The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aishah Abdul Rahman, 2019-11-22 09:21:51

1idola

1idola

Cadangan tajuk : IDOLA

Buntu. Bermacam-macam cara diusahakan bagi memujuk kanak-kanak berusia lima tahun
itu. Dihulurkan mainan. Anak itu menggeleng. “Tak nak!” Ditolaknya mainan hingga jatuh
bergolek menuruni anak tangga. Disuapkan makanan. Anak itu menepis dengan tangan. “Tak
nak… tak nak…!” Sepinggan nasi bertaburan di atas lantai.

“Okey, cuba beritahu ayah. Apa yang awak nak, sayang?” Usaha memujuk diteruskan.
Kepala anak kecil itu diusap lembut. Tatkala mata mereka bertaut si ayah nampak air mata
bergenang di kelopak mata anaknya. Jeda. Suasana sunyi. Anak itu dirangkul ke dada.

“Saya nak ibuuuu … .” Lalu anak itu mengongoi sekuat hati sambil menghentak-hentak
kaki. Air matanya tidak mampu diseka. Berjuraian meleleh ke pipi.

Allahuakbar! Saya yang mendengar cerita di atas, tidak dapat menahan sebak. Tisu
ditangan basah dek air mata. Makin dilap, makin ia menderu keluar. Ketika itu bermacam
persoalan bermain di minda. Bagaimana perasaan anak kecil yang ditinggalkan insan yang paling
rapat dengannya itu? Insan yang selalu memeluknya ketika tidur, kini tidak ada. Insan yang kerap
mencium ubunnya, entah di mana. Insan yang menyuapnya makanan apabila dia merengek lapar
dan menegurnya apabila nakal, tidak ada lagi di sisi. Tahukah dia, insan itu ke mana?

Subhanallah! Bagaikan mengerti yang Allah lebih menyayangi ibunya, saya melihat anak
ini tidak pernah berkeluh-kesah. Namun rasa kehilangan dan tidak mahu lagi ditinggalkan itu tentu
selalu bermain di fikirannya.

Hari Sabtu, para pelajar perlu ke sekolah kerana ada kejohanan sukan. Pada hari yang sama
juga, si ayah merancang untuk balik ke kampung seusai program sukan itu. Ketika menghantar
anak ini ke sekolah, lalu si ayah berpesan, “Pukul 12 tengah hari, tunggu ayah di depan pagar
sekolah. Kalau pukul 12 ayah sampai, tapi awak tak ada di depan pagar sekolah, ayah tinggalkan
je awak dengan adik!”

Waktu tengah hari, hari yang sama saya sedang menonton televisyen. “Ting, tong … ting,
tong.” Loceng rumah dipetik orang. Saya selak langsir dan menjenguk keluar. Allah, ya Allah.
Berderau darah saya melihat dua beradik berpakaian sukan berdiri di depan pintu rumah. Peluh
merecik di dahi masing-masing. Rupa-rupanya mereka berjalan kaki balik dari sekolah. Saya
terbayang laluan yang mereka tempuh. Jalan yang berhubung terus dengan Lebuhraya LEKAS,
sentiasa dipenuhi dengan kenderaan yang menderu laju. Ya Allah, dari sekolah ke rumah jika
berjalan kaki perlu melalui dua simpang yang sibuk. Si ayah hanya terleka dan lambat beberapa
minit sahaja untuk sampai ke sekolah. Agaknya kerana bimbang ditinggalkan, anak ini sanggup
memberanikan diri meredah jalan raya untuk segera sampai ke rumah.

Perasaan sedih disembunyikan sehabis baik sehingga saya tidak pernah nampak anak ini
merintih hiba. Cuma sekali, rasa itu dia tidak mampu lagi simpan dan berjaya saya kesan. Ketika

itu surau di taman perumahan mengadakan program motivasi solat untuk anak-anak kariah. Usai
program, anak ini balik ke rumah dalam keadaan mata merah. “Eh, awak menangis ke?”

“Ya,” jawabnya ringkas cuba menyembunyikan sesuatu.
Keesokan harinya, saya mendapat maklumat, rupa-rupanya ketika program berlangsung
ustaz bertanya, “Siapa anak yatim. Ayah tak ada. Atau kedua-dua ibu dan ayah tak ada.” Semua
peserta yang terdiri daripada kanak-kanak sekolah rendah, diam. Masing-masing tunduk ke lantai.
“Siapa tak ada ibu?” Ustaz bertanya sekali lagi. Ketika itu anak ini bangun perlahan-lahan.
Melangkah ke ruang hadapan, dan berdiri bersebelahan ustaz. Semua mata terarah kepadanya
manakala matanya tidak beralih daripada memandang lantai. Allahu, tentulah anak itu menangis.

Kena olah semula. Abang bagi idea sikit
Seingat saya, itulah saatnya anak itu menayangkan kesedihannya. Hari-hari lain, dia selalu ceria.
Memanglah bersedih itu sikap manusia apabila ditinggalkan, Namun anak ini tidak berlama-lama
dalam kesedihan. Saya terinspirasi melihat dia bangkit dan membina kekuatan dalam diri. Sebagai
kanak-kanak fokusnya tentulah kepada persekolahan.

Bulan-bulan lain dia ke sekolah dan bermain dengan kawan-kawan seperti biasa. menyiapkan
kerja sekolah, menghadapi peperiksaan, Berulang-alik ke sekolah seperti biasa. Hari demi hari,
minggu berganti minggu. Tahun berganti tahun, anak ini berjaya memperolehi keputusan 5A di
dalam peperiksaan UPSR. Dengan keputusan yang cemerlang, dia ditawarkan pula ke MRSM.
Keputusan PT3 juga tidak mengecewakan.

Kaitkan dengan konsep bercakap dengan cermin. Tak dak idea
Subhanallah. Indahnya aturan Allah. Allah rezekikan saya mendampingi anak ini dan saya

belajar tentang banyak perkara. Setiap makhluk di dunia ini hanya pinjaman. Sampai masanya
Allah akan menjemputnya semula. Lalu kita yang masih di dunia ini, yang belum tahu bila
masanya ajal akan tiba, wajib

Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan,
rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan
kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai
seseorang

(Hadith riwayat Abu Daud)
Doa ini adalah diajarkan Rasulullah kepada Abu Umamah ra sewaktu Baginda mendapati beliau
sedang bersedihan didalam masjid.


Click to View FlipBook Version