The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mzb, 2021-01-30 03:46:32

1.2.0 PEMULIHARAAN TANAH & 1.2.1 STRUKTUR TANAH

Pertanian KSSM Tingkatan 4

PENGENALAN

Kejayaan dan kegagalan hasil tanaman petani selalunya bergantung kepada kesuburan tanah
yang dimiliki. Hal ini disebabkan tanah dapat menentukan jenis tanaman yang bersesuaian untuk
ditanam dan mempengaruhi pertumbuhan hasil tanaman. Kesuburan tanah perlu dijaga supaya daya
pengeluaran tanah berada pada tahap yang optimum.

Membaik pulih tanah bermaksud menambah sesuatu ke dalam tanah agar tanah tersebut
berkualiti dan kaya dengan nutrien. Pengurusan dan membaik pulih tanah yang betul perlu dipraktikkan
sebelum aktiviti penanaman dijalankan. Perkara ini bukan sahaja penting bagi keperluan tanaman
tetapi juga dapat memulihara kesuburan dan kandungan nutrien tanah supaya aktiviti penanaman
pada musim seterusnya dapat meningkatkan hasil yang memuaskan. Pengetahuan berkaitan tanah
seperti tahap kesuburan, kemasaman dan keasidan merupakan kelebihan kepada petani dalam usaha
meningkatkan hasil tanaman kerana setiap tanah mempunyai tahap kesuburan yang berbeza-beza
bergantung kepada jenis tanah bagi sesebuah kawasan penanaman. Jadual 1.10 menunjukkan
tanah-tanah bermasalah di Malaysia.

Jadual1.10 Tanah bermasalah di Malaysia

Tanah Asid Sulfat

Merupakan sejenis tanah yang mengandungi tanah liat dengan
kurang daripada pH 3.5. Kandungan aluminium dan ferum
yang tinggi menyebabkan tanah ini kurang subur

Tanah Bermasalah di Tanah Gambut
Malaysia Tanah gambut mempunyai kandungan bahan organik yang
tinggi dan saliran yang kurang baik. Tanah ini kurang
memberi sokongan kepada akar pokok untuk membesar. Tanah
ini berasid dan kekurangan beberapa nutrien mikro seperti
kuprum, mangan, zink, ferum, molibdenum dan boron

Tanah Bekas Lombong
Mengandungi 80% pasir dan tidak berstruktur. Tanah bekas
lombong terdiri daripada mineral kuarza dan tidak
mengandungi air yang banyak kerana peratus ruang rongga
yang banyak

Tanah BRIS (Beach Ridges Interspersed with Swales)
Tanah BRIS mempunyai kandungan pasir yang tinggi dan
tidak berstruktur. Keupayaan memegang air rendah, manakala
kadar larut resap tinggi. Kandungan nutrien dan aktiviti
biologi juga rendah.

Tanah Liat
Tanah liat ialah tanah yang mengandungi kandungan liat
yang tinggi. Kandungan liat yang tinggi menyebabkan tanah
itu menjadi lekit apabila basah dan keras apabila kering.
Jenis tanah ini mempunyai saliran yang kurang baik kerana
mempunyai kadar peresapan air yang rendah. Tanah ini juga
sukar digemburkan

35

KAEDAH PEMULIHARAAN TANAH

Rajah 1.14 menunjukkan kaedah pemuliharaan tanah yang boleh dilaksanakan melalui amalan
pertanian.

Penghutanan Pertanian
Semula Pemuliharaan

Tanah

Mengekalkan KAEDAH Pertanian
pH Tanah PEMULIHARAAN Teres

TANAH

Membuat Pertanian
Sungkupan Kontur

Rajah 1.14 Kaedah pemuliharaan tanah

PERTANIAN PEMULIHARAAN TANAH

Pertanian Pemuliharaan Tanah ialah konsep pertanian tanpa pembajakan (no til farming). Tanaman
dibenarkan untuk kekal dan tidak dibajak sehingga musim berakhir. Amalan ini dapat memulihara
tanah supaya kekal di tempat asal tanpa menjadi tanah lapang yang terdedah kepada angin dan air.

PERTANIAN TERES

Pertanian teres ini menggunakan topografi tanah untuk memperlahankan aliran air melalui satu
siri teres. Amalan ini bertujuan untuk mengeluarkan air hujan daripada mengalir terus menerusi
lereng-lereng bukit. Teres juga berfungsi untuk memperlahankan larian air. Gambar foto1.1
menunjukkan tanaman kelapa sawit secara teres.

Laman Gambar foto 1.1 Pertanian teres
ICT

Kaedah pemuliharaan tanah

36

PERTANIAN KONTUR
Pertanian kontur dilakukan untuk kawasan di lereng-lereng bukit yang ditanam dengan pokok getah
dan kelapa sawit. Amalan ini boleh menghalang air hujan daripada turun di sepanjang lereng bukit.
Gambar foto 1.2 menunjukkan amalan pertanian kontur yang dijalankan di Malaysia.

Gambar foto 1.2 Pertanian kontur
MEMBUAT SUNGKUPAN
Bahan seperti jerami padi, rumput kayu, plastik penutup batas (silvershine plastic) boleh dijadikan
sungkupan di atas permukaan tanah untuk melindungi tanah daripada timpaan air hujan dan
memelihara kesuburan tanah.
PENGHUTANAN SEMULA
Penghutanan semula ialah menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang
cepat tumbuh dan bermutu. Kaedah ini merupakan penyelesaian jangka panjang kepada masalah
hakisan tanah.
MENGEKALKAN pH TANAH
pH tanah boleh dikekalkan dengan cara pengapuran, penggunaan bahan organik dan mengamalkan
kaedah pertanian yang sistematik.

INFO TAMBAHAN
Jabatan Pertanian telah menyediakan satu peta risiko hakisan tanah Semenanjung Malaysia yang
disediakan berasaskan ‘Universal Soil Loss Equation’. Maklumat yang terdapat dalam peta ini
membolehkan perancang menilai potensi bencana hakisan tanah dan mengesyorkan langkah-langkah
pemuliharaan tanah yang perlu untuk mengurangkan hakisan tanah. Sumber: Bahagian Pengurusan dan
Pemuliharaan (Sumber Tanah Jabatan Pertanian).

37

1.2.1 STRUKTUR TANAH

Struktur tanah ialah susunan kumin tanah yang terdiri daripada pasir, kelodak dan liat yang
membentuk agregat tanah. Melalui proses pembentukan tanah, kumin-kumin dalam tanah akan
bergabung mengikut bentuk tertentu berdasarkan keadaan sesuatu kawasan itu. Susunan
kumin-kumin ini dinamakan agregat tanah yang wujud dalam pelbagai bentuk.

Struktur tanah penting dalam pertumbuhan tanaman, saliran, pengudaraan dan
ketumpatan tanah. Tanah berstruktur baik adalah lebih subur, mempunyai struktur mekanikal
tanah yang tersusun dan dilengkapi dengan nutrien tumbuhan serta dapat mengeluarkan hasil yang
optimum. Lihat Rajah 1.15 untuk mengetahui ciri-ciri tanah dengan struktur yang baik.

Ciri-ciri struktur tanah yang baik:

Lapisan nipis air mengisi Agregat tanah (gabungan
liang halus dalam agregat kumin-kumin tanah)
Ruang besar antara agregat yang
membenarkan resapan gas dan

pengaliran air

Rajah 1.15 Ciri-ciri struktur tanah yang baik

JENIS STRUKTUR TANAH

Butir Rapuh
Struktur butir rapuh ialah lapisan tanah bahagian atas yang mempunyai bahan organik. Ia bersaiz
kecil dan tidak terikat antara agregat. Struktur berbutir mempunyai ruang liang yang paling banyak
berbanding dengan mana-mana struktur.

Berlapis
Struktur berlapis berbentuk lempeng (platy) dan mempunyai ruang liang yang sedikit.

Berblok
Struktur berblok ini berbentuk kubus yang tidak sekata, menggalakkan pertumbuhan akar,
mempunyai pengudaraan dan saliran yang baik.

Prismatik
Struktur tanah prismatik berbentuk prisma dengan sebahagian atasnya mendatar atau berbentuk
tunggul.

Kolumnar
Struktur kolumnar berbentuk seperti tiang dengan puncak yang berbentuk agak bulat.

38

Pelbagai bentuk jenis struktur tanah ditunjukkan dalam Rajah 1.16.
JENIS STRUKTUR

Butir rapuh

Berlapis

Berblok

Prismatik

Kolumnar Laman
Rajah 1.16 Jenis struktur tanah ICT

Struktur tanah dan jenis struktur.

39

KEPENTINGAN STRUKTUR TANAH

Rajah 1.17 menunjukkan kepentingan struktur tanah.

Memperbaiki
Pengudaraan

Tanah

Mencegah KEPENTINGAN Mengekalkan
Kepadatan STRUKTUR Daya Pegangan
TANAH
Tanah Air Tanah

Mencegah Air
Hakisan Tanah Berlebihan

Mudah
Dialirkan

Rajah 1.17 Kepentingan struktur tanah

MENCEGAH HAKISAN TANAH

Struktur tanah yang baik menambahkan daya tanah daripada kerosakan fizikal disebabkan oleh
hakisan. Pencegahan hakisan dan pengawalan hakisan boleh dibuat dengan:

1. Melindungi permukaan tanah daripada timpaan hujan atau larian air
2. Mengelakkan pengaliran air melalui saluran sempit
3. Mengurangkan kelajuan larian air melalui amalan seperti membina teres, menanam

mengikut kontur atau membuat sungkupan

AIR BERLEBIHAN MUDAH DIALIRKAN

Struktur tanah yang baik mengandungi rongga antara agregat yang membenarkan air dan udara
meresap dengan mudah. Keadaan ini menghalang air daripada bertakung. Oleh itu air yang berlebihan
mudah dialirkan. Tanah yang bertekstur kasar seperti tanah pasir membenarkan air mengalir dengan
mudah.

MENGEKALKAN DAYA PEGANGAN AIR TANAH

Struktur tanah membolehkan air diserap. Daya pegangan air juga bergantung kepada saiz kumin
dan kepadatan liang dalam struktur tanah. Struktur tanah berlapis biasanya menghalang saliran,
manakala berbutir membantu dalam saliran.

MEMPERBAIKI PENGUDARAAN TANAH

Penggabungan struktur tanah yang berbeza-beza dapat menambah dan memperbaiki pengudaraan
tanah serta menunjukkan kapasiti air dalam tanah.

MENCEGAH KEPADATAN TANAH

Tanah yang mempunyai bahan organik yang tinggi akan menjadikan struktur tanah longgar dan
tidak padat.

40


Click to View FlipBook Version