UNIT BAJA DAN PEMBAJAAN
1.3
56
BAJA DAN PEMBAJAAN
Baja ialah bahan yang ditambah pada tanah untuk membekalkan nutrien kepada tanaman dengan
tujuan meningkatkan hasil dan kualiti tanaman. Penggunaan baja sangat penting untuk kelestarian pertanian.
Pertanian moden pada hari ini banyak bergantung kepada penggunaan baja terutamanya baja
yang berunsur nitrogen sebagai bahan untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman. Keperluan
pembajaan bergantung kepada jenis tanaman dan tahap kesuburan tanah. Penggunaan baja organik
atau baja kimia memberi kesan sampingan kepada kesuburan tanah dan kualiti tanaman. Kesan
sampingan ini boleh dikawal melalui amalan pembajaan yang betul. Good Agricultural Practices
(GAP) bertujuan untuk meningkatkan hasil tanaman.
INFO TAMBAHAN
Good Agricultural Practices (GAP) merupakan satu pendekatan dalam sistem pengembangan
pertanian Jabatan Pertanian Malaysia untuk memastikan pengeluaran hasil pertanian berkualiti
dan selamat dimakan. GAP mengambil kira pengurusan ladang yang mesra alam sekitar. GAP
ialah amalan-amalan yang dilaksanakan semasa proses pengeluaran dan pengendalian hasil bagi
memastikan hasil ladang adalah berkualiti, selamat dimakan dan tidak menimbulkan risiko kepada
alam sekitar dan pekerja ladang. Dasar agro makanan negara memberikan penekanan terhadap
sektor agromakanan yang mahukan perlaksanaan GAP oleh semua pengusaha ladang pertanian
makanan.
Baja terdiri daripada pelbagai bentuk iaitu:
i. Pelet (pellet) ii. Debu
iii. Butir iv. Cecair (foliar)
57
1.3.1 JENIS BAJA
Baja dapat dikelaskan sebagai baja organik yang mengandungi elemen semula jadi dan baja kimia
yang mengandungi elemen kimia. Rajah 1.27 menunjukkan contoh jenis baja:
BAJA
BAJA ORGANIK BAJA KIMIA
Tinja Haiwan
Sisa Kilang Baja Tunggal
Sisa Ladang Baja Sebatian
Baja Campuran
Baja Lengkap
Rajah 1.27 Jenis baja
BAJA ORGANIK
Baja organik adalah baja semulajadi yang terhasil daripada proses pereputan sisa haiwan dan
tumbuhan. Baja organik merupakan baja yang mesra alam kerana dihasilkan tanpa menggunakan
bahan kimia. Rajah 1.28 menunjukkan contoh sisa pertanian yang boleh dijadikan baja organik.
BAJA ORGANIK
Tinja Haiwan yang Sisa Kilang Sisa Ladang
Diproses Pertanian
Tinja ayam Hampas kelapa sawit Sekam padi
58 Rajah 1.28 Contoh jenis baja organik
TINJA HAIWAN YANG DIPROSES
Tinja ternakan boleh dijadikan baja sama ada digunakan secara terus atau setelah diproses. Selalunya,
tinja tersebut diasingkan daripada rumput dan sampah. Tinja disimpan selama 40 hari sehingga
mengalami penguraian bakteria bagi menghasilkan baja kompos. Baja dalam bentuk kering sering
digunakan kerana keadaannya yang lebih mudah ditangani dan tidak berbau.
SISA KILANG PERTANIAN
Sisa kilang pertanian seperti kilang memproses minyak kelapa sawit menghasilkan bahan
buangan sampingan seperti tandan kelapa sawit dan hampas isi rong. Kilang memproses padi pula
menghasilkan sekam padi. Kesemua hasil sisa kilang pertanian ini boleh dihancurkan dan diproses
menjadikan baja organik.
SISA LADANG
Sisa ladang terdiri daripada sisa tanaman dan sisa ternakan. Contoh sisa tanaman seperti batang
jagung, sayuran yang rosak dan rumput yang dipotong. Sisa ternakan pula merujuk kepada baja
haiwan ternakan.
Laman Nyatakan contoh sisa ladang lain yang boleh
ICT dijadikan baja organik berserta kesanya kepada
tanah.
Apakah itu baja organik? Mengapakah petani lebih memilih penggunaan
baja kimia daripada baja organik? Bincangkan.
BAJA KIMIA
Baja kimia ialah baja yang terhasil daripada bahan tidak organik yang diproses secara sintetik
bagi memasukkan satu nutrien utama atau lebih. Baja terbahagi kepada empat jenis. Rajah 1.29
menunjukkan jenis-jenis baja kimia.
Baja Baja
Tunggal Sebatian
BAJA KIMIA Baja
Baja Lengkap
Campuran
Rajah 1.29 Jenis baja kimia
59
BAJA TUNGGAL
Baja tunggal ialah baja yang mengandungi satu nutrien utama yang diperlukan oleh tanaman. Baja
tunggal terdiri daripada Nitrogen atau Fosforus atau Kalium. Contoh baja tunggal dapat dilihat pada
Gambar foto 1.12.
K
CIRP
N P2O5
Gambar foto1.12 Jenis baja tunggal
BAJA SEBATIAN
Baja sebatian merupakan baja yang mengandungi dua atau lebih unsur nutrien utama tanaman yang
disebatikan secara kimia. Kandungan nutriennya disediakan dalam pelbagai nisbah.
8% N 28% N 17% N
24% P 14% P 17% P
24% K 14% K 17% K
BAJA CAMPURAN
Baja campuran ialah baja yang dihasilkan daripada campuran dua atau lebih baja tunggal yang
berbeza saiz, bentuk dan ketumpatan. Campuran dilakukan secara fizikal tanpa melibatkan tindak
balas kimia.
BAJA LENGKAP
Baja lengkap mengandungi kombinasi semua nutrien utama yang diperlukan iaitu nitrogen, fosforus
dan kalium. Baja lengkap juga mengandungi nutrien mikro, campuran enzim dan pengawal tumbuhan
semula jadi. Jadual 1.14 menunjukkan maklumat jenis-jenis baja dan fungsinya.
Jadual 1.14 Jenis-jenis baja dan fungsinya
JENIS BAJA FUNGSI CONTOH BAJA
Baja Tunggal Baja yang membekalkan satu
unsur sahaja - Urea (46%N),
Baja Sebatian - CIRP (35%P2O5)
Baja Campuran Baja tunggal yang dicampur - Muriate of Potash (60%K2O)
Baja Lengkap secara kimia
- NPK Hijau
- NPK Blue Special
Baja tunggal yang dicampur - ‘Mixture’
secara fizikal - Baja Campuran
Mengandungi semua unsur - Baja campuran
nutrien - Baja sebatian
- Baja foliar
60
KAEDAH PEMBAJAAN
Pembajaan boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah pembajaan. Kaedah pembajaan ini bergantung
kepada jenis tanaman yang diusahakan. Terdapat lima kaedah yang digunakan dalam aktiviti
pembajaan iaitu.
Kawasan
yang sesuai
untuk
pembajaan.
Lingkungan
kanopi
Taburan Teknik Taburan Teknik Alur
Bahan baja ditabur secara sekata di atas Alur
permukaan tanah. Penaburan biasanya dilakukan
ke atas bahan pepejal, iaitu granul atau butiran Baja pepejal diletak dalam alur dan
halus. Baja juga boleh diletak pada sekeliling dikambus semula seperti gambar rajah
pangkal pokok iaitu selepas pokok itu berumur diatas. Cara membaja ini sesuai digunakan
3 hingga 4 minggu. Cara pembajaan ini dikenali untuk tanaman yang mudah rosak apabila
sebagai pembajaan permukaan dan melibatkan tersentuh bahan baja.
penggunaan baja nitrogen.
61
Poket
Poket (Pocket Placement) Semburan (Foliar Feeding)
Larutan cecair baja boleh disembur untuk
Pembajaan secara poket dilakukan pada pokok merawat kekurangan nutrien tertentu,
buah-buahan atau pokok yang ditanam secara khasnya mikronutrien.
tunggal. Lubang-lubang poket digali sedalam
10-15 cm di hujung kanopi kerana bahagian ini Terangkan mengapakah dalam kaedah
merupakan zon akar yang aktif. Baja diletakkan titisan pemberian baja berbentuk
dalam lubang-lubang poket dan dikambus. cecair terus dilakukan ke pangkal
pokok?
Titisan
Kaedah pemberian baja berbentuk cecair terus ke
pangkal pokok. Contoh pembajaan titisan ialah
sistem fertigasi.
62
KEBAIKAN PENGGUNAAN BAJA ORGANIK
Rajah 1.30 di bawah menunjukkan kebaikan penggunaan baja organik.
Meningkatkan Membaiki Meningkatkan
Ketersediaan Keadaan Kadar
Nutrien Tanah Penyerapan
KEBAIKAN dan Pegangan
PENGGUNAAN
BAJA ORGANIK Air
Menambahkan Menambahkan
Mikrob Kandungan
dalam Nutrien
Tanah dalam
Tanah
Rajah 1.30 Kebaikan penggunaan baja organik
MEMBAIKI KEADAAN TANAH
Selain memberikan zat-zat makanan kepada tanah dan tumbuhan, baja organik juga dapat membaik
pulih keadaan fizikal tanah dengan membaiki tekstur dan struktur tanah.
MENINGKATKAN KADAR PENYERAPAN DAN PEGANGAN AIR
Baja organik mengandungi banyak mikroorganisma yang berupaya menambahkan rongga udara
dalam tanah. Ini menyebabkan peningkatan kadar serapan air akibat daripada penambahan liang
mikro dalam tanah.
MENAMBAHKAN KANDUNGAN NUTRIEN DALAM TANAH
Pereputan bahan organik membekalkan nutrien kepada akar tumbuhan. Bahan organik meningkatkan
pegangan nutrien tanah kerana mempunyai banyak cas negatif yang berupaya mengikat nutrien yang
bercas positif.
MENAMBAHKAN MIKROB DALAM TANAH
Baja organik mengandungi mikroorganisma yang boleh membantu menguraikan sisa tanaman dan
haiwan. Baja organik menjadi tempat pembiakan mikroorganisma tanah kerana ia menjadi
sumber makanan.
MENINGKATKAN KETERSEDIAAN NUTRIEN
Baja organik tidak dapat menyediakan nutrien dengan cepat berbanding baja kimia kerana kandungan
nutrien dalam baja organik dibebaskan secara perlahan. Penggunaan baja organik akan menambah
pH tanah seterusnya meningkatkan ketersediaan nutrien dalam tanah.
63
KEBAIKAN PENGGUNAAN BAJA KIMIA
Rajah 1.31 menunjukkan kebaikan baja kimia.
Kesan Tindak
Balas Cepat
Membekalkan KEBAIKAN Menambah
Nutrien BAJA KIMIA Nutrien
Khusus
dalam Tanah
Rajah 1.31 Kebaikan baja kimia
KESAN TINDAK BALAS CEPAT
Baja kimia lebih mudah larut berbanding baja organik. Oleh itu nutrien yang dibekalkan oleh baja
kimia lebih tersedia berbanding baja organik. Nutrien di dalam baja organik hanya tersedia setelah
bahan organik tersebut dihuraikan oleh mikroorganisma tanah.
Akar tumbuhan bertindak balas cepat terhadap baja kimia. Medium pengangkutan menyerap
semua nutrisi dalam tanah. Nutrien akan dipindahkan kepada semua bahagian tumbuhan seperti
daun, buah dan batang bergantung kepada kadar penyerapan dan proses dijalankan oleh tumbuhan.
Stomata di bahagian daun akan menyerap kandungan karbon dioksida dalam bentuk gas bagi
kegunaan kitar karbon dan kitar oksigen dalam proses fotosintesis. Setiap unsur memainkan peranan
dan tugas yang tersendiri bagi memastikan tumbesaran tanaman dan memberikan sokongan terhadap
kitar hidup sesuatu tanaman.
MEMBEKALKAN NUTRIEN KHUSUS
Terdapat beberapa jenis baja yang mempunyai fungsi dalam membekalkan nutrien khusus
tertentu. Contoh baja tunggal Urea (46%N) hanya membekalkan satu unsur utama untuk tanaman.
Unsur Nitrogen untuk mempercepatkan tumbesaran dan menggalakkan pertumbuhan daun hijau.
Baja kimia CIRP (35% P2O5) khusus untuk mempercepatkan pengeluaran akar, bunga dan buah.
Penggunaan baja Muriat of Potash 60% dapat membekalkan nutrien untuk pengembangan bunga
dan buah.
MENAMBAH NUTRIEN DALAM TANAH
Baja kimia NPK mempunyai nutrien yang lengkap. Ia dapat membantu pertumbuhan tanaman yang
subur dan kaya dengan menambahkan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan. Kandungan nutrien
di dalam baja kimia boleh diubahsuai mengikut kehendak pengguna. Maka nutrien baja organik
bergantung kepada sumber baja tersebut.
Laman
ICT
Nutrien dan mineral yang
bertindak balas dengan tumbuhan.
64
KESAN SAMPINGAN PENGGUNAAN BAJA ORGANIK
Rajah 1.32 menunjukkan kesan sampingan baja organik ke atas tanah.
KESAN BAJA ORGANIK
Menggalakkan Penyebaran perosak Menjadi perumah Meresap lambat
pertumbuhan atau penyakit kepada perosak ke dalam tanah
tumbuhan lain
rumpai
Rajah 1.32 Kesan Sampingan baja organik ke atas tanah
MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN RUMPAI
Baja organik yang dihasilkan daripada tinja haiwan dan sisa tanaman mungkin mengandungi biji
benih rumpai. Apabila digunakan biji benih mungkin akan bercambah dan tumbuh bersama-sama
tanaman. Hal ini menyebabkan persaingan kepada tanaman untuk mendapatkan nutrien.
Gambar foto 1.10 menunjukkan jenis rumpai yang tumbuh.
Rumpai Ekor Kucing Lalang
(Pennisetum polystachion) (Imperata cylindrica)
Rumput Halia Hitam Rumput Sambau
(Cyperus rotundus) (Eleusine indica)
Gambar foto 1.10 Jenis rumpai
65
PENYEBARAN PEROSAK ATAU PENYAKIT TUMBUHAN LAIN.
Proses penguraian bahan organik menghasilkan haba dan menyebabkan suhu tanah meningkat.
Keadaan ini sangat sesuai untuk haiwan perosak seperti organisma mikro dan organisma makro
membiak. Gambar foto 1.14 menunjukkan contoh perosak.
Kumbang Tanduk Lalat Buah Koya
Gambar foto 1.14 Contoh perosak
PEROSAK DAN KESANNYA
Perosak Kesannya
Virus Mozek, daun kuning, corak bercincin, pertumbuhan terencat dan daun berpilin
Bakteria Bintik, layu, reput dan mati rosat
Kulat Reput, melecur, bonggol, kulapuk dan karat
Nematod Akar – bonggol, tercedera, bercabang dan reput
Serangga Daun berlubang dan buah rosak
Rumpai Hasil rendah dan pertumbuhan terbantut
Parasit Organisma yang mendapat faedah daripada perumah/mendapat makanan
daripada perumah.
Patogen Organisma penyebab penyakit seperti bakteria, kulat dan virus
Saprofit Organisma yang bergantung hidup pada perumah yang telah mati/mendapat
makanan daripada bahan yang reput
Vektor
Organisma pembawa patogen/punca penyakit
MENJADI PERUMAH KEPADA PEROSAK
Baja organik boleh menjadi perumah perosak seperti ulat, larva serangan, kumbang dan bakteria.
Organisma perosak boleh hidup dan membiak dalam baja organik menyebabkan koloni perosak
berkembang dan mengancam pertumbuhan tanaman.
INFO TAMBAHAN
Effective Microorganisms (EM) merupakan hasil kultur campuran daripada mikroorganisma hidup
yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteria jahat yang ada dalam sistem
tumbesaran. Kebaikan EM dalam bidang pertanian ialah:
• Menggalakkan pertumbuhan, pembungaan dan buah dalam tanaman
• Memperbaiki secara fizikal, kimia dan biologi persekitaran tanah dan menghalang
patogen-patogen tanah dan serangga
• Memperbaiki aktiviti fotosintesis pada tanaman
• Memastikan pertumbuhan pucuk dan tanaman
• Meningkatkan kecekapan bahan organik sebagai baja
• Membina ketahanan tanaman daripada penyakit dan serangga perosak
66
KESAN SAMPINGAN BAJA KIMIA
Rajah 1.33 menunjukkan kesan penggunaan baja kimia.
Mencederakan Meningkatkan
Tisu Tanaman Keasidaan
Tanah
KESAN
PENGGUNAAN
BAJA KIMIA
Meningkatkan Mencemarkan
Kos Produktiviti Air dan Tanah
Ladang
Rajah 1.33 Kesan penggunaan baja kimia
Penggunaan baja kimia untuk tanaman memberikan banyak kebaikan. Terdapat beberapa kesan
sampingan yang perlu diberi perhatian:
MENCEDERAKAN TISU TANAMAN
Baja yang terkena pada bahagian tumbuhan seperti batang dan daun menyebabkan bahagian tersebut
melecur. Keadaan ini akan mencederakan tisu tanaman dan boleh mengundang pelbagai penyakit
tanaman.
MENINGKATKAN KEASIDAN TANAH
Baja berasid seperti ammonia sulfat akan terurai di dalam tanah kepada ion ammonium (NH4+) dan
seterusnya dioksida kepada ion nitrat (NO3-) dan ion hidrogen(H+). Ion hidrogen akan menurunkan
pH tanah. Penggunaan berulang kali boleh menyebabkan pengumpulan toksik bahan kimia seperti
arsenik, kadmium, dan uranium dalam tanah. Penggunaan baja juga boleh mempengaruhi pH tanah.
MENCEMARKAN AIR DAN TANAH
Baja kimia mempercepatkan pengeluaran hasil pertanian. Walau bagaimanapun, keburukannya ialah
baja kimia tidak dapat mengekalkan kesuburan tanah dan juga tidak menggalakkan kehidupan
organisma tanah yang akan membantu penyuburan tanah dalam jangka masa panjang. Penggunaan
baja kimia mempunyai kelemahan contohnya baja nitrogen akan meresap dan mencemarkan sumber
air. Bekalan nitrogen yang berlebihan dalam sumber air akan menggalakkan pertumbuhan alga. Jika
pertumbuhan alga berlebihan ia akan menyebabkan tumbuhan akuatik lain mati. Pereputan sisa-sisa
tumbuhan akan mengurangkan bekalan oksigen.
MENINGKATKAN KOS PRODUKTIVITI LADANG Laman
ICT
Jika penggunaan baja kimia tidak dikawal kemungkinan
penggunaan secara berlebihan akan berlaku. Ini akan Kesan sampingan baja kimia.
menyebabkan pembaziran baja dan meningkatkan kos
produktiviti ladang.
67
KEPERLUAN NUTRIEN UNTUK TUMBUHAN
Rajah 1.34 menunjukkan keperluan nutrien untuk tumbuhan.
KEPERLUAN NUTRIEN UNTUK TUMBUHAN
NUTRIEN MAKRO NUTRIEN MIKRO
Boron (B)
Karbon (C) Klorin (Cl)
Hidrogen (H)
Oksigen (O) Kuprum (Cu)
Nitrogen (N) Ferum (Fe)
Fosforus (P)
Kalium (K) Mangan (Mn)
Kalsium (Ca) Molibdenum (Mo)
Magnesium (Mg)
Zink (Zn)
Sulfur (S)
Rajah 1.34 Keperluan nutrien untuk tumbuhan
68
Peranan dan Kesan Kekurangan Nitrogen, Fosforus, Kalium (NPK)
NPK perlu digunakan untuk mendapatkan hasil tanaman yang baik. Namun penggunaan NPK
yang tidak betul akan memberi kesan kepada tumbuhan. Jadual 1.15 menunjukkan kesan
kekurangan NPK.
Jadual 1.15 Peranan dan gejala kekurangan NPK
NUTRIEN PERANAN KESAN KEKURANGAN
Nitrogen (N) • Komponen utama klorofil • Tumbesaran terjejas
• Mempercepatkan tumbesaran tanaman • Klorosis pada urat daun
• Menggalakkan pembinaan tisu • Nekrosis pada tepi daun
Fosforus (P) • Mempercepatkan pengeluaran akar, • Warna merah atau ungu pada
bunga dan buah daun atau petiol daun
• Metabolisme kanji dan protein • Bahagian bawah daun
berubah daripada hijau kepada
kekuningan
Kalium (K) • Merangsang enzim proses fotosintesis • Tanda kekurangan bermula
dan respirasi pada daun tua
• Membantu pembinaan kanji dan protein • Klorosis antara urat daun
• Terlibat dalam sintesis kanji dan • Nekrosis tepi daun
karbohidrat
• Menggalakkan pengeluaran bunga
dan pembentukan buah
• Menggalakkan tumbesaran tisu meristem
Kekurangan Nitrogen (N) Kekurangan Fosforus (P)
Kekurangan Kalium (K) Nyatakan apakah faktor-faktor yang
boleh menyebabkan kekurangan
NPK?
69
PENGHASILAN BAJA ORGANIK
Penghasilan baja organik boleh mengurangkan kos dan tidak terlalu bergantung kepada produk baja
organik di pasaran. Sisa hasil tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran atau sisa tanaman yang
tidak digunakan boleh diguna semula untuk membuat baja organik. Selain itu larutan baja organik
juga boleh di buat daripada tulang atau kulit telur.
FERMENTED PLANT KAEDAH FERMENTED FRUIT
MENGHASILKAN
JUICES (FPJ) BAJA ORGANIK JUICES (FFJ)
FISH AMINO ACID (FAA) CALCIUM PHOSPHATE (CaP)
70
AKTIVITI 2
TAJUK: FERMENTED PLANT JUICES (FPJ)
BAHAN DAN ALATAN: Tumbuhan hijau atau sayur-sayuran, contoh: Kangkung, batang
pisang muda, pegaga, jantung pisang, putik manggis, gula merah,
kertas putih, gelang getah, bekas plastik, pisau,papan pemotong
dan mangkuk
KAEDAH PENGHASILAN LARUTAN BAJA:
123
Sediakan bahan-bahan dan Potong sisa tanaman bersaiz Gaulkan kangkung
peralatan yang diperlukan. antara 5-10cm. Timbang dan bersama-sama dengan
masukkan ke dalam mangkuk. gula merah dengan kadar 1:1.
56
Masukkan ke dalam bekas sehingga Tutup dengan penutup dan simpan
penuh dan tutup dengan kertas. Ikat di tempat redup selama 5–7 hari.
Tapis dan simpan di dalam bekas.
dengan gelang getah.
* Kadar penggunaan disyorkan ialah 2 ml pati ditambah dengan 1 liter air.
71
AKTIVITI 3
TAJUK: FERMENTED FRUIT JUICES (FFJ)
BAHAN DAN ALATAN: Buah-buahan yang masak dan manis-ciku, mangga, pisang,
dokong, betik dan lain-lain. Gula merah, kertas putih, gelang getah,
bekas plastik, pisau, papan pemotong dan mangkuk
KAEDAH PENGHASILAN LARUTAN BAJA:
12
Sediakan bahan-bahan dan peralatan Potong kecil buah. Gaulkan potongan
yang akan digunakan. buah dengan gula merah pada kadar 1:1.
4
3
Masukkannya dalam bekas dan tutup Tutup dengan penutup dan simpan di
dengan kertas. Ikat menggunakan tempat redup selama 5–7 hari. Tapis
gelang getah.
dan simpan di dalam bekas.
Buah epal tidak boleh digunakan
untuk membuat baja Fermented Fruit
Juices (FFJ). Bincangkan mengapa?
* Kadar penggunaan disyorkan ialah 2 ml pati ditambah dengan 1 liter air.
72
AKTIVITI 4
TAJUK: FISH AMINO ACID (FAA)
BAHAN DAN ALATAN: Ikan (contoh ikan yang boleh ialah ikan kembung, ikan sardin, ikan
tenggiri, ikan tongkol) gula merah, kertas putih, gelang getah, bekas
plastik, pisau, papan pemotong dan mangkuk
KAEDAH PENGHASILAN LARUTAN BAJA:
12
Sediakan bahan-bahan dan peralatan Potong ikan kepada saiz kecil. Gaul
yang digunakan. dengan gula merah dengan kadar 1:1.
4
3
Masukkan ke dalam bekas. Tutup Tutup dengan penutup botol dan simpan
dengan kertas dan ikat dengan di tempat redup selama 1 bulan. Tapis dan
gelang getah. simpan campuran baja di dalam bekas dan
tutup (jangan terlalu ketat).
* Kadar penggunaan disyorkan ialah 1 ml pati ditambah dengan 1 liter air.
73
AKTIVITI 5
TAJUK: CALCIUM PHOSPHATE (CaP)
BAHAN DAN ALATAN: Kulit telur, cuka beras, kertas putih, gelang getah dan bekas plastik.
KAEDAH PENGHASILAN LARUTAN BAJA:
12
Bakar kulit telur dan hancurkan. Campurkan kulit telur yang telah
3 dihancurkan dengan cuka beras pada
kadar 1:10.
4
Tutup dengan kertas dan ikat menggunakan Tutup dengan penutup botol dan simpan
gelang getah. di tempat redup selama 30 hari. Tapis dan
simpan campuran baja di dalam bekas dan
tutup (jangan terlalu ketat).
* Kadar penggunaan disyorkan ialah 1 ml pati ditambah dengan 1 liter air.
74