1.2.2 pH TANAH
Tanah tropika biasanya bersifat asid kerana mengalami larut resapan keterlaluan akibat kesan
hujan yang lebat. Setiap unit perubahan pH akan melibatkan perubahan sepuluh kali ganda ke atas
kepekatan ion hidrogen (H+).
pH tanah menunjukkan kealkalian atau keasidan tanah tersebut. Ianya diukur dengan
menggunakan skala pH antara pH 0 hingga pH 14. Nilai pH tanah ditentukan oleh kepekatan ion
hidrogen (H+). Tanah yang mempunyai pH yang kurang daripada pH 7 bermaksud ianya berasid
dan lebih daripada pH 7 ialah bersifat alkali. Maklumat julat pH tanah ini ditunjukkan dalam
Rajah 1.18. Jumlah keasidan atau kealkalian dalam tanah mampu mengubah sifat-sifat tanah sama
ada sifat kimia, biologi atau fizik. Gambar foto 1.3 menunjukkan alat digital yang digunakan untuk
mengukur pH tanah.
Julat pH tanah
Semakin Berasid Semakin Beralkali
Rajah 1.18 Julat pH tanah
Gambar foto 1.3 Kaedah mengukur pH
tanah menggunakan meter pH digital
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI pH TANAH
pH tanah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.19.
Jenis Larut
Bahan Induk Resapan
Pereputan FAKTOR YANG Respirasi Jika keasidan tanah
Bahan MEMPENGARUHI Akar dan semakin tinggi, apakah
Organik Organisma kesannya kepada
pH TANAH tanah? Terangkan.
Tanah
Laman
Penggunaan Penambahan ICT
Baja Asid Karbonik pH tanah
dan 41
Asid Nitrik
Rajah 1.19 Faktor yang mempengaruhi pH tanah
JENIS BAHAN INDUK
Banyak tanah di Malaysia berasal daripada batu granit. Batu granit mengandungi mineral seperti
kuarza, felspar dan mika yang mengandungi aluminium dan silika. Aluminium mengalami tindak
balas hidrolisis dalam tanah lalu mengeluarkan ion hidrogen (H+) yang dapat menurunkan pH tanah.
Oleh itu tanah yang berasal daripada bahan induk batu granit adalah berasid.
LARUT RESAPAN
Pengeluaran mahupun kehilangan bahan kation berbes seperti ion magnesium (Mg2+), ion kalium(K+)
dan ion kalsium(Ca2+) melalui larut resapan menyebabkan penurunan pH tanah. Kation berbes yang
larut resap ini akan digantikan oleh ion hidrogen (H+). Kehadiran ion hidrogen menyebabkan tanah
berasid.
PENGGUNAAN BAJA KIMIA SEPERTI AMMONIA SULFAT
Apabila baja ammonia sulfat dicampur dengan tanah, ion ammonia NH+ akan dioksidakan kepada
ion nitrat NO-3 dan ion hidrogen H+ melalui proses nitrifikasi. Ion H+ akan menurunkan pH tanah.
Ammonia (NH4+) + oksigen (O) ion nitrat (NO3-) + air (H2O) + ion hidrogen (H+)
PEREPUTAN BAHAN ORGANIK
Apabila bahan organik mereput, pelbagai jenis asid organik akan terhasil dan menyebabkan pH
tanah menjadi rendah.
PENAMBAHAN ASID KARBONIK
Karbon dioksida bertindak balas dengan air di atmosfera lalu membentuk asid karbonik. Asid ini
akan menurunkan pH tanah.
Karbon dioksida (CO2) + air (H2O) Asid karbonik (H2CO3)
RESPIRASI AKAR DAN ORGANISMA TANAH
Respirasi akar dan organisma tanah akan menghasilkan karbon dioksida. Gas ini akan bertindak
balas dengan air lalu menghasilkan asid karbonik.
PENGHASILAN GAS NITROGEN DIOKSIDA DAN NITROGEN OKSIDA
Tindakan kilat di atmosfera menghasilkan gas nitrogen dioksida dan nitrogen oksida. Gas-gas ini
dapat bertindak balas dengan air lalu menghasilkan asid nitrik. Asid nitrik turun bersama hujan,
masuk ke dalam tanah dan menyebabkan tanah berasid.
Gas nitrogen oksida (NO2) + air (H2O) Asid nitrik (HNO3)
Gas nitrogen dioksida (NO2) + air (H2O) Asid nitrik (HNO3)
42
KESAN KEASIDAN PADA TANAH
KESAN KEASIDAN PADA TANAH
Ketersediaan Nutrien Aktiviti Mikrob Penyakit Tumbuhan
Rajah 1.20 Kesan keasidan pada tanah
KETERSEDIAAN NUTRIEN
Nilai pH tanah mempengaruhi ketersediaan nutrien. Nutrien mudah larut dalam larutan tanah pada
pH tertentu. Pada pH yang rendah tanah akan kekurangan nutrien makro seperti Nitrogen, Fosforus,
Potasium, Sulfur, Kalsium dan Magnesium. Manakala nutrien mikro ialah Ferum, Mangan Dioksida,
Boron dan Kuprum & Zink. Pada pH 5.5-6.5 tanah mempunyai kandungan nutrien yang baik dan
seimbang. Tanah yang mempunyai pH yang terlalu tinggi (lebih daripada 8.5) tidak baik kerana
kandungan nutrien makro dan mikro yang rendah. Nilai pH yang terlalu rendah akan menyebabkan
pembebasan ion ferum dan magnesium. Pada nilai pH tinggi, ion kalsium dan magnesium akan
dibebaskan. Keempat-empat ion itu akan bertindak balas dengan fosfat membentuk fosfat yang
tidak larut. Keadaan ini menyebabkan fosfat kurang tersedia dalam tanah apabila pH terlalu tinggi
atau rendah. Rajah 1.21 di bawah menunjukkan pengaruh pH tanah terhadap ketersediaan nutrien.
Rajah 1.21 pH tanah terhadap ketersediaan nutrien
AKTIVITI MIKROB
Pada pH 5.5–7.8 kebanyakan mikroorganisma yang bermanfaat kepada tumbuhan dapat hidup.
Mikroorganisma yang menjalankan proses penitratan akan terjejas apabila kurang daripada pH 5.5.
PENYAKIT TUMBUHAN
Patogen merupakan penyebab penyakit kepada tumbuhan. Nilai pH tanah yang rendah akan
menyebabkan kulat mudah membiak dan tumbuhan sukar memperoleh nutrien. Nilai pH tanah
yang tinggi atau rendah akan menyebabkan pertumbuhan akar terjejas.
43
EKSPERIMEN 7
TAJUK: Menentukan nilai pH tanah menggunakan meter pH
BAHAN DAN ALATAN: Meter pH, bikar 50 ml, spatula, alat penimbang dan jam randik,
sampel tanah, air suling dan lesung batu
PERKARA YANG PERLU DIPATUHI UNTUK MEMASTIKAN KEJAYAAN
EKSPERIMEN
• Gunakan air suling untuk melarutkan larutan
• Meter pH perlu dipegang dengan betul bagi mendapatkan keputusan yang sebenarnya
• Tanah yang ditumbuk perlulah kering
123
Sediakan bahan-bahan dan Uji meter pH dalam larutan Hancurkan tanah dengan
peralatan eksperimen. penampan pH 4.1 menggunakan lesung batu.
atau pH 7.01. 6
4
5
Masukkan 10 gm sampel Kacau larutan hingga Masukkan meter pH.
tanah sebati dan biarkan selama Dapatkan bacaan pH tanah.
20 minit. Kacau semula Catatkan pada laporan
dan 10 ml air suling ke eksperimen. Ulang langkah
dalam bikar. larutan tersebut. eksperimen dengan menggunakan
KEPUTUSAN EKSPERIMEN sampel tanah yang lain.
Bil Sampel Tanah
1 Sampel Tanah 1 Nilai pH Sifat Asid/ Alkali
2 Sampel Tanah 2
3 Sampel Tanah 3
4 Sampel Tanah 4
5 Sampel Tanah 5
KESIMPULAN: ________________________________________________________________
44
EKSPERIMEN 8
TAJUK: Menentukan pH tanah menggunakan kaedah Kuhn
BAHAN DAN ALAT: Tabung uji, rak tabung uji, penutup getah, penitis, spatula, sampel
tanah, Barium Sulfat, larutan penunjuk universal, carta pH dan air
suling
PERKARA YANG PERLU DIPATUHI UNTUK MEMASTIKAN KEJAYAAN
EKSPERIMEN
• Kuantiti Barium Sulfat dan sampel tanah sama banyak
• Jangan gunakan ibu jari menutup tabung uji semasa menggoncang
• Goncang sehingga sebati supaya mendapat keputusan yang dikehendaki
123
Masukkan Barium Sulfat ke Tambah sampel tanah Tambahkan air suling sehingga
dalam tabung uji sebanyak sehingga 5cm ¾ penuh tabung uji dan titiskan
2.5cm (tinggi tabung uji).
(tinggi tabung uji). 2-5 titisan larutan penunjuk
universal ke dalam tabung uji.
45
6
Tutup tabung uji dengan Tabung uji yang telah Padankan warna yang terhasil
penyumbat getah dan goncang digoncang diletakkan dalam rak dengan carta pH dan tentukan
pH tanah tersebut.
tabung uji sehingga sebati. dan biarkan semalaman.
KEPUTUSAN EKSPERIMEN
Bil Sampel Tanah Warna Tanah Nilai pH Sifat Asid/ Alkali
1 Sampel Tanah 1
2 Sampel Tanah 2
3 Sampel Tanah 3
4 Sampel Tanah 4
5 Sampel Tanah 5
KESIMPULAN: ________________________________________________________________
45