The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nur Farzanabinti Mohd Yusof
3 Sapphire

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur farzana, 2021-12-21 19:46:06

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

Nur Farzanabinti Mohd Yusof
3 Sapphire

KAJIAN AMALAN KITAR SEMULA
DI BANDAR BARU UDA,
JOHOR BAHRU, JOHOR

NAMA: NUR FARZANA BINTI MOHD YUSOF
KELAS: 3 SAPPHIRE

NAMA GURU GEOGRAFI: PUAN HANIFAH BINTI
JAMALUDDIN

NAMA PENGETUA: TUAN RAZALI BIN TAMADI

ISI KANDUNGAN

Bil. Tajuk Muka surat
1 Penghargaan 1
2 Pendahuluan 2
3 Objektif kajian 2
4 Kawasan kajian 3
5 Kaedah kajian
6 Dapatan kajian 4-5
7 Rumusan 5-12
8 Sumber rujukan 13
9 Lampiran 14
15 - 21

1.0 Penghargaan

Saya ingin merakamkan rasa terima kasih kepada semua pihak
yang telah membantu saya untuk menjayakan Kajian Amalan
Kitar Semula di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail,
iaitu, Tuan Razali Bin Tamadi kerana beliau telah memberi
kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini.
Selain itu, kepada guru mata pelajaran geografi saya, Pn.
Hanifah Binti Jamludddin. Saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan
bimbingan kepada saya sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu saya, Puan
Hafizah Binti Mohd Salleh dan bapa saya, Encik Mohd Yusof
Bin Ahmad, mereka telah banyak memberi sokongan dan
dorongan kepada saya demi memastikan kajian ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Seterusnya, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada tiga orang rakan,
iaitu Aisyah Qistina, Nur Afifah dan Izyani Fasihah yang telah
banyak membantu saya dalam mengumpul dan merekod
maklumat kajian ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 15
orang responden yang telah sanggup memberi kerjasama yang
baik terhadap saya semasa kajian ini dijalankan. Sesungguhnya
dengan bantuan daripada semua pihak sama ada secara lansung
atau tidak langsung maka kerja khusus ini dapat disiapkan
dengan jayanya.

2.0 Pendahuluan

Tajuk kajian bagi kajian lapangan saya adalah Amalan Kitar
Semula dan saya Nur Farzana, pelajar tingkatan 3 Sapphire dari
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail telah melakukan
kajian ini di kawasan Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor.

Antara sebab utama saya memilih kawasan Bandar Baru Uda
sebagai kawasan kajian kerana ia merupakan tempat tinggal saya.
Ini akan memudahkan urusan saya untuk membuat kajian kerana
berhampiran dengan rumah saya. Selain itu, saya juga mahir
dengan kawasan ini justeru memudahkan saya mendapat data-data
yang berguna untuk direkodkan dalam kerja kursus saya.

Tempoh masa yang diberikan kepada saya telah saya gunakan
dengan sebaiknya dari hari pertama sehingga hari kerja kursus ini
disiapkan. Sepanjang saya melakukan kajian ini, saya telah
menemu bual beberapa orang responden bertujuan untuk
mendapatkan data-data yang tepat. Saya sangat bersyukur dan
berterima kasih kepada semua responden kerana telah memberi
kerjasama yang baik dan akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja
kursus ini dalam tempoh masa yang diberikan.

3.0 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak
tugasan kajian peta melalui aspek dan perkara-perkara seperti
berikut:

I. Mendefinisikan konsep dan takrifan kitar semula
II. Menghuraikan latar belakang kawasan kajian
III. Menjelaskan kepentingan amalan kitar semula
IV. Menjelaskankesan buruk tidak mengamalkan amalan kitar

semula
V. Mencadangkan usaha untuk meningkatkan pelaksanaan

amalan kitar semula

4.0 Kawasan kajian

Kawasan kajian untuk kerja khusus ini ialah Bandar Baru Uda,
Johor Bahru, Johor. Dari segi latar belakangnya, kawasan ini
merupakan sebuah bandar baru yang terletak di tengah-tengah
bandar raya Johor Bahru, Johor, Malaysia. Kawasan ini berkeluasan
kira-kira 422.0 hektar. Kawasan ini juga mempunyai jumlah
penduduk seramai 33 518 orang dan penduduk utama di kawasan
ini berbangsa Melayu.

Kawasan ini terletak berdekatan dengan pusat membeli belah dan
mempunyai pelbagai kemudahan awam yang telah dibina untuk
menjamin keselesaan penduduk. Pola petempatan di kawasan ini
ialah pola petempatan berpusat. Bentuk muka bumi kawasan ini
ialah tanah pamah yang merupakan kawasan tanah rata yang sesuai
untuk dijadikan sebagai pelbagai jenis petempatan seperti kawasan
perumahan, kedai barangan keperluan, sekolah dan lain-lain.

Saya memilih Bandar Baru Uda sebagai kawasan kajian saya
kerana saya tinggal di kawasan ini. Hal ini dapat memudahkan saya
untuk mengumpul data dan maklumat yang diperlukan dalam
menyiapkan kerja khusus ini. Tambahan pula, kawasan ini juga
mengalami masalah melibatkan aktiviti kitar semula yang sesuai
dengan tajuk kajian kerja khusus ini.

5.0 Kaedah kajian

Bagi kajian ini, saya telah menggunakan kaedah kajian secara
kuantitatif dan juga kualitatif. Pemilihan kedua-dua pendekatan
kaedah kajian ini dilakukan adalah bagi mendapatkan maklumat
yang lebih tepat dan sesuai dengan kajian saya. Justeru, terdapat
empat kaedah kajian yang telah dipilih bagi memastikan kajian ini
dapat dilaksanakan dengan sempurna dan bersistematik.

• Kaedah pemerhatian

Kaedah pertama yang dibuat dalam melaksanakan kajian ini
adalah kaedah pemerhatian. Saya telah membuat
pemerhatian atau tinjauan di kawasan yang saya dapati
berpotensi untuk dijadikan kawasan kajian buat kerja kursus
ini. Ia juga bagi mengenalpasti amalan kitar semula bahan
buangan yang dilakukan oleh penduduk kawasan Bandar
Baru Uda tersebut.

• Kaedah temu bual secara atas talian

Selain itu, kaedah kedua yang digunakan bagi mendapatkan
maklumat mengenai kajian saya adalah kaedah temu bual
secara atas talian. Kaedah temu bual ini telah dijalankan
terhadap beberapa orang informan yang dikenalpasti, iaitu
terdiri daripada orang ebrpengaruh sekitar kawasan Bandar
Baru Uda seperti ketua kampung. Dengan menjalankan
kaedah temu bual ini, saya dapat mengenalpasti beberapa
jawapan awal terhadap kajian saya yang seterusnya boleh
digunakan sebagai soalan dalam borang soal selidik bagi
mendapatkan jawapan yang lebih menyeluruh atau mewakili
kawasan tersebut. Selain itu, jawapan yang diperoleh
daripada para informan menerusi temu bual ini juga adalah
untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam bagi
objektif kajian yang ingin dicapai.

• Kaedah borang soal selidik

Setelah menjalankan kaedah temu bual, saya telah
meneruskan kajian saya dengan menggunakan kaedah
borang soal selidik. Borang soal selidik telah diedarkan
kepada 15 orang penduduk di sekitar kawasan Bandar Baru
Uda.

• Kaedah rujukan

Akhir sekali, saya menggunakan kaedah rujukan dengan
merujuk pelbaga sumber seperti buku teks, buku rujukan dan
Internet untuk mendapatkan maklumat yang tepat bagi
melengkapkan kajian ini.

6.0 Hasil kajian

6.1 Konsep dan takrifan kitar semula

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan
mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.
Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan
menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah
bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-
sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber
kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan
seperti kaca, besi, plastik dan kertas dikumpul, diasingkan dan
dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk
atau bahan baru.

Dengan mengamalkan amalan kitar semula, kita dapat
mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan
bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan
tenaga, mengurangkan pencemaran udara dari pembakaran, dan

pencemaran air dari tapak perlupusan serta mengurangkan
pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang
baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama
bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga
bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula"
hieraki buangan.

Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi
mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang
didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam
semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah
bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin
meningkat dari semasa ke semasa.

6.2 Kepentingan amalan kitar semula

Antara kepentingan amalan kitar semula yang didapati di Bandar
Baru Uda ialah:

• Menjimatkan sumber semulajadi
Proses kitar semula menggunakan bahan yang dikitar semula
akan menghasilkan barangan baharu yang boleh digunakan
tanpa menggunakan sumber daripada bahan-bahan mentah
baharu. Oleh itu, bahan-bahan mentah yang tidak boleh
diperbaharui seperti bijih timah, petroleum dan arang batu
tidak akan kehabisan digunakan untuk kepentingan generasi
kini sahaja.

• Menjana pendapatan
Barangan baharu yang terhasil daripada bahan kitar semula
yang telah diproses itu kemudiannya akan dijual di pasaran
untuk dibeli oleh pengguna tempatan dan antarabangsa. Hasil
jualan barangan yang telah dikitar semula ini dapat menjana
pendapatan pekerja yang sangat menguntungkan bagi
menampung kos perbelanjaan kehidupan harian.

• Mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan selesa
Melalui amalan kitar semula, kita dapat mewujudkan
persekitaran yang bersih, sihat dan ceria. Oleh itu, penduduk
sekitar kawasan Bandar Baru Uda dapat menikmati
pemandangan yang ceria dengan selesa tanpa merisaukan
sebarang masalah agar dapat menenangkan fikiran.

• Mengurangkan pencemaran
Amalan kitar semula dapat mengurangkan pencemaran bau
yang terhasil daripada sampah-sampah yang terkumpul dan
tidak diuruskan dengan betul. Hal ini akan menyebarkan bau
busuk yang menyebabkan ketidakselesaan kepada penduduk
yang tinggal di kawasan tersebut.

• Mengurangkan kesan rumah hijau
Proses kitar semula bahan buangan dapat mengurangkan
kesan rumah hijau dengan mengurangkan pembebasan haba
ke persekitaran yang berlebihan. Dengan itu, suhu
persekitaran akan menurun dan tidak meningkat secara
mendadak sehingga menyebabkan kawasan Bandar Baru Uda
menjadi panas.

6.3 Kesan buruk tidak mengamalkan amalan kitar
semula

Antara kesan buruk tidak mengamalkan amalan kitar semula
yang dialami oleh penduduk kawasan Bandar Baru Uda
berdasarkan kajian ialah:

• Bahan buangan tidak diuruskan dengan baik
Bahan buangan yang tidak dikitar semula akan dibuang ke
tong sampah biasa yang akan menjadi banyak sehingga
melebihi ruang yang terdapat di tong sampah tersebut.
Kemudian, bahan buangan ini akan dihantar ke pusat
pelupusan sampah tanpa dikitar semula untuk digunakan
semula.

• Menjejaskan kesihatan penduduk
Bahan buangan yang terkumpul di tong sampah biasa akan
mengundangkan haiwan perosak seperti nyamuk, tikus dan
lipas. Haiwan-haiwan perosak ini akan mendatangkan
penyakit kepada penduduk yang sangat bahaya sehingga
mampu menjejaskan nyawa. Antara penyakit yang boleh
dibawa oleh haiwan-haiwan perosak ini ialah penyakit
malaria, denggi, kolera, zika, kepialu, leptospirosis dan
sebagainya.

• Suasana persekitaran tidak harmoni
Suasana kawasan persekitaran tidak harmoni disebabkan oleh
pengurusan bahan buangan yang tidak teratur. Kawasan
sekitar akan menjadi kotor dan tidak ceria seolah-olah seperti
kawasan yang sudah lama ditinggalkan tanpa mempunyai
seorang penduduk pun yang tinggal di kawasan tersebut.

• Berlaku pencemaran
Bahan buangan yang tidak diuruskan dengan baik disebabkan
oleh tidak mengamalkan amalan kitar semula oleh penduduk
akan mengundang pencemaran seperti pencemaran bau. Hal
ini kerana penduduk terus membuang sampah ke dalam tong
sampah biasa tanpa mengasingkannya terlebih dahulu.
Pencemaran bau ini terhasil daripada bahan buangan yang
tidak diuruskan tersebut yang akan membebaskan satu bau
yang sangat busuk dan tengik ke sekitar kawasan tersebut lalu
menyebabkan ketidakselesaan kepada penduduk.

6.3.1 Kesan tidak mengamalkan amalan kitar semula di Bandar Baru Uda

Kesan tidak mengamalkan Bilangan penduduk (orang)
amalan kitar semula 5
4
Bahan buangan tidak 3
diuruskan dengan baik 3
Menjejaskan kesihatan 15
penduduk
Suasana persekitaran tidak
harmoni
Belaku pencemaran

Jumlah

Kesan Tidak Mengamalkan Amalan Kitar Semula
di Bandar Baru Uda

6
5

5
4

4
33

3

2

1

0 Kesan 2 Kesan 3 Kesan 4
Kesan 1

Bahan buangan tidak diuruskan dengan baik Menjejaskan kesihatan penduduk

Suasana persekitaran tidak harmoni Berlaku pencemaran

Graf bar mudah di atas menunjukkan kesan tidak
mengamalkan amalan kitar semula di Bandar Baru Uda. Kesan
yang mencatatkan persetujuan bilangan penduduk tertinggi ialah
bahan buangan tidak diruskan dengan baik, iaitu seramai 5 orang.
Seterusnya, diikuti dengan kesan kedua, menjejaskan kesihatan
penduduk, iaitu seramai 4 orang penduduk. Kesan suasana
persekitaran tidak harmoni dan berlaku pencemaran mencatatkan
persetujuan penduduk yang sama, iaitu seramai 3 orang.

Ramai penduduk yang bersetuju bahawa kesan bahan
buangan yang tidak teratur adalah disebabkan oleh tidak
mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian.
Hal ini kerana, kebanyakan sampah dibuang terus ke dalam tong
smapah biasa sebelum diasingkan ke tong kitar semula untuk
dibawa ke pusat kitar semula untuk proses seterusnya.

Kesimpulannya, penduduk Bandar Baru Uda bersetuju
bahawa amalan kitar semula dalam kehidupan seharian adalah
penting bagi menjamin keselesaan dan keharmonian sepanjang
berada di kawasan tersebut. Kesan yang paling banyak
dipersetujui ialah bahan buangan tidak diuruskan dengan baik
manakala kesan yang paling kurang dipersetujui dan mencatat
rekod yang sama ialah suasana persekitaran tidak harmoni dan
berlaku pencemaran.

6.4 Usaha untuk meningkatkan pelaksanaan
amalan kitar semula

• Mengadakan kempen kesedaran
Kita dapat menjelaskan kepada penduduk akan kepentingan
yang dapat dinikmati bersama-sama dengan melakukan
amalan kitar semula dalam kehidupan serian. Selain itu,
penduduk juga akan mendapat tahu bahawa kesan buruk yang
dialami pada masa kini adalah akibat daripada tindakan diri
sendiri yang tidak mengamalkan amalan kitar semula dalam
kehidupan seharian. Oleh itu, penduduk akan menyedari
daripada kesilapan dan akan berubah ke arah yang lebih baik
dengan mengamalkan amalan kitar semula untuk menjamin
kehidupan pada masa akan datang. Kempen kesedaran ini
dapat dilakukan secara bersemuka dan atas talian. Kemajuan
teknologi pada masa kini membenarkan kita untuk
mengadakan kempen kesedaran melalui platform aplikasi
media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain.

• Mengadakan aktiviti gotong-royong
Kita boleh mengadakan aktiviti gotong-royong secara berkala
bersama penduduk sekitar untuk membersihkan kawasan
persekitaran. Bahan buangan yang dibuang secara merata-rata
akan dikutip seterusnya diasingkan untuk dihantar ke pusat
kitar semula. Semasa aktiviti ini dijalankan, kita juga dapat
mengeratkan hubungan silaturahim dengan penduduk lain
yang jarang berjumpa oleh disebabkan oleh sibuk dengan hal
masing-masing. Penduduk akan bantu-membantu antara satu
sama lain agar aktivti ini dapat dijayakan dengan lebih
sistematik tanpa mengambil masa yang lebih lama.

• Peranan sebagai ketua
Ketua taman memainkan peranan penting dalam usaha
meningkatkan pelaksanaan amalan kitar semula kawasan
tersebut. Ketua taman boleh melakukan usaha dengan
menggalakkan penduduk untuk mengasingkan bahan terlebih
dahulu sebelum dibuang ke dalam tong yang disediakan. Ketu
ataman juga perlu memastikan tong kitar semula pelbagai
warna mengikut jenis bahan buangan yang dikumpulkan
disediakan terlebih dahulu untuk digunakan oleh penduduk
bagi mengasingkan bahan buangan.

• Didikan oleh pihak bertanggungjawab
Ketua taman boleh memberi didikan akan amalan kitar semula
kepada penduduk untuk memahaminya dengan lebih lanjut.
Ketua taman boleh menjelaskan tentang cara-cara untuk
mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian,
kepentingan mengamalkan kitar semula dan kesan buruk yang
dapat dielakkan sekiranya amalan kitar semula diamalkan
oleh setiap penduduk. Oleh itu, penduduk akan sedia maklum
tentan pentingnya amalan kitar semula dalam kehidupan
seharian.

7.0 Rumusan

Hasil daripada data-data serta maklumat yang telah berjaya
diperolehi melalui kaedah-kaedah kajian yang telah dijalankan,
setiap objektif kajian yang digariskan pada awal kajian telah pun
dijawab dan dicapai. Selain itu analisis terhadap maklumat yang
diperolehi juga telah dilakukan bagi mendapatkan kesimpulan
daripada dapatan kajian ini.

Antara yang pertama ialah konsep dan takrifan kitar
semula. Hasil kajian mendapati bahawa kitar semula bermaksud
memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud
menghasilkan keluaran. Kitar semula merupakan proses
mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada
sumber-sumber yang bernilai untuk kepentingan masyarakat.
Bahan buangan yang dikitar semula diasingkan kepada pelbagai
jenis seperti kaca, plastic, besi dan kertas. Bahan buangan yang
telah diasingkan ini akan dikutip dan dihantar ke pusat kitar
semula untuk dikitar semula menjadi barangan baharu yang boleh
digunakan.

Selain itu, hasil kajian yang diperoleh dapat menjelaskan
tentang kepentingan amalan kitar semula kepada penduduk yang
tinggal di kawasan kajian. Hasil kajian juga dapat mengenalpasti
kesan buruk yang dialami oleh penduduk yang disebabkan oleh
tidak mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan
seharian. Tambahan lagi, kajian juga dibuat ke atas penduduk
mengenai usaha untuk meningkatkan pelaksanaan amalan kitar
semula.

Kesimpulannya, melalui kajian yang dijalankan ini,
dapatlah dilihat amalan kitar semula yang diamalkan oleh
penduduk Bandar Baru Uda. Didapati semua pihak atasan dan
penduduk tempatan bertanggungjawab untuk memainkan peranan
penting bagi memastikan amalan kitar semula dilaksanakan
dengan jayanya untuk menjamin kehidupan pada masa akan
datang.

8.0 Rujukan

8.1 Buku

Ahmad Ridzuan bin Abd Rahman, Rajini Gauri Muthusami,
Pau Anak Utek (2018). Kurikulum Standard Sekolah
Menengah Geografi Tingkatan 3 Johor. IMS Books Trading
Sdn. Bhd.

Aw Soon Woon, Chong Yoon Choi, Kang Chai Yoeng, Nik
Idris Muhamed (2017). Focus PT3 Geografi Tingkatan 1, 2 &
3. Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

8.2 Rujukan Internet

https://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Baru_UDA
http://10zzggip.blogspot.com/p/tanah-pamah_12.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula
http://kitarsemulabahan.weebly.com/
http://koleksicikguharlina.blogspot.com/2020/10/usaha-usaha-
menggalakkan-amalan-kitar_11.html

9.0 Lampiran



Skrip Temu Bual dengan penduduk Bandar Baru Uda

Saya: Selamat pagi, Kak Hanim. Boleh saya temubual Kak Hanim
sebentar?

Kak Hanim: Selamat pagi. Sudah tentu boleh. Boleh saya tahu
temubual ini mengenai apa?

Saya: Saya akan bertanyakan beberapa soalan mengenai amalan
kitar semula di Bandar Baru Uda untuk kajian kerja khusus saya.
Boleh kita mulakan?

Kak Hanim: Oh, begitu. Baiklah mari kita mulakan.

Saya: Berdasarkan pemerhatian Kak Hanim, apakah pendapat Kak
Hanim mengenai kebersihan di taman ini?

Kak Hanim: Taman ini tidak begitu bersih kerana terdapat sampah
yang tidak dibuang ke dalam tong sampah. Tong sampah juga
penuh dan sampah bersepah-sepah di sekelilingnya.

Saya: Bagaimana pula dengan tong kitar semula?

Kak Hanim: Tong kitar semula masih ada di tempat yang
disediakan dan masih tidak penuh. Penduduk yang berkeliaran di
kawasan ini lebih memilih untuk membuang sampah di tong yang
sudah penuh itu.

Saya: Kak Hanim sendiri pernah atau tidak mengalami tempias
daripada sampah yang tidak dikitar semula itu?

Kak Hanim: Ya, saya pernah. Meskipun rumah saya terletak jauh
daripada tong sampah, saya masih dapat hidu bau busuk daripada
tong sampah itu. Adik saya pernah juga dijangkiti penyakit nyamuk

aedes pada beberapa bulan yang lalu daripada nyamuk sekitar tong
sampah itu.

Saya: Oh, kasihannya adik Kak Hanim. Mujur dia sudah sembuh
sekarang.

Kak Hanim: Ya, saya sangat bersyukur tiada apa-apa yang bahaya
berlaku pada adik saya itu.

Saya: Adakah Kak Hanim mengamalkan amalan kitar semula di
rumah? Bagaimana Kak Hanim mengamalkannya dalam kehidupan
seharian?

Kak Hanim: Ya, saya menyediakan tong yang berbeza untuk
mengasingkan bahan buangan sebelum dibuang ke tong kitar
semula yang lebih besar di luar.

Saya: Apakah pendapat Kak Hanim tentang orang yang tidak
mengitar semula bahan buangan mereka?

Kak Hanim: Saya rasa mereka yang tidak melakukan amalan ini
adalah pentingkan diri sendiri. Mereka tidak sedar bahawa tempias
yang kena adalah pada orang lain sekiranya bukan pada diri mereka
sendiri.

Saya: Baiklah, Kak Hanim. Saya rasa maklumat saya sudah
mencukupi. Terima kasih kerana sudi menjawab sesi temubual saya
ini.

Kak Hanim: Ya, sama-sama. Semoga urusan kamu menyiapkan
kerja khusus itu dipermudahkan.

Saya: Baiklah, Kak Hanim.






Click to View FlipBook Version