The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mzb, 2020-04-27 03:12:07

Tg4-Bab 2.1 PENTERNAKAN POLTRI

BAB PENGELUARAN POLTRI
2.0

Selepas mempelajari bab ini, murid akan dapat:

1. Meneroka sistem penternakan poltri secara komersial iaitu Sistem Separa Intensif,
Sistem Intensif dan Sistem Integrasi.

2. Menghuraikan satu sistem penternakan poltri secara komersial.
3. Mengkaji faktor-faktor yang menentukan pemilihan sistem penternakan iaitu jenis hasil

ternakan, peringkat umur ternakan, bilangan ternakan dan kemampuan kewangan.
4. Menganalisis faktor-faktor yang menentukan pemilihan sistem penternakan.
5. Menerangkan keperluan peralatan bagi sistem penternakan poltri secara komersial seperti

kipas, pemanas, penggera, penjana elektrik, jangka suhu, pengukur kelembapan (hygrometer)
dan pengukur kelajuan udara (air speed meter).
6. Menghuraikan keperluan persekitaran bagi sistem penternakan poltri secara komersial iaitu
pencahayaan, suhu, kualiti udara, pergerakan udara, pengalih udara, penyejukan, kesihatan
dan keselamatan.
7. Menganalisis isu dan cabaran yang biasa berlaku dalam pengeluaran poltri.
8. Menyenaraikan bahan dan peralatan untuk menyediakan perumahan ayam dan puyuh.
9. Melakar dan melabel reka bentuk satu unit perumahan ayam dan puyuh.
10. Melakar dan melabel pelan susun atur dalaman perumahan ayam dan puyuh.
11. Membina dan menyusun atur satu unit perumahan ayam atau puyuh.
12. Menyediakan perumahan untuk menternak ayam atau puyuh iaitu membersih reban dan
peralatan, menyusun bekas makanan dan minuman, memasang pemanas, memasang sumber
cahaya, memasang kepungan, melakukan fumigasi, memasang bidai dan memasukkan anak
ayam atau puyuh.
13. Menerangkan tempoh pemberian makanan mengikut jenis makanan ayam dan puyuh iaitu
makanan permulaan, makanan pembesaran dan makanan penamat.
14. Menghuraikan kandungan nutrisi berdasarkan jenis makanan ternakan.
15. Mengkaji formulasi makanan berdasarkan kadar pertumbuhan ternakan.
16. Menghasilkan satu program pemberian makanan, air dan vitamin untuk satu tempoh ternakan.
17. Mengurus aktiviti harian ternakan ayam/puyuh iaitu amalan sanitasi, pemberian makanan,
minuman, penjagaan kesihatan, memeriksa suhu reban dan merekod.
18. Memasarkan hasil selepas ternakan mencapai umur yang sesuai untuk dipasarkan.
19. Menghitung dan menganalisis Nisbah Penukaran Makanan (NPM).
20. Menghitung Penyata Untung Rugi, Pulangan Modal (PM) dan Titik Pulangan Modal (TPM)
berdasarkan rekod kewangan.
21. Menganalisis data daripada rekod kewangan.

83

PETA KONSEP

PENGELUARAN POLTRI

Unit 2.1
PENTERNAKAN POLTRI
• Sistem Ternakan Poltri
• Pemilihan Sistem Penternakan Poltri
• Keperluan Penternakan Poltri
Komersial
• Kesihatan dan Keselamatan
Penternakan Poltri
• Isu dan Cabaran Pengeluaran Poltri

Unit 2.2
PERUMAHAN POLTRI
• Bahan dan Peralatan Perumahan Poltri
• Reka Bentuk Perumahan Poltri

Unit 2.3
NUTRISI TERNAKAN POLTRI
• Jenis Makanan
• Tempoh Pemberian Makanan,
Minuman dan Vitamin
• Formulasi Diet Makanan Poltri

Unit 2.4
PENGURUSAN TERNAKAN

POLTRI
• Pengurusan Harian Poltri
• Pengurusan Pemasaran
• Pengurusan Rekod

84

85

PENGENALAN

Kegiatan penternakan secara terancang bermula pada awal zaman revolusi Neolitik iaitu sekitar
11,000 tahun yang lalu. Pada abad ke-16, penternakan diusahakan secara besar-besaran untuk
memenuhi permintaan dan menyumbang kepada sektor pengeluaran makanan. Penggunaan
teknologi dan sains moden dalam penternakan diperkenalkan sepenuhnya pada pertengahan abad
ke-18 bertujuan meningkatkan kualiti dan hasil ternakan.

Di Malaysia, penternakan awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk keperluan
ekonomi sara diri. Ekonomi sara diri bertujuan untuk menampung keperluan harian keluarga. Selain
sebagai sumber makanan, haiwan ternakan juga digunakan untuk membantu aktiviti pertanian
seperti membajak dan membawa hasil pertanian. Antara haiwan yang diternak seperti ayam, itik,
lembu dan kerbau. Pada abad ke-19, sistem ekonomi komersial telah diperkenalkan. Penternakan
telah menjadi sumber ekonomi utama yang diusahakan secara komersial. Rajah 2.0 menunjukkan
tujuan penternakan secara komersial.

Tujuan Penternakan

Makanan Minuman Pakaian atau Hiasan
(Daging dan Telur) (Susu) (Kulit dan Bulu)

Rajah 2.0 Tujuan penternakan

Dasar Pertanian Negara (DPN) yang diperkenalkan pada tahun 1984 telah mengalami
transformasi daripada sebuah sektor berproduktiviti rendah kepada sektor lebih berdaya saing dan
menyumbang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang lebih tinggi. Pada tahun 2000,
industri agromakanan telah menyumbang sebanyak RM11.9 bilion atau 3.3 peratus kepada KDNK.
Kadar pertumbuhan lebih tinggi dicapai iaitu sebanyak 4.7 peratus setahun dalam tempoh 2000-
2010. Pencapaian ini disumbangkan oleh peningkatan produktiviti industri ternakan, tanaman dan
perikanan iaitu dari 38.8 peratus kepada 46.4 peratus.

Penternakan poltri merupakan sektor ternakan yang mendapat permintaan tertinggi di dunia
berbanding dengan ternakan lain seperti lembu, kambing, bebiri, khinzir dan kerbau. Permintaan
ini disebabkan oleh sumber protein yang tinggi dan murah. Gambar foto 2.0 menunjukkan hasilan
utama penternakan poltri iaitu daging dan telur.

Definisi Poltri

Poltri ialah sejenis kumpulan burung atau ayam yang diternak khusus untuk mendapatkan sumber
daging dan telur. Poltri terdiri daripada ayam, puyuh, itik, ayam belanda dan angsa. Antara jenis
poltri yang popular diternak ialah ayam dan puyuh.

Gambar foto 2.0 Hasilan utama poltri-daging dan telur

86

Industri Poltri di Malaysia

Terdapat lima negara utama pengeluaran ternakan poltri di Asia Tenggara iaitu Thailand, Indonesia,
Malaysia, Filipina dan Vietnam (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, 2015). Industri
poltri di Malaysia merupakan penyumbang ekonomi terbesar kepada industri ternakan negara.
Antara jenis poltri yang popular diternak ialah ayam dan puyuh. Kedua-dua ternakan telah
menunjukkan peningkatan permintaan terutamanya ayam seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.0
(Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2016).

Jadual 2.0 Industri poltri Malaysia

Tahun Industri Poltri Malaysia

1960 Industri poltri bermula secara komersial

1984 Industri poltri tempatan telah mencapai tahap sara diri
2005 sebanyak 100 peratus hasilan telur dan daging
Permintaan poltri ialah sebanyak 980.5 tan metrik

2014 Tahap sara diri bagi daging telah meningkat sebanyak
136.4 peratus, manakala telur pula sebanyak
138.4 peratus

2015 Permintaan poltri meningkat kepada 1415.17 tan metrik

PENTERNAKAN POLTRI - AYAM

Penternakan ayam merupakan komponen terbesar dalam sektor penternakan negara. Ayam
pedaging dan ayam penelur diternak secara besar-besaran berbanding dengan ayam kampung.
Pada tahun 2014, bilangan ayam pedaging diternak ialah sebanyak 293 juta ekor dan sebanyak
11,683 juta biji telur ayam dihasilkan oleh ayam penelur (Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani, 2016). Permintaan daging ayam dijangka terus meningkat daripada 1.4 juta tan metrik
pada tahun 2010 kepada 1.8 juta tan metrik pada tahun 2020 dengan pertumbuhan sebanyak 2.4
peratus setahun (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, 2016). Pengeluar utama hasilan
penternakan ayam ialah Johor, Sarawak dan Perak. Sebanyak 70 peratus ayam pedaging adalah
untuk pasaran tempatan dan selebihnya dieksport ke Singapura, Hong Kong, Brunei dan Jepun.
Penternakan ayam komersial terbahagi kepada tiga iaitu ayam pedaging (Broiler), ayam penelur
(Layers) dan ayam kampung.

Ayam Pedaging (Broiler) Gambar foto 2.1: Ayam pedaging jenis
Arbor Acres
Ayam Pedaging (Broiler) ialah ayam yang menghasilkan
daging. Ayam pedaging mempunyai tumbesaran yang Laman
cepat iaitu antara lima hingga tujuh minggu, saiz badan ICT
yang besar, bentuk dada lebar dan penuh daging dengan
berat badan sehingga mencecah 2.5kg pada masa Industri poltri-Jabatan
dipasarkan. Ayam pedaging mudah terdedah kepada Perkhidmatan Veterinar
serangan penyakit. Antara jenis ayam pedaging ialah
Arbor Acres, Ross, Cobb, Hubbard Rhode Island Red
dan New Hemshire. Gambar foto 2.1 merupakan jenis
ayam pedaging Arbor Acres yang popular diternak
di Malaysia.

87

Ayam Penelur (Layers)

Ayam Penelur (Layers) ialah ayam yang menghasilkan telur.Ayam penelur cepat matang, pemakanan
yang efisien dan menghasilkan kurang bekalan daging. Pengeluaran ayam telur akan mengambil
masa antara 20-75 minggu selepas pembesarannya. Kebiasaannya, seekor ayam penelur boleh
menghasilkan sehingga 280 biji telur sepanjang tempoh 2 tahun di dalam reban bergantung kepada
jenis baka. Antara jenis ayam penelur ialah Lohman, Isa Brown dan Goldern Comet. Gambar foto 2.2
ialah ayam penelur jenis Lohman.

Ayam Kampung

Ayam kampung tidak mempunyai perbezaan antara ayam kampung pedaging dan ayam kampung
penelur. Penternakan ayam kampung yang dahulunya diternak secara sara diri kini menjadi
komersial disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat. Gambar foto 2.3 menunjukkan
ayam kampung pedaging yang diternak secara komersial melalui penternakan intensif.

Gambar foto 2.2 Ayam penelur jenis Gambar foto 2.3 Ayam kampung
Lohman pedaging

PENTERNAKAN POLTRI - PUYUH

Penternakan puyuh masih diusahakan secara kecil-kecilan dan tradisional. Puyuh terbahagi kepada
puyuh pedaging dan puyuh penelur. Penternakan puyuh tidak memerlukan kawasan yang luas.
Puyuh pedaging dipasarkan selepas 30 hari mengikut saiz serta berat yang dikehendaki. Manakala,
puyuh penelur bertelur ketika berumur 40-42 hari dengan menghasilkan telur sehingga 280 biji
setahun bergantung kepada jenis baka. Penternakan puyuh tidak memerlukan modal besar dan
pengurusan harian yang mudah disebabkan daya tahan penyakit yang tinggi. Antara jenis puyuh
yang diternak ialah American Bobwhite, California Quail, Common Quail, Rail Quail, Chinese
Painted Quail, Japanese Quail, France Quail dan Institut Kemajuan Ternakan Ayam (puyuh
IKTA). Jadual 2.1 menunjukkan perbezaan di antara puyuh jantan dengan puyuh betina yang mulai
diketahui apabila berumur 21 hari.

Jadual 2.1 Perbezaan puyuh jantan dan puyuh betina

Perkara Puyuh Jantan Puyuh Betina

Kepala dan Berwarna coklat gelap dan Berwarna coklat terang dan
muka bahagian rahang berwarna gelap bahagian rahang bawah putih
Bulu dada
Berwarna kuning Terdapat tompokan warna hitam
Saiz badan Kecil atau coklat
Pergerakan Sangat aktif Besar
Kurang aktif

INFO TAMBAHAN
Ayam kampung merupakan ayam asli atau tempatan. Generasi pertama ayam kampung ialah
keturunan ayam hitam merah (Gallus gallus).

88

UNIT PENTERNAKAN POLTRI

2.1

89

2.1.1 SISTEM TERNAKAN POLTRI

Sistem penternakan merupakan perkara asas yang perlu diketahui sebelum memulakan penternakan
poltri. Pemilihan sistem penternakan yang bersesuaian membolehkan ternakan diurus dengan baik,
mewujudkan persekitaran yang selesa, tumbesaran yang terkawal, pengeluaran yang berkualiti dan
penggunaan teknologi berkesan.

Teknologi memainkan peranan penting dalam penternakan poltri dan mempengaruhi
keseluruhan pengurusan penternakan serta produktivitinya. Pengaruh teknologi dapat dilihat
dengan jelas melalui sistem penternakan intensif reban tertutup. Penggunaan teknologi ini bukan
sahaja mampu meningkatkan pengeluaran ternakan tetapi dapat memelihara persekitaran daripada
pelbagai aspek pencemaran. Gambar foto 2.4 menunjukkan teknologi reban tertutup dan mesin
pengumpulan telur yang digunakan dalam sistem penternakan intensif ayam penelur moden.

Gambar foto 2.4 Teknologi sistem penternakan intensif ayam penelur moden

Sistem penternakan mampu untuk mempengaruhi keuntungan penternakan poltri. Namun,
terdapat juga beberapa faktor lain yang mempengaruhi daya maju penternakan poltri iaitu:

1. Ketidakstabilan harga di pasaran
2. Kos makanan dan peralatan reban
3. Keadaan cuaca dan serangan pelbagai penyakit
4. Ternakan sentiasa memerlukan persekitaran yang selesa untuk pertumbuhan yang baik
5. Penternakan memerlukan perancangan yang teliti bermula daripada peringkat penubuhan

ladang, pengurusan harian sehingga ternakan dipasarkan

KONSEP PERLADANGAN TERNAKAN
Terdapat dua konsep perladangan ternakan yang diamalkan iaitu perladangan kontrak dan
perladangan bukan kontrak. Perladangan kontrak bermaksud penyaluran hasil kepada syarikat atau
agensi tertentu berdasarkan nilai kontrak yang telah dipersetujui. Syarikat atau agensi juga akan
membantu untuk menyediakan kemudahan ternakan dan bantuan teknikal. Risiko penternakan,
pengeluaran dan pemasaran dikongsi bersama syarikat atau agensi terbabit. Antara syarikat yang
mengamalkan konsep perladangan kontrak ialah Ayamas/KFC Breeder Farm Sdn. Bhd, CP Farm
Sdn. Bhd, Dindings Breeder Sdn. Bhd dan Leong Hup Poultry Farm (Jabatan Perkhidmatan
Veterinar, 2011).

90

JENIS PENTERNAKAN POLTRI

Setiap jenis penternakan poltri memerlukan kaedah penternakan yang berbeza. Perbezaan ini banyak
dipengaruhi oleh kemajuan teknologi. Secara umumnya, perbezaan tersebut terdiri daripada aspek
perumahan ternakan, pemberian makanan, pemberian minuman dan pengurusan harian. Rajah 2.1
menunjukkan jenis sistem penternakan poltri secara komersial.

JENIS SISTEM PENTERNAKAN POLTRI

Separa Intensif Intensif Integrasi

Lepas Bebas Sangkar Ternakan Ayam
Reban Mudah Lantai Tinggi dengan Ikan
Sarap Tebal
Alih Ternakan Ayam
dengan Tanaman

Reban Tertutup

Rajah 2.1 Jenis sistem penternakan poltri

SISTEM PENTERNAKAN SEPARA INTENSIF Gambar foto 2.5
Reban mudah alih
Sistem penternakan separa intensif merujuk kepada sistem
penternakan yang mempunyai keluasan ruang berpagar Gambar foto 2.6 Sistem
di sekeliling reban. Nisbah minimum keluasan reban dan penternakan intensif
ruang berpagar ialah 3:7 (3 bahagian bangunan, 7 bahagian
kawasan berpagar). Kawasan lapang lebih luas adalah Laman
lebih baik untuk ternakan. Kadar muatan yang optimum ICT
sebuah reban ialah 18 ekor untuk setiap satu meter persegi.
Ternakan berada di dalam reban pada waktu malam dan di Reban mudah alih
luar reban pada waktu siang. Gambar foto 2.5 menunjukkan
reban mudah alih.

SISTEM PENTERNAKAN INTENSIF

Sistem penternakan intensif ialah ternakan berada di dalam
reban secara berterusan atau sepanjang masa. Keperluan
disediakan sepenuhnya dengan menggunakan teknologi
terkini seperti peralatan pemberian makanan dan minuman
automatik. Selain itu, kawalan penyakit dan perosak juga
diurus dengan baik dan berkesan. Kadar muatan maksimum
dalam sebuah reban ialah 12 ekor untuk setiap satu meter
persegi. Gambar foto 2.6 menunjukkan sistem penternakan
intensif reban tertutup moden untuk ayam pedaging.

91

Terdapat empat jenis sistem penternakan intensif. Rajah 2.2 menunjukkan jenis sistem penternakan
intensif yang kebiasaannya diamalkan oleh penternak poltri.

SISTEM PENTERNAKAN INTENSIF

Sangkar Lantai Tinggi Sarap Tebal Reban Tertutup
- Kebiasaannya, sistem - Lantai reban - Lantai reban - Reban tertutup

penternakan sangkar dinaikkan sehingga diperbuat sepenuhnya sepanjang
digunakan untuk 1.8meter dari paras daripada ternakan berada di dalam
ternakan jenis penelur tanah konkrit dan reban
- Bertujuan memudahkan - Kebiasaannya, lantai ditutupi dengan - Menggunakan teknologi
pengurusan ternakan dan diperbuat daripada sarap terkini iaitu pengurusan
pengumpulan hasil kayu berketam - Jenis sarap reban dan ternakan secara
- Jumlah ternakan dalam berukuran 254mm x yang biasa automatik
sangkar sangat terhad 254mm dan diatur digunakan ialah - Reban terdiri daripada
- Reka bentuk sangkar jarak 254mm antara ketam kayu, reban sarap tebal, lantai
terdiri daripada jenis dua kayu atau jerami dan tinggi dan sangkar
bertingkat, bersekat dan menggunakan sekam padi - Mempunyai pengudaraan
tanpa sekatan dawai mata - Sarap diisikan yang baik, persekitaran
- Bahan sangkar diperbuat punai (BRC) setebal selesa dan kawalan
daripada dawai mata berukuran 80–100mm keselamatan yang
punai (BRC) 254mm x 254mm dari lantai berkesan
- Reka bentuk reban yang
Rajah 2.2 Sistem penternakan intensif ringkas menggunakan
struktur besi dan
aluminium

SISTEM PENTERNAKAN INTEGRASI

Sistem penternakan integrasi ialah satu konsep penternakan yang menggabungkan kegiatan
pertanian, penternakan dan perikanan di dalam sebuah kawasan. Sistem ini merupakan satu kitaran
antara ternakan dan tanaman iaitu penternak memanfaatkan kotoran ternakan sebagai bahan organik
untuk tanaman dan ikan. Antara empat hasil utama sistem penternakan integrasi ialah sumber
makanan (daging dan telur), membekal makanan (ikan dan tanaman), biogas dan baja organik.
Gambar foto 2.7 menunjukkan sistem penternakan integrasi antara ternakan ayam dengan ikan.

Laman
ICT

Teknologi reban tertutup

Laman
ICT

Sangkar ayam penelur

Gambar foto 2.7 Sistem penternakan ayam dengan ikan
92

Perbezaan Sistem Separa Intensif dan Sistem Intensif Untuk Penternakan Ayam
Kampung Komersial.

Pemilihan sistem penternakan poltri bergantung kepada jenis ternakan. Terdapat empat faktor utama
yang membezakan ketiga-tiga sistem penternakan poltri seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.2.

Jadual 2.2 Perbezaan jenis sistem penternakan

Jenis Sistem Keluasan Sistem Konsep Kepadatan
Penternakan Kawasan Pengurusan Perumahan dan Ternakan
Penternakan Sedikit/mengikut
Integrasi Reka Bentuk keluasan reban
Separa
Intensif Kawasan yang Sederhana Sederhana
Intensif lebih luas

Sederhana Sederhana Reka bentuk reban Banyak ternakan
Kecil Sistematik dan lebih ringkas boleh diternak
berteknologi Lebih Rumit Sedikit/mengikut
keluasan reban

Kebaikan dan Kelemahan Sistem Penternakan

Penternakan ayam kampung secara komersial berbeza dengan penternakan ayam pedaging
dan penelur. Penternakan ayam kampung boleh menggunakan kesemua sistem penternakan iaitu
separa intensif, intensif atau integrasi. Walau bagaimanapun, ayam kampung sangat sesuai dengan
sistem penternakan separa intensif disebabkan oleh habitat semula jadinya dan ketahanan penyakit.
Kebaikan dan kelemahan sistem penternakan separa intensif dan intensif untuk ayam kampung
adalah seperti di bawah:

SISTEM PENTERNAKAN
SEPARA INTENSIF

Kebaikan Kelemahan
1. Bentuk reban yang bebas 1. Kadar produktiviti rendah
2. Ayam dibiarkan bebas atau lepas (keluar pagi 2. Kehilangan ayam oleh pemangsa tinggi
dan masuk ke reban di waktu malam) 3. Ayam menjadi liar dan tidak masuk ke dalam
3. Ayam mencari makan tambahan sendiri
4. Kos dan penyelenggaraan yang murah reban
5. Kurang pengawasan 4. Ayam bertelur dan menetaskan anak secara

tidak terkawal

SISTEM PENTERNAKAN INTENSIF

Kebaikan Kelemahan
1. Bentuk reban yang luas 1. Jumlah ayam terhad dalam satu reban
2. Kadar produktiviti lebih baik
3. Ayam lebih senang diurus kecil atau sangkar iaitu seekor jantan
4. Kehilangan ayam tidak terjadi kerana bersamaan 6 ekor betina
2. Kos peralatan dan penyelenggaraan lebih
sepanjang masa di dalam reban tinggi
3. Kos pemberian makanan yang tinggi

93

2.1.2 PEMILIHAN SISTEM PENTERNAKAN POLTRI

Pengeluaran hasil ternakan yang optimum memerlukan pemilihan sistem penternakan yang
bersesuaian bertujuan memudahkan pengurusan harian ternakan, pengawalan dan pencegahan
penyakit, keselamatan dan hasilan berkualiti. Rajah 2.3 menunjukkan faktor pemilihan sistem
penternakan poltri.

Jenis Hasil Peringkat
Ternakan Umur

Ternakan

PEMILIHAN
SISTEM

PENTERNAKAN
POLTRI

Bilangan Kemampuan
Ternakan Kewangan

Rajah 2.3 Faktor pemilihan sistem penternakan poltri

JENIS HASIL TERNAKAN
Jenis hasil ternakan banyak mempengaruhi sistem penternakan poltri. Terdapat empat jenis ternakan
poltri komersial iaitu ayam pedaging, ayam penelur, ayam kampung dan puyuh. Keutamaan sistem
penternakan adalah berbeza bergantung kepada penternak.

Ayam Pedaging dan Penelur-Sistem Penternakan Intensif
Penternakan ayam pedaging dan ayam penelur sesuai menggunakan sistem penternakan intensif.
Sistem ini membolehkan ternakan diawasi sepanjang masa dan memudahkan pengurusan seperti
pemberian makanan dan minuman. Kawalan dan pencegahan penyakit juga lebih berkesan.
Hasil ternakan diperoleh dengan cepat dan berkualiti. Rajah 2.4 menunjukkan perbezaan konsep
perumahan ayam pedaging dan ayam penelur.

AYAM KOMERSIAL

Ayam pedaging akan berada di dalam reban Ayam penelur pula akan ditempatkan di dalam
sepanjang masa iaitu dari peringkat perindukan sangkar pada peringkat pengeluaran
dan tumbesaran sehingga ke peringkat untuk
dipasarkan

Rajah 2.4 Konsep perumahan ayam komersial

Puyuh Pedaging dan Penelur-Sistem Penternakan Intensif

Puyuh lebih sesuai menggunakan sistem penternakan intensif kerana pemberian makanan yang
mudah dan tidak memerlukan pengawasan sepanjang masa. Puyuh juga tidak memerlukan kawasan
luas dan berteknologi. Konsep rebannya lebih ringkas sama ada puyuh pedaging atau penelur.

94

Ayam Kampung - Sistem Penternakan Separa Intensif
Ternakan bebas bergerak di dalam kawasan luas yang dipagari. Kawasan turut menempatkan reban
yang membolehkan ayam bebas keluar dan masuk. Sistem penternakan separa intensif sesuai untuk
ayam kampung kerana ia tidak memerlukan pengawasan sepanjang masa. Ternakan juga tahan
daripada ancaman penyakit. Penternakan ayam kampung lebih kepada konsep semula jadi serta
tidak memerlukan reban yang berteknologi. Tambahan pula permintaan untuk ayam kampung lebih
rendah berbanding ayam pedaging dan penelur. Rajah 2.5 menunjukkan sistem penternakan separa
intensif.

Ayam akan berada
di luar reban pada
waktu siang

Ayam akan berada
di dalam reban
pada waktu malam

Rajah 2.5 Sistem penternakan separa intensif untuk ayam kampung

PERINGKAT UMUR TERNAKAN
Tumbesaran ternakan dibahagikan kepada peringkat perindukan, peringkat pembesaran dan
peringkat pengeluaran. Sistem sarap tebal digunakan untuk keselesaan ternakan pada peringkat
perindukan. Ternakan akan berada dalam kawasan kepungan dengan jumlah bilangan lebih kecil.
Semasa peringkat pembesaran, ternakan bebas bergerak dalam kawasan reban. Manakala, ayam
penelur ditempatkan di dalam sangkar apabila telah berada pada peringkat pengeluaran.
BILANGAN TERNAKAN
Jumlah ternakan yang banyak memerlukan pengawasan, keselamatan dan kawalan rapi. Sistem
penternakan intensif sangat sesuai kerana ia memudahkan pengurusan aktiviti penternakan harian
dan tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk mengendalikan penternakan. Pengawalan
dan keselamatan lebih minimum serta pengeluaran hasil yang lebih berkualiti.

KEMAMPUAN KEWANGAN
Sistem penternakan intensif memerlukan modal besar berbanding dengan sistem penternakan
separa intensif. Sistem penternakan intensif banyak menyumbang kepada peningkatan pengeluaran
dan kualiti. Penggunaan sistem penternakan intensif memerlukan perbelanjaan yang besar untuk
menyediakan perumahan ternakan, penggunaan peralatan reban secara automatik terutamanya
pemberian makanan, minuman dan mesin pengumpul telur. Konsep reban tertutup memerlukan
pengudaraan dan persekitaran yang baik dengan menggunakan peralatan moden dan berteknologi.
Sistem ini juga perlu lebih terancang dan mematuhi piawaian antarabangsa seperti Amalan
Penternakan Yang Baik (GAHP).

95

Pemilihan sistem penternakan poltri penting untuk memastikan tumbesaran dan kualiti ternakan,
pengurusan harian yang mudah, penjagaan kesihatan dan kawalan keselamatan yang berkesan serta
hasil pengeluaran yang optimum. Sistem penternakan intensif merupakan sistem penternakan yang
berkesan dan kompetitif dalam penternakan poltri. Rajah 2.6 menunjukkan beberapa faktor yang
mempengaruhi pemilihan sistem penternakan intensif.

Jumlah
Ternakan

Keselamatan Kewangan

Kesihatan FAKTOR Persekitaran
Reka Bentuk PEMILIHAN Teknologi

Reban SISTEM Pengudaraan
Peralatan PENTERNAKAN

INTENSIF

Suhu Pencahayaan

Kualiti Udara

Rajah 2.6 Faktor pemilihan sistem penternakan intensif

AKTIVITI 1

Bincang dan analisis maklumat isu dan faktor pemilihan sistem penternakan intensif
dan membandingkan sistem reban tertutup dengan reban terbuka untuk ayam pedaging.

96

2.1.3 KEPERLUAN PENTERNAKAN POLTRI
KOMERSIAL

Keperluan penternakan poltri merujuk kepada keperluan peralatan dan persekitaran di dalam reban
seperti peralatan pemberian makanan dan minuman, sistem pengudaraan, penjagaan kesihatan dan
kawalan keselamatan. Keperluan ini dipengaruhi oleh keluasan ladang ternakan, lokasi ladang
dan jenis sistem reban. Ia bertujuan untuk memastikan ternakan dapat diurus dengan teratur dan
sistematik, keselesaan dan tumbesaran ternakan yang baik, kawalan penyakit dan keselamatan
dapat dipertingkatkan serta boleh meningkatkan produktiviti pengeluaran hasil ternakan. Rajah 2.7
menunjukkan keperluan peralatan penternakan poltri yang dipengaruhi oleh jenis ternakan dan
sistem penternakan digunakan.

KEPERLUAN PERALATAN PENTERNAKAN

Jenis Poltri Sistem Penternakan

Ayam Pedaging Separa Intensif
Ayam Penelur Intensif
Ayam Kampung Integrasi

Puyuh

Rajah 2.7 Keperluan peralatan penternakan

PERALATAN SISTEM PENTERNAKAN

KIPAS EKZOS
Kipas ekzos penting dalam perumahan ternakan. Reban tertutup jenis lantai tinggi memerlukan
kipas ekzos pada setiap tingkat bertujuan untuk pengudaraan di dalam reban dan pengeringan
buangan ternakan pada bahagian bawah. Gambar foto 2.9 menunjukkan kipas ekzos.

Gambar foto 2.9 Kipas ekzos

97

ALAT PEMANAS

Alat Pemanas yang biasa digunakan ialah pemanas gas, elektrik atau lampu pijar yang dipasang
sebagai unsur haba. Bilangan ternakan perlu bersesuaian dengan jenis alat pemanas yang digunakan.
Alat pemanas gasolec hoover berkuasa 30, 000 BTU perlu digantung di tengah-tengah kepungan
supaya haba tersebar dengan sekata. Gambar foto 2.10 menunjukkan alat pemanas gasolec hoover.

Gambar foto 2.10 Alat pemanas gasolec hoover

PENGGERA ATAU SISTEM AMARAN

Alat penggera bertujuan untuk memberi amaran kecemasan (siren loceng berbunyi) apabila berlaku
gangguan peralatan atau tidak berfungsi. Alat ini perlu dipasang di reban, pejabat dan rumah
penternak atau pekerja untuk tindakan segera sekiranya berlaku amaran.

PENJANA ELEKTRIK
Penjana elektrik bertujuan membekalkan elektrik jika bekalan utama terputus. Penjana elektrik
disambung kepada panel kawalan automatik untuk digerakkan secara automatik sebaik sahaja
bekalan utama terputus. Pemilihan penjana elektrik yang senyap penting supaya tidak mengganggu
ternakan dan penduduk sekitar.

JANGKA SUHU

Jangka suhu digunakan untuk mengetahui suhu di dalam reban. Kebiasaannya, jangka suhu
diletakkan di beberapa bahagian dalam reban pada paras ketinggian ayam dan disambungkan
kepada panel kawalan automatik. Ini bertujuan untuk merekodkan paras suhu dalam reban dari
masa ke masa.

PENGUKUR KELEMBAPAN (HIGROMETER)

Pengukur kelembapan atau higrometer digunakan bertujuan untuk menentukan tahap kelembapan
atmosfera di dalam reban. Jadual 2.3 menunjukkan tahap kelembapan dan suhu yang sesuai dengan
keperluan ayam di dalam reban.

Jadual 2.3 Tahap kelembapan dan suhu dalam reban

Suhu yang Kelembapan Reban pada Laman
sesuai untuk Higrometer (%) ICT
anak ayam
40% 50% 60% 70% 80% Peralatan poltri
(0C) Suhu Reban pada
Higrometer (0C) Laman
ICT
30 36.0 33.2 30.8 29.2 27.0
Pengenalan kepada peralatan poltri
28 33.7 31.2 28.9 27.3 26.0 dari Syarikat Georgia

27 32.5 29.9 27.7 26.0 24.0

26 31.3 28.6 26.7 25.0 23.0

25 30.2 27.8 25.7 24.0 23.0

24 29.0 26.8 24.8 23.0 22.0

98

PANEL KAWALAN AUTOMATIK

Panel sistem kawalan automatik disambungkan pada pengesan peralatan seperti kipas, peralatan
makanan, motor pad penyejuk udara, lampu dan generator yang digerakkan secara automatik.
Panel kawalan diletakkan di lokasi yang sesuai terutamanya di pintu masuk hadapan bahagian luar
atau dalam reban. Gambar foto 2.11 menunjukkan panel kawalan automatik yang kebiasaannya
digunakan untuk sistem penternakan intensif reban tertutup.

Gambar foto 2.11 Panel kawalan automatik

PENGUKUR KELAJUAN ANGIN (AIR SPEED METER)
Pengukur kelajuan angin bertujuan mengetahui pergerakan angin di dalam reban untuk memastikan
keadaan angin tidak mengganggu keselesaan ternakan. Gambar foto 2.12 menunjukkan contoh
pengukur kelajuan angin bagi menentukan kelajuan dan pergerakan angin terutamanya di dalam
reban.

Gambar foto 2.12 Pengukur kelajuan angin

BEKAS DAN ALATAN MAKANAN
Bekas dan alatan yang digunakan secara automatik ialah pan feeder, auger feeder dan chain feeder,
manakala jenis manual adalah jenis hanging hopper.

Bekas makanan ternakan automatik jenis Bekas makanan ternakan jenis hanging
pan feeder hopper

BEKAS DAN ALATAN MINUMAN

Peralatan minuman jenis automatik dikenali sebagai nipple drinker, manakala jenis manual
ialah plasson bell drinker. Penggunaan peralatan minuman secara tergantung lebih menjimatkan
penggunaan ruang lantai reban, tidak perlu dicuci setiap hari, mengelakkan daripada air tumpah
dan mampu untuk mengelakkan pencemaran air minuman daripada tinja ayam.

99

BEKAS DAN ALATAN PUYUH

Keperluan untuk menternak puyuh tidak rumit berbanding ayam. Peralatan yang digunakan oleh
puyuh kebiasaannya menyamai peralatan yang digunakan oleh ayam. Antara peralatan yang
diperlukan untuk penternakan puyuh ialah:

1. Bekas makanan dulang (anak puyuh) dan palung (puyuh dewasa)

Bekas dulang makanan Bekas makanan palung

2. Bekas minuman yang boleh diletakkan di atas lantai atau digantung

Bekas minuman letak Bekas minuman gantung

3. Bidai digunakan menutup reban terutamanya sewaktu perindukan
4. Alat pemanas jenis hoover (1 hoover bersamaan 1000 ekor puyuh) atau lampu pijar elektrik

berkuasa 15 watt bersamaan 50 ekor puyuh atau lampu minyak

Lampu pijar elektrik digunakan sebagai kuasa haba

5. Habuk papan dan alat pembentuk untuk reban lantai bawah
6. Kertas yang digunakan untuk alas lantai semasa perindukan jika menggunakan lantai atas
7. Guli atau batu yang dimasukkan dalam bekas minuman bagi mengelakkan anak puyuh masuk

ke dalam

100

KEPERLUAN PERSEKITARAN

Persekitaran sistem penternakan poltri perlu diberi perhatian untuk memastikan hasil yang baik dan
berkualiti. Rajah 2.8 menunjukkan antara faktor keperluan persekitaran puyuh.

FAKTOR KEPERLUAN PERSEKITARAN

Pencahayaan Suhu Pengudaraan Sistem Penyejuk

Rajah 2.8 Faktor keperluan persekitaran

PENCAHAYAAN

Tahap cahaya dalam reban perlu dikawal kerana cahaya yang banyak dan terang menyebabkan
ternakan bergerak aktif membazirkan tenaga, mengurangkan kecekapan pemakanan dan menurunkan
tumbesaran ternakan. Kawalan cahaya juga bertujuan untuk mengelakkan kejadian patuk mematuk
dan kecederaan terhadap ternakan. Lampu untuk pencahayaan dalam reban kebiasaannya berwarna
oren. Tahap terang cahaya di dalam reban ialah antara 5-25 watt.

Keberkesanan cahaya ke atas ternakan bergantung kepada intensiti dan tempoh siang dan
malam. Kegelapan yang berpanjangan boleh merosakkan mata ayam. Pengaturan cahaya lebih
mudah dilakukan di dalam reban tertutup berbanding reban terbuka. Keperluan cahaya untuk reban
terbuka hanya diperlukan pada waktu malam. Kadar 1 watt bagi satu meter persegi keluasan lantai
adalah sesuai dengan ketinggian 2.40 meter dari lantai.

SUHU

Suhu memainkan peranan penting dalam penentuan jenis reban. Kawasan yang mempunyai iklim
panas dan suhu yang tinggi perlu menggunakan reban jenis tertutup dan menggunakan lantai (dawai
mata punai, BRC). Suhu yang sesuai untuk ayam pedaging pada peringkat perindukan dalam
lingkungan 23-35°C. Keadaan suhu ini perlu sentiasa dipantau mengikut keselesaan ternakan.
Manakala, pada peringkat pembesaran ayam ialah 23-26°C. Suhu yang sesuai dapat dilihat daripada
kelakuan dan taburan anak ayam dalam ruang perindukan. Sumber haba dipasang 24 jam secara
berterusan pada minggu pertama perindukan. Rajah 2.9 menunjukkan Keadaan taburan anak ayam
di bawah alat pemanas.

Alat Arahan angin Alat
pemanas pemanas

Anak Suhu Sejuk Anak Suhu yang Ideal
ayam ayam

Suhu Terlalu Tinggi Suhu Tidak Serata -
terdapat tiupan angin

kencang

Rajah 2.9 Keadaan taburan anak ayam di bawah alat pemanas

101

Pada minggu berikutnya sumber haba dipasang pada waktu malam mengikut keperluan.
Bumbung reban juga mempengaruhi keadaan suhu. Bumbung reban yang tinggi dan dibina dengan
menggunakan bahan seperti aluminium, zink atau nipah mampu untuk menghalang haba dan
membalikkan haba untuk mengurangkan kepanasan. Bumbung bertingkat atau bentuk dua lapis
sangat sesuai untuk mengurangkan kepanasan dalam reban dan memperbaiki pengudaraan.
Gambar foto 2.13 menunjukkan contoh reka bentuk bumbung untuk pengudaraan yang baik.

Gambar foto 2.13 Reka bentuk bumbung penting untuk pengudaraan yang baik

PENGUDARAAN

Pengudaraan dalam reban penting untuk memastikan keselesaan ternakan sepanjang masa. Udara
perlu bergerak bebas dan tidak mempunyai halangan serta bersih. Pembinaan reban di kawasan
tinggi mempunyai pengudaraan baik dan terlindung daripada pokok besar. Reka bentuk reban di
Malaysia hendaklah disesuaikan untuk mengurangkan kepanasan dan menyediakan pengudaraan
yang baik. Pengawalan kualiti udara perlu bertujuan untuk mengeluarkan haba berlebihan dari
dalam reban dan mengeringkan kelembapan pada bahan sarap dan lantai, menghilangkan bau serta
menghapuskan gas ammonia yang terkumpul. Ia juga bertujuan untuk membekalkan pengudaraan
yang bersih dan menjamin kesihatan ternakan dan manusia.

Kelajuan angin yang digerakkan oleh kipas ekzos sebagai satu alat pengaliran udara
memberikan kesan kepada penurunan suhu kepada ternakan. Kipas ekzos sangat penting untuk
pengudaraan di dalam reban terutamanya reban tertutup. Kipas ekzos berfungsi untuk mengawal
pengudaraan, membantu penukaran udara dan menyedut udara luar masuk ke dalam reban. Sistem
pengudaraan bergantung kepada jenis reban:

1. Reban terbuka - Peredaran udara persekitaran reban dan semburan halus air
2. Reban tertutup - Sistem tekanan udara positif (kipas berfungsi mengalirkan udara dan

menyedut udara) dan sistem tekanan negatif (kipas berfungsi
menyalurkan udara dan membebaskan udara keluar)

Kipas Udara
ekzos masuk

Udara Udara
keluar masuk
102 Pad penyejuk
Sistem pengudaraan di dalam reban ternakan

SISTEM PENYEJUK

Terdapat dua kaedah pengudaraan di dalam reban iaitu pengudaraan terowong tanpa pad penyejuk
dan pengudaraan terowong dengan sistem pad penyejuk. Pengudaraan terowong tanpa pad penyejuk
mampu untuk menurunkan suhu reban antara 4-7°C iaitu lebih rendah berbanding suhu di luar.
Lubang udara yang dibina pada bahagian depan dan kipas pada bahagian belakang reban lebih
sesuai untuk menyejukkan ternakan. Pengudaraan terowong dengan sistem penyejukan mampu
untuk menurunkan suhu reban dari 6-12°C berbanding suhu di luar reban. Gambar foto 2.14
menunjukkan semburan kabus ke udara reban.

Gambar foto 2.14 Semburan kabus ke udara reban

Tiga kaedah penyejukan udara yang kebiasaannya digunakan dalam reban ternakan ialah:

1. Menggunakan pad penyejuk yang diperbuat daripada selulosa
2. Semburan kabus terus ke udara dalam reban bertujuan memastikan kelembapan reban

mengikut keperluan ternakan
3. Semburan air halus ke atas sistem lipatan bidai jaring yang dipasang pada dinding reban

Pad penyejukan dipasang pada ketinggian antara 200-300mm daripada paras lantai. Jika
menggunakan lipatan bidai plastik dan semburan kabus, hendaklah mengikut saiz yang bersesuaian.
Jaring nurseri bersaiz 16mm lebih sesuai kerana mampu memerangkap butir air yang disembur
dengan lebih baik. Bumbung berukuran 760-900mm lebar dipasang di bahagian pad penyejuk bagi
mengelakkan kesan cahaya panas dan hujan yang memudahkan pad rosak atau berkulat. Jaring
yang halus dipasang di bahagian luar pada jarak 900mm dari pad penyejuk bagi menghalang habuk
atau kotoran disedut bersama-sama udara yang masuk melalui pad.

Jaring nurseri Pad penyejukan reban ternakan

103

2.1.4 KESIHATAN DAN KESELAMATAN
PENTERNAKAN POLTRI

KKEESISHIAHTAATNAN

Ternakan yang sihat dan berkualiti mempunyai ketahanan melawan penyakit. Pemeriksaan kesihatan
ternakan setiap hari penting untuk tindakan awal mengawal penyakit daripada merebak. Program
kesihatan terhadap ternakan dilakukan sebagai langkah biosekuriti untuk mencegah serangan
penyakit. Langkah-langkah yang dilakukan adalah seperti sanitasi, pelalian, pemvaksinan, rawatan
penyakit dan penakaian. Antara langkah pengawalan yang diambil setelah ternakan diserang
penyakit ialah:

1. Penakaian atau memisahkan ternakan yang berpenyakit
2. Penghapusan ternakan yang mati akibat penyakit
3. Kawalan vektor
4. Rawatan umum

Ternakan yang masih diserang penyakit perlu rawatan lanjut dan berhubung terus ke Jabatan
Perkhidmatan Veterinar (JPV) atau pengamal veterinar swasta untuk mendapatkan ketentuan jenis
penyakit serta vaksin yang diperlukan.

LANGKAH PENGURUSAN KESIHATAN TERNAKAN

Pemeliharaan ternakan poltri memerlukan pengurusan ternakan yang sistematik yang bertujuan
untuk memastikan ladang ternakan mencapai dan mengikut piawaian yang dikehendaki. Antara
langkah yang perlu diambil dalam pengurusan kesihatan ternakan ialah:

1. Disinfektan (Pembasmian Kuman)

Reban dan peralatan reban perlu dilakukan disinfektan selepas setiap pusingan bagi memastikan
pembiakan penyakit dapat dikawal serta dihapuskan sepenuhnya.

2. Pelupusan Sisa Ladang

Sisa ladang seperti bangkai ayam, sarap reban dan sampah perlu dilupuskan segera di tempat khas
pelupusan yang jauh dari kawasan reban. Mengamalkan kaedah pelupusan yang sempurna seperti
ditanam dengan kedalaman yang bersesuaian, dibakar di tempat tertutup untuk menghasilkan
baja organik. Ternakan yang mati perlu dikendali dengan betul bagi mengelakkan menjadi punca
merebaknya penyakit dan tidak mencemarkan persekitaran serta sumber air. Cara yang terbaik
untuk memusnahkan ternakan yang mati ialah dengan membakarnya di dalam insinerator yang
bertujuan untuk mengelakkan pencemaran udara.

Laman
ICT

Pembersihan perumahan ternakan

Pelupusan sisa ladang menggunakan insinerator Laman
104 ICT

Disinfektan dan pembersihan
ladang ternakan

3. Kawalan Makhluk Perosak

Penternak perlu menyediakan dokumen kawalan dan melaksanakannya dengan betul terhadap
makhluk perosak seperti lalat dan tikus. Keberkesanan perlaksanaan perlu dinilai setiap masa dan
perlu ditambah baik. Langkah yang sesuai perlu diambil jika indeks prestasi lebih daripada paras
yang dibenarkan.

4. Tempat Simpanan Peralatan

Reban dan tempat simpanan yang baik perlu dibina supaya ia tidak dimasuki oleh haiwan lain
seperti burung dan tikus. Pemeriksaan secara berkala penting untuk menentukan binaan dan tempat
simpanan peralatan dan makanan sentiasa berkeadaan baik. Gambar foto 2.15 menunjukkan tempat
simpanan makanan ternakan bagi memastikan ia berkeadaan baik.

Gambar foto 2.15 Tempat simpanan peralatan

5. Tumbuhan dan Pokok

Pokok yang menarik perhatian burung ke kawasan ladang perlu dielakkan ditanam dan diselenggarakan
dengan baik seperti pokok besar dan pokok renek atau belukar. Manakala, tumbuhan dan rumput
perlu sentiasa berada dalam jarak 30 meter dari kawasan reban bagi mengelakkan menjadi tempat
burung dan tikus bersarang atau berlindung.

6. Kawalan Bau, Habuk dan Pencemaran Bunyi

Kawalan bau, habuk dan pencemaran bunyi penting dan perlu untuk memastikan tahap bau di

kawasan ladang terkawal dan tidak mengganggu kesejahteraan persekitaran seperti bau tinja dan

bangkai ternakan yang mati. Penternak perlu mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya tahap

bau melebihi daripada paras yang dibenarkan. Jadual 2.4 adalah paras kepekatan gas yang disyorkan

ladang penternakan. Jadual 2.4 Paras kepekatan gas

Jenis Gas Paras Part Per Million (ppm)

Gas Ammonia di bawah 20 ppm
Gas Karbon Monosida di bawah 40 ppm
Gas Karbon Dioksida di bawah 3000 ppm

Gas Oksigen di atas 160000 ppm
Gas Hidrogen Sulfida di bawah 5 ppm

Sumber: Institut Veterinar Malaysia, 2012

105

Ammonia (NH3) dan Hidrogen Sulfida (H2S) merupakan hasilan daripada sisa buangan
ternakan, sampah sarap dan ternakan yang telah mati. Sisa ini menyebabkan pembiakan lalat yang
membawa penyakit kepada ternakan dan manusia sekiranya tidak diurus dengan baik. Selain itu,
kepekatan gas ammonia dan hidrogen sulfida yang tinggi di udara juga sangat berbahaya kepada
kesihatan manusia dan menyebabkan kematian ternakan.

KESELAMATAN

Keselamatan adalah penting bukan sahaja kepada ternakan tetapi juga manusia. Keselamatan di
kawasan ladang ternakan perlu diurus dengan baik untuk memastikan hasilan ladang yang optimum
dan terhindar daripada sebarang masalah di kawasan ladang.

BIOSEKURITI

Perlaksanaan biosekuriti mengikut Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dan mengamalkan
Amalan Ladang Yang Baik (Good Animal Husbandary Practice, GAHP) dapat membantu
mengurangkan risiko kemasukan dan penyakit merebak ke dalam ladang. Antara langkah biosekuriti
yang perlu diamalkan:

1. Menyediakan dokumen bertulis mengikut garis panduan dan (Standard Operating
Procedure, SOP).

2. Menyediakan prasarana biosekuriti yang lengkap dan sempurna iaitu seluruh kawasan
sempadan ladang perlu dipagar sekurang-kurangnya dengan chain link dan
diselenggarakan dengan baik. Sistem kawalan keselamatan di pintu masuk ke ladang perlu
diwujudkan. Penternak juga perlu menyediakan kemudahan disinfektan (pencelup tayar
kenderaan dari jenis berbumbung dan semburan pencelup kaki). Jadual 2.5 menunjukkan
kaedah pembasmian kuman ke atas kenderaan.

Jadual 2.5 Kaedah pembasmian kuman ke atas kenderaan

Saiz Ladang Kemudahan

Bawah 50,000 ekor Penyembur dan pencelup
ternakan roda kenderaan
Penyembur dan pencelup
Lebih 50,000 ekor roda kenderaan tertutup
ternakan

3. Menyediakan panduan pelaksanaan amalan peraturan biosekuriti seperti hanya satu laluan
keluar dan masuk digunakan. Penternak perlu mewujudkan sistem mengawal pergerakan
pekerja, pelawat, kenderaan yang membawa peralatan dan makanan ternakan. Penternak juga
perlu memastikan udara yang disedut keluar dari reban tidak mengarah ke reban lain.
Gambar foto 2.16 menunjukkan pintu masuk ke ladang dan pencelup tayar kenderaan.

Gambar foto 2.16 Pintu masuk ke ladang Laman
dan pencelup tayar kenderaan berbumbung ICT
106
Pengurusan biosekuriti dan kesihatan

Laman
ICT

Kenapa biosekuriti penting?

4. Peraturan biosekuriti diletakkan di tempat khusus untuk perhatian orang ramai terutama
pekerja dan perlu sentiasa dipantau.

5. Sumber bekalan anak ternakan dari ladang baka atau ladang penetas yang diketahui status
penyakit dan diiktiraf oleh Skim Akreditasi Ladang Ternakan (SALT).

PENGAWALAN PENYAKIT AYAM
Ternakan ayam pedaging mudah diserang penyakit berbanding dengan ayam penelur, ayam
kampung dan puyuh. Penyakit boleh menyebabkan penternak berdepan dengan risiko kerugian yang
disebabkan oleh kematian ternakan, tumbesaran terjejas, peningkatan kos rawatan, mengoptimum
kawalan, menurunkan kualiti dan kehilangan pasaran. Kawalan penyakit bertujuan untuk memantau
status penyakit secara berjadual dan memastikan ladang bebas daripada penyakit Newcastle,
penyakit Zoonotic (Highly Pathogenic Avian Influenza, Vancomycin Resistant Enterococci)
Infectionus Bronchitis dan penyakit bawaan makanan (Salmonellosis, E.coli 157, Campylobacter
dan Listeria monocytogenes).

Kepala terpusing tanda penyakit Newcastle

Ternakan tidak sihat dan berpenyakit Infectionus Bronchitis
INFO TAMBAHAN
Biosekuriti merupakan sistem untuk mencegah penyakit atau bebas penyakit dan mengoptimum
produktiviti secara keseluruhan. Biosekuriti juga bertujuan untuk memastikan organisma
penyebab penyakit daripada luar tidak memasuki kawasan penternakan.

107

Perlindungan ketahanan badan atau antibodi akan menurun apabila umur ternakan
meningkat. Pelalian perlu diberikan kepada ternakan untuk mencegah penyakit berbahaya dan
berisiko tinggi. Program pelalian untuk sesebuah ladang perlu diatur dan disesuaikan mengikut
cara pengurusan ladang, keadaan penyakit dan kawasan ladang. Penyediaan dokumen bertulis
untuk program pemvaksinan dan perlaksanaan yang betul bertujuan untuk memastikan program
pemvaksinan menggunakan ubatan daripada jenis yang bersesuaian.

Penggunaan vaksin perlu dikendalikan dengan betul dari aspek bancuhan, suhu, kaedah
pemberian dan dos yang bersesuaian dengan keperluan ternakan. Baki vaksin tidak digalakkan
untuk digunakan semula dan menggunakan vaksin yang diluluskan oleh kerajaan iaitu Jabatan
Perkhidmatan Veterinar (JPV) atau pengamal perubatan yang diiktiraf. Jadual 2.6 menerangkan
kaedah pemberian vaksin ternakan.

Jadual 2.6 Contoh pemberian vaksin ternakan

Umur Ternakan Penyakit Jenis Vaksin Cara Pemberian
1 hari Rheniket F Titis dalam hidung atau mata
3 hari Newcastle Disease (ND) Titis dalam hidung atau mata
14 hari (Sampar) H120
14 hari H120 Melalui air minuman
Infectious Bronchitis (IB)
(Bronkitis) Massachussets H52 Melalui air minuman

Newcastle Disease (ND)
(Sampar)

Infectious Bronchitis (IB)
(Bronkitis)

PENGAWALAN PENYAKIT PUYUH

Pemeliharaan puyuh pedaging atau penelur tidak memerlukan kawasan yang luas. Keadaan ini
memudahkan pengurusan penternakan puyuh seperti pemberian makanan, minuman, penjagaan
kesihatan, dan kawalan keselamatan. Kebersihan reban perlu diutamakan untuk memastikan
kotoran puyuh dibersihkan sekurang-kurang 3 hari sekali. Manakala, penukaran sarap kotor dan
pembuangan bangkai ternakan yang mati perlu dilakukan setiap hari. Kebiasaannya, jika berlaku
jangkitan penyakit, penternak disyorkan mendapat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar
(JPV) atau pengamal perubatan yang diiktiraf. Antara penyakit khusus pada puyuh ialah Ulcerative
Enteritis, Quail Bronchitis, Pullroum, Coryza dan Newcastle Disease (NCD). Pemberian pelalian
dan vaksin kepada puyuh adalah sama kaedahnya dengan penternakan ayam.

Laman
ICT

Penyakit coccidiosis

Puyuh diserang penyakit Laman
ICT

Penyakit poltri

108

2.1.5 ISU DAN CABARAN PENGELUARAN
POLTRI

ISU DAN CABARAN

Industri penternakan poltri secara komersial dan berskala besar merupakan satu usaha menyokong
strategi pembangunan negara, khususnya dalam meningkatkan pengeluaran makanan bagi
memenuhi keperluan sekuriti makanan negara. Penternakan poltri merupakan satu industri
pertanian yang amat mencabar dan berisiko tinggi kepada pengusaha atau penternak. Rajah 2.10
menunjukkan beberapa isu dan cabaran yang dihadapi dalam pengeluaran poltri.

Kebajikan Persaingan Isu Halal
Ternakan
Kos Pengunaan
Antibiotik

Perundangan Isu dan Kekurangan
dan Akta Cabaran Tenaga
Pemasaran Mahir

Pencemaran Kawalan
Mutu
Penyakit
Penternakan

Teknologi

Rajah 2.10 Isu dan cabaran pengeluaran poltri

KOS

Kenaikan harga ayam adalah disebabkan oleh peningkatan kos pengeluaran ayam terutamanya kos
makanan ternakan iaitu kenaikan harga jagung bijirin import. Misalnya, harga jagung bijirin tidak
stabil di antara tahun 2000-2015 dengan harga serendah RM330 tetapi naik kepada RM920 bagi
setiap tan metrik pada tahun 2012.

PERUNDANGAN DAN AKTA
Perundangan dan akta merupakan perkara utama yang perlu dipatuhi oleh penternak sebelum
memulakan penternakan poltri. Kebiasaannya, peraturan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa
berbeza mengikut negeri. Badan-badan tertentu yang berkaitan dengan penguatkuasaan undang-
undang akan menggariskan peraturan yang ketat untuk dipatuhi oleh penternak. Antara peraturan
yang dimaksudkan ialah kawalan penggunaan bahan toksik, racun makhluk perosak, lokasi ladang
ternakan dan kaedah pelupusan sisa ladang. Selain itu, pihak berkuasa juga menggariskan beberapa
peraturan berkaitan Prosedur Operasi Standard penternakan ayam terutama di kawasan penempatan
atau perumahan bertujuan memastikan tidak berlakunya pencemaran seperti bau, bunyi bising,
pembiakan lalat dan penularan penyakit yang memberikan banyak tekanan kepada pengguna.

109

PENCEMARAN
Pencemaran sentiasa menjadi isu utama dalam penternakan poltri. Sektor penternakan poltri
sering dianggap punca pencemaran bau, udara dan air. Perkara ini sentiasa menjadi isu yang
perlu diatasi oleh penternak komersial sehingga boleh menyebabkan peningkatan kos pengurusan
dan mengurangkan minat golongan muda untuk menceburi bidang ini. Ancaman penyakit yang
berpunca daripada lalat, pencemaran punca air, tanah dan udara juga adalah isu yang sering
diutarakan. Gambar foto 2.17 menunjukkan pencemaran air kesan daripada aktiviti penternakan.

Gambar foto 2.17 Pencemaran air kesan daripada aktiviti penternakan poltri

PEMASARAN
Pemasaran hasil penternakan poltri sering mendatangkan masalah kepada penternak disebabkan
oleh harga yang sering berubah dan tidak stabil. Permintaan dan penawaran harga yang tidak
seimbang sering kali tidak menyebelahi penternak poltri secara optimum. Aktiviti orang tengah
yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang melampau terutamanya pada musim
perayaan. Gambar foto 2.18 menunjukkan pasaran yang tidak stabil memberikan kesan kepada
hasilan penternak.

Gambar foto 2.18 Pasaran yang tidak stabil memberikan kesan kepada hasilan penternak

Laman Laman
ICT ICT

Isu pencemaran Harga ayam dan akta persaingan

110

PENYAKIT
Penyakit yang sering dikaitkan dengan aktiviti penternakan poltri ialah serangan wabak penyakit
berjangkit yang berbahaya seperti selesema burung H1N1 dan H5N1. Penyakit lain pula adalah
disebabkan oleh endoparasit dan ektoparasit serta penyakit bawaan haiwan liar dan pelawat ke
kawasan ternakan.
TEKNOLOGI
Teknologi banyak mempengaruhi penternakan poltri. Penggunaan teknologi terkini semakin
menjadi keperluan dalam penternakan poltri. Antara kesan yang dihadapi oleh penternak ialah
penggunaan teknologi moden kurang diterima dan diamalkan kerana memerlukan modal besar
seperti sistem reban tertutup yang menyebabkan kos bil elektrik dan air meningkat. Manakala,
penggunaan alatan automatik pula perlu ditambah baik seperti alat pemberian makanan, minuman
dan pengurusan telur.

Penggunaan teknologi semakin menjadi keperluan dalam industri penternakan poltri

KAWALAN MUTU PENTERNAKAN
Kawalan mutu penternakan berkait rapat dengan kualiti hasilan ternakan. Mutu penternakan
merujuk kepada usaha penternak untuk memenuhi keperluan pihak berkuasa tempatan dan negara
pengimport produk berasaskan ternakan ini serta jaminan produk makanan dan bukan makanan
daripada hasil ternakan.
KEKURANGAN TENAGA MAHIR
Kekurangan tenaga mahir adalah berkaitan mengurus ternakan yang memerlukan pengetahuan
dan kemahiran yang tinggi, terutamanya dalam mengendalikan teknologi terkini. Kekurangan
tenaga mahir dalam penternakan moden menyebabkan sektor penternakan kurang berdaya saing
berbanding dengan negara-negara lain. Manakala, kekurangan minat oleh generasi baru juga
menjadikan sektor ini sukar untuk mendapatkan tenaga mahir tempatan.

111

PENGGUNAAN ANTIBIOTIK
Penggunaan antibiotik dalam industri ternakan telah berlaku sekian lama, namun isu ini semakin
hangat diperdebatkan di beberapa buah negara termasuk Malaysia. Penyalahgunaan antibiotik
kini menjadi isu dalam pengeluaran ternakan poltri. Ia digunakan sebagai penambah berat badan
dan mempercepatkan tumbesaran ternakan. Setiap antibiotik yang digunakan perlu dikenal pasti
dan tidak menyamai antibiotik yang digunakan untuk kesihatan manusia. Ia bertujuan untuk
mengelakkan penghasilan kuman bakteria yang kebal serta kekal dalam tubuh haiwan ternakan.

ISU HALAL
Penyediaan campuran makanan ternakan menjadi isu dalam penternakan poltri terutamanya serbuk
daripada sumber daging dan tulang. Hal ini disebabkan, kebanyakan campuran makanan ternakan
diimport dari luar negara.

PERSAINGAN
Persaingan industri poltri daripada sektor lebih berdaya saing seperti perladangan kelapa sawit,
getah, perumahan dan kawasan perindustrian. Persaingan ini akan mengakibatkan kekurangan
tanah untuk tapak penternakan dan harga tanah yang semakin meningkat.

KEBAJIKAN HAIWAN ATAU TERNAKAN
Kebajikan haiwan merujuk kepada hak ternakan untuk memperoleh keadaan yang harmoni di
antara haiwan dengan persekitarannya yang bercirikan fungsi fizikal dan psikologi optimum serta
kualiti hidup yang tinggi. Akta Kebajikan Haiwan telah diluluskan pada tahun 2015 bertujuan
untuk mengenakan hukuman yang setimpal terhadap mereka yang mengabaikan kebajikan haiwan
kerana dianggap sebagai satu penderaan.

SEKURITI MAKANAN
Sekuriti makanan menjadi isu utama negara. Penekanan diberikan kepada kepentingan menjamin
bekalan makanan adalah mencukupi, berkualiti dan selamat. Ia bertujuan untuk mengelakkan
berlakunya krisis makanan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1973, 1981 dan 2008.
Penstrukturan institusi pertanian merupakan agenda perubahan yang berpotensi untuk meningkatkan
pengeluaran makanan dan pertanian yang termaktub dalam Rancangan Malaya/Malaysia bagi
setiap lima tahun (semenjak 1956), Dasar Pertanian Negara (I hingga III), Dasar Jaminan Makanan
(2008) dan Model Baru Ekonomi Malaysia (Sektor Pertanian), (Institut Kajian Dasar Pertanian dan
Makanan - UPM, 2010).

Bincang dan analisis beberapa
faktor utama yang menjadi cabaran
di dalam industri penternakan
poltri. Nyatakan beberapa langkah
yang boleh membantu penternak
untuk mengatasi masalah ini.

112

AKTIVITI 2

TAJUK: Lawatan ke Kawasan Pengeluaran Ternakan (Ladang Ayam atau Puyuh)

Hasil Pembelajaran:

i. Mengetahui dengan lebih jelas berkaitan penternakan ayam atau puyuh
ii. Menyatakan keperluan untuk mengusahakan penternakan ayam atau puyuh
iii.Mengetahui cara pengurusan penternakan ayam atau puyuh dengan lebih terperinci

Murid diminta untuk:

1. Melakukan lawatan ke ladang ternakan ayam atau puyuh pedaging yang diternak secara
komersial. Membuat pemerhatian ke atas beberapa perkara seperti:

1.1 Sistem penternakan
1.2 Reka bentuk reban dan bumbung
1.3 Baka ternakan
1.4 Jenis makanan
1.5 Vitamin dan vaksin
1.6 Peralatan pemberian makanan dan minuman
1.7 Kaedah pemvaksinan
1.8 Tempoh penternakan
1.9 Serangan penyakit
1.10 Kaedah pencegahan dan pengawalan penyakit

2. Organisasi pengurusan ladang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.11

Pengarah Urusan

Penolong Pengurus Pengurus Kewangan Pengurus Operasi
Pemasaran dan Pentadbiran dan Logistik

Pegawai Pekerja Ladang
Pemasaran

Kerani Akaun Kerani
Pentadbiran

Rajah 2.11 Organisasi ladang ternakan

Kaedah Pengumpulan Maklumat
Maklumat boleh diperoleh melalui:

1. Membuat tinjauan dan mendengar taklimat semasa lawatan ke ladang ternakan ayam
atau puyuh

2. Tayangan video atau melayari laman web

113

AKTIVITI 3

TAJUK: Menganalisis Isu dan Cabaran Dalam Penternakan Poltri
Hasil Pembelajaran:
i. Menyenaraikan dan menganalisis kepentingan memahami masalah, peluang dan cabaran

dalam penternakan poltri
ii. Mengemukakan pandangan dan cadangan berdasarkan hasil dapatan melalui pembentangan

multimedia

Murid diminta untuk:

1. Membuat kajian berkaitan:
1.1 Ekonomi – Pasaran ternakan, kos bahan dan peralatan
1.2 Politik – Amalan seperti Amalan Penternakan Yang Baik (GAP), Skim Amalan Ladang
Ternakan (SALT), Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dan penggunaan
tanah untuk penternakan
1.3 Perundangan – Standard dan kualiti, polisi keselamatan makanan dan undang-undang
1.4 Teknologi – Peralatan, reban ternakan, pengeluaran dan pengumpulan hasil ternakan
1.5 Persekitaran dan Alam Sekitar – Pencemaran, penyakit dan lokasi penternakan
1.6 Hak pengguna atau masyarakat – Halal dalam penggunaan antibiotik atau ubatan

2. Membuat pembentangan hasil dapatan secara multimedia.

PROSES AKTIVITI

Mendapatkan Isu Menyenaraikan Menganalisis Isu
Kepentingan Isu

Mengemukakan Pendokumentasian Persembahan
Cadangan Multimedia

Kaedah Pengumpulan Maklumat
Maklumat boleh diperoleh melalui:

1. Tayangan video daripada industri penternakan poltri
2. Melayari laman web
3. Lawatan ke industri penternakan yang berhampiran

114

REFLEKSI 2.1 Sistem
Penternakan
Sistem Separa Intensif
Penternakan
Sistem
Poltri Penternakan

Pemilihan Intensif
Sistem Penternakan Sistem
Penternakan
Poltri Integrasi
Jenis Hasil
PENTERNAKAN Ternakan
POLTRI Peringkat Umur
Ternakan
Keperluan Bilangan
Penternakan Ternakan
Kemampuan
Poltri Kewangan
Kesihatan
Peralatan
dan
Keselamatan Persekitaran
Isu dan Cabaran
Pengeluaran

Poltri

115

JANA MINDA

Jawab soalan berikut.
1. M, N dan O adalah sistem penternakan poltri secara komersial.

M Separa intensif N Intensif O Integrasi

Padankan sistem penternakan itu dengan kaedah penternakan berikut dengan menulis M,
N atau O pada petak yang disediakan.

Sangkar
Ternakan ayam dan ikan
Lepas bebas
Reban tertutup

2. Nyatakan tiga kaedah penternakan poltri secara intensif.
i. ………………………………………………………………..................................................
ii .……………………………………………………………….................................................
iii .……………………………………………………………….................................................

3. Tandakan (√) bagi penyataan yang betul dan (x) bagi penyataan yang salah tentang sistem
penternakan poltri.
Sistem penternakan separa intensif membolehkan ayam berada di dalam reban pada
waktu malam dan di luar pada waktu siang
Sistem penternakan intensif membolehkan ayam berada dalam reban secara
berterusan dengan semua keperluan disediakan
Sistem penternakan integrasi membolehkan ayam dan puyuh diternak di dalam satu
kawasan yang sama

4. Nyatakan tiga faktor bagi menentukan pemilihan sistem penternakan.
i .……………………………………………………………….................................................
ii .……………………………………………………………….................................................
iii .……………………………………………………………….................................................

116

5. Nyatakan tiga kebaikan menggunakan peralatan pemberian makanan secara automatik dalam
sistem penternakan intensif.
i. …………………………………………………………………………......
ii. …………………………………………………………………………….
iii. ……………………………………………………………………………

6. W, X, Y dan Z adalah faktor persekitaran yang mempengaruhi ternakan poltri.

W Pencahayaan X Pengudaraan Y Suhu Z Sistem Penyejuk

Padankan faktor itu dengan penyataan di bawah dengan menulis W, X, Y dan Z pada petak
yang disediakan.

Kelajuan angin yang digerakkan oleh kipas ekzos dapat memberikan suhu dingin
kepada ternakan

Pembinaan reban di kawasan tanah tinggi dan jauh dari kawasan industri

Sekeliling reban ditutup dengan jaring hitam dan penggunaan lampu pada waktu
malam di peringkat mendidik

7. Penyataan di bawah menerangkan kaitan suhu dengan tumbesaran ternakan. Tandakan (√) pada
penyataan yang betul dan (x) pada penyataan yang salah dalam petak yang disediakan.
Suhu tinggi mengurangkan selera makan dan ketahanan badan
Suhu tinggi menyebabkan kadar tumbesaran meningkat
Suhu tinggi meningkatkan kesuburan dan sperma
Suhu dan kelembapan tinggi menggalakkan pembiakan patogen dan parasit

8. Nyatakan empat cabaran dalam industri penternakan poltri.
i.…………………………………………………………………………......
ii.…………………………………………………………………………….
iii.……………………………………………………………………………
iv.……………………………………………………………………………

117


Click to View FlipBook Version