The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by reen5445, 2022-11-30 23:31:09

Pantun Adab Budi

Pantun Adab Budi

PENGENALAN
PANTUN

Pantun adalah sejenis puisi tradisional
masyarakat Melayu yang wujud sejak
berzaman lagi. Pantun merupakan
bentuk puisi tradisional yang terdiri
daripada empat baris serangkap, empat
perkataan sebaris, mempunyai rima
a,b,a,b dengan beberapa variasi dan
pengecualian. Pantun juga dibahagi
kepada dua bahagian sama banyak
rangkapnya, iaitu pembayang dan
diikuti dengan maksud pantun. Pantun
merupakan puisi yang paling ringkas
kerana asasnya mempunyai dua baris
yang mempunyai ikatan berirama dan
sebutan yang sama pada hujungnya.

: PANTUN :

Siakap putih siakap senohong,

Ditangkap bersama ikan dan kerang, Rangkap 1
Jangan kita bercakap bohong,

Pasti hidup dibenci orang.

Hikayat ditulis seorang pendeta,

RANGKAP 2 Ditulis pada zaman dahulu,
Berfikir dahulu sebelum berkata,

Agar tidak mendapat malu.

Berbuka puasa dengan kanji, RANGKAP 3
Dinikmati bersama penuh berkat,
Hormat-menghormati amalan terpuji,

Sejahtera hidup disayangi masyarakat.

RANGKAP 4 Pokok bakau di hutan paya,
Dahan dihinggap burung tekukur,

Kalau kita sudah kaya,
Janganlah kita lupa bersyukur.

Buah rambutan buah mangga, RANGKAP 5
Dikait galah di hujung dahan,
Janganlah kita merasa bangga,
Kesenangan itu pinjaman tuhan.

MANIFESTASI AKAL BUDI

Pantun ini bertemakan adab dan budi
dimana saya memberikan teguran kepada
semua melalui pantun. Bagi rangkap pertama
berkisar tentang janganlah kita mengamalkan
sikap suka berbohong agar tidak dibenci
masyarakat. Rangkap kedua pula tentang kita
seharusnya berfikir dahulu sebelum
memulakan sebarang percakapan agar tidak
mendatangkan fitnah sehingga membuatkan
kita malu.

Rangkap ketiga pula berkisarkan tentang
nasihat supaya sentiasa menghormati orang
tidak kira tua mahupun muda agar kita
sentiasa disayangi masyarakat. Selanjutya,
rangkap keempat pula bermaksud sentiasalah
bersyukur apabila mendapat rezeki yang
banyak. Rangkap terakhir pula berkisarkan
tentang janganlah kita berbangga dengan apa
yang ada kerana segala kesenangan itu
adalah daripada tuhan.


Click to View FlipBook Version