JAGA DIRI DRUG ABUSE AWARENESS CAMPAIGN UBK.SMKKUHARA
JENIS-JENIS DADAH Canabis atau Ganja adalah nama umum kepada semua jenis dadah yang diperolehi daripada pokok Genus Cannabis Sativa. DADAH GANJA Perkataan "Ganja" berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud "Resin/getah dari pokok berserabut". Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum digunakan. Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau). Bahan kimia psikoaktif utama dalam marijuana ialah delta 9 tetrahydrocannibinol (THC). Ganja juga mengandungi banyak cannabinoid lain yang berkaitan dengan THC. THC bersifat lilpofilik (lilpophilic) dan disimpan dalam lemak badan. Ini adalah antara sebab mengapa pengguna ganja kurang mengalami simptom tarikan (withdrawal). THC mengambil masa berminggu minggu untuk keluar dari badan manusia. THC mengikat pada reseptor CB1 yang dijumpai di beberapa bahagian badan. CB1 banyak terdapat di ganglia basal dan sistem limbik (sekumpulan struktur otak, termasuk amigdala, hipotamus dan hipotalamus yang berkaitan dengan aktiviti seperti autonomi, emosi, dan tingkah laku), selain ditemui di serebelum, dan sistem pembiakan manusia. Reseptor CB2 pula dijumpai dalam zon peralihan limpa dan tiada reseptor CB2 dalam sistem saraf pusat (CNS). Apa yang menarik ialah jika dadah menjadikan CB2 sebagai sasaran, sudah pastilah penggunaan ganja dalam perubatan tidak mendatangkan kesan-kesan psikotropik. Tiada reseptor CB dijumpai dalam medula, bahagian otak yang mengawal pernafasan dan fungsi jantung. Kekurangan reseptor CB di medula adalah punca mengapa pengguna ganja tidak mudah mati jika terlebih dos. Bunga pokok ganja ASMA75/UBKSMKKUHARA Sumber : - Facebook Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) - Buku “Mengenali Dadah, Rawatan, Pencegahan dan & Undang-undang terbitan AADK (KDN)
GANJA HERBA Merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok cannabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau sate. Ia menyerupai tembakau walaupun kehijau-hijauan. Ia adalah getah pucuk bunga ganja yang dikumpulkan, dikeringkan atau dibakar dan kemudiannya dijadikan blok ataupun kadang-kadang dicampurkan dengan lilin. Warna serbuk atau blok hashish berbeza dari coklat muda ke hijau. Ia merupakan minyak tar dan dihisap bersama rokok atau ganja. Ia diperolehi melalui proses kimia yang dijalankan berulangkali ke atas ganja atau hashish. Ia tidak larut dalam air dan menjadi bertambah pekat apabila terdedah kepada udara. Kandungan THC sangat tinggi (sehingga 60%) dan hanya setitik boleh mendatangkan kesan halusinasi kepada pengguna. RESIN GETAH GANJA MINYAK HASHISH Peralatan menghisap ganja dipanggil "Bongs" ASMA75/UBKSMKKUHARA JENIS-JENIS DADAH DADAH GANJA Sumber : - http://www.myhealth.gov.my/cannabis - https://m.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/
KESAN-KESAN PENGGUNAAN PARU-PARU Mendatangkan kesan buruk dalam masa 18 - 24 bulan. Mengandungi banyak bahan kimia dan racun (saintis menyatakan bahawa kesan 5 batang rokok ganja adalah sama dengan 112 rokok tembakau. Menyebabkan radang mulut dan tekak boleh membawa ke arah batuk yang teruk. Merosakkan sistem ketahanan paru-paru , mengalami masalah pernafasan, batuk berterusan, sakit dada yang teruk dan meningkat risiko radang paru -paru. Ia mengandungi banyak Carcinogenic Hydrocarbons dan biasanya pengguna akan sedut dalam-dalam dan tersimpan lebih lama. Pengguna akan berisiko 3 kali ganda mendapat kanser. JANTUNG Meningkatkan kadar degupan jantung dan menjejaskan pengaliran darah. Yang boleh menyebabkan sakit dada pada yang berpenyakit jantung. SISTEM PEMBIAKAN PEREMPUAN Menyebabkan kedatangan haid tidak menentu . Boleh menyebabkan kurangnya bilangan telur di dalam ovari . Boleh melemahkan daya penyusuan kepada bayi baru lahir. SISTEM PEMBIAKAN LELAKI Boleh menyebabkan pengeluaran hormon lelaki testosterone merosot. Ini menyebabkan ketidakseimbangan hormon memandangkan tubuh lelaki juga mengeluarkan hormon perempuan. Akibatnya terdapat pengguna ganja remaja lelaki mempunyai budah dada. Kajian menunjukkan pengguna ganja mengambil risiko serangan jantung lebih 4 kali semasa 1 jam pertama selepas menyedut. Ganja juga boleh menyebabkan kadar degupan jantung meningkat kepada 20 - 50 degupan perminit daripada kadar normal. ASMA75/UBKSMKKUHARA JENIS-JENIS DADAH DADAH GANJA
CEREBRAL CORTEX Pengguna ganja akan menghadapi kelemahan dalam membuat keputusan. Ini bermaksud mereka sukar berfikir secara rasional. LIMBIC SYSTEM Bahagian yang besar dipengaruhi oleh ganja. Bila THC masuk ke dalam CB (Cannainoid) reseptor, ia akan beri kesan ke atas rangsangan emosi, pembelajaran dan memori. Selain itu, sistem limbik akan mencipta memori (craving) dadah yang mana ia membawa kepada ketagihan. Kesannya kepada pengguna, ia akan mengalami depresi dan tidak bermotivasi. HYPOTHALMUS Bahagian ini mengawal tekanan darah, kadar degupan jantung, kadar metabolisme, suhu badan dan kitaran tidur. Kesan penggunaan ganja akan menjadikan sistem tubuh badan tidak teratur yang menyebabkan peningkatan selera makan, kurang tidur dan peluh berlebihan. PREFRONTAL CORTEX Bahagian ini berfungsi untuk membuat keputusan. Kesan penggunaan ganja ini ia boleh mempengaruhi kadar aliran darah ke kawasan otak ini dan ia akan memberi kesan dalam membuat penilaian dan keupayaan membuat keputusan. CEREBELLUM Bahagian ini membantu dalam mengimbangi dan mengkoordinasi tubuh badan manusia. Ia juga bertindak sebagai “Internal timing system and reaction timing”. Kesan pengambilan ganja akan mengganggu isyarat yang dihantar ke bahagian ini dan mengakibatkan tindakbalas lambat terhadap keseimbangan, koordinasi dan persepsi masa. ASMA75/UBKSMKKUHARA JENIS-JENIS DADAH DADAH GANJA
PPdaUBKSMKKUHARATAWAU ASMA75/UBKSMKKUHARA