The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

20 PERIBAHASA MELAYU ( Aisyah Zahirah)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyahzahirah02, 2021-09-09 21:02:09

Kompilasi Peribahasa Melayu

20 PERIBAHASA MELAYU ( Aisyah Zahirah)

Kompilasi
Peribahasa

Melayu

AISYAH ZAHIRAH BINTI MOHD ZARIR
PISMP JUN 2021

PENDIDIKAN ISLAM 2

Daripada hidup bercermin bangkai, lebih
baik mati berkalang

Maksud: lebih baik mati daripada hidup menanggung malu
dan kehinaan
Banyak askaCrRJÉDeIpTuOSn: Eysatanpglanmtillea mdebpruenseunthacdióinrifuseectreealdaahpokralah
pertempuranSklideersagon,aqube aingcliuyme iecorneojas dde aFlraitpicaond, ainfhogidraufíaps be ercermin
bangkai, lebih baik mati bimeárgkeanelsadnegFreepik

Rantai besi dimakan bubuk

Maksud: cerita yang tidak logik
Walaupun kebanyakan kisah lipur lara seperti rantai besi
dimakan bubuk tetapi banyak pengajaran dan teladan yang

kita boleh ambil daripadanya

Bagai gelombang dua belas

Maksud: kehebatan dan ketangkasan langkah seorang
pendekar

Kehebatan pesilat dari Malaysia itu umpama bagai
gelombang dua belas apabila dia berjaya menumbangkan
lawannya dengan mudah.

Seperti abu di atas tunggul, datang
angin terbanglah ia

Maksud: kedudukan atau keadaan yang tidak selamat

Kedudukan pekerja asing di syarikat pembinaan itu seperti abu di
atas tunggul, datang angin terbanglah ia kerana merekalah orang
yang pertama akan dipecat jika syarikat muflis

Jika pandai menggunting, hendaklah
pandai menjahitnya

Maksud: kerja yang telah dimulai tidak wajar ditinggalkan
terbengkalai

CRÉDITOS: Esta plantilla de presentación fue creada por

Siti meneruSslikdaesngom, qeuleaiknculukyaenickoenorsjademFelaltuickoins, iynfaongrgafdíaisme ulainya
kerana dia sedar bahawimaágjieknaespdaenFdreaeipmik enggunting,
hendaklah pandai menjahitnya

Bagai ikan kena tuba

Maksud: banyak orang sakit atau mati
Ramai pelarian di kem tersebut mati bagai ikan kena tuba akibat
penyakit berjangkit dan kelaparan yang melampau

Bagai kapak naik pemidangan

Maksud: melakukan sesuatu dengan tidak cukup kebolehan
atau alat

Penyertaan Ahmad dalam perlumbaan kereta bagai kapak
naik pemidangan kerana dia tidak mempunyai pengalaman
dalam perlumbaan sebegini

Jangan difikirkan bengkok tebu,
bengkok pula manisnya

Maksud: jangan disangka bahawa idea yang dikemukakan oleh
orang jahat itu tidak baik

“ kita harus pertimbangkan cadangan Aiman terlebih dahulu
walaupun dia seorang bekas banduan, bak kata peribahasa jangan
difikirkan bengkok tebu, bengkok pula manisnya,” kata ketua
kampung

Laksana buntal kembung, perut
buncit di dalam kosong

Maksud: orang yang tidak berilmu, hanya tahu bercakap besar

Penduduk kampung tidak percaya akan kata-kata Karin kerana
dia laksa buntal kembung, perut buncit di dalamnya kosong

Seperti duduk dalam duri

Maksud: dalam keadaan gelisah dan tidak tenteram
Adik beCraRÉsDaITsOeSp: Eesrttaipdlauntdillua kdedparelsaenmtacdióunrfiueacpreaabdailpaor
perbuataSlnidnesygao, qmueeirnoclsuyaekikcoannospdee rFmlataicoinn,ainnfovgirdafeíaos eabang
telah diketahui olehimaábgaennegs d. e Freepik

Seperti halilintar membelah bumi

Maksud: bunyi yang sangat kuat

Bunyi letupan bom itu seperti halilintar membelah bumi dan
membuatkan orang sekeliling cemas dan mencari punca
berlakunya letupan itu.

Ibarat pasir, sekali air dalam sekali berubah

Maksud: rakyat jelata terpaksa menurut perubahan setiap kali kerajaan bertukar

Ketidakstabilan politik negara menyebabkan puncak kepimpinan negara sering
bertukar tangan. Rakyat pula ibarat pasir, sekali air dalam sekali berubah.

Bagai perian pecah

Maksud: suara yang tidak merdu
Peserta wanita itu jelita teapi suaranya bagai perian pecah yang
menyebabkan dia tidak terpilih ke peringkat seterusnya

Seperti helang menyongsong angin

Maksud: gagah dan berani menentang musuh
Tentera-tentera negara seperti helang menyongsong angin apabila
bertempur dengan pihak musuh baru-baru ini

Seperti kain kasa di atas duri

Maksud: sesuatu yang amat sukar untuk diselesaikan

Masalah antara dua kawan baik itu seperti kain kasa di atas
duri kerana sudah tiga tahun berlalu tetapi mereka massih
tidak dapat menyelesaikan masalah perselisihan faham
mereka.

Seperti seludang menolak mayang

Maksud: menyombongkan diri

Sejak Bakar dinaikkan pangkat menjadi pengurus syarikat, dia
seperti seludang menolak mayang kerana tidak mahu
bercampur dengan pekerja bawahan lagi.

Seperti tebu lepas ke dalam mulut gajah, payah
keluar

Maksud: sesuatu yang sangat digemari atau diidamkan,
apabila sudah dapat tidak akan dilepaskan

Kanak-kanak itu amat menggemari gula-gula yang
diberikan dan tidak mahu melepaskannya. Dia memegang
gula-gula itu seperti tebu lepas ke dalam mulut gajah,
payah akan keluar.

Rezeki helang takkan dapat dimakan
oleh musang

Maksud: rezeki seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain

Alia tidak berasa dengki terhadap rakan baiknya, Aini
walaupun keputusan pertandingan melukis tidak
menyebelahinya kerana dia sedar bahawa rezeki helang
takkan dapat dimakan oleh musang

Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata
diulang-ulang

Maksud: nasihat untuk kebaikan perlu disebut berulang kali

Ibu sentiasa menasihati kesemua anaknya agar belajar
bersungguh-sungguh agar memperoleh kejayaan pada masa
akan datang. Ibu berkata bahawa ibu akan sentiasa
menasihati anak-anaknya kerana baginyam enak lauk
dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.

Memagar kelapa condong, buahnya jatuh ke ladang
orang

Maksud: orang lain yang bersusah payah, orang lain yang menikmati
hasilnya
“ bersusah payah saya menyiapkan projek inovasi berkenaan tetapi yang
mendapat nama akhirnya hanya ketua kumpulan sahaja. Nampaknya saya
memagar kelapa condong, buah jatuh ke ladang orang”, mengeluh Ali.

Sekian,
terima kasih


Click to View FlipBook Version