The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asma muhd ali, 2023-09-01 23:38:44

KETUM

KETUM

DRUG ABUSE AWARENESS CAMPAIGN KETUM UBK.SMKKUHARA Cafe Kuhara PPDa


JENIS-JENIS DADAH DADAH KETUM Daun ketum atau “species mytragynine” yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia. Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa. Sejak dari 2018, keberkesanan dan keselamatan Ketum tidak jelas dan tidak dipersetujui sebagai agen terapeutik kerana kekurangan kualiti penyelidikan. Pada tahun 2019, Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) menyatakan bahawa tidak ada bukti ketum selamat atau berkesan untuk merawat sebarang keadaan. Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003. SUMBER : - https://ms.wikipedia.org/wiki/Ketum - https://hellodoktor.com/ - https://www.facebook.com/aadkmalaysia Sejarah KETUM


ASMA75/UBKSMKKUHARA JENIS-JENIS DADAH DADAH KETUM Daun segar berat secara purata 2 gram, yang mungkin mengandungi sebanyak 79 mg mitragynine, dengan purata bilangan daun yang dimakan setiap hari di antara 10 dan 60 daun. Di sesetengah kawasan di Selatan Thailand, Ketum sering dirujuk dengan nama jalanan Phi "Goblin". Terdapat lebih 40 kompaun kimia yang telah dikenal pasti terkandung di dalam daun ketum ini termasuklah sekitar 25 kompaun alkaloid seperti rhynchophylline dan ajmalicine. Namun yang demikian, bahan psikoaktif utama yang terdapat dalam daun ‘M.speciosa’ adalah mitragynine dan juga 7-hydroxymitragynine (7-HMG). Kompaun mitragynine mewakili sekitar 60% daripada keseluruhan ekstrak alkaloid tumbuhan ini manakala 7-HMG membentuk sekitar 2% sahaja daripada jumlah alkaloid keseluruhan. Sebilangan orang mengambilnya untuk melegakan sakit kronik, untuk merawat simptom pengeluaran opioid atau untuk tujuan rekreasi. Permulaan kesan biasanya bermula dalam lima hingga sepuluh minit dan berlangsung selama dua hingga lima jam. Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penanaman pokok ketum secara komersial di negara ini walaupun mampu membawa pendapatan lumayan, kerana didapati daun ketum lebih banyak memberi kesan buruk kepada kesihatan berbanding kebaikan. Sumber : https://www.bharian.com.my/ Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan juga amat responsif dan sensitif dengan isu di atas, mengeluarkan fatwa mengharamkan penanaman pokok ketum oleh umat Islam dengan melihat unsur mafsadah (kerosakan) dan mudarat yang lebih besar berbanding manfaat. Antara salahsatu sebab yang dilihat adalah kesukaran dalam mengawal atau membasmi salah guna yang boleh membawa kepada kemudaratan.


JENIS-JENIS DADAH DADAH KETUM Kesan sampingan dan buruk daun KETUM berlebihan Pada dos yang relatifnya rendah (sekitar 1 hingga 5 gram daun mentah), kesan utamanya bersifat perangsang (stimulant). Kesan sampingan yang boleh berlaku termasuklah pupil mata mengecut dan muka menjadi merah (akibat peningkatan aliran darah). Kesan advers yang berkaitan dengan sifat perangsang pula adalah keresahan, mudah terganggu, gatal-gatal, loya dan muntah, hilang selera makan dan juga kerap membuang air kecil. Pada dos yang sederhana, dalam lingkungan 5 hingga 15 gram daun yang mentah, kesan opioidnya mula dizahirkan. Kesan advers tambahan adalah jantung berdegup dengan lebih kencang (tachycardia) akibat daripada kesan perangsang yang lebih kuat dan juga kesan sampingan akibat opioid seperti sembelit, pening kepala, tekanan darah rendah, mulut menjadi kering dan juga berpeluh. Pengambilan dalam dos daun ketum yang tinggi dan juga kerap berupaya untuk menghasilkan simptom seperti tangan terketar-ketar, anoreksia, susut berat badan, serangan sawan dan juga psikosis. Apa yang lebih membahayakan adalah untuk mereka yang kerap mengambil daun tumbuhan ini, khususnya dalam kandungan yang tinggi, akan mengalami gejala putus ubat atau gian selepas mereka berhenti pengambilan secara tiba-tiba. Antara gejala gian yang berupaya untuk berlaku adalah mudah disinggung, rasa tidak tenang, mual, tekanan darah tinggi, sukar untuk tidur (insomnia), hidung berair, sakit otot dan sakit sendi, dan juga cirit-birit. Ringkasnya kesan buruk guna daun ketum : Berat badan menyusut Insomnia Anoreksia Dehidrasi Sembelit Kesan lebam dan terbakar di muka Kemurungan Masalah ingatan dan kemurungan


PPdaUBKSMKKUHARATAWAU SABAH ASMA75/UBKSMKKUHARA


Click to View FlipBook Version