menganjurkan kelas, bengkel dan program pendidikan yang memberi tumpuan kepada tarian tradisional, supaya generasi muda dapat mempelajari pergerakan, makna dan nilai budaya tarian. Masyarakat boleh mengadakan tarian tradisional di acara kebudayaan, perayaan atau persembahan seni untuk memperkenalkan tarian ini kepada masyarakat luas. Pihak berkuasa perlu mengintegrasikan tarian tradisional dalam kempen promosi kebudayaan kebangsaan atau serantau untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara warisan budaya. Pihak sekolah boleh menyertakan pelajaran tentang tarian tradisional dalam kurikulum sekolah sebagai sebahagian daripada pendidikan seni dan budaya. Kesimpulan 12 TARIAN BHARATANATYAM
13 TARIAN ZAPIN GHALIT NUR IZZANI TASLIMA BINTI NAZLAN PENGENALAN Tarian Zapin Ghalit ini berasal dari negeri Kedah, tarian ini mempunyai sedikit sebanyak pengaruh Arab di dalam melodinya. Menurut Encik PeacecaAnak Cally, 22 tahun pelajar dari UUM berkata ‘tarian ini tidak sama seperti tarian Zapin yang biasa kita dengar. Ianya mempunyai perbezaan dari segi melodinya hasil daripada pukulan rebana yang hampir mirip dengan melodi muzik Hadrah. Selain itu, pergerakan di dalam tarian ini juga berbeza iaitu gerak tari yang banyak ‘ragam menunggu’(penari dalam posisi statik) dan juga lebih perlahan pergerakannya.’ Beliau mempunyai 3 tahun pengalaman menari tarian ini. Beliau menceburi bidang ini dari tahun 2022 dan pernah sampai ke peringkat negeri. Beliau mempersembahkan tarian Zapin Ghalit ini di UUM. TUJUAN Pada masa itu dipersembahkan untuk memperkenalkan semula tarianZapinkedah pada penonton agar tidak ditelan aman. Ini juga untuk menarik minat anak muda untuk menyertai tarian ini. Dengan ini, kita dapat mengeratkanhubungan silaturahim antara satu sama lain. CARA TARIAN Tarian ini selalunya mempunyai 8 orang berpasangan. Tarian Zapin Ghalit ini terbahagi kepada 3 peringkat iaitu: 1. Peringkat pertama - Permukaan tarian / Pembuka tarian 2. Peringkat kedua - Pecahan / Gerak serta lenggang tari 3. Peringkat ketiga - Penutup tarian Zapin menumpukan pada langkahankaki dan posisi kaki selalu tertutupdantidak merendah. Kebanyakan posisi badan selalu bergerak seperti ombakmengalun. Posisi tangan tidakdiperlihatkan dengan jelas misalnyamotif memetik bunga, tangan kananmahupun kiri berada di bawah bahu. Kebiasaannya, seni kata yangdinyanyikan dalam lagu untuk tarianini diselitkan dengan kalimat berunsur keagamaan seperti ‘salam’ dan‘assalamualaikum’, kata - kata nasihat dan pujian kepada kebesaran agamadan kesempurnaan budi pekerti.
14 PAKAIAN DAN PERHIASAN ⮚ Penari Lelaki Berbaju Melayu sedondon dan memakai Samping IkatanBerdagang Dalam dan memakai songkok. ⮚ Penari Perempuan Baju Kurung Teluk Belanga bercorak atau kosongyangdipadankan dengan kain bercorak bunga atau berkotakseperti tapak catur. Perhiasan -Bengkong atau tali pinggang -Dokoh -Anting - anting -Cucuk Sanggul berbunga kecil ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN Rebana Alatan muzik yang utama digunakan di dalam tarian ini kerana iramayanghampir sama dengan muzik Hadrah.
15 Gambus Mencetus iramanya yang tersendiri dan dimainkan dalamtarian Zapin. Gendang Untuk melengkapkan irama tarian ini. CARA MEMPROMOSI TARIAN TRADISIONAL INI Kini tarian tradisional kurang dipersembahkan dan ramai anak mudasekarang tidak tahu mengenai tarian ini. Cara mempromosi tarian tersebut ialah di peringkat sekolah atau universiti, kerajaan mahupun di kalangan masyarakat. Pihak sekolah boleh menganjurkan pertandinga n tarian yang membolehkan semua orang menyertai walaupun berbeza bangsa. Di universiti pula, mana - mana wakil pelajar boleh menubuhkan kelab tarian tradisional dan menggalakkan semua pelajar lain untuk menyertainya. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan festival atau program mengenai tarian tradisional tersebut agar dapat menarik minat anak - anak muda pada zaman sekarang. KESIMPULAN Kesimpulannya, tarian tradisional perlu didedahkan kepada generasi padamasa kini agar tidak ditelan zaman kerana setiap bangsa mempunyai tariannya yang tersendiri. Dengan ini, kita dapat menunjukkan identiti setiapkaum itu sendiri. Kita juga dapat mengeratkan hubungan antara satusamalain tidak mengira bangsa dan membina negara yang aman dan harmoni.
16 | P a g e TARIAN SUMAZAU DISEDIAKAN OLEH : AUFA BINTI MOHD SALLEH ➢ SEJARAH TARIAN Tarian sumazau merupakan satu tarian tradisional etnik Kadazandusun yang terkenal di Sabah. Menurut Mark Ryan Yap, 18 tahun iaitu seorang yang pernah menyertai persembahan tarian sumazau ketika menjadi penyambut pelancong di Sabah mengatakan bahawa tarian sumazau ini berinspirasikan daripada corak penerbangan burung helang yang telah disaksikan oleh para petani disawah ketika musim menuai. ➢ TUJUAN TARIAN Setelah terciptanya tarian ini, mereka mula menarikan tarian ini ketika musim menuai iaitu pada setiap bulan Mei sebagai tanda penghargaan atau terima kasih atas hasil tuaian tersebut. Tarian ini diadakan ketika majlis keramaian. ➢ CARA TARIAN Tarian Sumazau tidak menentukan jumlah yang tetap untuk penari, tetapi penari mestilah dilakukan secara berpasangan bagi lelaki dan perempuan. Tarian Sumazau merupakan salah satu tarian yang langkahnya mudah untuk diingati kerana tarian ini hanya mempunyai beberapa langkah asas seperti enjut setempat, menggerakkan tangan kedepan dan kebelakang, maju kehadapan dan undur serta bergerak ke kanan dan ke kiri. Setiap gerakkan mempunyai kiraan sebanyak satu hingga lapan kali. (Mark Ryan Yap)
17 | P a g e ➢ PAKAIAN SEMASA TARI Penari biasanya akan memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak yang menarik pada pakaian yang menggunakan benang berwarna emas. Penari lelaki akan memakai tanjak dan menyendang daun silad kering dipinggang sebagai pengganti padi manakala penari perempuan pula dihiasi dengan selendang serta tali pinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars). ➢ ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN Tarian Sumazau juga mempunyai beberapa alat muzik yang sering digunakan ketika tarian iaitu : Gambang Bungkau Tongkungan Turali Sompotan Kulintangan Suling
18 | P a g e ➢ LANGKAH UNTUK MENGEKALKAN TARIAN SUMAZAU Cara untuk mengekalkan tarian sumazau ini ialah ibu bapa memainkan peranan penting terhadap anak-anak mereka dengan mendedahkan mereka kepada aktiviti kemasyarakatan seperti tarian tradisional ini. Selain itu, masyarakat juga memainkan peranan penting seperti menganjurkan program berkaitan kebudayaan terutamanya kepada generasi muda zaman sekarang bagi menarik minat mereka untuk meneruskan budaya nenek moyang mereka agar budaya ini tidak hilang ditelan zaman. ➢ KESIMPULAN Walaupun tarian ini merupakan tarian yang menjadi adat turun-temurun suku kaum Kadazandusun dari dulu sehingga kini, namun tarian ini tidak lagi ditarikan semasa bulan Mei (musim menuai) sahaja. Kini tarian sumazau ini banyak ditarikan dalam majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, perayaan dan menyambut orang kenamaan. Bahkan tarian ini ditarikan oleh semua suku kaum tanpa mengira peringkat umur.
BY NAZYFA NATASYA BINTI MUHAMMAD HASRIL Tarian Manora Tarian Manora atau dikenali sebagai Tarian Rambung merupakan tarian yang menjadi sebahagian daripada adat dan warisan masyarakat Siam yang terdapat di Malaysia. Mengikut Cik Chom Nian, 40 tahun iaitu seseorang yang pernah melibatkan diri dalam tarian ini telah mendefinisikan Tarian Manora sebagai drama tari, teater atau wayang kulit. Tarian Monora yang berasal dari Thailand ini mula diperkenalkan semasa era PraIslam lagi. Sejarah tarian ini bermula apabila Puteri Nang Nuan Samli yang merupakan anak kepada raja Thailand iaitu Raja Saifafat telah mengandungkan seorang bayi tanpa seorang bapa. Hal ini telah menyebabkan maruah keturunan mereka tercalar sehingga Raja Saifafat menghalau Puteri Nang Nuan untuk keluar dari negeri tersebut. Puteri Nang Nuan dihanyutkan dengan rakit bersama beberapa orang dayang istana. Mereka hanyut dibawa ombak sehingga mereka terdampar di sebuah pulau. Hari demi hari maka Puteri pun melahirkan bayi lelaki yang bernama Putera Achittar Kumar. Apabila beliau mulai dewasa beliau gemar menari tarian ciptaannya di tepi pantai untuk melihat bayangan tariannya di pantulan air. Setelah sekian lama, maka beliau menjadi mahir dalam tarian tersebut dan meminta izin ibunya untuk mempersembahkan tariannya ke pulau bersebelahan. Tarian yang dipersembahkan oleh Putera Achittar mendapat sambutan orang ramai untuk menonton dan mempelajari tarian tersebut. Berita tentang tarian tersebut telah sampai ke telinga Raja Saifafat sehingga baginda berasa tertarik dan memanggil Putera Achittar untuk datang menghadap. Setelah disoal tentang asal keturunan Putera Achittar barulah baginda tahu bahawa pemuda tersebut merupakan cucunya, begitu juga dengan Putera Achittar Kumar. Kemudian, Raja Saifafat menghadiahkan sepasang persalinan lengkap kepada Putera Achittar dan menjemput semula anaknya, Puteri Nang Nuan untuk tinggal di negeri naungannya semula. Maka terhasillah tarian ini di negeri Thailand. " Sehingga kini masih terdapat pengasas tarian ini antaranya Moyang NoraChatri " - kata Cik Chom Nuan. Terdapat beberapa tujuan tarian ini dipekenalkan antaranya termasuklah : RITUAL masyarakat Siam akan melakukan tarian ini untuk memuja roh tokoh-tokoh Manora untuk mengelakkan daripada diganggu oleh spirit jahat. PERUBATAN seperti ritual, masyarakat Siam akan melakukan pemujaan roh tokoh-tokoh Manora yang dipercayai boleh menyembuhkan penyakit seseorang. PERSEMBAHAN Tarian ini selalunya dipersembahkan dalam acara perkahwinan dan pertabalan untuk meraikan hari tersebut. Tujuan Tarian Asal Usul 19
Tarian merupakan subjek asas dalam sesebuah persembahan tarian yang menghasilkan gaya dan seni yang unik mengikut citarasa seseorang. Tarian Manora juga tidak terkecuali, tarian ini mempunyai 12 jenis gerakan antaranya : Pakaian persembahan tarian Manora telah diilhamkan daripada sebuah lagenda Thailand iaitu lagenda manusia separuh burung. Penari utama akan memakai kecopong atau makhkota. Pakaian bagi lelaki ialah baju lengan pendek yang mempunyai manik berjurai warna-warni dan berseluar panjang. Memakai skaf merah, bertali pinggang (khem khat), selendang panjang yang bercorak diletakkan di atas bahu dan digantung dibahagian hadapan hingga paras lutut. Sejenis kain bercorak yang digantung dipinggang disebut sebagai Hoi Na, selain itu, mereka mempunyai ekor keras dengan gabungan elemen manik berjurai yang dipakai di bahagian pinggul serta bersarung kaki. Bagi perempuan pula, pakaiannya hampir sama dengan pakaian lelaki. Pakaian perempuan adalah bebas namun berkaitan dengan konsep Tarian Manora. Peran wanita akan memakai topeng jenaka dan berselendang yang dikenali sebagai Phakoma. Antara aksesori yang dikenakan semasa Tarian Manora berlangsung ialah : Cara Tarian Pakaian Semasa Tarian Gelang Lengan Gelang Tangan Rantai Kuku Cakar Panjang (Canggai) Me Lan atau Kanok Rintangan Rahu Mencekup Bulan Gerak Tari Kenari Gerak Tari Jalan Angsa Gerak Tari Permulaan Labah-labah Menganyam Sarang Gajah Menyeberang Rintangan Putik Bunga Teratai Bunga Teratai Kembang Bunga Teratai Sedang Kembang Bunga Teratai Separuh Kembang Posisi Phala Gerakan ini juga merupakan posisi yang mempunyai fungsi seperti ritual, dramatik dan struktur dalam persembahan. Setiap tarian yang ditarikan dalam tarian Manora mempunyai adegan-adegan dramatik berdasarkan kisah lagenda masyarakat Siam. Ahli-ahli persembahan juga membawa pelbagai watak-watak menarik dan luahan perasaan seperti rasa sedih, gembira dan sebagainya mengikut jalan cerita yang dipilih dengan tarian lemah gemalai. 20
sepasang canang sepasang kesi sepasang kayu buluh (cerek) pinai geduk 2 buah gedombak Cara Kekalkan Budaya Tarian Manora Alat Muzik Terdapat beberapa cara untuk mengekalkan budaya tarian ini antaranya termasuklah : Kesimpulan Tarian tradisional perlulah dititikberatkan dalam kehidupan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Hal ini secara tidak langsung, seni budaya ini telah mewarnai kehidupan masyarakat kita di Malaysia dengan mewujudkan hubungan yang lebih erat melalui perkenalan tentang budaya kaum lain. Pada pandangan saya, tarian ini telah disambut baik oleh masyarakat di Malaysia kerana tarian ini hanya dipersembahkan untuk acara tertentu bagi kaum Siam walaupun tarian ini mempunyai unsur pemujaan. Sehingga kiuni, tarian ini masih dipupuk oleh masyarakat Siam demi menjaga adat dan budaya mereka. Dengan ini, saya menyimpulkan bahawa setiap tarian yang terdapat di negara Malaysia ini perlu dipelihara supaya seni budaya Malaysia menjadi terkenal ke seluruh pelusuk dunia dengan keunikaannya. Promosikan seni budaya melalui media massa. Masyarakat dapat mempromosikan seni budaya warisan melalui media massa supaya dapat menyuntik semangat kebudayaan dalam diri seseorang. Sebagai contoh, kita dapat mengiklankan kelebihan dan keseronokan mempelajari budaya tradisional dalam sesebuah masyarakat. Mengadakan festival tarian tradisional Pihak berkuasa boleh mengadakan Hari Festival Budaya Tradisional di kawasan yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum agar dapat menarik minat masyarakat untuk mengenali budaya kaum lain. Penekanan warisan budaya dalam pendidikan Di sekolah, guru-guru boleh menekankan murid untuk mendalami sejarah sesebuah tradisi dengan menjadikan satu subjek yang berkaitan dengan adat dan budaya yang terdapat di Malaysia. Memelihara dan memulihara tempat bersejarah Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita mestilah memelihara dan memulihara tempat-tempat bersejarah agar dapat dihayati oleh generasi akan datang untuk mengenali sejarah zaman dahulu. Contohnya, kita perlu menjaga harta benda di muzium sejarah agar tidak pupus. 21
Penutup Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis tarian tradisional yang perlu kita martabatkan agar kesenian adat budaya yang terdapat di Malaysia ini dapat ditonjolkan ke serata dunia. Oleh itu, kita mestilah menjaga warisan turun temurun ini agar dapat diselami oleh generasi yang akan datang dan secara tidak langsung budaya ini akan sentiasa diingati oleh masyarakat bak kata pepatah tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Terdapat pelbagai jenis tarian tradisional di Malaysia yang unik dari segi pergerakkannya, jenis pakaian serta alat muzik yang digunakan semasa tarian dipersembahkan. kesemua tarian ini mempunyai asal usul yang menarik untuk kita ketahui termasuklah tarian-tarian yang terdapat dalam majalah ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah mengenali adat budaya kaum kaum lain yang terdapat di Malaysia agar hubungan perpaduan dapat dieratkan lagi. Selain itu, kita hendaklah mempertahan kesenian budaya bangsa agar terus gah di persada dunia. Kepelbagaian seni budaya ini telah menyebabkan pelancong luar tertarik untuk melawat negara kita. Hal ini telah menyebabkan negara kita mengalami peningkatan ekonomi untuk mencapai era kemajuan negara. Sekian sudah yang dapat kami paparkan mengenai tarian tradisonal yang menjadi tajuk utama majalah kami.Kami juga ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan semasa menjalankan aktiviti ini. Kami juga ingin berterima kasih kepada mereka yang sudi membantu kami melaksanakn tugas ini secara langsung atau tidak langsung. Sekian. 22
{GALERI ALBUM}
24 RUJUKAN INTERNET/YOUTUBE : Zi Xuan Ong (2021) https://issuu.com/xuan171717./docs/titas_grp_3_2_55f899719a794b/s/12690768 Khadijah Razaki (2022) http://khadijahrazaki.blogspot.com/2017/09/usaha-mengekalkanbudaya-pelbagai-kaum.html Bharathanatyam (2023) - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas - ms.wikipedia.org/wiki/Bharathanatayam Bharathanatyam - Wikipedia - en.m.wikipedia.org/wiki/Bharatanatyam Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (2022) https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/44 Ahmad Nubhan (2023) https://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Zapin Sebastian Islam (2017) https://youtu.be/nUXZaSTfFYE?si=_eKFU145yv8YRA3s zahirul nukman (2023) https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sumazau#:~:text=Tarian%20sumazau%20dalam%20bahasa%20 Kadazan,berpasangan%2C%20lebih%20ramai%20lebih%20meriah Nazirin Adha (2011) https://www.scribd.com/presentation/219130441/Menora M.I.N.D.A (2010) http://themenora.blogspot.com/2010/08/busana-dan-props.html?m=1 Temu Bual : Chan Zi Qin, 16 Tahun, Jitra, Kedah. Cik Suganthi A/P Krishnan, 23 tahun, Kangar, Perlis. Encik Peaceca Anak Cally, 22 Tahun, Universiti Utara Malaysia. Mark Ryan Yap, 18 Tahun, UITM Kota Kinabalu. Cik Chom Nian, 40 Tahun, Kampung Danglau,Kedah.
Disediakan oleh : Nazyfa Natasya binti Muhammad Hasril 18DAT23F1017 DAT1A / Akauntansi Ainin Nadiah binti A'li 18DAT23F1035 DAT1A / Akauntansi Nur Izzani Taslima binti Nazlan 18DAT23F1019 DAT1A / Akauntansi Nur Adriana binti Zamahizi 18DAT23F1011 DAT1A / Akauntansi Aufa binti Mohd Saleh 18DAT23F1046 DAT1A / Akauntansi