HADIS 40 IMAM NAWAWI #Hadis40dihatiku UNTUK KEGUNAAN SMKA DAN SABK
MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI #Hadis40dihatiku Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pendidikan Islam Aras Bawah dan Dua, Bangunan Mustapha Kamal No. 2251, Jalan Usahawan 1 63000 Cyberjaya, Selangor MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Edisi 1.0 Cetakan Pertama 2023 © Bahagian Pendidikan Islam Semua hak cipta terpelihara. Semua bahagian dalam modul ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik secara sebahagian atau keseluruhan tanpa izin bertulis daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Laman Sesawang: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/sppadni-bpi/home
iv v vii x Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia Jawatankuasa Penerbitan Perutusan YB Menteri Pendidikan Panduan Pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi Biografi Imam Nawawi xv Hadis Pilihan iii SENARAI KANDUNGAN MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Cadangan Aktiviti xiv Hadis 1: Keutamaan Niat 1 4 9 12 16 Hadis 2: Islam, Iman dan Ihsan Hadis 3: Rukun Islam Hadis 4: Penciptaan Manusia, Ketetapan Rezeki, Ajal dan Amalannya Hadis 5: Menolak Bidaah yang Tercela 19 22 25 Hadis 6: Berhati-Hati Terhadap Perkara Syubhah Hadis 7: Nasihat Tonggak Agama Hadis 8: Islam Memelihara Nyawa dan Harta Hadis 9: Larangan daripada Persoalan dan Pertikaian Melampau 29 xvii Kata A viii lu-aluan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam ix
36 40 43 46 Hadis 12: Meninggalkan Perkara yang Tidak Berfaedah Hadis 13: Menyukai Kebaikan Sesama Muslim Tanda Kesempurnaan Iman Hadis 14: Implikasi Jenayah Berat dalam Islam Hadis 15: Berkata Baik serta Menghormati Jiran dan Tetamu Hadis 16: Menjauhi Amarah 49 52 55 58 62 Hadis 18: Takwa dan Akhlak Mulia Hadis 19: Panduan Anak Muda bagi Pengukuhan Iman Hadis 20: Keutamaan Sifat Malu MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Hadis 21: Istiqamah Intipati Islam 65 68 73 76 Hadis 22: Syarat Asas Masuk Syurga Hadis 23: Ganjaran dan Hakikat Amalan Kebaikan Hadis 24: Keluasan Limpah Kurnia Allah SWT kepada Para Hamba-Nya Had 81 is 25: Persaingan Dalam Kebaikan Hadis 26: Pelbagai Sarana Sedekah 81 85 88 68 Hadis 27: Tanda Kebaikan dan Dosa Hadis 28: Pesanan Takwa, Taat dan Iltizam dengan Sunnah Hadis 29: Jalan ke Syurga ii Hadis 17: Kesempurnaan Dalam Perkara Kebaikan Hadis 10: Rezeki Halal Asas Penerimaan Doa 32 Hadis 11: Meninggalkan Keraguan adalah Ciri Warak 36
100 103 106 109 Hadis 33: Asas Penghakiman dalam Islam Hadis 34: Tanggungjawab Mengubah Kemungkaran Hadis 35: Hak Persaudaraan Sesama Muslim Hadis 36: Kelebihan Menunaikan Keperluan Saudara Muslim dan Keutamaan Ilmu Hadis 37: Rahmat Allah SWT Berkaitan Pahala dan Dosa 113 116 119 122 Hadis 39: Kesalahan yang Dimaafkan Hadis 40: Merebut Peluang Beramal MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI iiiii Hadis 38: Kedudukan Para Wali Allah SWT Hadis 31: Konsep dan Faedah Zuhud 94 Hadis 32: Menghindari Mudarat 97 Penghargaan 125 Hadis 30: Berpegang dengan Batasan Syarak 91 Hadis 41: Keutamaan Sunnah Nabi SAW Hadis 42: Mengharapkan Pengampunan 128 131
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Visi Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera Misi Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI iv
PENASIHAT Encik Abu Hanipah @ Fauzi bin Zahari Pengarah Bahagian Pendidikan Islam PENGERUSI Encik Omar bin Salleh Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Islam TIMBALAN PENGERUSI Encik Mohd Fauzan bin Mohamed Mokhtar Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam SETIAUSAHA Encik Mohamed Zamri bin Basir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam NAIB SETIAUSAHA Encik Shahrol Azmi bin Jumari Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI ivii JAWATANKUASA PENERBITAN K.M.N., P.M.K.
PANEL PENGGUBAL Encik Muhamad Shafie bin Haji Ismail Puan Salwa binti Awang @ Mohd Ramli Puan Syarifah Norliza binti Tuan Ngah Encik Mohd Sa’aban bin Anton Encik Mohd Hazri bin Hashim Puan Halilah binti Hamidun Encik Hairul Hisyam bin Adam Encik Mohd Khairi bin Ramlee Encik Hasruddin bin Hassan Dr. Mohamad Faisal bin Kamis Encik Ahmad Rafedy bin Ahmad Raidin Encik Hairudin bin Mohamed @ Ishak Encik Mohd Rifqi bin Myiddin Encik Mohd Azizi bin Che Yaacob Encik Ahmad Zakuan bin Md Khudzari Encik Zaieme bin Mohamad EDITOR Encik Zamri bin Abdul Rahim Encik Wan Abdul Hamiludin bin Abd Kadir Encik Mohd Khamal bin Md Daud Puan Rosmuni binti Saudin Encik Apendi bin Sahi Encik Muhammad Kamil bin Ali Encik Muhamad Fauzi bin Abdul Encik Mohd Hamidi bin Zakaria Puan Nor Anisa binti Musa Encik Mohammad Shariffuddin bin Jahuri Puan Ruhana binti Md Zaki Encik Mohd Suhaimi bin Mohd Nizam Encik Mohamad Zaiful Faizal bin Mohamad Hasan ILUSTRATOR Encik Mohd Khairul Azman bin Ismail SUSUN ATUR Encik Eizznan El-Yashfi MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI vi
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menerbitkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi. Modul ini merupakan satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membantu guru dan murid yang beragama Islam menerapkan amalan nilai murni dalam kehidupan harian. Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi adalah berkait secara langsung dengan kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. Perutusan FADHLINA BINTI SIDEK YB MENTERI PENDIDIKAN MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI vii Saya yakin dengan menghayati hadis 40 Imam Nawawi, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat didukung dengan teguh ke arah melahirkan warganegara yang menjunjung prinsip ketamadunan dan mempunyai identiti bangsa Malaysia yang beradab dan berpekerti mulia. Hasrat ini selari dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memberi penekanan kepada pembangunan insan melalui pembentukan karamah insaniah. Saya menyeru kepada guru yang beragama Islam untuk berusaha memahami dan menghayati Hadis 40 Imam Nawawi sebagai salah satu wadah bagi mendepani cabaran dalam usaha untuk mendidik anak bangsa. Saya berharap modul ini digunakan secara maksimum bagi menerapkan asas kefahaman agama dan keindahan akhlak Islam. Akhir kata, saya berdoa agar usaha murni ini dapat menjadi pintu gerbang pengetahuan bagi mengangkat darjat kemuliaan insan. Semoga modul ini menjadi sumber rujukan dan panduan penting ke arah merealisasikan aspirasi murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera. Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan modul ini. Sekian, terima kasih. #Hadis40dihatiku OGOS 2023
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Anak yang Baik lagi Cerdik. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi ini. Modul ini akan membolehkan para guru dan murid beragama Islam mendalami ilmu yang sebenar bersandarkan kepada Al-Quran dan kupasan hadis yang sahih oleh ulama muktabar. DATUK HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Kata Alu-aluan Saya yakin bahawa Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dapat membantu guru membangunkan potensi murid dari aspek akademik, akhlak, adab dan integriti berlandaskan konsep karamah insaniah. Setiap murid perlu dibajai dengan konsep dan amalan nilai universal, yang merujuk kepada pegangan agama yang kuat dan mendukung standard moral yang tinggi untuk diamalkan sebagai asas kehidupan. Penerapan nilai dan akhlak ini juga memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak untuk membentuk ekosistem pendidikan yang sihat dan selamat. Amalan bagi penghayatan hadis ini juga mampu melahirkan generasi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) sebagai aset untuk membangunkan Malaysia Madani. Akhir kata, tahniah sekali lagi atas penerbitan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi. Modul ini tidak akan dapat dihasilkan tanpa komitmen yang tinggi dan kerjasama padu daripada semua pihak. Semoga modul ini dijadikan sebagai nilai tambah bagi meningkatkan kefahaman agama dan membangunkan keindahan akhlak dalam kalangan murid beragama Islam di negara ini. #Hadis40dihatiku OGOS 2023 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI viii
ENCIK ABU HANIPAH @ FAUZI BIN ZAHARI MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI ix Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu difahami dan dihayati oleh guru selari dengan konsep karamah insaniah yang menekankan aspek adab, akhlak dan integriti. Penghayatan konsep ini mampu melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan. Pada kesempatan ini, saya ingin menyeru semua warga sekolah agar memainkan peranan yang penting dalam menggalas misi dan visi KPM selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) serta menyediakan pendidikan terbaik untuk warisan generasi akan datang. Generasi yang diharapkan adalah Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dengan teras yang utuh seperti keteguhan rohani, keterampilan diri, sahsiah terpuji dan kemantapan jati diri selain kecemerlangan kognitif. KPM sentiasa berusaha dan komited untuk membudayakan nilai murni dalam kalangan murid Islam. Justeru, pelaksanaan aktiviti yang komprehensif dalam penghayatan hadis 40 ini kepada guru dan murid KPM beragama Islam adalah signifikan agar objektif yang dihasratkan dapat dicapai. Saya mengharapkan agar modul ini mendapat sokongan semua pihak serta dimanfaatkan sebaiknya oleh pihak sekolah bagi memastikan pelaksanaan aktiviti yang dirancang lebih tersusun dan berkesan. #Hadis40dihatiku OGOS 2023 Kata Alu-aluan Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan salam sejahtera. Saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas penghasilan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang dibangunkan sebagai panduan kepada guru dalam melaksanakan program penghayatan ini khususnya kepada murid beragama Islam di sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK). Pada tahun 2024, modul ini akan diperluaskan ke sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melibatkan semua murid beragama Islam sahaja. K.M.N., P.M.K. PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
PANDUAN PELAKSANAAN MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI x
01 Tujuan Pengenalan 01 Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi merupakan panduan pelaksanaan aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelaksanaan aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi adalah selaras dengan saranan YAB Perdana Menteri Malaysia dalam usaha memupuk semangat kasih sayang dan menerapkan kefahaman agama dalam kalangan murid Islam berpandukan himpunan hadis 40 Imam Nawawi. Hadis pilihan yang terkandung dalam modul ini telah disesuaikan dengan tahap pemahaman murid dan keperluan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Aspek utama yang terkandung dalam modul ini antaranya memperkenalkan ketokohan Imam Nawawi dan inti sari hadis yang dipadankan dengan nilai yang perlu dihayati oleh murid. MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI xi
Objektif 02 Menerapkan asas kefahaman agama dan keindahan akhlak islamiah yang berupaya mengangkat kemuliaan insan (karamah insaniah). Memahami cara pemikiran dan pandangan yang sesuai dalam menangani isu semasa berpandukan al-Quran dan al-Sunah. Melahirkan anak yang baik lagi cerdik menerusi aktiviti pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah dengan berpandukan himpunan Hadis 40 Imam Nawawi. Memahami tasawur Islam yang indah dan menggalakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI xii Objektif pelaksanaan aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi adalah seperti yang berikut:
Pelaksanaan 03 Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi ini dilaksanakan di sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK). Pihak sekolah perlu memastikan aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dilaksanakan mengikut modul yang yang dimuat naik di portal DELIMa KPM dan buku hadis 40 terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Pelibatan ibu bapa, komuniti dan agensi swasta sangat dialu-alukan. Semua aktiviti yang dijalankan perlu dibimbing dan dikawal selia oleh guru serta mendapatkan kebenaran waris jika dilaksanakan di luar sekolah. Pihak KPM, jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD) akan membuat bimbingan dan kunjung bantu bagi pelaksanaan aktiviti pada peringkat sekolah. 04 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI xii
CADANGAN AKTIVITI MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI xiv Bacaan hadis Pertandingan bicara hadis Bimbingan rakan sebaya Bimbingan kaunseling Gotong-royong/ khidmat masyarakat Ziarah ke rumah kebajikan Lawatan ke institusi kesihatan/ kehakiman/ Pihak berkuasa agama Dakwah rakan sebaya/ berkumpulan Usrah mingguan Tazkirah Kuliah/ Ceramah Forum Seminar Qiamullail Halaqah ilmu Pengucapan awam Pengayaan dalam Sudut info Sudut Pidato Program 3S PdP Pendidikan Islam (salam, senyum dan sapa)
IMAM NAWAWI MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI xv BIOGRAFI
Al-Arba'in al-Nawawiah Riyadh al-Solihin Minhaj al-Tolibin Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab Al-Azkar Bustan al-'Arifin Imam Nawawi ialah Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi, dilahirkan di Nawa, sebuah kampung di daerah Damsyik pada tahun 631H dan meninggal dunia pada tahun 676H. Beliau merupakan seorang tokoh ulama besar dalam Mazhab Syafie. Imam Nawawi berjaya menghafaz al-Quran sebelum usia baligh. Pada usia belasan tahun, beliau menghadiri 12 halaqah ilmu dalam sehari di sekitar Kota Damsyik. Antara halaqah ilmu yang dihadiri ialah syarah atau tashih berkaitan Sahih alBukhari dan Muslim, ilmu usul fekah dan usuluddin. Pengenalan 01 Pendidikan 02 Rujukan 03 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI xvi
HADIS PILIHAN MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI xvii
HADIS 01 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 1 KEUTAMAAN NIAT
2 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS PENGHAYATAN CONTOH PENGHAYATAN ْعُت َرُسْوَل ِالله َصَّلى اللُه ْيَن َأِبْي َحْفٍص ُعَمَر ْبِن اْلَخَّطاِب َرِضَي اللُه َع ْنُه َقاَل: َسِم ْيِر الُمْؤِم ِن َعْن َأِم ُتُه إَلى ِالله ْجَر ُكِّل اْمِرٍئ َما َنَوى، َفَمْن َكا َنْت ِه ِل َّنَما ، َوِإ ِت َّيا الِّن َّنَما ا َأْلْعَماُل ِب ِإ َوَسَّلَم َيُقْوُل: ِه َعَل ْي ُتُه ُحَها َفِهْجَر ِك َي ْن َأٍة َيا ُيِصْيُبَها َأِو اْم َر ُد ْن ُتُه ِل ْجَر ، َوَمْن َكا َنْت ِه َلى ِالله َو َرُسوِلِه ُتُه ِإ َفِهْجَر َو َرُسوِلِه . ِه إَل ْي َلى َما َهاَجَر ِإ ْز َبْه ِد ْبِن َب ْر ِة َر ي ْيَم ْبِن الُمِغ ِه ا َر ْب ْيَل ْبِن ِإ ِع ُمَحَّمُد ْبُن ِإْسَما ِه الل ِد ُبْو َع ْب يَن َأ َماَما الُمَحِّدِث َرَواُه ِإ ْي ْيَسا ُبوِرُّي َرِضَي اللُه َع ْنُه ِف ٍم الُقَشْيِرُّي الَّن ٌم ْبُن اْلَحَّجاِج ْبِن ُمْسِل ُبْو اْلُحَسْيِن ُمْسِل اْلُبَخاِرُّي، َوَأ . ْيِن ُهَما َأَصُّح الُك ُتِب الُمَصَّنَفِة يَحْيِهَما الَّل َذ َص ِح Melaksanakan setiap amalan kerana Allah SWT. Melaksanakan amalan dengan penuh kesungguhan untuk memperoleh pahala akhirat dan kejayaan dunia. Hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh kerana Allah SWT bukan kerana suruhan ibu bapa, mengikut kawan, mendapat wang saku atau sebagainya. Membantu rakan sebaya menyelesaikan masalahnya kerana Allah SWT bukan kerana untuk mendapat pujian atau sebagainya. Memperkukuh hubungan persaudaraan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar bin al-Khattab r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang itu mengikut apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia atau wanita yang hendak dikahwini, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)
CADANGAN AKTIVITI Amalan seseorang muslim berdasarkan niat Hijrah daripada perkara negatif kepada perkara positif FOKUS Kepentingan niat yang baik KALAM ILAHI Surah al-Zumar: 2-3 PENERAPAN NILAI Kejujuran Hemah tinggi Rasional INTI SARI Memperbetulkan niat kerana Allah SWT 3 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Usrah mingguan Bacaan niat belajar dan mengajar: ْيِم ِح الَّرْحَمِن الَّر ِه ِبْسِم الل ، َوالَّنْفَع يَر ِك يَم، َوالَّت َذُّك َر َوالَّت ْذ َنَوْيُت الَّتَعُّلَم َوالَّتْعِل َفاَدَة، َواْلَحَّث َعَلى الَّتَمُّسِك َفاَع، َوْاِإلَفاَدَة َوْاِإلْسِت ِت َوْاِإل ْن َلى اْلُهَدى، َوالَّد َالَلَة ِإ ، َوالُّدَعا َء َرُسوِلِه ِة َوُسَّن ِه َتاِب الل ِب ِك ِه ِب َو َثَوا ِه ِب َوُقْر ِتِه َوَم ْرَضا ِه الل َغا َء َوْجِه ِت ْب ِا َعَلى اْلَخْيِر، "Aku niat belajar, dan mengajar, mengingatkan dan memberi peringatan, memberikan manfaat dan mendapatkan manfaat. Memberikan faedah dan mendapatkan faedah. Sentiasa berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunah Rasulullah SAW. Mengajak kepada petunjuk dan menunjukkan kepada kebaikan. Mengharap hanya pada reda dan dekat denganNya serta mengharap ganjaran pahala."
HADIS 02 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 4 ISLAM, IMAN DAN IHSAN
MAKSUD HADIS َوَسَّلَم َذاَت َيْوٍم، إ ْذ ِه َرُسوِل ِالله َصَّلى اللُه َعَل ْي ْنَد َنَما َنْحُن ِع ْيًضا َقاَل: َب ْي َعْن ُعَمَر َرِضَي اللُه َع ْنُه َأ َّنا الَّسَفِر، َواَل َيْعِرُفُه ِم ُر َث َأ ِه َرى َعَل ْي الَّشْعِر، اَل ُي ِد ْيُد َسَوا َياِب، َشِد ْيُد َبَياِض الِّث َرُجٌل َشِد َنا َطَلَع َعَل ْي َعَلى ِه ، َوَوَضَع َكَّفْي ِه ْي َت َلى ُرْكَب ِه ِإ ْي َت َوَسَّلَم، َفَأْسَنَد ُرْكَب ِه ِبِّي َصَّلى اللُه َعَل ْي َلى الَّن َأَحٌد، َحَّتى َجَلَس ِإ َوَسَّلَم: اِإلْساَلُم َأْن ِه ْي َعِن اِإلْساَلِم. َفَقاَل َرُسوُل ِالله َصَّلى اللُه َعَل ْي ِن ْر ، َوَقاَل: َيا ُمَحَّمُد، َأْخِب ِه ْي َذ َف ِخ َي الَّزَكاَة، َو َتُصْوَم َرَمَضاَن، ْيَم الَّصاَلَة، َو ُتْؤِت ِق َرُسوُل ِالله، َو ُت اَّل ُالله َوَأَّن ُمَحَّمًدا َتْشَهَد َأْن اَل إَلٰـَه ِإ ْي َعِن ِن ْر ُلُه َو ُيَصِّدُقُه! َقاَل: َفَأْخِب َنا َلُه َيْسَأ ياًل. َقاَل: َصَدْقَت. َفَعِجْب َسِب ِه َو َتُحَّج اْلَب ْيَت ِإِن اْسَتَطْعَت إَل ْي . ِه َوَشِّر الَقَدِر َخْيِرِه َن ِب ِر، َو ُتْؤِم َوالَيْوِم اآْل ِخ َو ُرُسِلِه ِه ِب َوُك ُت َكِتِه اِالله َوَماَلِئ َن ِب اِإل ْيَماِن. َقاَل: َأْن ُتْؤِم َّنُه اُه َفِإ َر اُه، َفِإْن َلْم َتُكْن َت َر َّنَك َت ْي َعِن اِإلْحَساِن. َقاَل: َأْن َتْعُبَد اللَه َكَأ ِن ْر َقاَل: َصَدْقَت. َقاَل: َفَأْخِب ْي َعْن ِن ْر . َقاَل: َفَأْخِب ِل ِئ َن الَّسا . َقاَل: َما الَمْسُئْوُل َع ْنَها ِب َأْعَلَم ِم ْي َعِن الَّساَعِة ِن ْر اَك. َقاَل: َفَأْخِب َر َي ْي َتَطاَوُلْوَن ِف َي ِء َء الَّشا اَة اْلَعاَلَة ِرَعا َرى اْلُحَفاَة اْلُع َر َر َّبَتَها، َوَأْن َت َد ا َألَمُة ِل َها. َقاَل: َأْن َت ِت َر َأَما ُل؟ ُقْلُت: ُالله َو َرُسْوُلُه َأْعَلُم. َقاَل: ِئ َتْدِرْي َمِن الَّسا ، َأ ًّيا. ُثَّم َقاَل: َيا ُعَمُر َياِن. ُثَّم ا ْنَطَلَق، َفَلِب ْثُت َمِل اْلُب ْن يَنُكْم. َتاُكْم ُيَعِّلُمُكْم ِد َّنُه ِجْبِرْيُل، َأ َفِإ ٌم. َرَواُه ُمْسِل MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS 5
MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI MAKSUD HADIS Daripada Umar r.a. juga beliau berkata: Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang mengenakan baju yang sangat putih dan sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan jauh dan tidak ada seorang pun di antara kami yang mengenalinya. Hingga kemudian dia duduk di hadapan Nabi SAW lalu merapatkan kedua lututnya kepada lutut baginda (Rasulullah SAW ) seraya berkata, “Wahai Muhammad, ceritakan kepada aku tentang Islam.” Maka bersabdalah Rasulullah SAW : “Islam adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang disembah selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji jika mampu. Kemudian dia berkata: Anda berkata benar. Kami hairan, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: Ceritakan kepadaku tentang iman. Lalu Baginda bersabda: Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasulrasulNya dan beriman dengan hari akhirat dan beriman dengan takdir yang baik dan yang buruk. Kemudian dia berkata: Anda berkata benar. Kemudian dia berkata lagi: Beritahukan aku tentang ihsan. Lalu Baginda bersabda: Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya, jika engkau tidak melihatNya maka Dia melihat engkau. Kemudian dia berkata: Beritahukan aku tentang hari kiamat (bila ia akan berlaku). Baginda bersabda: Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya. Dia berkata: Ceritakan kepadaku tentang tandatandanya. Baginda bersabda: Apabila seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat pengembala kambing yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan miskin (kemudian) berlumba-lumba meninggikan bangunannya. Kemudian orang itu berlalu dan aku (Umar r.a) berdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya padaku: Wahai Umar, tahukah engkau siapa yang bertanya itu? Aku menjawab: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Dialah adalah Jibril yang datang kepada kalian mengajarkan agama kalian.” (HR. Muslim) 6
7 PENGHAYATAN CONTOH PENGHAYATAN Mempelajari dan menghayati ilmu syariat, aqidah dan tasawuf. Seorang penuntut ilmu mestilah menjaga penampilan diri, berdisiplin dan beradab. Di antara tanda akhir zaman ialah adanya anak-anak yang derhaka kepada orang tuanya. Mengutamakan ilmu fardu ain dan tidak meninggalkan fardu kifayah dalam kehidupan. Sentiasa menjaga kebersihan dan penampilan diri terutamanya ketika hadir di majlis ilmu. Berbakti dan mengasihi ibu bapa. MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI
CADANGAN AKTIVITI Sabit penjelmaan malaikat dalam kehidupan manusia FOKUS Penerapan dasar memperteguh keimanan KALAM ILAHI Surah Al-A'araf : 187 Surah An Naazi'at : 42 PENERAPAN NILAI Kesedaran Rasional Berdikari INTI SARI Penjelasan hadis ini mencakupi keperluan agama keseluruhannya iaitu syariah, akidah dan tasawuf. 8 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Halaqah ilmu Usrah mingguan Bacaan hadis Penyataan tentang tanda-tanda kiamat.
MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 9 HADIS 03 RUKUN ISLAM
10 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS PENGHAYATAN CONTOH PENGHAYATAN ِه صلى ْعُت َرُسْوَل الل ْبِن ُعَمَر ْبِن اْلَخَّطاِب َرِضَي اللُه َع ْنُهَما َقاَل: َسِم ِه الل ِد َّرْحَمِن َع ْب ال ِد َعْن َأِبي َع ْب اَّل ُالله َوَأَّن ُمَحَّمًدا َع ْبُدُه َو َرُسْوُلُه، َأْن اَل إَلٰـَه ِإ َي اِإلْساَلُم َعَلى َخْمٍس: َشَهاَدِة ِن الله وسلم َيُقْوُل: ُب ، َوَصْوِم َرَمَضاَن. ِت ، َوَحِّج الَب ْي ِة الَّزَكا ِء َتا ْي ، َوِإ َقاِم الَّصاَلِة َوِإ ٌم. َرَواُه الُبَخاِرُّي َوُمْسِل lslam umpama sebuah binaan yang berdiri tegak dengan lima asas utama dalam kehidupan. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. Menjaga lima rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam dalam kehidupan. Mengabaikannya bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam dalam kehidupan seseorang. Tekun dan istiqamah mempelajari rukun-rukun Islam. Berusaha sebaik mungkin melaksanakan rukun-rukun Islam dengan ikhlas. Daripada Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Alh Khattab r.a. saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Islam dibina atas lima perkara; Bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan puasa di bulan Ramadan.” (HR. al-Bukhari dan Muslim).
CADANGAN AKTIVITI Ikatan rukun Islam adalah kesempurnaan keimanan kepada Yang Maha Esa FOKUS Islam terbina atas binaan rukun-rukunnya yang sempurna KALAM ILAHI Surah Ali Imran : 19 Surah Ali Imran : 85 PENERAPAN NILAI Rasional Keberanian Hormat menghormati INTI SARI Rukun Islam adalah keselamatan untuk manusia di Akhirat 11 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Pengucapan awam Halaqah ilmu Sudut informasi rukun Islam Mengamalkan doa keteguhan iman dan Islam ْيَس َبْعَدُه ا َوَيِقْيًنا َل اَصاِد ًق ْعِطِنْى ِاْيَماًن للُهَّم َا َا اُل ِبَهاَش َرَف َك َراَمِتَك ُكْفٌر َوَرْحَم ًة َاَن ِفى الُّدْنَيا َوْاآلِخ َرِة “Ya Allah, berikanlah aku keimanan yang sejati dan keyakinan yang tidak disusuli oleh kekufuran, dan berilah aku rahmat untuk memperoleh kemuliaan karamah-Mu di dunia dan di akhirat.”
MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 12 HADIS 04 PENCIPTAAN MANUSIA, KETETAPAN REZEKI, AJAL DAN AMALANNYA
13 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS ِه ِه َصَّلى الَّلُه َعَل ْي َرُسوُل الَّل َرِضَي اللُه َع ْنُه َقاَل: َحَّد َثَنا اِالله ْبِن َمْسُعوٍد ِد َّرْحَمِن َع ْب ال ِد َعْن َأِبْي َع ْب ْيَن َيْوًما، ُثَّم َيُكْوُن ِع ْر َب َأ ْي َبْطِن ُأِّمِه ِإَّن َأَحَدُكْم ُيْجَمُع َخْلُقُه ِف ُق الْـَمْصُدوُق-: ِد َوَسَّلَم َوُهَو الَّصا ْر َبِع ِب َأ ْوَح، َو ُيْؤَم ُر ُّر ال ِه ْي َك، ُثَّم ُي ْرَسُل الَمَلُك، َفَي ْنُفُخ ِف ِل ْثَل َذ َك، ُثَّم َيُكْوُن ُمْضَغًة ِم ِل ْثَل َذ َعَلَقًة ِم ِإَّن َأَحَدُكْم َلَيْعَمُل َلٰـَه َغ ْي ُرُه، ْي اَل ِإ ِذ ْيٌد. َفَواَّل ٌّي َأْو َسِع ، َوَشِق ، َوَعَمِلِه ، َوَأَجِلِه : ِبَك ْتِب ِرْزِق ِه ٍت َما َكِل الَّناِر، َتاُب، َفَيْعَمُل ِبَعَمِل َأْهِل ِك ال ِه اٌع، َفَيْسِبُق َعَل ْي َر اَّل ِذ ِإ َنَها َنُه َو َب ْي َحَّتى َما َيُكْوُن َب ْي ِة اْلَجَّن ِبَعَمِل َأْهِل ِه اٌع، َفَيْسِبُق َعَل ْي َر اَّل ِذ ِإ َنَها َنُه َو َب ْي الَّناِر َحَّتى َما َيُكْوُن َب ْي َفَيْدُخُلَها. َوِإَّن َأَحَدُكْم َلَيْعَمُل ِبَعَمِل َأْهِل ، َفَيْدُخُلَها. ِة اْلَجَّن َتاُب، َفَيْعَمُل ِبَعَمِل َأْهِل ِك اْل ٌم. َرَواُه اْلُبَخاِرُّي َوُمْسِل MAKSUD HADIS Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. beliau berkata Rasulullah SAW menceritakan kepada kami, dan baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan. Sesungguhnya, seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya di dalam perut ibunya selama 40 hari yang berupa air mani, kemudian dia menjadi segumpal darah selama tempoh itu, kemudian dia menjadi seketul daging selama tempoh itu juga, kemudian Allah SWT mengutus kepadanya satu malaikat lalu meniupkan roh padanya. Malaikat tersebut diperintahkan menulis empat perkara, iaitu; rezeki, ajal, amal, dan sengsara atau bahagia. Maka demi Allah SWT yang tiada Tuhan selainNya, sesungguhnya seseorang daripada kamu mengerjakan amalan ahli syurga sehingga tiada jarak di antaranya dengan syurga melainkan sehasta. Namun ketentuan takdir mendahuluinya, lalu dia pun mengerjakan amalan ahli neraka, maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya, seseorang daripada kamu mengerjakan amalan ahli neraka, sehingga tiada jarak di antaranya dengan neraka melainkan sehasta. Namun ketentuan takdir mendahuluinya, maka dia mengerjakan amalan ahli syurga, lalu masuklah dia ke dalam syurga. (HR al-Bukhari dan Muslim)
14 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI PENGHAYATAN CONTOH PENGHAYATAN Manusia perlu menyedari bahawa proses kejadiannya cukup sempurna berbanding makhluk lain. Istiqamah melakukan kebaikan dan sentiasa berdoa agar mendapat husnul khatimah. Bersangka baik dengan orang yang melakukan kesalahan dan mendoakan hidayah untuknya. Bekerjasama sesama rakan secara harmoni dengan menghargai dan memanfaatkan kelebihan masingmasing. Melakukan kebaikan secara konsisten dan sentiasa berdoa agar dikekalkan amalan baik dalam kehidupan. Mengamalkan doa husnul khatimah daripada al-Quran dan al-Hadis: َنا ِمن َّلُدنَك َرۡحَم ًۚة وَبَنا َبۡعَد ِإۡذ َهَدۡيَتَنا َوَهۡب َل ِزۡغ ُق ُل َرَّبَنا اَل ُت َوَّهاُب نَت ٱۡل َّنَك َأ ِإ "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya." (QS:Ali Imran, Ayat 8) ِبي َعىَل ِديِنَك ِّبْت َق ْل وِب َث ُقُل َيا ُمَقِّلَب اْل "Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami atas agama-Mu."
Bimbingan rakan sebaya Halaqah ilmu 15 CADANGAN AKTIVITI Tahap penciptaan manusia Memahami konsep qadak dan qadar FOKUS Penciptaan manusia dan takdir KALAM ILAHI Surah al-Mukminun: 12-14 PENERAPAN NILAI Kesyukuran Kebersihan fizikal dan mental Kesedaran INTI SARI Beriman kepada kekuasaan dan keagungan Allah SWT MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI
MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 16 HADIS 05 MENOLAK BIDAAH YANG TERCELA
17 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS PENGHAYATAN CONTOH PENGHAYATAN َوَسَّلَم : ِه ِه َصَّلى الَّلُه َعَل ْي َرِضَي الَّلُه َع ْنَها َقاَلْت : َقاَل َرُسوُل الَّل َشَة ِئ َعا ِه الَّل ِد يَن ُأِّم َع ْب َعْن ُأِّم اْلُمْؤِم ِن ٌم. َرَواُه اْلُبَخاِرُّي َوُمْسِل ْنُه َفُهَو َرٌّد. ي َأْمِرَنا َه َذا َما َل ْيَس ِم َمْن َأْحَدَث ِف َنا َفُهَو َرٌّد. َأْم ُر ِه َل َعَماًل َل ْيَس َعَل ْي ٍم: َمْن َعِم ُمْسِل ٍة ِل َي ي ِرَوا َوِف Amalan yang diterima adalah yang berasaskan al-Quran dan alSunah berpandukan kefahaman para ulama. Ilmu dan ikhlas merupakan asas sesuatu amalan yang diterima. Mempelajari ilmu daripada guru yang berautoriti selaras dengan al-Quran dan al-Sunah, bukan semata-mata daripada media sosial tanpa panduan. Melakukan solat-solat sunat mengikut sunah nabi. Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah Aisyah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang mengadaadakan dalam urusan (agama) kami ini suatu perkara yang tiada daripada agama, maka ia ditolak.” (HR. al-Bukhari dan Muslim) Dalam riwayat Muslim: Sesiapa yang beramal dengan satu amalan yang tiada asas dalam agama kami, maka ia ditolak.
CADANGAN AKTIVITI Mendalami ilmu agama daripada sumber yang sahih. Kesan amalan yang tertolak FOKUS Amalan yang tertolak KALAM ILAHI Surah al-Hadid : 27 PENERAPAN NILAI Rasional Keadilan Hemah tinggi INTI SARI Syarat amalan diterima oleh Allah SWT. 18 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Kempen solat berjemaah dan puasa sunat Isnin dan Khamis. Forum
MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 19 HADIS 06 BERHATI-HATI TERHADAP PERKARA SYUBHAH
20 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS PENGHAYATAN CONTOH PENGHAYATAN َوَسَّلَم ِه ِه َصَّلى الَّلُه َعَل ْي ْعُت َرُسوَل الَّل يٍر َرِضَي الَّلُه َع ْنُهَما َقاَل: َسِم ِش ُّنْعَماِن ْبِن َب ال ِه الَّل ِد َعْن َأِبي َع ْب َن الَّناِس، َفَمِن ا َّتَقى ِم ٌر ي ِبَهاٌت اَل َيْعَلُمُهَّن َكِث َنُهَما ُمْشَت اَم َبِّيٌن، َو َب ْي ِإَّن اْلَحاَلَل َبِّيٌن، َوِإَّن اْلَحَر َيُقوُل: ْي َي ْرَعٰى َحْوَل ِع ا َّر اِم، َكال ْي الَحَر َوَقَع ِف ِت ْي الُّشُبَها ، َوَمْن َوَقَع ِف ْرِضِه َوِع ِنِه ْي َأ ِل ِد َر ْب اْسَت ِت الُّشُبَها ْي َمى اِالله َتَعاَلٰى َمَحاِرُمُه، َأاَل َوِإَّن ِف ًمى، َأاَل َوِإَّن ِح ُكِّل َمِل ٍك ِح ، َأاَل َوِإَّن ِل ِه ْي َتَع ِف َمٰى ُيْوِشُك َأْن َي ْر ِح ال َي اْلَقْلُب. ُمْضَغًة، إ َذا َصَلَحْت َصَلَح الَجَسُد ُكُّلُه، َوإ َذا َفَسَدْت َفَسَد الَجَسُد ُكُّلُه، َأاَل َوِه الَجَسِد ٌم. َرَواُه اْلُبَخاِرُّي َوُمْسِل Sentiasa berhati-hati memilih makanan, minuman, pakaian, pekerjaan dan lain-lain daripada sumber yang diyakini halal. Berusaha menjauhi perkara-perkara yang samar (syubhah). Merujuk kepada sumber yang sahih dalam memastikan hukum dalam perkara yang samar (syubhah). Mengambil dan menggunakan hak rakan dengan izin. Memilih produk yang diyakini halal seperti yang mempunyai cap halal Jakim. Menghindari perkara yang dilarang seperti meniru dalam peperiksaan. Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya, perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu jelas, antara kedua-dua perkara tersebut ada perkara yang samar (syubhah), tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang menjauhi perkara samar (syubhah), sesungguhnya dia telah memelihara agama dan kehormatan dirinya. Sesiapa yang jatuh ke dalam perkara samar (syubhah), maka dia akan tergelincir ke dalam perkara yang haram. Seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, sangat hampir ternakannya masuk ke dalamnya. Sesungguhnya setiap raja ada sempadannya. Larangan Allah ialah semua perkara yang diharamkan. Ketahuilah bahawa di dalam badan manusia ada seketul daging, sekiranya ia baik maka baiklah seluruh badannya. Sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruhnya. Ketahuilah ia adalah hati.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)
:: CADANGAN AKTIVITI Kesan mengabaikan perkara halal dan haram dalam kehidupan Kesucian hati bergantung kepada halal dan haram sesuatu perkara FOKUS Amalkan yang halal, tinggalkan yang haram dan samar (syubhah) KALAM ILAHI Surah al-Baqarah : 172 PENERAPAN NILAI Kebersihan fizikal & mental Rasional Kejujuran INTI SARI Perkara yang berkaitan halal, haram dan samar (syubhah) 21 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Halaqah ilmu Usrah mingguan Bacaan hadis selepas solat
MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 22 HADIS 07 NASIHAT TONGGAK AGAMA
23 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS PENGHAYATAN CONTOH PENGHAYATAN َوَسَّلَم َقاَل: الِّديُن ِه ِبَّي َصَّلى اللُه َعَل ْي ْيِم ْبِن َأْوٍس الَّداِرِّي َرِضَي اللُه َع ْنُه َأَّن الَّن ِم َعْن َأِبْي ُرَقَّيَة َت ِهْم . يَن َوَعاَّمِت اْلُمْسِلِم َّمِة ِئ َو َأل َرُسوِلِه َوِل ِه َتاِب َوِل ِك ِه َّل ِل َمْن؟ َقاَل: ِل الَّنِصيَحُة . ُقْل َنا ٌم َرَواُه ُمْسِل Memahami maksud nasihat yang sebenar iaitu segala bentuk kebaikan yang disampaikan kepada seseorang demi kebaikan dirinya. (Ibn Daqiq al-Id) Menasihati dan membantu pemimpin dalam perkara kebenaran dengan sabar, mentaati dalam urusan yang benar meskipun kadangkala tindakan mereka bertentangan dengan kehendak diri. Menegur mereka secara berhemah berkaitan kecuaian dan pengabaian terhadap hak-hak umat Islam. (Ibn Daqiq al-Id) Menasihati sesama Muslim bermaksud membimbing mereka ke arah kebaikan, mengajar urusan agama dan dunia, menutup keaiban, membantu menghadapi musuh dan menjauhi daripada sifat khianat dan dengki, menyukai untuk mereka apa yang disukai oleh diri sendiri. (Ibn Rajab al-Hanbali) Mentaati segala perintah Allah Rasul-Nya dan Ulil Amri. Bekerjasama mengajak ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Menerima nasihat ibu bapa dan guru pada setiap masa walaupun tidak menepati naluri dan kemahuan diri sendiri. Daripada Abi Ruqayyah Tamim al-Dari r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Agama itu adalah nasihat.” Kami pun bertanya: “Untuk siapa wahai Rasulullah SAW?” Baginda bersabda: “Untuk Allah SWT, kitab-Nya, Rasul-Nya, untuk para pemimpin orang Islam dan seluruh orang Islam.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)
CADANGAN AKTIVITI Menasihati sesama manusia ke arah kebaikan dan kebenaran Menegur sesama Muslim dalam menjauhi perkara mungkar FOKUS Agama itu nasihat KALAM ILAHI Surah an-Nisa' : 59 PENERAPAN NILAI Kasih sayang Baik hati Semangat bermasyarakat INTI SARI Tonggak agama ialah nasihat 24 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Halaqah ilmu Dakwah rakan sebaya
MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 25 HADIS 08 ISLAM MEMELIHARA NYAWA DAN HARTA
Daripada lbnu ‘Umar r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Aku telah diperintahkan supaya memerangi (menentang) manusia (orang kafir Quraisy yang memusuhi Islam dan kaum muslimin) sehingga mereka bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan perhitungan amal mereka terserah kepada Allah SWT.” (HR. al-Bukhari dan Muslim) 26 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI HADIS MAKSUD HADIS َل ِت َقا ْرُت َأْن ُأ ِه َصَّلى الله عليه وسلم َقاَل : ُأِم ْبِن ُعَمَر َرِضَي اللُه َع ْنُهَما، َأَّن َرُسْوَل الل َعْن ا ْيُمْوا الَّصاَلَة، َو ُيْؤُتْوا الَّزَكاَة، ِق َرُسوُل ِالله، َو ُي اَّل ُالله َوَأَّن ُمَحَّمًدا َأْن اَل إَلٰـَه ِإ الَّناَس َحَّتى َيْشَهُدْوا َسا ُبُهْم َعَلى ِالله َتَعاَلٰى. اَّل ِبَحِّق اِإلْساَلِم، َو ِح َءُهْم َوَأْمَواَلُهْم ِإ َما ِّنْي ِد ِم َك َعَصُمْوا ِل َذا َفَعُلْوا َذ َفِإ ٌم. َرَواُه اْلُبَخاِرُّي َوُمْسِل
27 CONTOH PENGHAYATAN Memahami konteks hadis: Perkataan لَتَا ق َbukan bermaksud membunuh. Perkataan ini bermaksud peperangan yang terjadi kerana tindakan balas antara dua pihak. Peperangan dalam Islam tidak boleh berlaku melainkan setelah proses dakwah dengan hikmah. Ia boleh tercetus apabila pihak musuh melancarkan serangan secara keras dan ganas. Keputusan untuk berperang ditentukan oleh pemerintah bukannya keputusan secara individu. Oleh itu, hadis ini hendaklah difahami dalam konteks tersebut. Peranan umat Islam adalah menyampaikan dakwah secara berhikmah tanpa paksaan. Rasulullah SAW diperintahkan membela kehormatan Islam dan kaum muslimin ketika dianiayai dan dizalimi oleh orang-orang kafir Quraisy. Ini dijelaskan dalam firman Allah: Hadis ini sama sekali tidak menyeru kepada perbuatan menyerang kaum atau agama lain yang tidak melakukan kezaliman atau serangan terhadap kaum muslimin. Kerana Islam agama yang membawa kesejahteraan dan keamanan sejagat. Sebagaimana jelas dalam prinsip Islam tiada paksaan dalam beragama. Walaupun Rasulullah SAW diizinkan untuk menyerang orang-orang kafir Quraisy yang zalim itu, kita dapat melihat bagaimana sejarah mencatatkan dalam peristiwa pembukaan kota Mekah baginda masih memilih jalan damai dengan memaafkan mereka, bukan tindakan membunuh. Salah faham terhadap makna lateral hadis ini boleh membawa kepada tindakan melulu dan ekstremis yang bertentangan dengan nilai Islam. Kepentingan menjaga kehormatan diri, agama dan harta. Peperangan bukan jalan penyelesaian dalam Islam. Kedamaian adalah keutamaan sebagaimana telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Maksudnya: Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. [QS. Al-Baqarah; 190] MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI PENGHAYATAN Menghormati perbezaan bangsa dan agama. Bergaul dengan semua rakan tanpa mengira bangsa dan agama berpandukan ajaran agama. Mengamalkan akhlak Islam yang baik pada setiap masa.
CADANGAN AKTIVITI Islam menekankan kepentingan dakwah Kehormatan manusia wajib dimuliakan kerana sifat karamah insaniyyah FOKUS Suruhan berdakwah KALAM ILAHI Surah al-Baqarah : 256 Surah al-Nahl : 125 Surah al-Mumtahanah : 8 PENERAPAN NILAI Kasih sayang Hormat-menghormati Semangat bermasyarakat INTI SARI Berpegang teguh kepada ajaran Islam 16 MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI Halaqah ilmu Dakwah rakan sebaya 28
MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI 29 HADIS 09 LARANGAN DARIPADA PERSOALAN DAN PERTIKAIAN MELAMPAU