Koperasi Keluarga Mohd Som Tapah Berhad
Kampung Sungai Gading
Batu 3 Jalan Pahang
35000 Tapah Perak
Email : [email protected] No.Pendaftaran : A-4-1274
Kepada : Tarikh: 18 November 2022
Semua Anggota KKMSTB
Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG KKMSTB KALI KE 9
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kali Ke 9 akan
diadakan pada ketetapan seperti yang dibawah :
Tarikh : 18 Disember 2022
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Delima Homestay, Tambun Ipoh
2. Bersama-sama dilampiran disertakan Agenda Mesyuarat Agung yang tersebut
diatas. Adalah diharapkan semua Anggota dapat mengambil peringatan dan cakna
pada notis ini dan sebarang usul daripada anggota hendaklah dihantar kepada
Setiausaha Koperasi dalam tempoh Empat Belas (14) Hari sebelum tarikh
Mesyuarat Agung.
Sekian, terima kasih.
“MEMPERJUANGKAN EKONOMI KELUARGA BERTERASKAN ISLAM”
“DARAH KETURUNAN YANG BERMARUAH”
Saya yang menjalankan amanah,
IzamuddinMohamadSom
………………………….……..
(Izamuddin Bin Mohamad Som)
Setiausaha
Koperasi Keluarga Mohd Som Tapah Berhad
AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 9
AGENDA 1 - Ucapan Pengerusi
AGENDA 2 - Pengesahan Minit Mesyuarat Agung yg ke 8
AGENDA 3 - Pembentangan Laporan ALK
AGENDA 4 - Pembentangan Laporan Penyata Kewangan
AGENDA 5 - Pembentangan Laporan Tahunan Aktiviti Koperasi
AGENDA 6 - (1) Pembahasan Usul ( lisan / bertulis )
(2) Usul ALK
AGENDA 7 - Melantik TIGA (3) Ahli Lembaga Koperasi bagi mengisi
jawatankuasa yang akan digugurkan iaitu :
1. HJ. AHMAD BIN HJ. TAYIB
2. HJH. HALIZA BIN HJ. MOHAMED SOM
3. EN. SOHOD BIN MOHD. YASSIN
AGENDA 8 - Perlantikan 10 orang Ahli Koperasi bagi pengesahan
dengan menandatangani minit mesyuarat agung yang
yang ke 8
AGENDA 9 - Ucapan penangguhan
BORANG USUL :
Sila hantarkan sebarang Usul 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung.
Nama : ……………………………………………………………………
No. Ahli
Usul : ……………………………………………………………………
: (1) …………………………..………………………………….. :
(2) ………………………..…………………………………..
: (3) …………………………..…………………………………..
Tandatangan : ……………………………..
MINIT MESYUARAT AGUNG
KOPERASI KELUARGA MOHD SOM
TAPAH BERHAD
KALI KE 8 (SESI 2021/2022)
Tarikh : 19 Disember 2021
Hari : Ahad
Masa : 2.47 Petang
Tempat : Ulu Village Camp, Gopeng
Kehadiran : 35 anggota koperasi terdiri daripada :
(i) 9 ALK
(ii) 26 anggota koperasi
Mesyuarat Agung KKMSTB kali ke 8 (Sesi 2021/2022) ini diadakan berlanjutan dari
kali pertama (Sesi 2014/2015), kali ke 2 (Sesi 2015/2016), kali ke 3 (Sesi
2016/2017), kali ke 4 (sesi 2017/2018), kali ke 5 (Sesi 2018/2019), kali ke 6 (Sesi
2019/2020) dan kali ke 7 (sesi 2020/2021) yang mana wajib diadakan setahun
sekali dan tidak lewat daripada 6 bulan selepas berakhirnya tahun kewangan
koperasi iaitu pada 30 Jun setiap tahun. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh
Tuan Amiruddin bin Haji Mat Som.
1.0 Ucapan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota yang
hadir dalam mesyuarat agung pada kali ke 8 ini. Walaupun situasi sekarang berada
di dalam pendemik covid-19, tetap juga dapat sama-sama menjalankan
tanggungjawab ini. Oleh itu, terdapat penambahan anggota yang hadir pada tahun
ini iaitu sebanyak 35 anggota yang hadir secara bersemuka. Beliau berharap agar
tahun-tahun mendatang semakin banyak lagi anggota koperasi yang dapat
menghadirkan diri untuk Mesyuarat Agung KKMSTB kerana koperasi ini adalah
hakmilik semua sebagai ahli keluarga dan keturunan Haji Mohd Som dan kita
jugalah yang menentukan kejayaan koperasi keluarga kita ini. Tanpa kerjasama,
perpaduan, persefahaman, ikatan, toleransi dan semangat kita semua koperasi ini
tidak akan berjaya. Beliau juga mahu semua anggota lebih proaktif di dalam
sebarang aktiviti koperasi.
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 7 KKMSTB
Disahkan oleh : Baharuddin Bin Mohd. Soom (014/14/56)
Disokong oleh : Nur Aishah Binti Amiruddin (005/14/86)
3.0 Pembentangan Laporan Aktiviti Koperasi dan Laporan ALK
Laporan Aktiviti KKMSTB sepanjang tahun 2021 :
a) Setiausaha kemudiannya melaporkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan
sepanjang tahun 2021.
- Jualan/servis topup telco dikendalikan oleh Mohd Badrul Hisyam Bin
Borhan.
- Jualan cecair basuh baju, cecair cucian pinggan, cecair mandian dan
easy-ironing.
- Penjualan/pengedaran Air Gau.
- Pindaan Undang-Undang Kecil mengenai pinjaman kredit.
- Pelaburan di KOPSYA, KWRS dan CoopBank Pertama.
- Investment dan Unit Trust. Masih untuk mendapatkan maklumat
terperinci.
b) Pengerusi turut mengalu-alukan sebarang penambahan aktiviti
Koperasi yang mendatangkan keuntungan.
Biro Pasaran / Pelaburan:
Sohad bin Mohd Yasin / Hj Johari bin Hj Sidek / Hj Ahmad bin Hj Tayib
- Mohon ahli-ahli membeli dan membuat hebahan barangan koperasi
bagi menjana pelaburan dan kewangan kepada koperasi.
- Jualan/servis topup telco, air gau dan jualan cecair basuh baju.
- Pelaburan di KOPSYA, KWRS dan CoopBank Pertama
Biro Kebajikan / Komunikasi:
Hjh Haliza bt Hj Mohamad Som / Zarinah binti Abdul Hamid /
Izamuddin bin Hj
Mohd Som
- Tiada laporan untuk dibentangkan.
4.0 Pembentangan Laporan Penyata Kewangan
Aktiviti KKMSTB :
1) Perkhidmatan top-up dan telco XOX dilaburkan sebanyak Rm 2500.00
2) Penjualan sabun basuh kain dan sabun pencuci pinggang.
3) Pelaburan di KOPSYA.
4) Penjualan air gau.
5) Pelaburan di CoopBank Pertama.
a) Saham KKMSTB
- Bendahari menjelaskan bahawa saham setiap anggota adalah sebanyak
RM300.00 sebelum ini dan sudah bertambah kepada Rm 400.00 untuk
seorang ahli.
b) Saham KOPSYA
- Bendahari melaporkan bahawa saham KOPSYA adalah sebanyak
RM10,000.00
c) Kumpulan Wang Rizab Statutori
- Simpanan khas duit ke Kumpulan Wang Rizab Statutori (KWRS) di Bank
Pertama.
d) Penjualan air gau
- Pengerusi melaporkan bahawa pesanan air gau dapat permintaan yang
tinggi, tetapi disebabkan pendemik covid-19 ini, lori pengantar air gau
tidak dapat menghantar cepat kerana status menunggu yang banyak.
e) Dividen saham 10% ke 12%
- Bendahari menjelaskan bahawa banyak prosedur rumit perlu dilakukan
untuk meningkatkan dividen dari 10% ke 12%
f) Perkhidmatan telco XOX
- Perkhidmatan ini diteruskan. Setakat ini masih menguntungkan.
g) Tabung kebajikan dan Pendidikan.
h) Elaun kehadiran diberi secara penginapan percuma. Tahun 2020
tiada penginapan disediakan dan diberi elaun kehadiran dalam bentuk
tunai.
Disahkan: Nur Atiyah Binti Amiruddin (044/16/98)
Disokong: Mohd Hanif Bin Amiruddin (013/14/89)
5.0 Pembahasan Usul Lisan/Bertulis
Jualan sabun basuh kain pada setiap anggota KKMSTB
- Encik Johari Bin Sidik maklumkan terdapat 3 jenis jenama sabun
basuh kain yang koperasi jual. Ahli koperasi boleh mendapatkan dengan
bayaran secara ansuran selama 1 tahun.
Disokong: Encik Mohd Badrul Hisyam Bin Borhan (006/14/86)
Tutup akaun bank islam kkmstb di cawangan Meru Raya, Ipoh.
- Ahli Lembaga Koperasi mengusulkan supaya bank islam kkmstb
cawangan Meru Raya, Ipoh ditutup.
Disokong: Encik Shahrul Hisham Bin Zulkipli (043/14/86)
Naikkan harga air gau sebanyak Rm 1.00 dan kenakan cas COD
mengikut kawasan penghantaran.
- Usul diterima atas pindaan/tangguh pada satu tarikh yang akan
ditetapkan. Ada 2 rasionalnya iaitu bagi orang awam cari kualiti dan nak
tolong sekolah tahfiz dan MTI sungai gading.
Disokong: Encik Muhammad Hariz Bin Johari (037/14/96)
Pemerkasaan ekonomi KKMSTB
- KKMSTB perlu lebih agresif untuk mencari peluang kearah yang lebih
tinggi dari segi hartanah dan menjadi pengeluar sesuatu produk. Contoh
membeli rumah atau bangunan untuk disewakan dan boleh menjadi satu
aset kkmstb pada masa akan datang, membeli tanah untuk buat
tanaman atau pajak tanah sawit dan menjadi pengeluar pokok
cendawan.
- Memberi mandat kepada ahli untuk memilih 3 jawatan tertinggi ALK
iaitu pengerusi, setiausaha dan bendahari untuk meneraju kkmstb
disetiap mesyuarat agong tahunan.
Disokong: Cik Nur Adibah Binti Amiruddin (051/18/00)
Melabur di Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB)
- Encik Izamuddin Bin Mohamad Som mengusulkan supaya KKMSTB
mencari peluang untuk melabur dalam KAPB.
Disokong: Encik Mohammad Fadhil Bin Amiruddin (003/14/92)
6.0 Perlantikan jawatan yang digugurkan
Seramai 3 ALK yang digugurkan iaitu Amiruddin Bin Mat Som, Haslinda Binti Hj
Mohd Som dan Mohammad Fadhil Bin Amiruddin.
Berikut adalah keputusan undian 3 lantikan ALK baharu yang telah di persetujui
oleh mesyuarat iaitu :
1) Amiruddin Bin Mat Som (001/14/58) sebanyak 43 undi.
Dicadang : Abdul Hadi Bin Johari
Disokong : Haliza Binti Mohammad Som
2) Haslinda Binti Mohd. Som (022/14/59) sebanyak 38 undi.
Dicadang : Nur 'Aliah Binti Amiruddin
Disokong : Muhammad Sufian Bin Joha
3) Shahrul Hisham Bin Zulkipli (043/14/86) sebanyak 25 undi.
Dicadang : Mohd Hanif Bin Amiruddin
Disokong : Nur Alwani Najwa Binti Md Noh
7.0 Perlantikan 4 orang ALK dan 6 orang ahli koperasi untuk mengesahkan Minit
Mesyuarat Agung kali ke 8
ALK dan anggota koperasi yang akan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke 8 diberi
mandat kepada:
1. Amiruddin bin Hj Mat Som (Pencadang: Ahmad Bin Haji Tayib)
2. Sohad bin Mohd Yasin (Penyokong: Mohammad Fadhil)
3. Johari bin Haji Sidik
4. Haliza binti Hj Mohamad Som
5. Nur Atiyah Binti Amiruddin
6. Jamalah binti Hj Ismail (Pencadang: Mohd Badrul Hisyam)
(Penyokong: Izamuddin)
7. Mohammad Fadhil bin Amiruddin (Pencadang: Hajjah Haliza)
(Penyokong: Abdul Halim)
8. Nur Adibah binti Amiruddin (Pencadang: Muhammad Iqbal)
(Penyokong: Nur’Aliah)
9. Noorzarina binti Mohd Som (Pencadang: Nur Adibah)
(Penyokong: Mun Shahirah)
10. Mohd Iqbal bin Amiruddin (Pencadang: Nur Aishah) (Penyokong:
Muhammad Sufian)
8.0 Ucapan Penangguhan
Wakil ALK KKMSTB Encik Johari bin Sidik mengucapkan berbanyak terima kasih kepada
semua Ahli koperasi yang hadir secara bersemuka dan telah memberi kerjasama dalam
menghadirkan diri serta meluangkan masa untuk memeriahkan mesyuarat pada tengah
hari ini dan juga di doakan semoga virus covid-19 ini berakhir agar dapat kita berkumpul
secara beramai-ramai. Beliau juga berharap agar ahli sabar dan sentiasa gerak bersama
dalam menjalankan koperasi seiring dengan koperasi yang lain. Mesyuarat Agung
ditangguhkan dan ditamatkan pada jam 4.44 pm.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
…………………..……………….. …………………………………
Izamuddin Bin Mohamad Som Amiruddin bin Mat Som
Setiausaha KKMSTB
Pengerusi KKMSTB
Minit Mesyuarat Agung Tahunan KKMSTB kali ke 8 yang diadakan pada hari
Ahad, 19 Disember 2021 mulai jam 2.47 pm bertempat di Ulu Village Camp,
Gopeng Perak disemak dan ditentusahkan betul oleh Jawatankuasa
Menentusahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan.
1. ……………………………………... 2. …………………………………………
Amiruddin bin Hj Mat Som Haliza bt Hj Mohamed Som
Pengerusi KKMSTB Anggota Lembaga KKMSTB
3. ………..………………………….. 4. …………………..………………………
Sohad bin Mohd Yasin Johari bin Haji Sidik
Anggota Lembaga KKMSTB Anggota Lembaga KKMSTB
5. …………………………………….. 6. …………………………………………..
Nur Atiyah binti Amiruddin Jamalah bt Hj Ismail
Anggota KKMSTB Anggota KKMSTB
7. …………………………………….. 8 .………………………………………..
Mohammad Fadhil bin Amiruddin Nur Adibah binti Amiruddin
Anggota KKMSTB Anggota KKMSTB
9. ………………………………………. 10. ……………………………………….
Noorzarina binti Mohd Som Mohd Iqbal bin Amiruddin
Anggota KKMSTB Anggota KKMSTB