The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan Pentaksiran Berterusan 1
- Penghasilan Produk E-Book

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 892-6-hidayah, 2022-03-21 07:29:16

BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Tugasan Pentaksiran Berterusan 1
- Penghasilan Produk E-Book

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU –

PENGHASILAN PRODUK (E-BOOK)

Nama : NUR HIDAYAH BINTI ZULKIFLI
031226060092
No. K/P : 2021242310135
PPISMP
Angka Giliran : JUN 2021
X5
Program : EN. HJ ABDUL RANI BIN HASSAN
14 MAC 2022
Ambilan :

Unit :

Nama Pensyarah :

Tarikh Hantar :

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : 14 MAC 2022

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

JKA/Jun2019 0

TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):

Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran
pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya
yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan
gabungan daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan
dialami oleh masyarakat.

Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book
dengan menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta
memanifestasikan akal budi dalam sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan
sebuah gurindam.

Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang
merangkumi tajuk-tajuk berikut:

• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan
sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.

JKA/Jun2019 1

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan...........................................................................................................................3
2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu...................................................................................... 3

2.1.0 Takrif Kesusasteraan Melayu................................................................................. 3
2.2.0 Jenis, Bentuk dan Ciri Kesusasteraan Melayu.................................................... 4

2.2.1 Kesusateraan Melayu Tradisional....................................................................4
2.2.2 Kesusateraan Melayu Moden........................................................................... 9
3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu......................................................................................10
4.0 Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu................................................................ 14
4.1.0 Manifestasi Akal Budi Dalam Pantun.................................................................. 14
4.2.0 Manifestasi Akal Budi Dalam Syair ....................................................................16
4.3.0 Manifestasi Akal Budi Dalam Seloka...................................................................19
4.4.0 Manifestasi Akal Budi Dalam Gurindam............................................................. 21
5.0 Rumusan.............................................................................................................................23
6.0 Rujukan............................................................................................................................... 24

JKA/Jun2019 2

1.0 Pengenalan

Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu agak terkenal dengan beberapa karya
sastera yang mampu menarik minat para pembaca kerana terdapatnya makna tersurat
dan tersirat ataupun mesej yang mendalam yang hendak disampaikan oleh pengarang
sesebuah karya tersebut kepada masyarakat umum. Oleh hal yang demikian, sesebuah
karya sastera itu telah tercetus hasil daripada gabungan daya pemikiran serta sikap
keprihatinan pengarang terhadap perkara yang diperhatikan dalam kalangan sesebuah
masyarakat bagi menyampaikan amanat serta nasihat yang berguna buat semua
pembacanya.

2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu ini merujuk kepada sebuah karya ataupun ciptaan seni
seseorang individu yang wujud dalam kalangan masyarakat Melayu. Namun begitu,
disebabkan oleh perkembangan masyarakat serta kemajuan era pemodenan pada
masa kini telah mengubah dan merenggangkan hubungan jarak antara sastera dengan
kehidupan masyarakat zaman kini. Oleh sebab itu, sastera yang dahulunya sepatutnya
menjadi hak milik bersama kini telah berubah menjadi hak milik ciptaan sendiri kerana
berlakunya perubahan tersebut. Jadi, bagi mengelakkan daripada karya sastera ini
semakin dilupakan oleh generasi muda kini, kita seharusnya berusaha untuk
mengekalkan warisan seni ini dengan memberikan pendedahan tentang konsep
kesusasteraan Melayu serta menaikkan semula beberapa hasil karya seni ini kepada
golongan masyarakat sekarang.

2.1 Takrif Kesusasteraan Melayu

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, kesusasteraan
boleh ditakrifkan sebagai hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi
yang mempunyai beberapa ciri keistimewaannya yang tertentu. Menurut Wikipedia pula,
kesusasteraan ini bermaksud segala ucapan yang indah-indah yang wujud dalam
kalangan manusia tidak kira sama ada dalam bentuk penulisan mahupun lisan.

Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam Bahasa Melayu ini sebenarnya
berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu sastra di mana kata dasar bagi ‘sas-’
bermakna mengajar, mengarahkan atau memberi petunjuk manakala ‘-tra’ pula

JKA/Jun2019 3

merupakan sebuah alat dan imbuhan awalan ‘su-’ bermaksud indah. Jadi, perkataan
susastera ini telah memberi suatu makna yang tersendiri bahawa susastera yang
difahami oleh Bahasa Jawa dan juga Bahasa Melayu itu merupakan sebuah alat
pengajaran yang membawa pengajaran itu secara seni yang indah menurut Abdul
Halim Ali (2011) yang merujuk kepada A. Teeuw (1995).

Tambahan lagi, kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan boleh
membawa maksud hasil karya yang ditulis dalam Bahasa Melayu dengan adanya
unsur-unsur keindahan serta kehalusan sama ada dalam bentuk sebuah novel, cerpen,
drama, sajak, prosa tradisional mahupun puisi tradisional supaya dapat mempamerkan
nilai kemanusiaan dan citra masyarakat di samping dapat menyeimbangkan aspek
intelek, jasmani, rohani dan emosi dalam kalangan masyarakat (Azman Rahmat et al.,
2022).

2.2 Jenis, Bentuk dan Ciri Kesusasteraan Melayu

Dalam kesusasteraan, terdapat pelbagai ragam yang terkandung di dalamnya
kerana masing-masing mempunyai unsur-unsur yang khas dan istimewa bagi
membentuk suatu corak seni yang berbeza bagi beberapa tujuan yang tertentu. Oleh
hal yang demikian, bentuk karya dalam kesusasteraan Melayu ini dapat dibahagikan
kepada Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kesusasteraan Melayu Moden.

2.2.1 Kesusasteraan Melayu Tradisional

Kesusasteraan Melayu Tradisional adalah berbeza dengan karya sastera lama
kerana karya sastera lama bersifat sementara tetapi karya sastera tradisional ini
kebanyakannya masih kekal hingga ke hari ini dan menjadi sumber pengetahuan
tentang pengenalan masyarakat Melayu kepada masyarakat luar serta ia mempunyai
sifat yang diwarisi secara turun temurun walaupun hasil karya sastera tradisional ini
telah lama dihasilkan.

Kesusasteraan Melayu Tradisional ini dapat dibahagikan pula kepada dua
bentuk iaitu prosa Melayu tradisional dan puisi Melayu tradisional. Dalam prosa Melayu
tradisional, ia dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu sastera rakyat dan juga sastera
istana. Satera lisan ini lazimnya mengikut konsep sastera rakyat di mana sastera
tersebut merupakan hasil-hasil kreatif yang menggambarkan tentang daya imaginasi

JKA/Jun2019 4

pengarangnya. Menurut Azman Rahmat et al. (2022), yang merujuk kepada Zaidan et al.
(2000), sastera lisan merupakan ungkapan dari mulut ke mulut, hasil kebudayaan lisan
dalam masyarakat tradisional yang mana kandungannya diselaraskan dengan sastera
tulisan dalam masyarakat moden. Sastera rakyat ini pula terbahagi kepada dua kategori
iaitu naratif dan bukan naratif. Dalam kategori naratif, ia terbahagi kepada mitos,
lagenda dan juga cerita rakyat manakala dalam kategori bukan naratif ia terdiri daripada
puisi rakyat.

Dalam sastera rakyat bagi kategori naratif terdapatnya mitos. Mitos ialah
cerita-cerita yang dianggap benar-benar berlaku serta dianggap suci oleh empunya
cerita dan masyarakat yang mengikutinya di mana mitos ini menceritakan tentang alam
semesta, manusia, binatang, kejadian alam dan sebagainya. Tokoh yang terlibat pula
adalah terdiri daripada makhluk halus, dewa atau separuh dewa yang telah berlaku
pada zaman dahulu kala. Tambahan pula, mitos juga terdapat ciri-cirinya yang tersendiri
iaitu dianggap benar-benar terjadi serta keramat, peristiwa yang aneh dan memberikan
impak yang besar kepada masyarakat yang semestinya berlaku pada zaman lampau.

Dalam sastera Melayu, mitos ini terdiri daripada tiga jenis iaitu mitos asal usul
yang merupakan mitos yang berlaku pada masa lampau dan dianggap keramat serta
mempengaruhi cara pemikiran masyarakat Melayu yang bersifat mistik seperti kisah
Tasik Chini. Selain itu, mitos institusi sosial yang menceritakan tentang asal usul
kedatangan sesebuah institusi sosial dalam masyarakat Melayu seperti kedatangan
Islam, institusi bomoh yang melibatkan perubatan dan sebagainya. Jenis mitos ketiga
yang terakhir sekali ialah mitos politik di mana ia mengisahkan tentang struktur
pemerintahan dan kerajaan seperti cerita keturunan raja-raja Melayu dan mitos
penubuhan sesebuah kerajaan. Akhirnya, lama kelamaan mitos Melayu ini semakin
ketinggalan zaman kerana ia tidak lagi menjadi mitos disebabkan oleh perubahan
zaman serta pengaruh daripada agama yang dianuti oleh masyarakat.

Selain itu, lagenda adalah berbeza dengan mitos di mana lagenda ini dianggap
benar-benar berlaku tetapi ia tidak dianggap suci. Tokoh bagi lagenda ini juga berbeza
dengan mitos di mana ia terdiri daripada manusia yang mempunyai sifat luar biasa
dalam dirinya. Bagi lagenda ini, latar masa dan sejarahnya tidak semestinya berlaku
pada masa lampau namun ia mempunyai hubungan dengan masa silam. Kisahnya juga
mempunyai kaitan dengan zaman sekarang yang dapat dibuktikan dengan Perigi Hang
Tuah di mana kepercayaan terhadap keramat yang benar-benar berlaku pada zaman
dahulu. Ciri-ciri bagi lagenda ini termasuklah sejenis komunikasi lisan yang bercorakkan
cerita berdasarkan kisah-kisah para tokoh dan pahlawan.

JKA/Jun2019 5

Antara contoh cerita lagenda bagi masyarakat Melayu ialah cerita Lagenda
Mahsuri yang mana kisah ini dianggap benar-benar berlaku kerana tempat dan masa
berlakunya kisah ini benar-benar wujud dan ini dapat dibuktikan dengan sebuah tempat
iaitu makam Mahsuri yang terdapat di Pulau Langkawi. Dalam kisah ini, sebelum
Mahsuri menghembuskan nafasnya yang terakhir, Mahsuri telah melafazkan sumpah
ke atas Pulau Langkawi dengan mengatakan bahawa pulau tersebut akan menjadi
‘padang jarak padang terkukur’ selama tujuh keturunan.

Kategori naratif yang terakhir sekali bagi sastera rakyat dalam prosa tradisional
ialah cerita rakyat yang mana ia tidaklah dianggap benar-benar terjadi dalam dunia.
Kebiasaannya, cerita rakyat ini bersumberkan hiburan, menegakkan kebenaran serta
mengandungi moral atau unsur sindiran yang mempunyai pengajaran. Jenis cerita
rakyat ini terdiri daripada cerita binatang, cerita penglipur lara, cerita jenaka dan cerita
teladan. Cerita binatang ini merupakan cerita yang ditokohi oleh binatang yang
menggambarkan tentang sikap dan perwatakan atau tingkah laku yang dibawa oleh
manusia. Cerita penglipur lara pula biasanya dituturkan secara lisan dari satu generasi
ke generasi yang lain dengan adanya tokok tambah yang menjadi milik sesebuah
masyarakat tersebut. Seterusnya, cerita jenaka pula merupakan sebuah cerita yang
akan menimbulkan rasa geli hati atau kelucuan bagi para pendengar di mana ia
mempunyai unsur kebetulan dengan situasi yang betul sebagai bermacam ragam
kehidupan manusia. Akhir sekali, cerita teladan pula lebih berunsurkan didaktif serta
mempunyai banyak unsur moral dan pendidikan yang mana golongan sasarannya
biasanya lebih tertumpu kepada kanak-kanak di mana cerita teladan ini wataknya terdiri
daripada manusia biasa yang melalui masalah pada permulaan cerita dan akhirnya
mendapat kegembiraan pada akhir cerita.

Seterusnya, dalam sastera istana bagi kategori bukan naratif dapat dibahagikan
kepada sastera undang-undang, sastera panji, sastera epik dan juga sastera agama.
Sastera undang-undang merupakan bahan kajian tentang sistem pemerintahan,
pentadbiran dan juga susun lapis masyarakat lama di mana ia terbahagi kepada dua
kumpulan iaitu Adat Temenggung dan Adat Pepatih. Antara contoh bagi sastera
undang-undang ialah Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Pahang.

Selain daripada sastera undang-undang, terdapat juga sastera panji yang
berkisarkan tentang kisah pengembaraan, percintaan dan juga peperangan di mana
watak utamanya ialah Panji yang terpaksa menempuh pelbagai peristiwa yang akhirnya
bertemu dengan kekasihnya seperti Hikayat Cendawan Putih. Di samping itu, terdapat

JKA/Jun2019 6

juga sastera epik yang juga dikenali sebagai sastera pahlawan yang mana ia
mengutamakan ciri kepahlawanan yang unggul dan seterusnya tokoh dalam sastera ini
sentiasa menjadi sanjungan para masyarakat. Tambahan lagi, sastera epik ini terbahagi
kepada dua iaitu epik kebangsaan seperti Hikayat Hang Tuah dan epik berunsurkan
Islam seperti Hikayat Amir Hamzah. Akhir sekali, terdapatnya sastera agama yang
lazimnya ia berfokuskan kepada kisah-kisah yang memaparkan tentang keunggulan
dan kehebatan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama Islam ke seluruh
dunia walaupun baginda terpaksa menempuhi liku-liku perjalanan yang memeritkan.

Seterusnya, selain daripada prosa Melayu tradisional yang telah dibincangkan,
terdapat juga puisi Melayu tradisional dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. Prosa
Melayu tradisional ini merupakan sastera terawal yang wujud bagi semua bangsa di
dunia ini. Ia juga merupakan susunan perkataan dalam bentuk sebuah karangan yang
berangkap atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang tertentu di mana
penggunaan bahasanya mementingkan kebenaran daya intelektual dan logik akal.
Puisi Melayu tradisional ini terbahagi kepada dua kategori juga iaitu naratif dan bukan
naratif.

Bagi puisi Melayu tradisional dalam kategori naratif, ia hanya terdiri daripada
syair sahaja. Syair ini merupakan sejenis puisi yang berlagu yang dibawa masuk ke
Nusantara bersama kedatangan agama Islam. Dalam puisi Melayu tradisional, bentuk
syair ini dipercayai telah dperkenalkan dan diperkembangkan oleh Hamzah Fansuri
sekitar abad ke-16 bagi tujuan untuk mengajarkan agama Islam. Tambahan pula,
ciri-ciri bagi syair Melayu ini terdiri daripada empat baris serangkap di mana jumlah
perkataan dalam setiap baris mestilah tiga hingga lima patah perkataan dan suku kata
pula hendaklah lapan hingga dua belas bagi setiap baris. Seterusnya, skema rima
hujungnya hendaklah sama iaitu ‘a’, ‘a’, ‘a’, ‘a’ dan kempat-empat baris dalam satu
rangkap adalah merupakan sebuah kesatuan idea tetapi rangkap tersebut tidak boleh
berdiri dengan sendirinya. Kemudian, dalam satu baris terdapat satu hentian yang
ditandai dengan jeda. Serangkap syair akan diikuti rangkap yang seterusnya untuk
membawa satu kesatuan yang sempurna sebagai sebuah cerita atau peristiwa. Akhir
sekali, kandungan syair secara amnya merupakan cerita yang panjang sama ada
mengenai kisah percintaan, keagamaan, falsafah mahupun pengajaran dan iktibar.

Bagi puisi Melayu tradisional dalam kategori bukan naratif pula, ia dapat
dikategorikan kepada pantun, gurindam dan seloka. Pantun orang Melayu memiliki
unsur dalaman yang estetik yamg kaya dengan ciri dan unsurnya yang tersendiri. Unsur
estetik dalaman pantun itu dapat dilihatkan berdasarkan dua perkara iatu penggunaan

JKA/Jun2019 7

lambang-lambang tertentu dalam dalam pantun mengikut tanggapan masyarakat
Melayu dan yang kedua ialah dilihat berdasarkan hubungan makna antara pasangan
pembayang-pembayang yang sama tidak kira dari segi konkrit atau abstrak. Jenis-jenis
pantun pula boleh dibahagikan bergantung kepada kesesuaian fungsi dan isinya yang
tersendiri. Antara jenisnya ialah untuk menghibur, menasihati, menduga akal,
meluahkan perasaan, menyampaikan hasrat seni, menyedapkan percakapan,
menyampaikan hasrat yang tersembunyi, agama, budi, jenaka, percintaan dan
perpisahan. Bentuk pantun juga boleh dibahagikan daripada dua kerat sehinggalah dua
belas kerat serta pantun yang berkait. Antara ciri bagi pantun yang perlu diketahui ialah
rangkapnya berasingan dan ia boleh berdiri dengan sendirinya sebagai satu kesatuan
idea serta rangkapnya terbina daripada baris atau kerat yeng berpasangan. Jumlah
perkataan dalam setiap baris hanyalah sekitar tiga hingga lima patah perkataan dan
jumlah suku kata dalam setiap baris sekitar lapan hingga dua belas suku kata.
Tambahan lagi, skema rima di tengah atau di hujung baris adalah berselangan tetapi
ada juga yang sama. Akhir sekali, setiap pantun yang baik mempunyai hubungan idea
dan wacana antara unit pembayang dengan unit maksudnya.

Selain daripada pantun, gurindam juga merupakan puisi Melayu tradisional bagi
kategori bukan naratif yang mana ia diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui karyanya
iaitu Gurindam Dua Belas. Dalam gurindam ini terdapat dua jenis bentuk iaitu terikat
dan tidak terikat di mana bentuk terikat mengandungi dua baris serangkap yang
mempunyai tiga hingga empat patah perkataan dengan skema rima ‘a’, ‘a’ manakala
bentuk tidak terikat mempunyai jumlah baris, perkataan dan suku kata dalam sebaris
serta rimanya tidak tetap. Lazimnya, gurindam ini sarat dengan nasihat, pengajaran,
kebenaran serta pernyataan perasaan cinta.

Akhir sekali, puisi Melayu tradisional bagi kategori bukan naratif ialah seloka di
mana ia berasal daripada perkataan Tamil iaitu shloka yang bermaksud berseloroh,
menyindir atau berjenaka dalam Bahasa Melayu dan seloka ini dipercayai datang
bersama dengan perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Kebiasaannya, seloka
Melayu ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris serangkap dengan memakai
bentuk pantun atau syair serta setiap barisnya menjadi isi kepada seloka berkenaan.
Antara ciri seloka ialah merupakan karangan yang berangkap yang menggunakan
pertentangan bunyi rima hujung yang bebas, terbahagi kepada pembayang dan juga
maksud, mempunyai unsur perkataan sindiran atau ejekan yang hendak disampaikan
dalam bentuk berangkap serta sarat dengan unsur pengajaran dan iktibar walaupun
mempunyai unsur jenaka dan sindiran.

JKA/Jun2019 8

2.2.2 Kesusasteraan Melayu Moden

Menurut Annas Hj Ahmad di dalam buku Azman Rahmat et al. (2022), hasil
karya sastera yang telah melepasi tahun 1800 Masihi hendaklah digolongkan dalam
sastera moden di mana pembahagian masa ini bagi tujuan untuk memudahkan
masyarakat sekarang memahami bentuk serta unsur perbezaan dalam karya sastera
Melayu. Kesusasteraan Melayu moden ini pula boleh dibahagikan kepada dua bentuk
iaitu prosa oden dan juga puisi moden.

Pertama sekali, prosa moden ini boleh dbahagikan kepada beberapa jenis iaitu
cerpen, novel dan drama. Dalam prosa moden ini, cerpen merujuk kepada hasil
gabungan dua perkataan iaitu cerita dan pendek di mana ia merupakan antara alat
yang menggambarkan sikap, perasaan, pandangan dan juga pemikiran pengarang
tentang suatu zaman. Cerpen ini lazimnya hanya mengemukakan satu kejadian atau
peristiwa yang menjadi fokus utama penceritaan. Cerpen ini juga membawa satu tema
sahaja serta satu atau dua persoalan yang akan memberikan kesan yang mendalam
kepada para pembaca. Dari aspek perwatakan dalam cerpen ini pula, ia lebih
memfokuskan tentang perkembangan watak kepada beberapa orang yang tertentu
sahaja manakala hanya terdapat satu plot sahaja yang mana plot ini akan
diperkembangkan dengan rapi dan tidak rumit sesuai dengan jalan ceritanya yang tidak
terlalu panjang. Akhir sekali, bagi memberikan impak yang besar kepada pembaca
supaya mendalami jalan cerita pada cerpen, pengarang biasanya akan menerbitkan
ketegangan dengan penambahan cetusan persaaan serta menyemarakkan emosi para
pembaca.

Jenis yang kedua iaitu novel merupakan prosa moden yang mana rekaannya
agak panjang. Perkataan novel ini berasal daripada perkataan Itali iaitu novella yang
membawa makna satu benda kecil yang baharu. Novel ini agak berbeza dengan cerpen
kerana isinya lebih panjang jika hendak dibandingkan dengan isi dalam cerpen yang
agak pendek. Seterusnya, bilangan watak dalam novel ini lebih banyak daripada cerpen
kerana terdapat pelbagai konflik yang boleh memuatkan sebahagian daripada sebuah
kehidupan di dalamnya. Tambahan pula, novel ini mencakupi tiga faktor utama yang
berkait rapat iaitu pengalaman peribadi, realiti hidup dan juga imaginasi. Terdapat
beberapa jenis corak novel antaranya seperti novel yang bercorak kemasyarakatan
seperti Cinta Gadia Rimba (1947) dan novel bercorak semangat kebangsaan seperti
Siapakah Yang Bersalah (1949). Dengan wujudnya penghasilan novel ini, ia telah
melahirkan ramai karyawan baru yang minat dalam menceburi bidang penulisan novel
sesuai mengikut peredaran dan perkembangan zaman.

JKA/Jun2019 9

Jenis yang terakhir sekali iaitu drama yang mana ia juga merupakan salah satu
bentuk karya sastera di mana penulis menyampaikan mesej atau pemikirannya melalui
lakonan serta dialog. Antara unsur-unsur yang mendokong kepada kegemilangan
sesebuah drama ialah skrip drama itu sendiri yang menjadi panduan dan rujukan
kepada pegarah dan apabila skrip itu telah disiapkan, pengarah drama itu akan
menyelaraskan pementasan drama tersebut. Kemudiannya, sesuatu drama tersebut
akan dijayakan dengan hasil kerjasama daripada para pelakon yang berjaya
memainkan peranan serta menjiwai watak yang dilakonkan. Akhir sekali, bagi
melaksanakan pementasan, terdapat beberapa unsur kesempurnaan yang penting bagi
menjayakan pementasan tersebut tidak kiralah dari segi cahaya, bunyi, pakaian, tata
rias dan penoton bagi memeriahkan lagi pementasan drama tersebut.

Bagi bentuk pada puisi moden pula ialah hanya terdapat sajak sahaja yang
terkandung di dalamnya di mana sajak bagi puisi moden ini lebih bebas yang hanya
terikat pada sesuatu pola yang tertentu walaupun ada ketikanya ia memerlukan ciri
matra, rima dan rentak. Sebagai puisi moden, sajak ini tidak terikat pada peraturan
seperti pemilihan kata, pembentukan rangkap, baris serta pematuhan skima rima akhir
seperti dalam puisi tradisional. Selain itu, ciri puisi moden juga terdapatnya nama
penulis pada akhir hasil penulisan bagi tanda sebagai pengakuan hak cipta ke atas
sesebuah karya walaupun hanya menggunakan nama pena dan ia amat berbeza
denganpPuisi Melayu tradisional yang bersifat hak milik bersama. Sajak ini juga
terbentuk daripada kata-kata yang baik dalam susunan yang sistematik di mana adanya
nilai rasa dan nilai erti yang seimbang serta lebih bersifat harmonis antara kata dan
maksud.

3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu ini telah memberikan gambaran yang menarik kepada
masyarakat Melayu dengan wujudnya keindahan gaya bahasa, struktur penceritaan
dan peranan yang didaktik yang didukung oleh sastera itu sendiri dan demikianlah
dapat dilihat adanya kesinambungan budaya masa lalu dengan masa kini (Azman
Rahmat et al., 2022). Hal ini dikatakan demikian kerana budaya pada masa silam ini
telah menjadi pengasas atau tunjang utama dalam perkembangan budaya pada masa
kini. Oleh itu, sastera Melayu ini telah berfungsi untuk mewujudkan pemikiran yang
hebat dalam membawa manusia bagi mencapai kemajuan dalam kehidupan seharian.
Terdapat beberapa fungsi Kesusasteraan Melayu yang boleh dikategorikan dari segi
alat pendidikan, alat perpaduan, alat kawalan sosial, dakwah, medium protes dan kritik

JKA/Jun2019 10

sosial serta sebagai hiburan buat masyarakat Melayu.

Pertama sekali, kesusasteraan Melayu ini berfungsi sebagai alat pendidikan
dalam kalangan masyarakat. Para pengarang telah menterjemahkan
pengalaman-pengalaman mereka mereka melalui kisah-kisah yang ditulis di mana ia
mencakupi pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Pengalaman
mereka ini kemudiannya dijadikan prosa atau puisi yang mengandungi banyak unsur
pengajaran, moral dan ilmu pengetahuan yang boleh didapati oleh para pembaca dan
perlakuan ini telah mewujudkan pendidikan secara tidak langsung. Tambahan pula,
Kesusasteraan Melayu ini juga memainkan peranan yang penting di peringkat sekolah
sebagai satu bidang ilmu yang dapat memupuk disiplin murid-murid melalui mesej
tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam sesebuah karya sastera tersebut sejajar
dengan konsep bahasa merentas kurikulum manakala di peringkat pengajian tinggi pula
pelajar telah didedahkan dengan kaedah serta teknik yang berkesan untuk membuat
penulisan berilmiah, rencana dan juga jurnal di mana mereka diberikan pengetahuan
tentang dunia penerbitan yang selaras dengan matlamat pembudayaan Bahasa Melayu
melalui sistem pendididkan. Oleh hal yang demikian, teks-teks sastera Melayu amatlah
wajar dan sangat digalakkan untuk dijadikan sebagai bahan bacaan wajib kepada para
pelajar bagi mendidik serta secara tidak langsung ia dapat memupuk nilai-nilai
kemanusiaan kepada pelajar hasil daripada pembacaan karya sastera tersebut.

Selain itu, Kesusasteraan Melayu juga merupakan salah satu alat yang boleh
mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat. Hal ini dapat dibuktikan
dalam program memperkasakan pengajaran, pembelajaran, kajian, penyelidikan dan
aktiviti yang berkaitan dengan kesusasteraan kebangsaan Malaysia yang telah
dijalankan di mana ia melibatkan sekolah, universiti, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia serta beberapa NGO Bahasa dan
Kesusasteraan. Di sini menunjukkan bahawa Malaysia terdiri daripada ribuan penulis
muda pelbagai kaum serta guru-guru yang mengajarkan mata pelajaran Kesusasteraan
Melayu di sekolah-sekolah menengah yang menjadi tunggak utama dalam menjayakan
peranan Kesusasteraan Malaysia terhadap perpaduan kaum (Azman Rahmat et al.,
2022). Tambahan lagi, penghasilan karya sastera yang ada menekankan serta
menyentuh tentang konsep perpaduan oleh sasterawan-sasterwan Malaysia dapat
membuka mata dan minda masyarakat setempat yang berbilang kaum untuk berfikiran
secara postif dan optimis tentang betapa pentingnya perpaduan supaya mampu
mempertahankan keharmonian negara Malaysia. Jelaslah, karya sastera ini boleh
memupuk serta melahirkan semangat perpaduan antara rakyat berbilang kaum di
Malaysia dengan adanya kesedaran, serta penglibatan semua pihak dalam

JKA/Jun2019 11

aktiviti-aktiviti bahasa dan kesusasteraan kebangsaan Malaysia terutama sekali
daripada kalangan pelajar dan golongan belia pelbagai kaum.

Fungsi Kesusasteraan Melayu yang seterusnya ialah sebagai alat kawalan
sosial dalam kehidupan harian. Misalnya, ahli masyarakat biberitahu tentang perkara
yang boleh dan tidak boleh dilakukan melalui cerita-cerita rakyat seperti dalam kisah Si
Tanggang yang derhaka kepada ibunya dan akhirnya dia telah menerima hukuman
yang setimpal atas perbuatan jahatnya itu. Di sini menunjukkan bahawa pengajaran
yang msayarakat boleh ambil berdasarkan kisah tersebut ialah jangan sesekali
menderhaka kepada kedua ibu bapa kita. Daripada kisah-kisah rakyat ini hendak
menunjukkan bahawa perlakuan yang baik dan jalan cerita yang mempunyai
pengajaran boleh diambil iktibar dan menjadi ikutan kepada rakyat terutamanya
daripada kalangan kanak-kanak. Kemudian, dalam cerita-cerita lagenda pula
terdapatnya tokoh masyarakat yang menjadi sanjungan dan inspirasi kepada rakyat
seperti tokoh agama, pahlawan, peneroka sesuatu tempat dan sebagainya yang mana
tokoh tersebut akan memaparkan semangat perjuangan yang gigih, kekuatan yang luar
biasa serta banyak berjasa kepada tanah air yang tercinta mampu memupuk semangat
sayang akan negara kepada rakyat. Seterusnya, cerita-cerita rakyat ini akan
bersambungan lagi kepada khalayak atau golongan masyarakat yang akan datang
walaupun perkembangan masyarakat ini dipengaruhi oleh perubahan zaman, tetapi
nilai dan pengajaran yang terkandung di dalamnya masih relevan dan sesuai digunakan
dengan anggota masyarakat tidak kira pada era mana sekalipun.

Kemudian, dakwah juga merupakan antara fungsi Kesusasteraan Melayu di
mana terdapat ciri-ciri penting yang membentuk pandangan sastera iaitu nilai ijabiyah
yang merupakan nilai positif dan nilai waqi’iyyah yang merupakan nilai realistik di mana
kedua-duanya amat penting bagi membantu mengembangkan dakwah melalui karya
sastera. Pengaruh dakwah ini telah membangunkan sastera Islam di Alam Melayu pada
suatu ketika dahulu dan ia telah membawa perubahan yang sangat penting dalam
sejarah Kebudayaan Melayu. Tambahan pula, cereka Islam yang merupakan satu
cabang dalam karya sastera Islam mestilah membawa amanah keimanan serta
ketakwaan kepada Allah SWT ataupun nilai-nilai Islam yang murni seperti yang dibawa
oleh para nabi yang terdahulu. Namun begitu, teks-teks sastera Islam ini tidak terbatas
hanya pada kisah para nabi terdahulu sahaja tetapi ia juga terbuka kepada cereka yang
lain seperti puisi, hikayat, cerpen dan sebagainya. Jelaslah, dakwah dalam sastera
Islam ini mampu membentuk akhlak manusia di Alam Melayu bukan sahaja melalui
cerita nabi-nabi tetapi juga melalui cereka yang dikarang semula oleh pengarang
tempatan berdasarkan sumber yang sahih.

JKA/Jun2019 12

Di samping itu, Kesusasteraan Melayu juga merupakan sebuah medium bagi
memprotes dan mengkritik sosial di mana karya sastera ini lebih berfokuskan
masyarakat, kehidupan dan manusia kerana ketiga-tiga elemen ini saling berkait rapat
antara satu sama lain. Oleh kerana masyarakat ini mempunyai pelbagai susun lapis
dalam kehidupan, perkara ini telah mewujudkan jurang antara mereka dan ia akan
mempengaruhi tindakan dan tatasusila serta adab tidak kiralah bagi tujuan menegur,
mengkritik mahupun untuk menyampaikan mesej dan amanat. Tegasnya, dalam
sesbuah karya sastera itu terdapatnya mesej dan iktibar sama ada yang tersurat
mahupun yang tersirat bagi memprotes dan mengkritik kehidupan sosial masyarakat di
mana ia perlu diambil peduli oleh setiap masyarakat kerana karya itu ditulis
berdasarkan tinjauan atau pemerhatian pengarang itu sendiri.

Akhir sekali, sudah pastinya hiburan merupakan fungsi penting dalam
Kesusasteraan Melayu kerana dengan adanya unsur hiburan yang terkandung di
dalamnya ia dapat melahirkan sebuah karya sastera yang membawa kepada
keseronokan dan keindahan. Hiburan dalam karya sastera ini biasanya terhasil
daripada kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang tersusun dengan cantik,
adanya unsur jenaka serta kemampuan para pengarang untuk membelai emosi
pembaca atau pendengar dalam karya sasteranya. Contoh unsur hiburan iaitu jenaka
yang terdapat dalam karya sastera cerita Pak Kaduk ialah sewaktu Pak Kaduk telah
diminta untuk menukarkan ayamnya dengan ayam raja dalam pertandingan laga ayam
dan tanpa berfikir panjang, Pak Kaduk pun bersetuju dengan permintaan tersebut. Pak
Kaduk yang ingin membuat kelainan telah memakai pakaian daripada kertas.
Malangnya, ayam Pak Kaduk yang telah raja miliki memenangi pertandingan tersebut
tetapi Pak Kaduk menyangka bahawa dia yang telah memenangi pertandingan tersebut
seterusnya bersorak keriangan sehingga seluruh pakaiannya koyak rabak dan akhirnya
dia telanjang bulat menyebabkan Pak Kaduk berasa malu serta menyesal atas
kesilapannya. Jelas di sini menunjukkan bahawa cerita Pak Kaduk ini bukan sahaja
terdapatnya unsur hiburan iaitu jenaka tetapi ia juga sarat dengan mesej dan iktibar
yang hendak disampaikan kepada masyarakat.

Tuntasnya, kesemua fungsi-fungsi Kesusasteraan Melayu itu amatlah penting
dalam menyampaikan mesej serta makna yang tersurat dan tersirat kepada
masayarakat. Oleh itu, masyarakat hendaklah mengambil perhatian serta menghayati
setiap karya sastera Melayu kerana ia boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian
di samping menjadi hiburan buat masyarakat setempat.

JKA/Jun2019 13

4.0 Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu

Akal budi yang ada pada masyarakat Melayu merupakan antara satu konsep
yang sentiasa subur dalam ruang lingkup sosiobudaya Melayu di mana akal ini merujuk
kepada kemampuan manusia berfikir bagi melengkapkannya dengan ilmu pengetahuan
seperti berfikir tentang idea dan tingkah laku yang diperlukan dalam perhubungan
dengan persekitaran dan membolehkan akal membuat perbezaan antara perkara yang
baik dan buruk dalam kehidupan mereka manakala budi pula bermaksud keikhlasan
yang datang daripada hati kerana rasa luluh dan simpati yang terkandung di dalam hati
(Shamsudin Othman et al., 2015). Oleh itu, akal budi ini mencerminkan perbuatan,
pemikiran dan sikap seseorang manusia yang menunjukkan kebijaksanaan, kehalusan
jiwa serta keindahan di mana ia diterjemahkan dalam pelbagai rupa tetapi biasanya
dalam bentuk penghasilan seni seperti seni sastera.

Manifestasi akal budi ini mengandungi empat aspek utama yang terkandung di
dalamnya iaitu pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya hidup. Pemikiran ialah proses
menggunakan minda bagi mencari makna dan memahami sesuatu dengan menerokai
pelbagai kemungkinan idea dan membuat pertimbangan yang wajar untuk membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya berupaya untuk melakukan
refleksi dan metakognisi terhadap proses yang telah dijalani. Pertuturan pula ialah
proses komunikasi di mana ia dapat dilihat dari segi kesantunan semasa komunikasi
dijalankan bagi menghindarkan daripada berlakunya konflik antara penutur dan
pendengar. Perlakuan pula ialah sesuatu perbuatan di mana ia dapat dikategorikan
sebagai masyarakat yang kaya dengan tingkah laku yang berhemah dan baik dalam
konteks masyarakat Melayu. Akhir sekali, akal budi masyarakat Melayu ini tidak akan
lengkap tanpa gaya hidup yang mana ia merupakan cara tertentu bagi seseorang
individu atau kumpulan dalam menjalani kehidupan seharian mereka dan dalam
konteks gaya hidup bagi akal budi ini dapat dilihat dalam kehidupan seharian kita iaitu
adat istiadat, agama dan kepercayaan, keseniaan, kekeluargaan dan juga pengamalan
nilai-nilai murni dalam kehidupan.

4.1.0 Manifestasi Akal Budi Dalam Pantun

Pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan
masyarakat Melayu yang lazimnya digunakan bagi menyampaikan pemikiran dan juga
perasaan. Dalam apa juga bentuk fizikalnya, pantun merupakan pengungkapan yang
mempunyai pembayang maksud dan maksud. Berikut merupakan contoh satu hasil

JKA/Jun2019 14

karya pantun berkaitan masayarakat Melayu:

Kalau bertanak dengan menggulai,
Mengacau gulai pecah isinya,
Kalau gelak nak jangan mengilai,
Kalau mengilai rendah budinya.

(Tenas Effendy 2004:84)

Aspek pemikiran dalam pantun ini dapat dilihat melalui aspek tersirat iaitu
pemilihan diksi bagi pembayang yang berkaitan dengan budaya masyarakat Melayu
iaitu makanan tempatan Melayu yang merupakan gulai. Apabila memasak gulai, jangan
sampai pecahkan isinya kerana ia akan membuatkan makanan menjadi tidak menarik
dan kurang enak begitu juga dengan perilaku seseorang supaya tidak ketawa dengan
kuat sehingga mengilai kerana ia memberikan gambaran tentang adab yang kurang
sopan secara tidak langsung ia telah merendahkan nilai budi yang ada pada dirinya. Ia
juga boleh dikaitkan dengan agama Islam di mana Islam melarang pengikutnya untuk
bersifat riak dan sombong. Sikap suka ketawa sehingga mengilai ini boleh
mengakibatkan seseorang itu mudah menjadi riak dan sombong sehingga boleh
menyebabkan masyarakat di sekelilingnya memandang rendah terhadap harga dirinya.

Banyaklah rajut perkara rajut,
Rajut bertali bunga bercanggah,
Banyaklah sujud perkara sujud,
Sujud sejati kepada Allah.

(Tenas Effendy 2004:84)

Aspek pemikiran dalam pantun ini pula dapat dperlihatkan tentang agama Islam
yang merupakan agama yang dianuti oleh masyarakat Melayu di mana Islam
mengajarkan penganut-penganutnya agar sentiasa menjauhkan diri daripada
melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam di mana ia dapat
digambarkan dengan bunga bercanggah pada pantun di atas. Selain itu, penulis juga
menasihati supaya sentiasa perbanyakkan sujud kepada Allah ataupun hendaklah
sering menunaikan solat supaya mendapat ketenangan dalam kehidupan.

Secara keseluruhannya, dapat diperlihatkan bahawa betapa tingginya
pemikiran masayarakat Melayu yang telah dipaparkan dalam pantun ini yang
meletakkan kepentingan adab dan agama sebagai sebuah perkara yang dipandang
tinggi dan amat penting dalam menjalani kehidupan seharian dalam kalangan

JKA/Jun2019 15

masyarakat.

4.2.0 Manifestasi Akal Budi Dalam Syair

Syair ini pada awalnya digunakan secara meluas di Nusantara bagi
menyebarkan ajaran tasawuf selain daripada untuk tujuan bercerita dan ia dipercayai
telah diperkembangkan oleh Hamzah Fansuri sekitar abad ke-16. Syair juga
merupakan sebuah bentuk puisi tradisonal ciptaan orang Melayu yang mendapat
pengaruh daripada Arab dan Parsi tetapi bentuk syair Melayu adalah berbeza sama
sekali dengan bentuk syair dalam kesusasteraan Arab dan ia merupakan sebuah karya
kreatif lisan yang bergenre puisi tradisional. Berikut merupakan contoh satu hasil karya
pantun berkaitan masayarakat Melayu iaitu Syair Nasihat (Penghujung Thamarat
al-Muhimmah):

Dengarkan tuan ayah berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Nasihat kebajikan ayahanda beri,
Amalkan jangan malas dan ngeri.

(Rangkap 1)

Dalam aspek akal budi, penulis mencipta syair ini bertujuan untuk memberikan
nasihat kepada si anaknya supaya tidak bermalasan dan melakukan sesuatu perkara
hendaklah berlandaskan ilmu pengetahuan. Dalam rangkap pertama ini, si ayah
memberikan nasihat dengan cara yang berperi iaitu lemah lembut dengan memberikan
kata-kata semangat yang berupakan pujian yang sederhana dan kemudiannya barulah
si ayah menyatakan nasihatnya yang sebenar yang disampaikan dalam bentuk amaran
iaitu jangan bersikap malas dalam melakukan sebarang pekerjaan.

Ayuhai anakanda muda remaja,
Jika anakanda menjadi raja,
Hati yang betul hendak disahaja,
Serta rajin pula bekerja.

(Rangkap 2)

Dalam rangkap kedua ini, penyair ataupun si ayah ini menasihatkan
anakandanya bahawa hendaklah menjadi pemimpin yang diibaratkan seperti raja yang
sentiasa berniat ikhlas dan tulus serta sering menunjukkan kesungguhan dengan rajin

JKA/Jun2019 16

bekerja.

Kerja kebajikan janganlah malas,
Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.

(Rangkap 3)

Pada rangkap ketiga ini, si ayah terus menasihati anaknya sekiranya hendak
menjadi seorang pemimpin hendaklah dia melaksanakan tanggungjawabnya dengan
menjalankan segala amanah yang telah dipikul dan janganlah curi tulang atau bersikap
malas. Selain itu, hendaklah sentiasa mengikhlaskan diri dan hati dalam melaksanakan
tanggungjawab di mana keikhlasan hati itu diibaratkan sejernihnya air di dalam sebuah
gelas.

Menuntut ilmu janganlah segan,
Ilmu yang benar janganlah yang bukan,
Iaitu ilmu yang kebajikan,
Di kitab ini sudah disebutkan.

(Rangkap 4)

Dalam rangkap keempat ini pula, si ayah menasihati anaknya supaya tidak
malu dalam menuntut ilmu serta jangan sesekali mengabaikan kepentingan ilmu dalam
kehidupan. Akan tetapi, ilmu yang dituntut itu hendaklah ilmu yang membawa kepada
kebaikan dan bukanlah ilmu yang menjerumus kepada kejahatan dalam kehidupan
seperti mana yang telah ditetapkan dalam kitab yang boleh dijadikan sebagai panduan
dan pedoman.

Hendaklah anakanda mengaji selalu,
Dari yang lain lebihkan dulu,
Had syarak jangan dilalu,
Tidaklah anakanda beroleh malu.

(Rangkap 5)

Rangkap kelima ini memperlihatkan bahawa si ayah menggesa anaknya
supaya sentiasa mengutamakan pengajian dengan terus belajar daripada melakukan
perkara-perkara lain atau tidak melakukan perkara yang sia-sia. Kemudian, si anak juga
hendaklah memastikan bahawa dia tidak melanggar mana-mana peraturan hukum

JKA/Jun2019 17

dalam kehidupan di mana ia digambarkan dengan had syarak dalam syair supaya
anaknya itu terhindar daripada melakukan imej yang buruk dan tercela.

Segala perbuatan dengan berilmu,
Maka kebajikan boleh bertemu,
Jika sebarang-barang diramu,
Akhirnya anakanda jatuh bersemu.

(Rangkap keenam)

Dalam rangkap keenam ini, si ayah menasihati anaknya supaya segala
perbuatan yang dilakukannya hendaklah berasaskan ilmu pengetahuan agar ia dapat
menjamin perbuatan si anak yang selaras dengan tujuan kebajikan yang hendak
dicapainya. Namun sebaliknya, sekiranya si anak bertindak tanpa sebarang ilmu
ataupun bersikap semberono yang digambarkan dengan sebarang-barang dalam syair,
ia akan berkemungkinan besar menyebabkan si anak terjatuh menjadi seorang insan
yang mudah terpedaya dengan tipu helah orang yang mempunyai niat jahat yang mana
ia diumpakan dengan jatuh bersemu dalam syair.

Ilmu itu besar faedahnya,
Membezakan hak dengan batinnya,
Mengetahui rakyat benar salahnya,
Supaya dihukumkan dengan adilnya.

(Rangkap ketujuh)

Seterusnya, dalam rangkap ketujuh ini penyair menyatakan bahawa faedah
menuntut ilmu adalah sangat besar kerana dengan adanya ilmu pengetahuan,
seseorang itu dapat membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang buruk.
Selain itu, pemimpin juga dapat menghakimi rakyat dengan adil di mana keputusan
seseorang pemimpin itu hendaklah berdasarkan ilmu pengetahuan yang luas serta
bersifat adil dan dapat diterima dengan hati yang senang oleh semua phak.

Jika ilmu tidak diendah,
Sebab anakanda capak permudah,
Rakyat datang membawa gundah,
Anakanda tercengang duduk terngadah.

(Rangkap kelapan)

JKA/Jun2019 18

Pada rangkap terakhir sekali iaitu rangkap kelapan, penyair atau si ayah ini
menyatakan bahawa jika seorang pemimpin tidak mengambil peduli tentang
kepentingan menuntut ilmu disebabkan si anak yang suka mengambil mudah atau
memandang ringan tentang kepentingan ilmu, maka apabila rakyat jelata atau orang di
bawah tanggungannya datang mengadukan hal, masalah atau kemusykilan, nescaya si
pemimpin hanya mampu tercengang dan tidak tahu untuk melakukan apa-apa untuk
menyelesaikan masalah tersebut kerana ketiadaan ilmu di dada. Jadi, kewibawaan
seseorang pemimpin yang bersifat sedemikian akan pudar di mata rakyat atau orang di
bawah tanggungannya akan memandang rendah terhadapnya.

Secara keseluruhannya, dapat diperlihatkan bahawa betapa tingginya
pemikiran masayarakat Melayu yang dijelmakan dalam puisi tradisional syair ini yang
meletakkan ilmu sebagai sebuah perkara yang dipandang tinggi dan amat penting
dalam menjalani kehidupan seharian dalam kalangan masyarakat.

4.3.0 Manifestasi Akal Budi Dalam Seloka

Perkataan seloka ini berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu shloka yang
bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka ini telah dipercayai
berkembang ke Alam Melayu sewaktu kedatangan agama Hindu di Asia Tenggara.
Tambahan pula, seloka ini merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang
berunsurkan jenaka, gurau senda, ejekan dan juga sindiran. Lazimnya, seloka Melayu
ini ditulis dalam bentuk yang terikat iaitu empat baris serangkap dan binaannya agak
mirip dengan bentuk pantun atau syair. Namun begitu, terdapat juga seloka dalam
bentuk bebas dan setiap berisnya mengandungi maksud yang tertentu. Satu ciri utama
yang penting dalam seloka ini adalah ia mempunyai maksud bagi mengejek, menyindir
secara serius atau jenaka serta mengkritik perlakuan yang negatif. Walaupun
kandungan dan mesej yang terdapat di dalamnya sarat dengan sindiran, tetapi ia
sangat berguna dan boleh dijadikan pengajaran serta teladan untuk para pembaca dan
pendengar.

Antara salah satu seloka yang amat masyhur dalam kalangan masyarakat
Melayu ialah Seloka Pak Pandir yang diambil daripada Cerita Jenaka Rakyat. Pak
Pandir merupakan seorang lelaki yang sangat lurus bendul dan mempunyai seorang
isteri yang terpaksa menahan kerenah dan segala perbuatannya yang agak bendul dan
tidak masuk akal. Berikut merupakan contoh seloka Pak Pandir:

JKA/Jun2019 19

Anak dipijak daging dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga menanggung.
Apa didengar gelagak dagang
Gelagak rambutan jantan:
Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.

Daripada seloka Pak Pandir ini, ia mempamerkan bahawa ia bertujuan untuk
berhibur dan berjenaka tetapi ada terselitnya unsur sindiran. Pak Pandir di sini telah
mewakilkan sikap sesetengah masayarakat Melayu yang mempunyai sikap-sikap
negatif dalam diri masing-masing.

Akal budi masyarakat Melayu yang boleh dimanifestasikan dalam seloka Pak
Pandir ini ialah menyindir individu yang bersikap lebih mengutamakan orang lain
berbanding keluarga sendri. Namun, kita seharusnya lebih mengutamakan keluarga
atau orang yang terdekat dengan kita berbanding mengutamakan orang yang tidak
dikenali. Hal ini dapat dibuktikan pada frasa ‘pijak anak’ dalam seloka ini di mana Pak
Pandir bukan sahaja sanggup mengabaikan anaknya malahan dia juga sanggup
menyakitinya manakala orang luar atau orang yang tiada pertalian darah dengannya
pula diberikan layanan yang baik sebagaimana yang telah terdapat dalam seloka pada
frasa ‘dagang dijinjing’.

Seterusnya, dalam seloka ini menunjukkan gambaran Pak Pandir yang tidak
pandai menguruskan hartanya dengan sendiri di mana ia berkemungkinan bahawa Pak
Pandir ini seorang yang boros dan tidak tahu untuk berjimat cermat sehingga terpaksa
menggadaikan hartanya. Hal ini dapat dibuktikan pada baris ‘Harta habis badan
tergadai’ dalam seloka tersebut. Selain itu, pada baris ‘tak sedar bertelanjang’ boleh

JKA/Jun2019 20

digambarkan bahawa Pak Pandir itu berkemungkinan tidak sedar akan kelemahan
yang ada pada dirinya kerana jika ia menyedarinya sudah pasti dia akan cuba sedaya
upaya untuk tidak bertelanjang dan menutupi badannya dengan pakaian. Di sini
menunjukkan bahawa Pak Pandir itu sendiri tidak mampu untuk memperbaiki
kelemahan dirinya sendiri.

Kemudian, pada frasa ‘Mulut kena suap pisang,’ ‘Buntut kena cangkuk onak’
menunjukkan bahawa hidup seseorang itu akan terikat dan tersiksa sekiranya
seseorang itu tidak tahu tentang tipu helah musuh yang bertalam dua muka di mana
berpura-pura baik di hadapan namun dia sebenarnya seolah-olah mengawal kehidupan
kita. Oleh sebab itu, seseorang itu akan menanggung rasa sakit dan derita tanpa
kesudahan akibat msalah yang timbul disebabkan oleh kelemahan dirinya sendiri
yang boleh dikaitkan dengan frasa ‘ Awak juga berkecundangan’. Akhir sekali, pada
baris ‘Gelagak rambutan jantan’ yang bermaksud ia tidak mengeluarkan buah walaupun
musim berbunga sudah tiba menunjukkan aspek akal budi yang mana pengarang
mengkritik sikap seseorang yang tidak memberikan manfaat kepada orang lain sama
seperti sikap Pak Pandir.

Secara keseluruhannya, dapat diperlihatkan bahawa seloka Pak Pandir ini
menyindir sebahagian pihak dalam kelompok masyarakat Melayu yang bersikap negatif
kerana terdapat banyak kelemahan yang wujud dalam kehidupan seharian mereka dan
watak Pak Pandir ini mewakili sikap keturunan Melayu yang sentiasa perlu diberikan
teguran supaya mereka berubah kepada sikap yang lebih positif dan berguna buat
masyarakat yang lain.

4.4.0 Manifestasi Akal Budi Dalam Gurindam

Gurindam ialah sebuah bentuk puisi Melayu Tradisional yang diperkenalkan
oleh Raja Ali Haji seperti mana hasil karya sasteranya iaitu Gurindam Dua Belas yang
telah dikarang pada tahun 1984. Gurindam ini berasal daripada Bahasa Tamil iaitu
‘iradam’ atau ‘kirandam’ yang bermaksud puisi secara terbuka dan mengutarakan idea
yang saling melengkapi yang sarat dengan petua, nasihat atau pengajaran. Gurindam
ini berbentuk terikat dan terdiri daripada dua baris serangkap yang mengandungi tiga
hingga enam patah perkataan dan seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap
bagi melengkapkan keseluruhan idea. Contoh akal budi masyarakat Melayu yang
terkandung dalam Gurindam Dua Belas Pasal Ketiga:

JKA/Jun2019 21

Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.

Akal budi masyarakat Melayu yang terdapat dalam Gurindam Dua Belas Pasal
ketiga ini di mana pengarang menjelaskan kepada pembaca pada rangkap pertama
bahawa apabila seseorang itu berjaya memelihara pandangannya dengan baik di mana
beliau menggambarkan mata sebagai alat penglihatan, maka tidak akan timbullah
pelbagai keinginan yang bakal merosakkan dirinya. Pada rangkap kedua pula,
pengarang menasihati pembaca supaya menjaga pendengarannya daripada
mendengar berita-berita yang tidak baik supaya dapat menghindari berita atau fitnah
yang jahat. Di sini, pengarang mengibaratkan kuping atau merupakan telinga sebagai
alat pendengaran untuk mendengar perkara yang berfaedah sahaja. Seterusnya, pada
rangkap ketiga menerangkan bahawa apabila seseorang berjaya megawal
pertuturannya, sudah pasti banyak kebaikan yang bakal diperolehnya dan di sini
pengarang menggambarkan lidah sebagai pertuturan seseorang.

Tambahan lagi, pada rangkap keempat, pengarang menasihati supaya apabila
seseorang itu bersungguh-sungguh menjaga anggota tangannya, maka perkara yang
berat dan ringan dapat diselesaikannya dengan baik. Kemudian pada rangkap kelima
pula akal budi masyarakat Melayu dapat diperlihatkan oleh pengarang di mana beliau

JKA/Jun2019 22

menyatakan sekiranya seseorang itu gagal mengawal nafsu makannya, sudah tentu
banyak perakara yang memudaratkan diri akan timbul di mana frasa ‘fiil yang tidak
senoinoh’ itu diibaratkan seperti sendawa mahupun akan mendapat sakit perut akibat
makan terlalu banyak. Di samping itu, pada rangkap keenam, pengarang menasihati
supaya sebtiasa bijak mengawal anggota tengah yang mana ia diibaratkan sebagai
nafsu syahwat supaya semangat orang tidak luntur di mana maruah seseorang itu
dapat dipelihara. Akhir sekali pada rangkap ketujuh, pengarang menyatakan agar
sentiasa menjaga pergerakan kaki supaya tidak pergi ke tempat-tempat yang
membawa rugi itu digambarkan sebagai tempat yang boleh membawa kepada
keorsakan diri dan akhlak sesebuah masyarakat.

Secara keseluruhannya, dapat diperlihatkan bahawa Gurindam Dua Belas
Pasal Ketiga ini penuh dengan pengajaran serta teguran dan nasihat yang amat
berguna buat diri masyarakat supaya mereka menginsafi serta berusaha untuk
menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang boleh membawa mudarat
kepada diri sendiri.

5.0 Rumusan

Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa masyarakat Melayu ini mempunyai
pemikiran yang amat tinggi dan kritis dalam penghasilan sesebuah karya sastera di
mana penggunaan bahasa dan ilmu yang tinggi telah diaplikasikan dalam karya
penulisan mereka. Pengahsilan karya sastera Melayu ini juga bukan sekadar untuk
mengisi masa lapang atau untuk tujuan hiburan semata-mata, tetapi ia juga sarat
dengan pelbagai pengajaran dan iktibar yang boleh daiambil dan diamalkan oleh
masyarakat di Malaysia kini. Oleh itu, hasil karya kesusasteraan Melayu ini hendaklah
dijaga dan dipelihara sebaik mungkin supaya ia tidak semakin dilupakan oleh golongan
genersai muda kini yang semakin mengabaikan serta memandang enteng tentang
karya sastera Melayu lama akibat daripada perubahan pemodenan era sekarang.

JKA/Jun2019 23

6.0 Rujukan

Ali, A. H., & Ismail , K. (1). Asas Pembinaan Teori Sastera Oleh Sarjana Sastera di
Malaysia . Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 1(1), 1 - 20.

Ali, A. H. (2011). Konsep Keindahan dalam Kesusasteraan Melayu
Tradisional. PENDETA, 2, 99-117.

Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kesusasteraan. (2021, Disember 6). In Wikipedia.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesusasteraan

Othman, S., Sabil, A. M., & Lateh, G. (2015). Pemikiran akal budi dan sosiobudaya
Melayu dalam pendidikan Kesusasteraan Melayu. International Journal of
Education and Training (InJET), 1(2), 1-10.

Rahmat, A., Zainuddin, M. N., Abu Bakar, S., Hassan, A. R., & Awang, H. (2022).
Pengenalan kesusasteraan dan kebudayaang Melayu. Pustaka Al-Ehsan.

Tenas Effendy (2004). Tunjuk Ajar dalam pantun Melayu. Balai Kajian dan
Pengembangan Budaya Melayu.

Zakaria, N., Ali, A. H., Wahid, A., & Omar, A. (2018). Sejarah Melayu sebagai lambang
tradisi akal budi bangsa yang tinggi. Jurnal Melayu Sedunia, 1(1), 191-209.

JKA/Jun2019 24


Click to View FlipBook Version