ANAK BANGAU
MENYANGKA DIRINYA
HODOH
NAMA :
KELAS :
SEKOLAH :
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
Pada suatu hari, seekor anak
bangau bersiar-siar di tepi sawah.
Anak bangau melihat bayangnya di
dalam air. Anak bangau terkejut
melihat bayang dirinya.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
1
“Wah, rupa-rupanya leherku ini
sangat panjang! Kakiku juga sangat
panjang,” kata anak bangau
dalam hatinya.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
2
Anak bangau berasa sangat
sedih. Anak bangau berasa dirinya
sangat hodoh. Anak bangau berasa
malu kerana lehernya panjang dan
kakinya juga panjang.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
3
“Ibu, mengapakah rupa saya
sangat hodoh?” anak bangau
bertanya kepada ibunya.
Ibunya terkejutnya mendengar
kata-kata itu.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
4
Ibu bangau lalu berkata kepada
anaknya, “Wahai anakku, tidak baik
berkata begitu! Janganlah
menyangka dirimu sangat hodoh.
Rupamu sangat cantik.”
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
5
Tetapi anak bangau tetap tidak
percaya pada kata-kata ibunya.
Anak bangau menyangka dirinya
sangat hodoh.
Lama-kelamaan, besarlah anak
bangau.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
6
Dengan kaki panjangnya, anak
bangau mudah mengharung air
dan lumpur di dalam sawah.
Dengan leher panjangnya, anak
bangau mudah menangkap ikan.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
7
“Benarlah kata ibuku. Aku seekor
bangau yang cantik. Dengan kaki
panjang dan leher panjangku, aku
mudah mencari makanan,” kata
anak bangau dalam hatinya.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
8
“Jikalau kakiku pendek, tentulah
aku tidak dapat berjalan di dalam
air dan lumpur. Jikalau leherku pula
pendek, tentulah aku tidak dapat
menangkap ikan,” fikir anak bangau
lagi.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
9
Pada suatu hari, anak bangau
berehat di tepi kolam. Anak bangau
dapat melihat bulunya putih, bersih,
dan cantik.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
10
“Aku memang seekor bangau
yang cantik,” katanya dalam hati
dengan perasaan sangat gembira.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
11
Sesungguhnya, setiap kejadian
yang diciptakan oleh Tuhan
mempunyai kelebihan dan
keistimewaan masing-masing.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
12