BMMB 1144 KESANTUNAN BERBAHASA
WAN AHMAD MUIZ BIN WAN MUSTAFFA
MAKLUMAT SISWA GURU
NAMA : WAN AHMAD MUIZ BIN WAN MUSTAFFA
OPSYEN : BAHASA MELAYU 5
ANGKA GILIRAN : 2021292310109
ISI KANDUNGAN
DEFINISI PANTUN
DEFINISI PANTUN MENGIKUT PANDANGAN TOKOH
CIRI-CIRI PANTUN
JENIS-JENIS PANTUN
PANTUN EMPAT KERAT
JENIS-JENIS PANTUN EMPAT KERAT
CONTOH PANTUN EMPAT KERAT MENGIKUT JENIS
Imbas kod qr untuk melihat manual penggunaan kit
pembelajaran
MANUAL PENGGUNAAN KIT PEMBELAJARAN
DEFINISI
PANTUN
DEFINISI PANTUN MENGIKUT PANDANGAN
TOKOH
Menurut Harun Mat Piah (1989), pantun didefinisikan
berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau
struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur
estetik dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetik
pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama,
yang berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang
tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut
tanggapan dan pandangan dunia masyarakat melayu.
Kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan
pembayang-pembayang dengan pasangan maksud
sama ada secara konkrit atau abstrak.
CIRI-CIRI PANTUN
Ciri-ciri pantun menurut Dinni Eka Maulina (2015) adalah seperti berikut:
PANTUN ialah karangan berangkap yang menggunakan bahasa-
bahasa indah.
Sebuah pantun wujud dalam satu rangkap yang sempurna dari
segi maknanya.
Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu
bahagian pembayang dan satu lagi bahagian maksud.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga, PEMBAYANG
hancur badan dikandung tanah,
budi yang baik dikenang jua. MAKSUD
CIRI-CIRI PANTUN
Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang,
manakala baris tiga dan empat adalah maksud.
Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan
baris kedua adalah maksud.
Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar.
Bagi pantun dua kerat rima akhir dalam bentuk 'a,a'.
Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk 'a,b,a,b'.
pantun dua kerat pantun empat kerat
Dua ekor anak rusa, (a) Pulau Pandan jauh ke tengah, (a)
Jangan kita buang masa. (b) Gunung Daik bercabang tiga, (b)
hancur badan dikandung tanah, (a)
budi yang baik dikenang jua. (b)
JENIS-JENIS PANTUN
PANTUN DUA KERAT PANTUN ENAM KERAT PANTUN SEPULUH KERAT
PANTUN EMPAT KERAT
PANTUN LAPAN KERAT PANTUN DUA BELAS
KERAT
Modul ini akan berfokuskan kepada pantun empat kerat
PANTUN EMPAT
KERAT
BUDI
JENAKA KANAK-KANAK TEKA TEKI
KASIH SAYANG JENIS PANTUN NASIHAT
PERIBAHASA EMPAT KERAT AGAMA
KEPAHLAWANAN
PERANTAU
ADAT KIAS DAN IBARAT
NASIB
PANTUN TEKA-TEKI PANTUN JENAKA
Kelip-kelip disangka api, Orang Rengat menanam betik,
Kalau api di mana puntungnya; Betik disiram air berlinang;
Hilang ghaib disangka mati, Hilang semangat penghulu itik,
Kalau mati di mana kuburnya? Melihat ayam lumba berenang
PANTUN KASIH SAYANG PANTUN NASIHAT
Burung merbuk membuat sarang, Air melurut ke tepian mandi,
Anak enggang meniti di paya; Kembang berseri bunga senduduk;
Tembaga buruk di mata orang, Elok diturut resmi padi,
Intan berkarang di hati saya Semakin berisi semakin tunduk
PANTUN BUDI PANTUN NASIB
Tingkap papan kayu bersegi, Payang retak tali bersimpul,
Sampan sakat di Pulau Angsa; Kendi lokan airnya tumpah;
Indah tampan kerana budi, Hidup tidak kerana kaul,
Tinggi darjat kerana bahasa Mati bukan kerana sumpah
PANTUN PERANTAU PANTUN ADAT
Pungut teritip di tiang batu, Buah berangan di rumpun pinang,
Batu pecah dilanda karang; Limau kasturi berdaun muda;
Beginilah nasib dagang piatu, Kalau berkenan masuklah meminang,
Kain basah kering di pinggang. Tanda diri beradat budaya
PANTUN KEPAHLAWANAN PANTUN PERIBAHASA
Patah rotan tali bersilang, Punggur rebah puyuh mendengut,
Batang meranti rimbun berjejal; Dengut melata di tengah padang;
Langkah pahlawan di tengah gelanggang, Sedangkan bah kapal tak hanyut,
Berpantang mati sebelum ajal Inikan pula kemarau panjang.
PANTUN KIAS DAN IBARAT PANTUN AGAMA
Gesek biola tiup serunai, Letak bunga di atas dulang,
Sayu dara berhati walang; Sisipkan daun hiasan tepinya;
Putih mata si burung punai, Banyak berdoa selepas sembahyang,
Kayu ara ditunggu helang. Mohon diampun dosa di dunia.
PANTUN KIAS DAN IBARAT PANTUN AGAMA
Gesek biola tiup serunai, Letak bunga di atas dulang,
Sayu dara berhati walang; Sisipkan daun hiasan tepinya;
Putih mata si burung punai, Banyak berdoa selepas sembahyang,
Kayu ara ditunggu helang. Mohon diampun dosa di dunia.
PANTUN KANAK-KANAK
Anak rusa nani,
Baru kembang ekor;
Apa dosa kami,
Lalu tidak tegur.
CARA MEMBINA PANTUN
1) Bina dua baris maksud dahulu .
2) Kenal pasti rima akhir baris maksud
3) Senaraikan perkataan yang berakhir dengan suku kata rima akhir tersebut.
4) Bina ayat yang sesuai dalam lingkungan 10 - 12 patah suku kata
5) Pastikan rima akhir setiap baris selari dengan rima 'abab' . Jika anda
mahukan pantun yang lebih baik , samakan rima tengah baris pantun .
JOM UJI MINDA
AKTIVITI 1
Tekan pautan atau imbas kod qr yang disediakan untuk
menjawab soalan berkaitan pantun.
https://wordwall.net/resource/31823234
JOM UJI MINDA
AKTIVITI 2
Isi ruangan
kosong dengan
jawapan yang
betul berdasarkan
soalan yang
diberi.
SOALAN
Berikut merupakan soalan bagi teka silang kata di atas.
1) Pantun merupakan puisi ........
2) Dua baris atas pantun merupakan .......
3) Pantun ...... merupakan pantun untuk memberi nasihat.
4) Pantun dua kerat terdiri daripada ...... baris.
RUJUKAN
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dinni Eka Maulina. (2015). Keanekaragaman pantun di Indonesia. Semantik, 1(1).
terima
kasih