The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khairimdshariff, 2021-01-12 20:07:39

GAMBAR

KENANGAN 2021

BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KOMPETENSI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



MANUAL
PENILAIAN BERSEPADU
PEGAWAI PERKHIDMATAN

PENDIDIKAN

© Kementerian Pendidikan Malaysia 2016
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, gambar dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara
sama ada elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
Kementerian Pendidikan Malaysia.

MANUAL PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Diterbitkan oleh:
Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2250, Century Square 2,
Off Persiaran Multimedia Cyber 6,
63000 Cyberjaya
Selangor.

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 PENGENALAN 2
4
2.1 PUNCA KUASA PELAKSANAAN 4
4
2.2 MATLAMAT PBPPP 5
5
2.3 OBJEKTIF PBPPP 6
6
2.4 KONSEP PENILAIAN 7

2.5 KOMPONEN INSTRUMEN 7
9
2.5.1 Komponen Generik 10
10
2.5.2 Komponen Fungsional 11
11
2.5.3 Komponen Keberhasilan 11
12
2.6 KONSEP INSTRUMEN
2.7 13
2.8 ARAS PENCAPAIAN 13
2.9 14
2.10 SISTEM E-PRESTASI 15

TEMPOH PENILAIAN 17
17
FASA PENILAIAN 18

2.10.1 Prapenilaian 20
20
2.10.2 Semasa Penilaian 21

2.10.3 Pascapenilaian 22

3.0 JAWATANKUASA PBPPP 25
3.1 STRUKTUR JAWATANKUASA 35
3.2 TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 36
3.3 PERANAN JAWATANKUASA

4.0 PEGAWAI PENILAI
4.1 PELANTIKAN PP
4.2 TANGGUNGJAWAB PP

5.0 PEGAWAI YANG DINILAI
5.1 KRITERIA PYD
5.2 TANGGUNGJAWAB PYD

6.0 PENUTUP

SOALAN LAZIM PBPPP
AKRONIM
GLOSARI



1.0 PENDAHULUAN

Manual Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
disediakan sebagai panduan kepada semua warga Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) yang terlibat dengan pelaksanaan PBPPP. Kandungan
manual ini meliputi:
a. Pengenalan PBPPP secara ringkas mengenai kronologi pembangunan

instrumen, matlamat, objektif, konsep penilaian, konsep instrumen, aras
pencapaian, sistem e-Prestasi, tempoh dan fasa penilaian PBPPP.
b. Struktur, tanggungjawab dan peranan Jawatankuasa PBPPP Organisasi.
c. Syarat pelantikan dan tanggungjawab Pegawai Penilai (PP).
d. Kriteria dan tanggungjawab Pegawai Yang Dinilai (PYD).
e. Soalan-soalan lazim tentang PBPPP.
f. Akronim dan glosari.

1

2.0 PENGENALAN

PBPPP adalah penilaian baharu yang memberi fokus kepada elemen
pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan
jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Pembangunan instrumen PBPPP bermula daripada pemansuhan Penilaian
Tahap Kompetensi (PTK) pada Oktober 2010. Selepas pemansuhan PTK,
Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) mula mengorak
langkah dengan mengadakan Persidangan Penilaian Kompetensi BPPK dan
JPN pada Disember 2010, Persidangan Pegawai Kanan KPM pada Januari
2011 dan Persidangan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) pada Februari
2011 untuk mendapat input dan idea bagi menghasilkan penilaian
kompetensi yang boleh diterima oleh semua pihak. Pada tahun 2011,
Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mula diperkenalkan dan BPPK
menggunakan keputusan persidangan yang telah dianjurkan dalam
membangunkan Instrumen Penilaian Kompetensi dan Potensi (PROSPEK).

Pada Februari 2012, SBPA dibatalkan manakala pelaksanaan PROSPEK
ditangguhkan, namun pembangunan penilaian ini tidak terhenti kerana
pada April sehingga Mei 2012, Makmal Government Transformation
Programme 2.0 (GTP 2.0) telah membangunkan instrumen bersepadu
(Unified Instrument) untuk guru berasaskan kerangka instrumen PROSPEK
dan kajian terhadap instrumen tersebut telah dilaksanakan kepada semua
guru di Negeri Sembilan.

Pada 15 Disember 2012, Mesyuarat Pelarasan New Teacher’s Charter (NTC)
bersama BPPK, Delivery Management Office (DMO) dan Bahagian
Pendidikan Guru (BPG) telah bersetuju supaya BPPK membangunkan
Instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Pembangunan instrumen yang bermula pada tahun 2013 telah menetapkan
format instrumen penilaian yang akan digunakan.

Pada peringkat awal, sebanyak 20 Malaysia Education Blueprint 2013 - 2025
instrumen dibangunkan mengikut Foreword
kumpulan bidang tugas. Namun
begitu, pemetaan semula instrumen
dilaksanakan dengan 5 kumpulan
bidang tugas iaitu Kumpulan PdP,
PT(A), PT(B), Fasilitator dan Jurulatih.

Pembangunan instrumen PBPPP
selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu
pada Anjakan 4 (Mentransformasi

2

Pembangunan instrumen PBPPP selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu pada Anjakan 4 (Mentransformasi
Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan) dan Anjakan 5 (Memastikan
Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan di Setiap Sekolah).

44 Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan
kompetensi & prestasi mulai 2016
Mentransformasi Memperluaskan laluan guru untuk peranan
Profesion keguruan kepimpinan, pakar pengajaran, & pakar bidang
menjadi profesion khusus menjelang 2016
pilihan

ANJAKAN

55 Memperkukuh kriteria pemilihan & proses
perancangan penggantian bagi pengetua/ guru
besar mulai 2013.

Memastikan Melaksanakan Pakej Kerjaya Pengetua/ Guru Besar
kepimpinan yang baharu secara berperingkat, dengan lebih
berprestasi tinggi sokongan & kebertanggungjawaban yang tinggi
ditempatkan di bagi meningkatkan keberhasilan murid.
setiap sekolah

PBPPP digubal berdasarkan kepada prinsip asas penilaian berikut:
a. Penilaian yang adil dan telus berasaskan kepada prestasi/ hasil kerja/

output/ outcome/ impak yang bersesuaian serta perlakuan yang
berkaitan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

b. Menggalakkan persaingan positif dalam meningkatkan kualiti dan
produktiviti ke arah pencapaian objektif organisasi.

c. Berfokus kepada penilaian terhadap pegawai mengikut tanggungjawab
dan bidang tugas.

3

2.1 PUNCA KUASA
PELAKSANAAN

PBPPP telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan arahan
pelaksanaan peringkat KPM telah dikeluarkan pada 20 November 2015.
Pelaksanaan PBPPP bagi kumpulan guru dan pemimpin sekolah bermula
pada tahun 2015 dan pelaksanaan menyeluruh kepada semua Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bermula pada tahun 2016. Pelaksanaan
PBPPP ini menggantikan semua penilaian prestasi termasuk LNPT kepada
semua PPP di KPM.

2.2 MATLAMAT PBPPP

Matlamat PBPPP adalah seperti berikut:
a. Meningkatkan kecekapan dan komitmen bagi melahirkan PPP yang

berprestasi tinggi.
b. Penilaian menyeluruh yang menggabungjalinkan kompetensi dan

potensi serta keberhasilan PPP.
c. Mendokong aspirasi ke arah pendidikan yang berkualiti tinggi.

2.3 OBJEKTIF PBPPP

Objektif PBPPP adalah seperti berikut:
a. Menilai kompetensi dan potensi PPP.
b. Menilai keberhasilan yang merupakan hasil kerja PPP.
c. Mengenal pasti kompetensi dan potensi PPP untuk membolehkan.

Program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) dilaksanakan.
d. Mengenal pasti keperluan latihan untuk pembangunan laluan kerjaya

PPP.

44

2.4 KONSEP PENILAIAN

PBPPP merupakan suatu penilaian yang fleksibel kerana tidak terikat hanya
pada satu kaedah, masa dan tempat penilaian. Penilaian boleh dilaksanakan
oleh PP mengikut kesesuaian kaedah, masa dan tempat berdasarkan tugas
yang dijalankan oleh PYD.

gaaihan ke

kekpaeeldba semsuasaaian
k
fleksibiliti

etesmespuaatian

2.5 KOMPONEN INSTRUMEN

Instrumen PBPPP terdiri daripada tiga komponen iaitu Generik, Fungsional,
dan Keberhasilan.

G GENERIK
Dinilai berdasarkan keperluan
kompetensi umum perkhidmatan
awam.

F FUNGSIONAL

Dinilai berdasarkan pengetahuan dan
kemahiran mengikut tugas dan tempat
bertugas PPP.

K KEBERHASILAN

Dinilai berdasarkan peningkatan
dan/atau pencapaian hasil kerja
berasaskan bidang tugas PPP.

5

KATEGORI KUMPULAN2.5.1 Komponen Generik PdP

Komponen Generik bertujuan untuk menilai tahap profesionalisme dan PT (A)
penglibatan PPP. Semua warga PPP di KPM dinilai menggunakan komponen
generik yang sama tanpa mengira bidang tugas. JURULATIH FASILITATOR PT (B)

2.5.2 Komponen Fungsional

Komponen Fungsional bertujuan untuk menilai pengetahuan dan
kemahiran PPP mengikut bidang tugas yang dijalankan.
Terdapat lima kategori kumpulan dalam komponen fungsional berasaskan
bidang tugas iaitu PdP, PT(A), PT(B), Fasilitator, dan Jurulatih.

Pengajaran dan Pembelajaran - PPP yang terlibat dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi
pendidikan bawah kelolaan KPM (Sektor Pelajaran)

Pengajaran dan Pentadbiran (A) - PPP di peringkat pengurusan
di sekolah dan institusi pendidikan bawah kelolaan KPM yang
terlibat dalam pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran
• Kepimpinan Sekolah
• Kepimpinan Institusi Pendidikan
Pengurusan dan Pentadbiran (B) - PPP di peringkat pengurusan
dan pentadbiran di organisasi KPM yang terlibat hanya
berkaitan pengurusan dan pentadbiran tanpa pengajaran dan
pembelajaran.
• Pegawai di Bahagian KPM, Institusi Pendidikan, JPN dan PD
PPP yang bertindak sebagai pembimbing dan pemudah cara
• Guru Bimbingan Kaunseling, Kaunselor Bahagian, JPN, PPD,

& IPG, SISC+, SIPartners+ dan FasiLINUS & Pegawai Pusat
Perkhidmatan Pendidikan (3PK)
PPP yang mengisi jawatan khusus untuk memberikan latihan
dalam bidang sukan dan seni di Sekolah Sukan & Sekolah Seni
sahaja.
• Jurulatih Sukan dan Seni

6

2.5.3 Komponen Keberhasilan

Komponen Keberhasilan bertujuan menilai peningkatan dan/ atau
pencapaian sasaran kerja serta usaha yang dilaksanakan berasaskan bidang
tugas PPP yang telah dirancang sepanjang tempoh penilaian.

2.6 KONSEP INSTRUMEN

Komponen generik dan fungsional dalam instrumen PBPPP mempunyai
struktur yang terdiri daripada Dimensi, Elemen dan Aspek.

Dimensi Perincian tentang perkara
Elemen yang dinilai dalam sesuatu
elemen
Pemboleh ubah bagi sesuatu
Dimensi (Konstruk)

Aspek Menggambarkan konstruk
yang hendak dinilai

7

KOD DIMENSI DESKRIPSI
ELEMEN
DAN ASPEK

D1 PROFESIONALISME

E1 NILAI PROFESIONAL

A1.1 AMALAN PROFESIONAL Keupayaan pengawal untuk:

mengetahui, memahami, menghayati
dan mempamerkan:

● etika kerja penjawat awam
● semangat patriotisme, non-partisan, neutrality

dan mematuhi tata kelakuan sebagai penjawat
awam
● etika kerja keguruan

DIMENSI ELEMEN ASPEK

Struktur Instrumen

Penilaian dibuat mengikut aspek dalam instrument dan pencapaian PYD
diberikan mengikut aras penilaian berdasarkan rubrik yang ditetapkan.

ARAS PENILAIAN

CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH
4 3 2 1

Mengetahui, Mengetahui, dan Kurang mengetahui, Kurang mengetahui,
memahami dan memahami semua
menghayati semua etika kerja yang dan kurang dan tidak
etika kerja yang berkaitan serta
berkaitan serta jelas mempamerkan memahami etika memahami etika

kerja yang berkaitan kerja yang berkaitan

dan dan tidak

ARAS PENILAIAN RUBRIK

Rubrik dan Skor Penilaian

8

2.7 ARAS PENCAPAIAN

PPP akan dinilai berdasarkan Penilaian Kompetensi dan Potensi yang
merangkumi Generik dan Fungsional serta Penilaian Keberhasilan.

G +2 K
1F

Prestasi pencapaian PYD dalam PBPPP dibahagikan kepada empat kategori
iaitu Cemerlang, Tinggi, Sederhana dan Rendah.

Presta9s0i C-1e0m0e%rlang
Pre8s0ta-8s9i T.9in9g%gi

Prest6a0s-i7S9e.d9e9r%hana

Pres0t-a5s9i .R9e9n%dah

9

2.8 SISTEM E-PRESTASI

Sistem e-Prestasi dibangunkan bagi pelaksanaan PBPPP dan boleh dilayari
melalui laman sesawang https://eprestasi.moe.gov.my.

https://eprestasi.moe.gov.my

Sistem ini boleh diakses oleh Ahli Jawatankuasa dan PP sahaja. Walau
bagaimanapun, bahan yang berkaitan PBPPP boleh dimuat turun daripada
laman sesawang tersebut.

2.9 TEMPOH PENILAIAN

Fleksibiliti diberikan kepada organisasi untuk melaksanakan penilaian
secara berterusan dalam tempoh satu tahun penilaian mengikut takwim
yang dikeluarkan KPM.
Penilaian melalui sistem e-Prestasi mestilah dilaksanakan dua kali setahun.

10

2.10 FASA PENILAIAN

Sepanjang tempoh setahun penilaian, terdapat tiga fasa penilaian iaitu
prapenilaian, semasa penilaian dan pascapenilaian.

2.10.1 Prapenilaian

a. Menerima takwim pelaksanaan PBPPP pada tahun semasa.
b. Taklimat pelaksanaan PBPPP di peringkat organisasi.
c. Pelantikan Jawatankuasa PBPPP peringkat organisasi dan pengesahan.
d. Pelantikan PP dan pengesahan.
e. Perancangan jadual pelaksanaan penilaian peringkat organisasi.

2.10.2 Semasa Penilaian

a. PP1 dan PP2 berbincang dengan PYD untuk menetapkan sasaran
keberhasilan.

b. PP1 dan PP2 membuat penilaian secara berterusan terhadap PYD.
c. PP1 dan PP2 membuat penilaian melalui sistem e-Prestasi dua kali

setahun.
d. PP berbincang dengan PYD berkaitan pencapaian semasa dan

memberikan bimbingan untuk meningkatkan pencapaian PYD dalam
tugas yang dijalankan.
e. PP1, PP2 dan PYD membuat semakan semula sasaran komponen
keberhasilan selepas penilaian pertama.
f. PP1, PP2 dan PYD membuat semakan semula sasaran komponen
keberhasilan selepas penilaian pertama.
g. PP mengisi, menyimpan dan menghantar skor PYD dalam secara dalam
talian (online) melalui laman sesawang https://eprestasi.moe.gov.my.

11

h. PP membuat salinan borang markah dan menyerahkan sesalinan
kepada PYD bagi setiap penilaian yang dilaksanakan.

g. Jawatankuasa PBPPP organisasi perlu memantau pelaksanaan PBPPP di
organisasi masing-masing bagi memastikan pelaksanaan mengikut
jadual yang ditetapkan.

2.10.3 Pascapenilaian

a. Jawatankuasa PBPPP Organisasi perlu bermesyuarat untuk membuat
pelarasan bagi perbezaan markah yang melebihi 10 antara PP1 dan
PP2.

b. Jawatankuasa perlu menghantar markah akhir PYD yang telah
diselaraskan melalui laman sesawang https://eprestasi.moe.gov.my.

c. PYD boleh mendapatkan (mengakses) markah prestasi PBPPP bagi
tahun penilaian melalui Sistem HRMIS.

12

3.0 JAWATANKUASA PBPPP

Jawatankuasa PBPPP ditubuhkan untuk melancarkan pelaksanaan PBPPP
pada peringkat organisasi masing-masing. Jawatankuasa ini juga
bertanggungjawab untuk memastikan PBPPP dilaksanakan mengikut
kaedah dan prosedur yang ditetapkan.

3.1 STRUKTUR JAWATANKUASA

Keanggotaan Jawatankuasa PBPPP Organisasi terdiri daripada Pengerusi,
Setiausaha, tiga orang Ahli Jawatankuasa dan seorang Urus Setia. Walau
bagaimanapun, bilangan ahli jawatankuasa boleh dilantik melebihi tiga
orang di luar sistem e-Prestasi.

PENGERUSI
ETIAUSAH
SA 1
SA 2

A

SA 3
AHL

S

AHL

AHL
I JAWATANKUA I JAWATANKUA I JAWATANKUA

URU SETIA

Dalam kes-kes tertentu, Jawatankuasa PBPPP Organisasi boleh terdiri
daripada minimum tiga orang.

13

3.2 TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA

a. Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti penilaian di peringkat
organisasi.

b. Menetapkan senarai PP dan PYD di organisasi mengikut kriteria yang
ditetapkan.

c. Mengesahkan senarai jawatankuasa dan PP yang dikemukakan oleh
organisasi yang diselia.

d. Merancang dan melaksanakan latihan dalaman PBPPP kepada warga
organisasi.

e. Memastikan pelaksanaan PBPPP mengikut takwim yang telah
ditetapkan.

f. Memastikan pengurusan dokumen terperingkat peringkat TERHAD
mengikut garis panduan Arahan Keselamatan.

g. Memastikan PP membuat penilaian dalam tempoh masa yang
ditetapkan.

h. Memastikan semua PYD dinilai.
i. Menjaga kerahsiaan skor PYD dan dokumen terperingkat sepanjang

masa.
j. Menyediakan laporan pelaksanaan penilaian di peringkat organisasi.
k. Membuat pelarasan bagi kes-kes markah yang tidak tekal (perbezaan

markah melebihi 10 antara PP1 dengan PP2).

14

3.3 PERANAN JAWATANKUASA

PENGERUSI
a. Menubuh dan melantik Jawatankuasa.
b. Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa dan mesyuarat pelarasan

markah.
c. Menyampaikan taklimat di peringkat organisasi.
d. Menjaga kerahsiaan skor PYD dan dokumen terperingkat sepanjang

masa.
SETIAUSAHA
a. Menjadi penyelaras kepada Jawatankuasa.
b. Menghadiri mesyuarat.
c. Menyediakan minit mesyuarat.
d. Menyediakan jadual pelaksanaan.
e. Mengurus taklimat kepada PP dan PYD.
f. Menyediakan senarai cadangan PP.
g. Memberi latihan dalaman kepada PP.
h. Memantau status pelaksanaan penilaian.
i. Menjadi perantara organisasi dengan agensi yang berkaitan/ KPM.
j. Memastikan Fail Am 435 (Fail Pengurusan PBPPP) disediakan oleh urus

setia.
k. Menjaga kerahsiaan skor PYD dan dokumen terperingkat sepanjang

masa.

15

AHLI JAWATANKUASA
a. Menghadiri mesyuarat.
b. Mencadangkan PP.
c. Memantau pelaksanaan PBPPP.
d. Memantau status pelaksanaan penilaian.
e. Menjaga kerahsiaan skor PYD dan dokumen terperingkat sepanjang

masa.
URUS SETIA
a. Mengurusetiakan mesyuarat.
b. Menyedia dan menguruskan Fail Am 435 (Fail Pengurusan PBPPP).
c. Memantau status pelaksanaan penilaian.
d. Menjaga kerahsiaan skor PYD dan dokumen terperingkat sepanjang

masa.

16

4.0 PEGAWAI PENILAI

Pegawai Penilai (PP) ialah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik
oleh Jawatankuasa PBPPP organisasi dan telah disahkan pelantikan.

4.1 PELANTIKAN PP

Syarat-syarat pelantikan PP adalah seperti berikut:
a. PP mesti mempunyai hubungan kerja dengan PYD.
b. PP yang dilantik terdiri daripada:

• sekurang-kurangnya satu gred lebih tinggi daripada PYD;
atau

• Ketua Organisasi atau Penyelia kepada PYD.
c. Sekiranya kriteria PP di atas tidak dapat dipenuhi maka PP boleh dilantik

mengikut kekananan/ lama tempoh berkhidmat dalam gred semasa/
ditentukan oleh jawatankuasa PBPPP organisasi.
d. PP tiada hubungan kekeluargaan terdekat melalui pertalian darah atau
perkahwinan (suami, isteri, anak, adik beradik, anak saudara, mertua,
menantu, ipar, sepupu atau biras) dengan PYD.
e. PP menyelia PYD sekurang-kurangnya 6 bulan (180 hari) pada tahun
semasa.
f. Sekiranya tiada PP yang layak menilai kerana tempoh penyeliaannya
kurang dari 6 bulan dalam tahun yang dinilai, maka penilaian hendaklah
dilakukan oleh penyelia yang terdekat dan mempunyai hubungan kerja
dengan PYD. Bagi kes-kes tertentu, tempoh minimum ialah 3 bulan.
g. Sekiranya PP berkhidmat di dua jabatan yang berlainan dalam tempoh
yang sama panjang, maka PP masih boleh menjadi penilai di jabatan
sebelum jika perlu.
h. PP boleh dilantik dalam kalangan pegawai yang berlainan skim
perkhidmatan.
i. Sekiranya penilaian tidak diselesaikan oleh PP yang telah bersara,
meninggal dunia, meletak jawatan atau tidak dapat dikesan, maka
Jawatankuasa PBPPP Organisasi perlu melantik PP baharu bagi PYD
tersebut.

17

j. PP perlu dilantik dalam organisasi yang sama (Job-Based & Work Place)
kecuali bagi kumpulan kepimpinan organisasi, PP dilantik dalam
kalangan pegawai dari organisasi yang menyelia. Contohnya, Pengetua/
Guru Besar dan Guru Penolong Kanan dinilai oleh Pegawai di PPD.

4.2 TANGGUNGJAWAB PP

Tanggungjawab PP adalah seperti berikut:
a. PP1, PP2 dan PYD perlu mengadakan sesi perbincangan bersama bagi

tujuan penetapan sasaran keberhasilan pada awal tahun penilaian.
b. PP mesti memastikan penggunaan instrumen yang betul mengikut

bidang tugas PYD bawah seliaannya.
c. PP hendaklah menyelia PYD melalui pengawasan dan bimbingan yang

berterusan berdasarkan kompetensi dan prestasi kerja sepanjang tahun
yang dinilai.
d. PP hendaklah berbincang dengan PYD mengenai kemajuan kerja
sekurang-kurangnya dua kali setahun dan dari semasa ke semasa bagi
membuat pengubahsuaian strategi kerja untuk meningkatkan prestasi
kerja.
e. PP1, PP2 dan PYD perlu mengadakan sesi perbincangan bersama bagi
tujuan semakan semula sasaran keberhasilan selepas penilaian pertama
(jika perlu).
f. PP perlu memasukkan skor PYD ke dalam talian (online) melalui laman
sesawang https://eprestasi.moe.gov.my.
g. PP perlu memastikan penilaian dilaksanakan tanpa dipengaruhi oleh
prestasi tahun-tahun sebelumnya atau faktor yang boleh dianggap
sebagai unsur-unsur pilih kasih yang boleh mencemarkan nilai integriti.
h. PP1 dan PP2 boleh mengadakan perbincangan berkaitan prestasi PYD
namun tidak boleh berbincang dalam penetapan pemberian skor PYD.

18

i. PP membuat penilaian dengan keyakinan bahawa PYD merupakan aset
penting yang perlu dan boleh dimajukan dari semasa ke semasa.

j. PP melaksanakan penilaian tanpa tergesa-gesa atau dilakukan pada saat
akhir.

k. PP melaksanakan penilaian tanpa mengambil jalan mudah dengan
memberikan skor dalam lingkungan pertengahan sahaja.

l. PP menilai tanpa memberikan perhatian yang lebih kepada perkara yang
baru berlaku, sama ada bersifat positif atau negatif yang boleh
mempengaruhi penilaian keseluruhan seseorang pegawai.

m. PP perlu memaklumkan skor yang diperoleh PYD mengikut aspek yang
dinilai.

n. PP perlu menyimpan salinan Borang Markah dan menyerahkan satu
salinan kepada PYD.

o. PP perlu menjaga kerahsiaan skor PYD sepanjang masa.

19

5.0 PEGAWAI YANG DINILAI

Pegawai yang dinilai merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang
telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

5.1 KRITERIA PYD

Kriteria PYD yang terlibat dalam PBPPP adalah seperti berikut:
a. PPP yang sedang berkhidmat secara tetap atau kontrak di KPM dan

agensi bawah seliaan.
b. Melibatkan hanya PPP Gred 54 ke bawah, Gred Khas C dan B (VK).
c. PPP kumpulan JUSA (VU), guru pinjaman dan kader tidak dinilaI

menggunakan PBPPP.
d. PPP mesti berkhidmat di tempat bertugas melebihi 6 bulan (180 hari).
e. PPP yang baru dilantik pada tahun penilaian semasa perlu berkhidmat

sekurang-kurangnya 6 bulan (180 hari) sebelum dinilai.
f. Jika tempoh berkhidmat pada tahun penilaian semasa tidak mencukupi,

PYD akan dinilai setelah genap 6 bulan (180 hari) berkhidmat pada
tahun berikutnya.
g. Sekiranya PYD berkhidmat di dua jabatan yang berlainan dalam tempoh
yang sama panjang, maka penilaian hendaklah dilaksanakan di jabatan
semasa.
h. PYD yang akan bersara pada tahun penilaian semasa tetapi berkhidmat
melebihi 6 bulan (180 hari) perlu dinilai.
i. Bagi jawatan tertentu, PYD boleh dinilai oleh seorang PP sahaja seperti
jawatan Pegawai Khas dan Ketua Sektor di JPN (WP Labuan dan WP
Kuala Lumpur).
j. Pegawai interim/ lantikan secara pentadbiran perlu dinilai di tempat
bertugas semasa.
k. PPP status POOL perlu dinilai berdasarkan syarat tempoh penilaian.

20

5.2 TANGGUNGJAWAB PYD

Tanggungjawab PYD adalah seperti berikut:
a. PYD perlu mengetahui PP1 dan PP2 yang dilantik untuk menilainya.
b. PYD perlu menghadiri sesi perbincangan bersama PP1 dan PP2 bagi

tujuan penetapan sasaran keberhasilan pada awal tahun penilaian.
c. PYD perlu memastikan instrumen yang betul mengikut bidang tugas

digunakan untuk menilainya.
d. PYD perlu mendapat pengawasan dan bimbingan yang berterusan

berdasarkan kompetensi dan prestasi kerja sepanjang tahun yang dinilai
oleh PP.
e. PYD perlu berbincang mengenai kemajuan kerja sekurang-kurangnya
dua kali setahun dan dari semasa ke semasa bagi membuat
pengubahsuaian strategi kerja untuk meningkatkan prestasi kerja
dengan PP.
f. PYD perlu menghadiri sesi perbincangan bersama dengan PP1 dan PP2
bagi tujuan semakan semula sasaran keberhasilan selepas penilaian
pertama (jika perlu).
g. PYD perlu memastikan PP memaklumkan skor yang diperoleh mengikut
aspek yang dinilai.
h. PYD perlu memastikan PP memberi salinan Borang Markah penilaian
bagi setiap sesi penilaian.
i. PYD perlu menyimpan salinan Borang Markah.

21

6.0 PENUTUP

Manual ini diharap dapat membantu pelaksana PBPPP di organisasi untuk
merancang pelaksanaan dengan terancang dan tersusun seperti yang
dihasratkan.
Selain sebagai sumber rujukan bagi pelaksanaan PBPPP, manual ini dapat
memberi kefahaman tentang penilaian dan skop tugas serta
tanggungjawab individu-individu yang terlibat secara langsung dalam
pengurusan dan pelaksanaan penilaian.
Pelaksanaan penilaian yang dibuat secara tersusun dapat memberikan
impak untuk meningkatkan kebolehpercayaan sistem penilaian yang
digunakan dan membantu meningkatkan prestasi dan potensi PPP di
organisasi.

22

SOALAN LAZIM
PBPPP



1. Apakah PBPPP?
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
adalah satu bentuk kaedah bersepadu untuk menilai kompetensi,
potensi dan keberhasilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job Based and
Work Place).

2. Apakah punca kuasa pelaksanaan PBPPP?
PBPPP telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan
arahan pelaksanaan peringkat KPM telah dikeluarkan pada 20
November 2015. Pelaksanaan PBPPP ini menggantikan semua
penilaian prestasi sedia ada termasuk LNPT kepada semua PPP di
KPM.

3. Apakah matlamat PBPPP?
Matlamat PBPPP adalah seperti berikut:
a. meningkatkan kecekapan dan komitmen bagi melahirkan PPP
yang berprestasi tinggi.
b. penilaian menyeluruh yang menggabungjalinkan kompetensi
dan potensi serta keberhasilan PPP.
c. mendokong aspirasi ke arah pendidikan yang berkualiti tinggi.

4. Apakah objektif PBPPP?
Objektif PBPPP adalah untuk:
a. menilai kompetensi dan potensi PPP.
b. menilai keberhasilan yang merupakan hasil kerja PPP.
c. mengenal pasti kompetensi dan potensi PPP untuk membolehkan
Program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD)
dilaksanakan.
d. mengenal pasti keperluan latihan untuk pembangunan laluan
kerjaya PPP.

25

5. Siapakah kumpulan sasaran PBPPP?
PPP yang telah dilantik oleh SPP secara tetap atau kontrak yang
berkhidmat di KPM dan agensi bawah seliaan. Melibatkan PPP dari
Gred Khas C dan B, Gred 54 dan ke bawah.

6. Siapakah PYD yang tidak perlu dinilai dalam PBPPP?
PYD yang tidak perlu dinilai dalam PBPPP ialah:
a. PPP yang bercuti tanpa gaji melebihi 180 hari dalam tahun
penilaian.
b. PPP yang cuti sakit berpanjangan melebihi 180 hari.
c. PPP yang diluluskan cuti belajar bergaji penuh atau cuti belajar
separuh gaji melebihi 180 hari dalam tahun penilaian semasa.
d. PPP yang dipinjam keluar dari KPM.

7. Bagaimanakah PBPPP dilaksanakan?
Penilaian dilaksanakan melalui e-Prestasi berasaskan konsep Tugas
dan Tempat Bertugas (Job Based and Work Place) dengan
menggunakan instrumen PBPPP oleh dua orang pegawai penilai.

8. Bilakah penilaian dijalankan?
Fleksibiliti diberikan kepada organisasi untuk melaksanakan penilaian
secara berterusan dalam tempoh setahun. Penilaian melalui sistem
e-Prestasi mesti dilaksanakan dua kali setahun.

9. Apakah bentuk keputusan penilaian yang akan dikeluarkan?
Keputusan penilaian akan dikeluarkan dalam bentuk slip keputusan
yang mengandungi peratus markah pencapaian keseluruhan dan Aras
Pencapaian selepas markah akhir dimuktamadkan oleh BPSM KPM
melalui aplikasi Sistem HRMIS.

10. Apakah tanggungjawab JKPBPPP?
Rujuk Topik 3.2 dalam Manual PBPPP.

11. Apakah tanggungjawab PP dalam PBPPP?
Rujuk Topik 4.2 dalam Manual PBPPP.

26

12. Apakah tanggungjawab PYD dalam PBPPP?
Rujuk Topik 5.2 dalam Manual PBPPP

13. Sejauh manakah bidang kuasa JKPBPPP dalam pengoperasian
PBPPP?
JKPBPPP bertanggungjawab menentukan pemilihan dan pelantikan
pegawai penilai, merancang, menyelaras dan memantau aktiviti
penilaian serta membuat pelarasan bagi kes-kes markah yang tidak
tekal (perbezaan markah melebihi 10 antara PP1 dan PP2).

14. Bagaimanakah penentuan pelarasan markah dibuat oleh JKPBPPP?
Pelarasan markah yang dibuat oleh JKPBPPP haruslah berada antara
markah maksimum dengan minimum yang diberikan oleh PP1 dan
PP2.

15. Bagaimanakah keanggotaan JKPBPPP di sekolah bagi Sekolah
Kurang Murid?
Perlantikan JKPBPPP Sekolah Kurang Murid ialah Guru Besar sebagai
Ketua Organisasi manakala Guru Penolong Kanan lantikan sekolah
boleh dilantik sebagai Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa. Minimum
ahli jawatankuasa adalah 3 orang (Pengerusi, Setiausaha, Seorang
Ahli).

16. Apakah yang perlu dilakukan oleh Pegawai Penilai (PP) sebelum
bertukar/ bersara?
PP bertanggungjawab menyelesaikan penilaian kepada setiap PYD
dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

17. Apakah yang perlu dilakukan jika PP meninggal dunia?
JK PBPPP perlu membuat pengemaskinian semua PYD bawah seliaan
PP berkenaan.

18. Adakah PYD dapat melihat skor penilaian yang diberikan oleh PP?
Boleh. PYD berhak mendapat sesalinan Borang Markah daripada
kedua-dua PP bagi setiap sesi penilaian.

19. Adakah PP dan PYD dapat melihat markah akhir penilaian?
Tidak. PP dan PYD hanya dapat mengetahui skor penilaian bagi setiap
aspek seperti dalam Borang Markah.

27

20. Bagaimanakah proses pelarasan markah dilakukan?
JK PBPPP organisasi perlu mengadakan mesyuarat pelarasan untuk
menyelaras dan memuktamadkan markah PYD yang tidak tekal.
Markah akhir dihantar melalui Sistem e-Prestasi.

21. Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem e-Prestasi?
Sistem e-Prestasi dibangunkan bagi tujuan pelaksanaan PBPPP dapat
dibuat secara dalam talian.

22. Siapakah yang boleh mengakses Sistem e-Prestasi?
Pada masa ini, hanya pegawai yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa,
dan penilai sahaja yang boleh mengakses Sistem e-Prestasi.

23. Bagaimanakah pegawai yang terlibat boleh mengakses Sistem
e-Prestasi?
Pegawai boleh mengakses laman web e-Prestasi melalui laman web di
https://eprestasi.moe.gov.my.

24. Bolehkah Sistem e-Prestasi dicapai menggunakan medium lain selain
daripada komputer?
Boleh. Sistem e-Prestasi boleh dicapai menggunakan medium lain
seperti tablet dan telefon pintar.

25. Adakah Sistem e-Prestasi hanya boleh dicapai menggunakan pelayar
internet tertentu sahaja?
Tidak. Sistem e-Prestasi boleh dicapai menggunakan semua pelayar
internet yang ada seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google
Chrome dan juga Safari.

26. Perlukah pengguna mendaftar untuk menggunakan Sistem
e-Prestasi?
Tiada pendaftaran pengguna diperlukan. Pengguna boleh log masuk
menggunakan kod organisasi ataupun nombor kad pengenalan
pengguna sebagai ID Pengguna.

27. Bolehkah pengguna menukar kata laluan setelah log masuk kali
pertama?
Boleh. Pengguna digalakkan untuk menukar kata laluan.

28

28. Sekiranya pengguna terlupa kata laluan, apakah tindakan yang perlu
dilakukan oleh pengguna?
Pengguna boleh menghubungi pengerusi dan setiausaha JK PBPPP di
peringkat organisasi masing-masing untuk set semula kata laluan.

29. Adakah organisasi (sekolah) boleh mendaftar serta mengemas kini
maklumat guru di sekolah dalam Sistem e-Prestasi?
Tidak. Pengemaskinian maklumat hanya boleh dibuat dalam
e-Operasi.

30. Apakah yang boleh dilakukan oleh pengguna bagi memastikan data
serta maklumat guru telah dikemas kini dalam e-Prestasi?
Sumber maklumat serta data guru di sekolah diperoleh daripada
sistem e-Operasi. Oleh yang demikian, sebarang pertambahan serta
pengemaskinian data guru perlu dilakukan pada sistem e-Operasi.

31. Apakah langkah-langkah berkaitan dengan Sistem e-Prestasi yang
perlu dilakukan sepanjang pelaksanaan PBPPP?
Terdapat 5 peringkat utama yang perlu dilaksanakan oleh pihak yang
terlibat dengan PBPPP iaitu:
a. Semakan nombor kad pengenalan, nama penuh seperti dalam
kad pengenalan, gred, jawatan dan tempat bertugas.
b. Pelantikan Jawatankuasa PBPPP peringkat organisasi.
c. Penetapan PP1 dan PP2 oleh JK PBPPP.
d. Proses Penilaian oleh PP1 dan PP2.
e. Pelarasan markah oleh JK PBPPP.

32. Siapakah yang boleh menetapkan Pegawai Penilai 1 (PP1) dan
Pegawai Penilai 2 (PP2) bagi kumpulan kepimpinan sekolah dan
kumpulan guru?
Bagi kumpulan kepimpinan sekolah, PP1 dan PP2 akan ditetapkan oleh
pihak PPD/ Bahagian. Manakala JKPBPPP sekolah boleh menetapkan
PP1 dan PP2 bagi semua guru di sekolah tersebut.

29

33. Apakah punca yang menyebabkan data bagi PP1 dan PP2 bagi guru
kosong (hilang) apabila selesai menghantar penetapan PP1 dan PP2?
Hal ini terjadi disebabkan ketika mengisi maklumat PP1 dan PP2 guru
pada setiap helaian paparan tidak disimpan.

34. Apakah tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi kehilangan
data setelah penetapan PP1 dan PP2 dihantar?
JKPBPPP organisasi perlu menghubungi pegawai penyelaras di PPD/
JPN/ Bahagian untuk membuka semula penetapan PP1 dan PP2.
JKPBPPP organisasi perlu menyimpan (klik simpan) setiap helaian
paparan ketika mengisi PP1 dan PP2 bagi setiap data guru.

35. Sekiranya jawatankuasa sekolah telah menghantar pelantikan PP1
dan PP2 kepada PPD/ JPN/ Bahagian tetapi terdapat kesalahan atau
ingin menukar Penilai, apakah tindakan yang perlu diambil?
Sekolah boleh menghubungi PPD/ JPN/ Bahagian untuk membuka
Penetapan Semula PP1 dan PP2. Walau bagaimanapun, sekiranya
penilaian sudah dilakukan, sekolah perlu menghantar e-mel aduan
kepada BPPK ([email protected]) dan memberikan
justifikasi untuk penukaran tersebut.

36. Bilakah Pegawai Penilai yang telah dilantik dibenarkan log masuk ke
dalam Sistem e-Prestasi?
Penilai boleh log masuk ke dalam Sistem e-Prestasi selepas penetapan
PP disahkan oleh PPD/ JPN/ Bahagian.

37. Adakah pelarasan perlu dilakukan bagi semua keputusan penilaian?
Tidak. Hanya PYD yang mendapat perbezaan markah yang melebihi
10 antara PP1 dan PP2 sahaja yang perlu dibuat pelarasan markah.

38. Bilakah pelarasan markah boleh dilakukan?
Pelarasan markah boleh dilakukan selepas proses penilaian pada akhir
tahun semasa terhadap semua PYD di organisasi tersebut selesai
dilakukan dan tempoh penilaian tamat.

39. Siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan
pelarasan markah dalam Sistem e-Prestasi?
Semua JKPBPPP dibenarkan untuk menguruskan pelarasan markah
tetapi hanya Pengerusi sahaja yang dibenarkan menghantar markah
akhir.

30

40. Bagaimanakah pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan dan
pertanyaan berkaitan Sistem e-Prestasi?
Sekiranya pengguna menghadapi masalah dan ingin menyalurkan
aduan, pengguna boleh mengemukakan aduan serta pertanyaan ke
alamat e-mel [email protected].
Maklumat aduan perlu lengkap dengan nombor kad pengenalan,
tempat bertugas dan isu yang dihadapi untuk memudahkan
pengurusan aduan.

31



AKRONIM
&

GLOSARI



AKRONIM

SINGKATAN MAKSUD

3PK Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas

AKP Anggota Kumpulan Pelaksana

BPG Bahagian Pendidikan Guru

BPPK Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi

CPD Program Pembangunan Profesional Berterusan

DMO Delivery Management Office

GBK Guru Bimbingan dan Kaunseling

GTP 2.0 Program Transformasi Kerajaan 2.0

IPG Institut Pendidikan Guru

JKPBPPP Jawatankuasa Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

JPN Jabatan Pendidikan Negeri

KM Kolej Matrikulasi

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

LNPT Laporan Penilaian Prestasi Tahunan

NTC New Teacher’s Charter

PBPPP Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan

PdP Pengajaran dan Pembelajaran

PP Pegawai Penilai

PP1 Pegawai Penilai 1

PP2 Pegawai Penilai 2

PPD Pejabat Pendidikan Daerah
PPP Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

PROSPEK Penilaian Kompetensi dan Potensi

PT(A) Pengajaran dan Pentadbiran bagi Pentadbir di Sekolah dan Institusi Pendidikan

PT(B) Pengurusan dan Pentadbiran bagi PPP di PPD, JPN dan Bahagian-bahagian di KPM

PTK Penilaian Tahap Kecekapan

PYD Pegawai Yang Dinilai

SBPA Saraan Baru Perkhidmatan Awam

SIPartners+ School Improvement Partners
SISC+ School Improvement Specialist Coaches

SPP Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

35

GLOSARI MAKSUD
Pegawai dalam organisasi yang dilantik menganggotai
PERKATAAN Jawatankuasa PBPPP Organisasi.
Ahli Jawatankuasa Perincian tentang perkara yang dinilai dalam sesuatu elemen
Dokumen yang mengandungi skor PYD bagi setiap aspek penilaian
Aspek yang dicetak daripada Sistem e-Prestasi.
Borang Markah Keterangan yang menggambarkan perkara yang diperhatikan dan diukur.
Menggambarkan konstruk yang hendak dinilai.
Deskripsi Bahan rasmi kerajaan seperti sulit, terhad, rahsia dan lain-lain seperti
Dimensi yang terkandung dalam Arahan Keselamatan.
Dokumen Terperingkat Pembolehubah bagi sesuatu dimensi (konstruk)
Ciri-ciri khusus mengikut kumpulan bidang tugas Pegawai
Elemen Perkhidmatan Pendidikan.
Fungsional Ciri-ciri umum yang khusus untuk PPP.
Alat penilaian dalam bentuk dokumen.
Generik Perihal berhasil atau tercapai sesuatu matlamat, rancangan,
Instrumen tujuan dan usaha.
Keberhasilan Perihal sesuatu yang hanya diketahui oleh beberapa orang
yang tertentu sahaja.
Kerahsiaan Perbezaan markah yang melebihi 10 antara PP1 dan PP2.
Kebolehan untuk melakukan sesuatu setelah diukur
Ketidaktekalan Markah terhadap satu piawaian.
Kompetensi Dimensi manusia yang ingin dinilai bagi melihat kompetensi dan
potensi seseorang PPP dalam tempoh tertentu. Konstruk bersifat
Konstruk konkrit ataupun abstrak dan boleh diukur.
Mempunyai nilai kejujuran, ketelusan, keutuhan dan seumpamanya.
Nilai Integriti Merujuk kepada Sekolah/ PPD/ JPN/ Institusi Pendidikan/ Bahagian
Organisasi di KPM.
Tugas atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan selepas penilaian
Pasca Penilaian akhir PBPPP.
Individu yang berkhidmat dengan kerajaan bawah Kementerian
Pegawai Pendidikan Malaysia.
Pegawai yang dilantik bagi menilai PYD bagi satu tempoh penilaian.
Pegawai Penilai

36

PERKATAAN MAKSUD
Pegawai Pegawai yang dilantik oleh SPP secara tetap atau kontrak yang
Perkhidmatan berkhidmat di KPM dan agensi bawah seliaan.
Pendidikan
Pegawai Yang Dinilai PPP yang dilantik oleh SPP secara tetap atau kontrak yang
berkhidmat di KPM dan agensi bawah seliaan.
Pelarasan Perihal tindakan penyesuaian skor di antara julat skor PP1 dan PP2.
Pemerhatian Kaedah mendapatkan bukti mengenai sesuatu aspek yang dinilai
melalui pengamatan di luar aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Pencerapan Proses memerhati dan menilai perancangan dan pelaksanaan PdP
dengan menggunakan instrumen yang ditetapkan.
Prapenilaian Tugas atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebelum PBPPP
bermula.
Sasaran Keberhasilan Sasaran kerja tahunan yang dibuat pada awal tahun penilaian.
Semakan Dokumen Kaedah penilaian untuk mendapatkan bukti (eviden) sesuatu
aspek yang dinilai dengan menyemak dokumen yang berkaitan.
Semakan Semula Membuat semakan semula penetapan sasaran kerja tahunan
selepas penilaian pertama sama ada mengekal, meminda, menambah
Semasa Penilaian atau menggugurkan.
Tugas atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan semasa
Temu bual sesi PBPPP dijalankan.
Kaedah penilaian untuk mendapatkan bukti (eviden) sesuatu
aspek yang dinilai melalui perbualan yang berstruktur/ bebas.

37

BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KOMPETENSI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Aras 1, blok 2250, Century square 2
off persiaran multimedia, cyber 6

63000 cyberjaya
selangor darul ehsan

+603 8317 9000
+603 8317 9119 / 9091 / 9090
http://www.moe.gov.my/v/bppk


Click to View FlipBook Version