The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Siapa tidak kenal dengan Dato' Onn Jaafar?Tokoh yang banyak berjasa dalam kancah politik di Negeri Johor.Sifat beliau dan kisahnya juga dicatatkan dalam karya sejarahwan terkenal Malaysia.Rintangan dan cabaran beliau dalam memberikan atau mengusulkan cadangan beliau sangan berat untuk dilalui.Hasilnya,dia mendapat nama di persada dunia dan jasa beliau masih dikenang sehingga hari ini.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arifik0502, 2021-04-25 04:51:15

Dato' Sir Onn Bin Dato' Jaafar:Pemacu dunia Politik

Siapa tidak kenal dengan Dato' Onn Jaafar?Tokoh yang banyak berjasa dalam kancah politik di Negeri Johor.Sifat beliau dan kisahnya juga dicatatkan dalam karya sejarahwan terkenal Malaysia.Rintangan dan cabaran beliau dalam memberikan atau mengusulkan cadangan beliau sangan berat untuk dilalui.Hasilnya,dia mendapat nama di persada dunia dan jasa beliau masih dikenang sehingga hari ini.

Keywords: Dato' Onn Jaafar

Halaman (i)

Kandungan

Pendahuluan
Biodata tokoh pemimpin
Pendidikan tokoh
Kerjaya tokoh
Sumbangan tokoh
Nilai kepimpinan
Penutup
Sumber rujukan

Biodata tokoh pemimpin

Nama penuh :Dato’ Sir Onn bin Dato’ Jaafar Tarikh lahir:12 Februari 1895

Jawatan:-Presiden UMNO pertama Tempat lahir:Jalan Gertak
-Menteri Besar Johor ke-7 Merah, Bukit Gambir, Johor
Bahru, Johor,
Tarikh meninggal dunia:19
Januari 1962 (umur 66)

Tempat persemadian:Makam
Diraja Bukit Mahmoodiah

Ibu:Roquaiya Hanim Hubungan:
Bapa:Jaafar Haji • Rafeah Abdullah(Isteri)
Muhammad • Che Jamilah(Isteri)
• Che Kah(Isteri)
• Halimah Hussein(Isteri)
• Hishammuddin Hussein (cucu)
• Mohamed Noah Omar (besan)
• Abdul Rahman Mohamed Yassin

(abang ipar)
• Ungku Abdul Aziz (anak saudara)
• Syed Muhammad Naquib al-Attas (anak

saudara)

PENDIDIKAN TOKOH
1901: Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor. Belajar
bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris.
1903: Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England . Dia ke sana sebagai pengiring
putera-putera Sultan Johor.

Alderburgh Lodge School,Suffolk, England
1910-1911 Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Maktab Melayu Kuala Kangsar(kini)

KERJAYA TOKOH

Kerjaya awal
1930: Beliau bekerja sebagai wartawan ketika berumur 35 tahun.
1934: Beliau menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga.
1930: Beliau dilantik menjadi pengarang Warta Malaya
Perang dunia 2:Bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat

Contoh bahan bacaan
tentang Dato’Onn Jaafar

Akhbar Lembaga Malaya

Kerjaya politik

Pengasas UMNO Logo Umno
Pada 1 - 4 Mac 1946

Pada 1 Jun 1947, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau
meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya,
UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti
dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan
Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa
Melayu.

Beliau kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-dasar perkauman
UMNO serta mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah
Melayu tanpa mengira kaum dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan
Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentang, beliau meletakkan
jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam
diadakan pada 25 hingga 26 Ogos 1951.

Pengasas Parti Kemerdekaan Malaya dan Parti Negara
Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951.
Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954,
beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam
pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara
menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan
daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan
dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih
berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu
kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan
bantuan parti PAS

Logo parti negara

SUMBANGAN TOKOH

Pada awal tahun 1946, beliau menubuhkan Persatuan Melayu
Semenanjung Johor yang sebagai Yang Dipertua. Dalam bulan
Mac 1946, perwakilan-perwakilan dari berbagai persatuan
Melayu bertemu dalam Kongres Melayu pertama yang diadakan
di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur mencapai keputusan
akan menubuhkan satu dan yang mewakili orang melayu
menentang Malayan Union.

Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar
Johor Bahru pada bulan Mei 1946. Kongres
inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk
Onn sebagai yang Di Pertuanya yang pertama.
Dalam tahun ini juga iaitu pada 1 Oktober 1946,
Sultan Ibrahim melantik Datuk Onn Datuk
Jaafar sebagai Menteri Besar Johor.

Datuk Onn memilih untuk terus berkhidmat sebagai
Yang Dipertua UMNO. Pada tahun 1946, kepimpinan
Datuk Onn menentang penjajahan secara politik
sehingga tumbangnya Malayan Union dan
tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu.

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH
GENERASI SEKARANG

Sebagai seorang pejuang dan pendukung keamanan,beliau
mempunyai pendirian politiknya yang tersendiri. Kepintaran dan
kegigihannya tidak ada tolok banding di waktu beliau berada di
mercu politik UMNO dan tanahair sehingga diperakui semua
kalangan. Beliau seorang tokoh politik nasionalis dengan
keupayaan intelektual yang tinggi walaupun tidak menjejak kaki di
Universiti. Dalam lima tahun yang intensif sewaktu pergolakan
politik tanahair paling memuncak beliau wujud untuk memegang
teraju pimpinan orang-orang melayu dan membentuk corak politik
yang akan diikuti kemudian.Sifat tidak putus asanya juga dalam
menubuhkan pelbagai persatuan menggapai sinar kejayaan beliau
dalam bidang politik

Dato’ Onn Jaafar ketika sedang berucap

PENUTUP/KESIMPULAN

Ironinya,Dato’ Onn Jaafar tidak disangkal lagi sebagai tokoh pemimpin Johor
yang telah melalui pelbagai rintangan dan halangan demi memajukan serta
meningkatkan mutu orang melayu dalam memperjuangkan hak mereka.
Pengorbanan beliau patut dicontohi,dihormati dan diberi penghargaan atas
usaha titik peluh beliau yang tiada penghujungnya.Hasil perjuangan beliau
akhirnya membuahkan hasil. Beliau sentiasa berpegang pada kata pepatah
‘usaha tangga kejayaan’.Sikap beliau bukan sahaja tertanam dalam dirinya
sendiri,malah turut diwarisi oleh anaknya iaitu Tun Hussien bin Dato’ Onn
merangkap sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Justeru dengan itu,
rakyat Malaysia terutamanya rakyat negeri Johor perlu mengambil iktibar serta
mengingati tokoh tersebut supaya tidak hilang ditelan arus permodenan.

SUMBER RUJUKAN

• Abdul Rahim Ramli (19 Jun 2010). "Syarat Ketat Anugerah Datuk Johor". mStar
Online. Dicapai pada 7 Februari 2021.

• 'Dato Onn Jaafar, peranannya didalam politik dan pentadbiran Persekutuan Tanah
Melayu, 1895-1962' oleh [[Ramlah Adam' ;Gateway Pub. House, 1987 , hlm 8

• 'Warta Malaya, penyambung lidah bangsa Melayu, 1930-1941' oleh Zulkipli bin
Mahmud ;Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia ; 1979

• 'Tan Sri Haji Mohamed Noah ' oleh Zabha, hlm 68
• 'Forgotten Armies: The Fall of British Asia, 1941-1945' oleh Christopher Alan Bayly,

Timothy Norman Harper
• 'Across the Causeway: A Multi-dimensional Study' oleh Takashi Shiraishi ;2009 ;

hlm 131'
• 'Dato' Onn Ja'afar, pengasas kemerdekaan' oleh Ramlah Adam; Dewan Bahasa dan

Pustaka ; 1992 ;hlm 25
• 'UMNO, organisasi dan kegiatan, 1945-1951;Ramlah Adam ; 1978 ;hlm 102
• Mohamed Abid (2003). Reflections of pre-independence Malaya. Subang Jaya,

Selangor, Malaysia: Pelanduk Publications. m/s. 12. ISBN 967-978-865-2. OCLC
53896919.
• "STATE HONOUR FOR LADY IBRAHIM". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa
Inggeris). Singapore: The Singapore Free Press. 17 September 1947. OCLC
53258619. Dicapai pada 5 April 2021.

• Pengemudi Bahtera Merdeka Johor. Abu Bakar bin Abdul Hamid, Zam Ismail, 1943-,
Kamdi Kamil, 1949- (ed. 1st). Johor Bahru, Johor: Yayasan Warisan Johor. 2012. m/s. 73.
ISBN 978-983-2440-46-8. OCLC 870691698.

• "Perak honours six with posthumous awards". The Star (dalam bahasa Inggeris). 28
November 2015. Dicapai pada 12 November 2019.

• "No. 39863". The London Gazette (Supplement). 26 May 1953. m/s. 2973.
• Ramlah Adam, ' Dato' Onn Ja'afar - Pengasas Kemerdekaan'. Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur, 1993, hlm 12
• Abdul Latip bin Talib, 'Dato' Onn Jaafar : Kisah Seorang Patriotik'. Latip dan Keluarga

Enterprise, Negeri Sembilan, 2017.


Click to View FlipBook Version